You are on page 1of 17

Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

PENGENALAN PROJEK

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera,
Indonesia pada pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di pantai
barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sehubungan itu, The New Straits Times Press (M) Bhd dan Media Prima Bhd semalam melancarkan
Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.
Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial NSTP,
Datuk Ahmad A Talib, berkata tabung itu bagi membantu meringankan penderitaan mangsa yang
terbabit bencana alam di negara berkenaan.Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan
boleh menghantar ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.

Mereka juga boleh menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis
Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek, katanya lagi.

Bagi menyokong hasrat murni yang telah dilancarkan oleh NSTP bersama Media Prima ini, pensyarah
yang telah mengendalikan subjek Kepimpinan dan Keusahawanan (KDKB113), Institut Kajian Liberal
(IKAL), Universiti Tenaga Nasional, Encik Mohd Ariff Bin Tarmizi, telah mengambil keputusan untuk
menyumbang kepada tabung tersebut dengan mengumpul hasil jualan yang dilakukan oleh para
pelajarnya.

Projek ini telah memakan masa selama tiga minggu yang mana pelajarnya telah membuka gerai dan
menjalankan perniagaan untuk mengumpul duit untuk sumbangan tabung NSTP-Media Prima ini.
Keuntungan bersih yang diperoleh akan disumbangkan kepada tabung ini secara keseluruhannya.

Program Jualan ini juga merupakan komponen utama yang terkandung dalam silibus pelajaran KDKB
113 dan penilaian sebanyak 15% akan dilakukan daripada jumlah keseluruhan pemarkahan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 1


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN PERNIAGAAN

PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN


Menceburi bidang perniagaan tanpa asas yang kukuh selalu menjerumus individu ke dalam situasi yang
tidak menentu. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan demi menjamin kejayaan mutlak dapat
dicapai. Penyediaan dan persiapan yang dilakukan perlu meliputi aspek fizikal, material dan mental.

PRA-PERNIAGAAN
1. Mengumpul maklumat
Pengumpulan maklumat adalah merupakan kunci kejayaan kepada sebarang usahaniaga yang akan
dijalankan. Analogi situasi berkenaan adalah seperti tentera yang bertempur dengan senjata dan tentera
yang bertempur tanpa senjata.
Sumber maklumat boleh diperolehi dari pelbagai rujukan. Ia boleh diperolehi melalui program kursus,
seminar, bahan bacaan dan petikan akhbar dan media elektronik termasuk internet. Dengan kewujudan
pelbagai kementerian dan agensi yang ditubuhkan kerajaan, urusan untuk mengumpul maklumat adalah
amat mudah dan menjimatkan masa dan wang.

2. Pilihan bahan niaga


Pemilihan bahan niaga turut memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kejayaan suatu
bidang perniagaan yang diceburi. Ini dapat dilakukan apabila kajian keperluan pengguna dan soal selidik
dibuat terlebih dahulu. Ia tidak semestinya secara formal, tetapi boleh dilakukan melalui konsep tidak
formal seperti tinjauan, perbualan, panggilan telefon, pemerhatian, Kajiselidik rambang dan jualan
percubaan.

Teknik lain yang boleh digunakan adalah mengkaji tahap percapaian pesaing. Tindakan ini adalah baik
dan berkesan kerana dapat memastikan bukan sahaja tindakbalas pengguna, tetapi turut mendedahkan
kelemahan pesaing, peluang dan juga nilai pasaran.
Kami telah memilih penjualan baju secara online menerusi internet. Kami mengambil keputusan untuk
memasarkan baju yang dijual melalui blog yang direka khas untuk jualan online. Blog yang kami
gunakan untuk pemasaran ialah http://linenstore.blogspot.com.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 2


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

3. Pelan perniagaan
Pelan perniagaan adalah merupakan rangka kasar yang perlu disiapkan, dikaji, diteliti dan diberikan
pertimbangan sewajarnya, sebelum sesuatu perniagaan dilaksanakan. Ini mesti dibuat supaya usahawan
mempunyai kesedaran terhadap risiko dan potensi yang akan dihadapi dalam perniagaan berkenaan.

Umumnya tujuan pelan atau rancangan perniagaan itu disediakan adalah kerana:
a. Memberikan justifikasi terhadap objektif perniagaan berkenaan termasuk risiko dan potensinya.
b. Memberikan gambaran kasar mengenai kemampuan usaha niaga yang bakal dilakukan termasuk daya
majunya.
c. Memberikan anggaran awal terhadap sumber-sumber yang diperlukan dalam melaksanakan
usaha niaga berkenaan.
d.Menyakinkan pembiaya dan rakan kongsi yang akan menyertai usahaniaga.
e. Menyediakan satu garis panduan pelaksanaan untuk diikuti supaya tidak tersasar dari maklamat asal.
f. Untuk menganggarkan saiz, bentuk dan lokasi projek supaya bersesuaian dengan kemampuan modal,
guna tenaga dan kemantapan pasaran.

4. Lokasi Perniagaan
Bahan niaga yang baik belum tentu mencukupi untuk menarik pelanggan sekiranya lokasi perniagaan
tidak terletak di tempat yang strategik. Keadaan ini selalu berlaku sekiranya lokasi perniagaan terletak di
pusat membeli belah. Tinjauan perlu dilakukan dengan teliti untuk memilih lokasi yang menjadi tumpuan
pengunjung.
Sekiranya premis perniagaan ingin ditempatkan di tapak sendiri di luar pusat membeli belah, pastikan
kemudahan intrastruktur yang cukup terdapat di lokasi. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan,
talian telefon, air, elektrik dan tempat meletak kenderaan. Ini juga mestilah mudah dilihat dan dihubungi.
Tetapi untuk menjalankan perniagaan baju online ini tidak memerlukan tapak jualan dan kami tidak
perlu risau tentang lokasi perniagaan yang mungkin tidak strategik. Jualan maya menerusi blog kami
hanya memerlukan promosi melalui laman maya.Sebagai contoh, pengunjung internet boleh melayari
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=918129&hl=. Melalui ruangan ini, kami boleh
mendapatkan maklumbalas daripada pembeli tentang pendapat dan idea-idea untuk meningkatkan
jualan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 3


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

5. Bina Website
Dalam membina laman web, kami boleh membuat dua pilihan. Pilihan pertama ialah melalui perisian
yang boleh digunakan untuk membina laman web seperti joomla, atau asas HTML dengan menggunakan
perisian dreamweaver, dan untuk mencantikkan website kami gunakan perisian Photoshop dan Flash.
Selepas website siap direkabentuk, kami menggunakan perisian FTP untuk memindahkan website ke
hosting internet.
Pilihan kedua , kami mempunyai mudah.com yang menyediakan perkhidmatan membina dan
merekabentuk laman web.

6. Mengetahui Kuasa Kandungan Website


Untuk mengukuhkan ilmu berkenaan perniagaan internet kami selalu melawati blog-blog dan website
yang pakar tentang perniagaan internet kerana banyak laman web yang boleh dilawati dan menuntut
ilmu daripada pakar.
- kekuatan dan kebolehan
Mengetahui kekuatan dan kebolehan setiap rakan kongsi untuk memastikan tenaga kerja yang optima.

Kekuatan / Kebolehan = Bakat Semulajadi + Pengalaman + Ilmu dan Kemahiran

7. Dapatkan Traffik Ke Website


Langkah seterusnya adalah menarik pelawat ke website kami. Bagaimanakan untuk menarik perhatian
traffik atau pelayar internet melayari laman web kami?
Kami banyak menyertai forum, pelawat yang memasuki sesuatu forum dan membuka sesuatu thread
mencari sesuatu yang mempunyai kaitan dengan thread tersebut.
Dengan cara tersebut, pelayar akan turut melayari laman kami.
Selain daripada itu,kami juga bertukar link sesama para pengguna website.

8. Bina Komuniti Untuk Website Anda


Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan rangkaian perniagaan kami. Jika rangkaian
perniagaan yang mantap dapat dibina,pastinya sesebuah perniagaan dan organisasi terssebut dapat
mencipta nama dan kejayaan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 4


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

MINIT MESYUARAT

Tempat: Lobi Perpustakaan (UNITEN)


Tarikh : 23 Oktober 2009
Hari : Jumaat.
Masa : 930 malam-1030 malam
Ketua : Ahmad Asyroff Bin Mohamad Saleh

Rakan kongsi yang menghadiri mesyuarat :


Muhammad Ridhuan Bin Zakarya@Derahman
Mohd Fadzli Bin Razali
Mohd Badrulnizal Bin Abu
Mohd Hafizul Nazwan Bin Mat Hassin
Mohd Idrul Shah Bin Mohd Khairul Bahri

Skop Perbincangan:
1) Berbincang untuk menentukan jenis perniagaan dan bahan niaga yang akan diniagakan.
2) Menentukan modal yang akan dikeluarkan oleh setiap orang daripada rakan kongsi.
3) Mencari supplier bahan niaga
4) Menentukan corak promosi dan pemasaran
5) Menentukan corak pentadbiran kewangan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

-------------------------------- -------------------------
Muhammad Ridhuan Bin Zakarya @Derahman Ahmad Asyroff Bin Mohamad Saleh

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 5


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

KONSEP PROMOSI DAN PEMASARAN

Gambarajah berikut merupakan elemen yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan promosi dan
pemasaran sesuatu produk.

Iklan Berkesan

1) Gunakan headline yang menarik untuk menarik perhatian pelanggan

2) Mencipta satu imej atau jenama dalam fikiran pengguna

Pemasaran Melalui Forum

Forum adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat
faedah sesama sendiri secara percuma.Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Langkah yang
berkesan ialah dengan meletakkan signature file pada bahagian keahlian forum yang disertai.
Pengusaha disediakan kemudahan yang membolehkan untuk meletakkan link ke sebarang laman web.
Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web borang langganan anda.

Setiap paparan yang ditulis di forum , signature file akan disertakan di akhir paparan tersebut. Inilah
bahagian yang boleh gunakan untuk promosi produk. Kadang-kadang pengusaha juga disediakan
ruangan beriklan di dalam forum yang disertai. Di sini juga mereka boleh beriklan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 6


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Penulisan Artikel

Tidak menjadi masalah untuk menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik yang ingin
dipromosikan. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel
tersebut di laman web mereka.Tapi sebelum itu, berikan syarat terlebih dahulu, iaitu bagi sesiapa yang
ingin menggunakan artikel tersebut, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai penulisnya di
akhir artikel tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel . Di dalam biografi ringkas
inilah akan diletakkan link ke laman web.

Pemberian Laporan Percuma

Selepas menulis beberapa artikel, artikel ini digabungkan dan jadikan satu laporan ringkas yang
membenarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan link ke laman web telah diletakkan
di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan
cuma klik ke link yang anda berikan.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 7


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

LAPORAN SEMASA MENJALANKAN PERNIAGAAN

Semasa menjalankan perniagaan ini, terdapat beberapa masalah yang timbul tetapi pada masa yang
sama ia memberikan kami satu pengalaman yang hebat. Banyak pengalaman baru yang kami pelajari
untuk menjadi seorang pemimpin dan usahawan yang berjaya.

1) Masalah yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan

Masa yang singkat


Kami telah diberi masa dalam tiga minggu untuk menjalankan projek ini.Tambahan lagi
keputusan untuk diadakan projek keusahawanan ini di saat-saat akhir yang mana pelajar sibuk
untuk menghadapai peperiksaan akhir semester.Tetapi pada akhirnya, kami telah berjaya
menjalankan perniagaan secara online di internet.Hal ini demikian kerana kaedah ini lebih
mudah untuk dijalankan memandangkan ia tidak mengambil masa yang terlalu banyak daripada
kami.

Masalah untuk menghantar baju tempahan


Pada awalnya, masalah ini muncul ekoran daripada ketiadaan kenderaan untuk menghantar
tempahan bagi pelangan yang berada luar kampus.Tetapi kami akhirnya berjaya mendapatkan
sebuah kereta untuk berulang-alik untuk penghantaran tempahan.Terima kasih diucapkan
kepada abang kepada salah seorang ahli kongsi kami kerana telah meminjamkan kerete beliau
untuk kegunaan kami.

Masalah untuk mendapatkan komitmen daripada semua ahli kumpulan


Oleh sebab kami sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, kebanyakkan
daripada rakan kongsi tidak dapat memberikan komitmen yang penuh. Setelah berbincang, kami
telah mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan tanpa kehadiran semua ahli.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 8


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

2) Pengalaman yang dikutip semasa menjalankan perniagaan

Falsafah BERSEDIA,TENTUKAN HALATUJU.


Maksudnya di sini ialah seseorang itu perlu melakukan persiapan terlebih dahulu sebelum memasuki
alam perniagaan internet.Sasarkan kepada siapa target yang ingin difokuskan. Selepas itu barulah anda
siap untuk memasuki pasaran berasaskan laman web.

Bilangan Traffik (Pelayar internet)


Keduanya ialah perniagaan laman web sangat bergantung kepada traffik. Tiada traffic maka tiada bisnes.
(99% laman web yang ada ) Oleh itu, untuk menarik sasaran traffik maka kita mestilah memberi apa
yang dikehendaki olih para pelayar web kita.

Tidak perlu mereka laman web

Berbanding model perniagaan internet yang lain, lelongan online tidak memerlukan anda mereka laman
web sendiri. Ini seterusnya akan menjimatkan masa dan wang anda untuk memulakan perniagaan
internet.

Tidak perlu mencari pembeli

Portal mudah.com.my menerima purata pengunjung seramai 1 juta orang pada setiap bulan manakala
portal eBay.com menerima purata pengunjung melebihi 2 juta orang pada setiap hari.Apabila anda
memulakan perniagaan di dalam portal tersebut, anda sudah boleh menjimatkan masa dan wang untuk
mendapatkan traffik kerana pembeli memang sudah berada di situ dengan tujuan untuk membeli
barangan yang dijual oleh penjual.

Berbanding memulakan laman web sendiri yang memerlukan anda untuk meluangkan masa dan wang
untuk mendapatkan traffik, dengan menggunakan portal lelongan online ternyata ianya adalah lebih
mudah.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 9


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Tidak memerlukan pengalaman penjualan internet

Walaupun menjalankan perniagaan internet lebih mudah berbanding menjalankan perniagaan


konvensional. Namun demikian, anda masih memerlukan pengalaman untuk mengendalikan perniagaan
internet yang berjaya.Kelebihan lelongan online adalah anda tidak perlu terlalu mengetahui perkara-
perkara teknikal berkenaan perniagaan internet seperti hosting, mereka laman web dan mendapatkan
kedudukan carian yang lebih baik. Portal mudah online telah memudahkan sesiapa sahaja untuk
memulakan perniagaan internet yang berjaya.

Kos permulaan yang rendah

Portal mudah online cuma memerlukan anda untuk menjadi ahli untuk membolehkan anda menjual di
dalam portal tersebut. Sebagai seorang ahli, anda boleh terus menjual barangan tanpa dikenakan
sebarang bayaran. Bayaran cuma dikenakan apabila anda ingin melakukan promosi tambahan untuk
lelongan anda.Namun demikian, bayaran tersebut masih dianggap lebih murah jika dibandingkan dengan
kos yang perlu dikeluarkan untuk perniagaan internet konvensional.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 10


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

LAPORAN KEWANGAN

Tarikh Keterangan Keluar Masuk Baki


25/10/09 Modal RM192
perniagaan
27/10/09 Jualan 6 helai RM294 RM102
27/10/09 Modal RM96
perniagaan
28/10/09 Jualan 3 helai RM147 RM153
28/10/09 Modal RM160
perniagaan
30/10/09 Jualan 5 helai RM245 RM238

30/10/09 Modal RM64


perniagaan
1/11/09 Jualan 2 helai RM98 RM272
1/11/09 Modal RM96
perniagaan
1/11/09 Jualan 3 helai RM147 RM323
2/11/09 Modal RM32
perniagaan
3/11/09 Jualan 1 helai RM49 RM340
Modal RM17
sampingan
(minyak, makan
dan minum)
Untung bersih RM323

Modal keseluruhan : RM 657

Hasil jualan : RM 980

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 11


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Keuntungan bersih : RM 980- RM 657= RM 323

Kos sehelai baju= RM 32


Harga jualan= RM 49
Untung kasar untuk sehelai baju= RM 17
Untung kasar keseluruhan = RM17X20
= RM 340
Baju Berjaya dijual= 20 helai
Hasil jualan= RM 49X20
= RM 980

Hasil sumbangan berjaya dikumpul untuk tabung bencana NSTP-Media Prima


adalah sebanyak RM 323.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek jualan untuk mengumpul sumbangan ke atas tabung bencana NSTP media
prima ini merupakan satu kaedah dan pendekatan yang terbaik untuk golongan belia memberikan
sumbangan. Kaedah ini merupakan satu platform untuk golongan ini menyumbang sesuatu untuk
mangsa-mangsa yang telah ditimpa bencana alam.

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 12


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Selain itu juga, projek ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang dunia perniagaan.Bagaimana
untuk mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan yang dilakukan untuk memastikan perniagaan
tersebut maju dan mencapai kejayaan.Tanpa mengurusan yang cekap dan effektif , termasuklah strategi
pemasaran dan promosi pastinya hasil jualan tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan
keuntungan.

Pengusaha perlu bijak memilih produk niaga dan lokasi perniagaan yang strategik amat penting untuk
memastikan perniagaan berjaya. Sebelum memulakan perniagaan, perusaha perlu membuat kajian
terlebih dahulu dan mengumpul semua maklumat yang penting untuk diambil kira semasa membuat
keputusan.Sasaran pengguna amat penting bagi mencapai sasaran hasil jualan.Oleh hal yang demikian,
perusaha perlu bijak dalam mengurus dan mentadbir perniagaan.

LAMPIRAN
Berikut merupakan contoh-contoh bahan niaga yang diniagakan untuk projek ini:

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 13


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 14


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 15


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Berikut merupakan contoh pengiklanan yang digunakan untuk pemasaran dan promosi:

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 16


Laporan jualan amal tabung bencana NSTP-Media Prima

Kepimpinan dan Keusahawanan KDKB 113 Page 17

You might also like