You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN PELANCARAN

PROGRAM NILAM SMKPT 2015


Selamat pagi dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana diberikan penghormatan untuk bersamasama pelajar dan guru-guru pada pagi ini untuk
menyempurnakan

majlis

pelancaran Program

NILAM

peringkat Sekolah.
Tujuan utama program ini ialah untuk memastikan
budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk di kalangan semua
murid

selaras

dengan

hala

tuju

kerajaan

untuk

mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.


Pelajar dan guru-guru sekalian,
Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan
seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca
adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan
maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam
pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui
membaca kita boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai
aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan
kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing
dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin

mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka


membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga
nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak
bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.
Salah satu penekanan Wawasan 2020 ialah untuk
membangun Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya
maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmu
pengetahuan. Justeru itu, saya sangat berharap pelajarpelajar dan guru-guru SMK Padang Tembak dapat
menanamkan minat membaca dalam diri masing-masing.
Sempena dengan Program Nilam ini, saya menyeru
kepada semua pelajar dan guru-guru untuk berkunjung ke
PSS, perpustakaan dan menyertai program-program dan
aktiviti yang dirancang dan gunakanlah kemudahankemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan
sebaik mungkin dalam menimba ilmu-ilmu yang baru.
Sebelum
mengucapkan

mengakhiri
syabas

ucapan

kepada

ini

saya

ingin

Jawatankuasa

Pusat

Sumber Sekolah SMKPT serta semua yang telah terlibat


dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan
keringat yang telah anda curahkan kejayaan pada hari ini
tentu sekali sukar untuk kita perolehi.

Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya


dengan lafaz BISMILLAHIRMANIRRAHIM merasmikan
Program

NILAM

Peringkat

Sekolah

Menengah

Kebangsaan Padang Tembak pada tahun 2015.


Sekian, terima kasih.

You might also like