You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA PERASMIAN PROGRAM BULAN BAHASA 2021


SK GOPENG JALAN ILMU

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada guru-guru, murid-murid
dan hadirin yang dkasihi sekalian.

Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat kita menonton rakaman video perasmian di laman youtube dalam
keadaan yang aman, damai dan ceria.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru


khususnya ketua dan wakil guru panitia Bahasa serta guru praktikal daripada
IPG Kampus Ipoh dalam menjayakan program bulan bahasa kita pada kali ini.

Dalam rakaman ini, kita akan melancarkan Program Bulan Bahasa 2021 bagi
SK Gopeng Jalan Ilmu yang terdiri daripada semua panitia bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Bahasa
Mandarin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan murid yang
mencintai bahasa, melahirkan insan yang berkemahiran, berdikari dan yakin
diri sendiri. Justeru, saya menyeru guru-guru dan murid-murid berlumba untuk
melibatkan diri secara langsung dengan program yang telah dirancang.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Tema bagi program bahasa kita pada tahun ini ialah Cita, Citra, Cinta
Bahasa #MalaysiaPrihatin. Cita bermaksud keinginan, manakala citra dan
cinta maksud yang sama iaitu kasih sayang, manakala #MalaysiaPrihatin
pula merujuk kepada tema hari kebangsaan kita pada tahun ini. Program ini
akan berlangsung selama 3 minggu, iaitu dari 27 September hingga 22
Oktober.
Untuk pengetahuan semua, program ini melibatkan semua panitia dan
beberapa aktiviti dan pertandingan akan dijalankan dalam memeriahkan
program ini lagi. Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan membaca
pantun dan sajak bagi Bahasa Melayu, bacaan ‘poem’ dan ‘storytelling’ bagi
Bahasa Inggeris, menjawab kuiz online dan lain-lain. Harapan saya agar
semua guru dan muri-murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dipertandingkan kerana hadiah yang menarik dan sijil akan diberikan kepada
pemenang.

Akhir kata, dengan lafaz “BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM”, saya merasmikan


Program Bulan Bahasa 2021 bagi SK Gopeng Jalan Ilmu.

Sekian terima kasih.

You might also like