You are on page 1of 5

SOALAN TEMUBUAL

Maisarah: Selamat pagi diucapkan kepada guru sebelah di sebelah saya, iaitu Puan Mary
Ann. Sebenarnya saya mendengar cerita dari kawan-kawan saya yang cikgu Mary
Ann ini merupakan seorang guru yang dikatakan berpengalaman dalam
mengendalikan sekolah yang pelbagai sosiobudaya. Jadi bolehkah puan
berkongsi serba sedikit latar belakang puan sebagai seorang guru?

Puan Mary Saya telah berkhidmat selama 30 tahun di sekolah pelbagai sosiobudaya.
Ann:

Maisarah: Lama juga puan berkhidmat. Apa pendapat puan tentang kepelbagaian
sosiobudaya dalam pendidikan di sekolah puan.

Puan Mary Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai
Ann: budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita
berbanding negara lain. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung
telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita.
Sosiobudaya ialah hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara
hidup, adat istiadat dan sebagainya. Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang
sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam
menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik
darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid
sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap
pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang
berbeza-beza.
Maisarah: Sebagai seorang guru, sudah pasti puan pernah mengajar di sekolah yang
mempunyai murid yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apakah pengalaman
puan semasa mengajar di sekolah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya?

Puan Mary Semasa mengajar di sekolah pelbagai sosiobudaya, ada yang positif dan ada
Ann: yang negatif. Untuk positif, murid dapat bergaul sesame bangsa semasa kerja
kumpulan, semasa PJ dan sebagainya. Yang negatif pula, sebagai manusia
memang tidak dapat lari dari perkara negatif dimana pergaduhan kecil, masam
muka, adalah biasa.

Maisarah: Bagaimana pula cara puan mengendalikan kelas yang mempunyai murid yang
mengamalkan budaya yang berbeza?

Puan Mary Dari aspek penggunaan bahasa, bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang
Ann: rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana
bahasa yang standard membolehkan semua murid memahami apa yang
dituturkan oleh guru. Guru juga merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai
dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid.Aktiviti yang dirancang itu
mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan. Guru juga
perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Maisarah: Seperti yang kita tahu, kepelbagaian sosiobudaya memberi impak dan kesan yang
positif kepada diri murid. Sepanjang pengalaman puan, apakah kesan positif yang
puan dapat lihat hasil dari kepelbagaian sosiobudaya kepada murid?

Puan Mary Murid yang bergaul dengan pelbagai taraf sosioekonomi dapat merasai serta
Ann: menyelami perasaan dan jiwa manusia lain. Aktiviti guru yang menerima
kepelbagaian sosiobudaya murid membuatkan murid merasa diri mereka diterima.
Mereka lebih bermotivasi untuk belajar. Murid lebih kreatif hasil daripada
kepelbagaian gaya berfikir dan gaya pembelajaran.Murid dapat mempelajari
pelbagai bahasa dengan kosa kata yang lebih meluas daripada kawan-kawannya
yang berbeza bangsa. Hal ini memberi nilai tambah pada diri seseorang
pelajar.Murid lebih peka kepada budaya bangsa yang berbeza dengan budaya dan
kepercayaan murid. Murid dapat berkongsi pengalaman dan lebih terbuka akan
amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza
dengannya dan memupuk perasaan saling menerima dan menghormati hasil
daripada pergaulan pada masa belajar sama ada formal atau tidak formal. Murid
juga lebih terbuka dan senang terima perubahan.

Maisarah: Terima kasih puan kerana memberi kerjasama. Maklumat yang puan beri ini
sangat membantu saya sebagai guru pelatih yang baru ingin menceburi bidang
perguruan. Saya yakin maklumat yang puan bagi berguna bagi kerja kursus
Budaya dan Pembelajaran.

Puan Mary Sama-sama.


Ann:
BIODATA GURU

NAMA: Mary Ann A/P Gnaprakasam

UMUR: 57 Tahun

TARIKH LAHIR: 26 September 1961

ASAL: Perak

BILANGAN ANAK: 2 Orang

ALAMAT: 1395 Taman Melati, Teluk Air Tawar, 13050, Butterworth,

Pulau Pinang

NO. TELEFON: 04-3512699

LATAR BELAKANG Diploma Pendidikan Tesl

PENDIDIKAN:

PERKHIDMATAN: SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu.

SK Jelapang, Taman Meru, Ipoh, Perak

SK Permatang To’ Jaya, Butterworth


SK Bagan Ajam, Butterworth

BIDANG Pendidikan Sekolah Rendah (P.Inggeris)

PERKHUSUSAN:

You might also like