You are on page 1of 6

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak

secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi
Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja
Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan
kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan
miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti
Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali
diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala
Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku
Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-
Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November
1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh
Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah),
ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24
Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul
Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
Objektif

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk


merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan
Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur
dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara
ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan
institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia
menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri
masing-masing seperti berikut:-

Objektif di Peringkat Sekolah

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan


menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang

Taat kepada Allah, Raja dan Negara

Berilmu

Berakhlak mulia

Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani


supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan
Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah
S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan


di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati


generasi tua.

Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian


tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub
di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:-

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa,


berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat
remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T.,


Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.

Menguasai berbagai bidang ilmu.

Berakhlak mulia.

Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan


masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak,
emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu,
berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup
mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat
berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan


berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi
penggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati


generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi
lama dan baru.

Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri)

3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses


pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh
membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan
kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat
yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri
dengan kehendak masyarakat.

3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan


sosioekonomi dengan keadaan persekitaran

3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah


yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan
seterusnya memberi bantuan.

3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri
berfikiran secara rasional.

3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang
maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang
munasabah.

3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang


paling optima.

3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-


ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk
menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak.

3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani


bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

MATLAmat

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan
bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri


melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum
sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.


Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

Cogan Kata

BERILMU, BERIMAN, BERAMAL

Ikrar Puteri

Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan:

Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibu bapa


Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturahim sesama puteri
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

You might also like