You are on page 1of 2

Tutorial 9

Nama: Syafiq

Kumpulan: (ain, dilah, shaarmini)

Soalan:

Anda mendapat penempatan mengajar di sebuah perkampungan di ladang estet yang mana majoriti
murid di sekolah itu adalah berbangsa India. Huraikan bagaimana anda boleh berperanan sebagai
seorang guru yang mesra budaya. 

Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai  budaya agama latar
belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia juga adalah satu impak yang
sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah. Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat sebelah
kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid itu .
Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka.
Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya
melebihkan murid bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi
kesan secara langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang
negatif terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat
dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan murid-murid 
dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.

Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu
persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang perpaduan
dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi pemupukan perpaduan.
Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap antara satu sama lain membolehkan
mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik
di dalam bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan
dengan manusia, khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif,
mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas Ia
merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa
menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya, oleh itu kami sentiasa
menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan senyuman atau dalam memberikan
ucapan apabila berselisih dengan murid-murid dan lain-lain. Dengan kata lain, di sini
terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat di mana kami cuba untuk mendidik murid supaya
menghormati antara satu sama lain serta memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka.
Apabila mereka melihat guru yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan
mereka motivasi dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu
Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Kami juga
perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang dinyatakan dalam
kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik.
Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai
pelajar melalui luaran sahaja. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu
mengajar. Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri. Mengetahui sensitiviti setiap etnik
dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif pengajaran. Guru tidak boleh mempertikaikan
mengenai sensitivity-sensitiviti yang wujud ini mahupun memperkecilkannya. Perkara ini akan
menjadikan murid menjadi tidak bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dengan kita dan
akan timbul rasa benci dalam diri mereka. Apabila sudah muncul rasa benci seseorang anak
murid itu terhadap seorang guru maka proses pembelajaran tidak dapat berlaku dengan baik.

You might also like