You are on page 1of 10

PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN

SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH

PENSYARAH : CIK TAN YAN IM

AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD ALIF IZZUDDIN BIN ROSLI
MUHAMMAD FIDA IZZAT BIN AHMAD NORDIN
MUHAMMAD AIMI FAIZ BIN MOHD FAZLI
MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN ABDUL RAZAK
Peranan Guru
Kelas Sosial

Pengurusan
Pemilihan
Bilik Darjah
Bahan
Dan
Sumber
Hubungan

Penerimaan
Aspirasi/Jang
Dan Layanan
kaan Guru
Adil

Strategi
Pembelajara
n Koperatif
Kelas Sosial Murid
• Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan
perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang
sama.
• Perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua
murid perlu dilayan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas
sosial dan kaum mereka.
• Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak
berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum.
• Guru perlu melayan murid yang datang daripada kelas sosial atasan
dan berkedudukan sama rata dengan murid biasa yang lain.
• Membuka peluang kepada setiap murid untuk mengambil bahagian
dalam pembelajaran di dalam kelas.
- Penglibatan guru dalam mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan
pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

- Menolong murid untuk memahami dan membentuk nilai, sikap, tingkah laku
yang sesuai.

- Membantu murid memahami kekuatan yang ada pada diri mereka.

- Menggunakan kata-kata bermotivasi, kaya dengan senyuman, pandai


berjenaka, memuji murid yang menunjukkan sikap yang positif, memberi
teguran umum.

- Guru membentuk kumpulan yang berupaya untuk memupuk perpaduan dalam


kalangan murid pelbagai etnik
Pengurusan Bilik Darjah Dan
Hubungan
• Kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin
bilik darjah
• Guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat
hubungan antara pelajar dalam bilik darjah. Maklumat yang
dikumpul hendaklah di proses ke dalam bentuk
sosiogram/penjadualan.
• Merumuskan hasil pembelajaran melalui pelbagai kaedah yang
menarik
• Guru mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pembelajaran dan pengajaran serta melakukan penambahbaikan
• Guru harus mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta
peka terhadap segala perubahan
• Perancangan guru yang rapi terhadap keupayaan, kemahiran
melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi
dan berkomunikasi
• Peranan guru sebagai pemudahcara, agen perubahan dan sumber
inspirasi kepada murid adalah jelas dan berapresiasikan dalam
sudut kehidupan murid di sekolah.
• Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi lebih
efektif dan menarik
Penerimaan dan Layanan Adil
• Mengenali latar belakang pelajar, taraf sosio ekonomi, tempat
tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan
membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada
individu pelajar.
• Guru tidak seharusnya menggunakan maklumat latar belakang
keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan
yang telah dibuat.
• Guru perlu menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar
untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan pelajar yang
dipengaruhi oleh Ekologi (persekitaran).
• Guru tidak boleh menyentuh atau mempertikai kepercayaan yang
diamalkan oleh murid-murid mereka
Strategi Pembelajaran Koperatif
• Pendidikan yang saksama bukan bermakna sistem
penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar.
• Kesaksamaan bergantung kepada pada persekitaran tempat
tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya
pembelajaran pelajar.
• Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat
membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama
dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.
• Penggunaan bahasa yang standard dapat memberi peluang
sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran
Aspirasi/Jangkaan Guru
• Guru hendaklah sedar bahawa potensi pelajar bukan berdasarkan
kelas sosial, jantina atau bangsa.
• Guru perlu berubah sikap dan perspektif terhadap pelajar dan
mengelakkan amalan diskriminasi.
• Merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua
murid tanpa mengira jantina.
Pemilihan Bahan Sumber
• Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik
minoriti, pelajar minoriti mungkin berasa terabai dan tidak dihargai
sekiranya tidak ada unsur-unsur budaya etnik dalam sumber
pembelajaran.
• Penggunaan sumber yang baik dilihat dari sudut penggunaan
bahasa dan istilah yang tidak sensitif.

You might also like