You are on page 1of 1

NUR ATHIRAH KHAIRINA BINTI MOHD RAMLEE

4PISMP SC 1

TUTORIAL 4

Terangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap kurikulum, murid dan guru. (10m)

Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap terhadap guru ialah membolehkan


guru untuk memberi layanan yang adil keppada murid. Hal ini kerana, apabila guru menghayati
kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid maka guru akan lebih peka terhadap latar
belakang, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama murid.
Guru tidak seharusnya melayani murid sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial, atau
kelompok mengikut kaum etniktetapi sebagai individu yang memounyai keunikan. Justeru guru perlu
memberi layanan yang adil mengikut keperluan murid.

Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya juga menyebabkan guru terpaksa mengatur strategi
pembelajaran koperatif. Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak
semestinya berkesan bagi sekumpulan lain. Pendidikan yang saksama bukan bermakna sistem
penyampaian yang digunakan untuk semua murid. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung
kepada persekitaran tempat tinggal murid, status ekonomi keluarga murid dan gaya pembelajaran
murid. Dengan mengambil faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan
pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar.

Seterusnya, kepelbagaian sosiobudaya juga menyebabkan guru terpaksa mengatur strategi


pengurusan bilik darjah yang berkesan . Hal ini membolehkan guru mengendalikan hubungan antara
murid dalam bilik darjah agar pembelajaran yang berkesan boleh dicapai. Contohnya membuat
kawalan tingkah laku melalui peraturan dan rutin bilik darjah.

Selanjutnya, kepelbagaian sosiobudaya menyebabkan guru perlu menyediakan kesediaan


mental yang matang dan terbuka untuk menerima kepelbagaian murid. Guru perlu mengubah sikap
dan pandangan terhadap murid dan mengelakkan amalan diskriminasi. Hal ini kerana tugas guru
adalah untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengamalan dan
keupayaan serta budaya murid.

You might also like