You are on page 1of 14

Perbezaan Konsep

Pendekatan, Strategi, Kaedah


dan Teknik Pengajaran
(Kump Syafiq dan Ikhwan)
TABLE OF CONTENTS

01
Pendekatan
02
Strategi

03
Kaedah
04
Teknik Pengajaran
01
Pendekatan
“  Pendekatan dalam pendidikan berkait dengan cara
sesuatu pelajaran disampaikan melalui proses P&P
untuk mencapai hasil pembelajaran dalam masa jangka
panjang.  Dalam pendekatan, kita akan memilih satu
atau lebih model, prinsip dan teori pembelajaran supaya
proses pembelajaran berlangsung dan ini
memungkinkan kefahaman, penghayatan dan
perubahan tingkah laku berlaku. Ini bermakna, untuk
mencapai hasil pembelajaran jangka panjang, pelbagai
strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti
akan digunakan ”.
Contoh…

  Antara pendekatan yang boleh digunakan


dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
ialah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan
komunikatif dan pendekatan oral.
02
Strategi
“  Strategi merujuk kepada perancangan tindakan yang
menjurus kepada pencapaian objektif yang telah
ditetapkan. Rancangan tindakan ini mengandungi
kaedah dan teknik mengajar. Dengan adanya
perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur
secara sistematik, pengagihan masa disusun dengan
baik, penyediaan bahan dibuat mengikut kesesuaian
dan kawalan kelas diuruskan dengan rapi. Strategi P&P
mestilah berasaskan tiga unsur utama iaitu guru, murid
dan bahan P&P. ”.
Contoh…

Antara strategi yang boleh dijadikan


panduan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah pendekatan berpusatkan murid,
kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber
bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat,
pengajaran dan pembelajaran bertema,
bacaan luas, penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pemulihan dan pengayaan.
03
Kaedah
“  Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-
langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik
berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-
langkah P&P disusun rapi dan
kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada
urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses
P&P yang berkesan.. ”.
Contoh…

  Antara pendekatan yang boleh digunakan


dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
ialah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan
komunikatif dan pendekatan oral.
04 Teknik
Pembelajaran
“  Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam
kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran
yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti
yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk
perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan
dicapai oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola
aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan
penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan
pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan
menceriakan.”.
Contoh…

Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran


bahasa.  Antaranya ialah teknik main
peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri,
perbahasan, kuiz, sumbangsaran, soal jawab,
simulasi, drama, perbincangan, forum,
dialog, permainan bahasa, bercakap,
menyanyi, perbualan telefon, penyelesaian
masalah, tunjuk cara, penyampaian berita,
penyampaian laporan, bersyarah, berpuisi
dan teknik bermesyuarat.

You might also like