You are on page 1of 6

Pandangan Semesta Dan Nilai-nilai Yang Relevensi Kepada Malaysia

Pandangan Semesta
Alam dan Manusia
Pandangan semesta pada tamadun India dapat dibahagikan kepada dua iaitu ‘Alam dan
Manusia’ serta ‘Falsafah dan Ketuhanan’. Pertama sekali ialah alam dan manusia iaitu
Kepercayaan Hinduisme alam ini diperintah oleh tiga tuhan iaitu Brahma (yang menjadikan),
Vishnu (yang menjaga) dan Shiva (yang memusnahkan). Terdapat juga dewa-dewa dan tuhan-
tuhan kecil yang mempunyai peranan dan tugas masing-masing di dunia ini seperti Ganesh,
anak kepada tuhan Shiva, Hanuman, seekor monyet, Shakti, tuhan kekuatan. Sesetengah
tuhan hanya disembah pada satu-satu masa. Contohnya, Hanuman disembah oleh orang yang
ingin bergusti dan lain kegiatan yang memerlukan kekuatan fizikal. Hanuman adalah dewa yang
digambarkan dengan kekuatan.
Kemasukkan Islam ke India memberikan gambaran lain kepada konsep ketuhanan alam
dan manusia. Agama islam merupakan suatu agama yang berteraskan akidah atau keyakinan
yang luhur pada Allah Yang Maha Esa, pada malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kiamat serta
kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar. Islam amat mengutamakan kesejahteraan manusia dan
seluruh alam. Dari aspek islam dan manusia, seluruh ajaran Islam amat menekankan hukum
keadilan, persaudaraan, penjagaan zuriat, perlindungan wanita dan pembangunan bumi.
Seterusnya, hukum halal dan haram merupakan landasan membebaskan manusia daripada
belenggu kezaliman, penganiyaan, sama ada ke atas diri sendiri ataupun kepada orang lain.
Contohnya, pengharaman arak bagi menyelamatkan akal manusia dan pengharaman
pembunuhan bagi menyelamatkan nyawa manusia
Selain itu, sungai merupakan keperluan yang amat penting dan penyumbang kepada
pandangan semesta dalam tamadun India. Sungai Sarasvati di anggap sungai suci oleh
masyarakat India. Kitab Mahabrata menyebutkan bahawa sungai Sarasvati sebagai dewa.
Rigveda juga menyebutkan Sarasvati sebagai sungai, sebagai emak dan juga sebagai dewa.
Pemujaan dan pujian ke atas sungai ini telah dilirik dan dilagukan sehingga menjadi lagu-lagu
yang dinyanyikan di sekolah-sekolah.
Seterusnya, aspek lain yang dianggap penting dalam pandangan semesta Tamadun
India ialah masyarakatnya dilihat berkelas-kelas. Perbezaan warna kulit dikatakan asas utama
yang membentuk perbezaan kelas dalam masyarakat. Empat kasta utama dalam masyarakat
India ialah Brahmin, Ksytria, Vaisya dan Sudra. Kelas yang tinggi merasa megah dengan
ketinggian serta keistimewaan. Kasta yang dibawah sebagai rendah, menjijikkan serta tidak
boleh disentuh. Brahmin bertindak sebagai penjaga kerohanian termasuklah membaca kitab
suci serta mengajarkannya.Ksytria bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan.
Vaisya adalah kelas peniaga dan pedagang. Sudra adalah golongan petani. Masyarakat yang
rigid pegangannya akan sentiasa meletakkan Brahmin sebagai termulia sedangkan Sudra
adalah paling rendah dan hina.
Falsafah dan Ketuhanan
Bagi falsafah dan ketuhanan pula, kepercayaan kepada dewa dalam masyarakat Aryan
yang diaplikasikan dalam bentuk patung telah pun wujud sejak zaman Lembah Indus. Proto-
Siva dan Dancing Girl adalah dua buah patung yang dikaitkan dengan kepercayaan awal
penduduk lembah Indus yang kemudiannya telah dijadikan sembahan oleh penganut-penganut
Hindu. Penyembahan pada pokok juga didapati menjadi amalan masyarakat di Lembah Indus
seperti pokok papal, tulsi dan acacia yang dianggap suci. Terdapat juga penganut yang
menyembah ular senduk (cobra). Binatang lain yang disucikan ialah lembu. Penyembah-
penyembah binatang tersebut yang kemudiannya menerima Hindu sebagai agama mereka.
Jainisme dan Buddhisme lahir di India lebih kurang 2500 tahun dahulu. Kedua-dua
kepercayaan ini dikatakan lahir sebagai satu tindakan mengatasi penguasaan golongan
Brahmin di India. Agama Kristian dibawa masuk oleh Mubaligh Kristian Thomas Christian pada
abad ke-6 Masihi.
Agama Islam pula telah sampai ke India sebelum abad ke-8 Masihi yang dibawa oleh
pedagang-pedagang dari Asia Barat. Walaupun kemasukkan Islam ke India telah berlaku
sebelum abad ke-8 Masihi, pertapakan dalam bentuk pemerintahan yang kukuh hanya wujud
pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi. Antara faktor yang menyebabkan Islam diterima di India
selain faktor keadilan pemerintah ialah keadaan Islam itu sendiri yang meletakkan manusia
sebagai sama taraf. Agama yang agak muda ialah agama Sikh yang hanya bermula pada abad
ke-16 Masihi.

Nilai-nilai yang Relevensi Kepada Malaysia


Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk
semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian
dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur
tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.

1.Dharma
Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan
masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana
sesuatu itu wujud atau berlaku). Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan
peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan
apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.

Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan
mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang
mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang
mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai
kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini
fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam
masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja
buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat.
Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan
peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya,
seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan
perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya
dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan.

2.Kepercayaan Kepada Tuhan


Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia
merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat
lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah
mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan
dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan
nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui
segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua,
daripadanya segala- galanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu. Brahman
adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya
memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di
dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke
arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum merekayangjahat. Dia digelar
sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta.

Dalam aspek nirguna Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak
dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua mi tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang
menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk
penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa
atau berbau dan sebagainya.
3.Karma
Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan
seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula.
Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan
perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul&npava karma. Kepercayaan bahawa
seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana
beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang
tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia
ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa.
Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak
melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkarayang baik dan sentiasa berbakti
kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju
kepunya karma.

4.Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang
dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ditegaskan oleh pemikiran
falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal
emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan.
Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-
makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting
dalam budaya India sejak zaman purba.
5.Satya

Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat
dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu
kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai
kuasa kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan,
keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau
Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan
merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan
tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam
mencapai sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan
setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu.
Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

6.Perpaduan

Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah
penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.
Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu
dan MusSim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.

You might also like