You are on page 1of 45

LAPORAN KABINET

KERAJAAN
MALAYSIA 1979
Disediakan: KHOR YU JIE CHONG CHIAO AN
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KABINET 1979
Yang Berhormat Dato’ Lee San Choon
(MENTERI KERJARAYA & KEMUDAHAN AWAM)

Yang Berhormat Tan Sri V. Manickavasagam


(MENTERI PENGANGKUTAN)

PENGERUSI
Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Asri B. Haji Muda
(MENTERI KEMAJUAN TANAH & WILAYAH)
Yang Amat
Berhormat Tun Yang Berhormat Datuk Amar Abdul Taib Bin Mahmud
Dr. Mahathir b. (MENTERI PERTAHANAN)
Mohamed
Yang Berhormat Datuk Ali Bin Haji Ahmad
(MENTERI PERTANIAN)

Yang Berhormat Dato’ Michael Cheng Win Sum


(MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN)

Yang Berhormat Dato’ Musa bin Hitam


(MENTERI PELAJARAN)
Pengenalan
•laporan yang mengandungi isu-isu penting berkaitan
dengan pendidikan termasuklah prinsip, nilai dan hala
tuju pendidikan.

•Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan


Kebangsaan telah tercetus setelah laporan Kabinet
mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran diterbitkan
pada tahun 1979.
•Hasil daripada maklum balas dan laporan daripada
Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan pada
September 1974 dan dipengerusikan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan
Menteri Pelajaran.
•dikemukakan pada November 1979 dan
jawatankuasa laporan tersebut telah mendapati
bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang
menghalang untuk mencapai matlamat
pendidikan yang bermutu dalam sistem pendidikan
ketika itu.
•Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974,
adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum
13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan
pelancaran Dasar Ekonomi Baru 1970.
•Mendorong kerajaan mengkaji semula dasar
Pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang
menitikberatkan perpaduan negara dan
memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk
membangunkan bangsa dan negara.
• KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar
merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam&
Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6.
• Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum
juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik,
Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama
Islam.
• Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah
membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan
mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru
Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR”pada
tahun 1998.
Tujuan-tujuan
• Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem
pendidikan yang diamalkan ketika itu.

• Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran


kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga
manusia yang diperlukan oleh negara.

• Mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan


dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih.
Ciri-ciri
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,
menulis dan mengira.

• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang


kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.


Ciri-ciri
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional.

• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke


11 tahun.

• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran

• Meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.


Objektif
• Menghasilkan satu sistem pendidikan yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politik

• Memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan


yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis,
yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan lain-lain.
Strategi Perlaksanaan

Sistem
Kurikulum
Pendidikan
SISTEM PENDIDIKAN
Pendidikan Menengah Rendah
•Menggunakan BM atau BI sebagai bahasa
pengantar.

•1965, pendidikan menengah rendah berubah


kepada corak pelbagai aneka jurusan
• -memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia.
• -memenuhi tenaga rakyat bagi semua bidang.

•Menawarkan mata pelajaran elektif.


Pendidikan Menengah Atas
•Pendidikan 2 tahun dimana murid-murid memasuki
tingkatan 3 setelah menduduki peperiksaan sijil
rendah pelajaran.
•Terdapat 3 jenis sekolah
• Sekolah menengah biasa (jurusan sastera dan sains)
• Sekolah menengah teknik
• Sekolah menengah vokesional
•Pendidikan menengah atas berakhir dengan sijil
pelajaran Malaysia.
Pendidikan Tingkatan 6
• Pendidikan lanjutan menengah atas selama 2 tahun.
• Pelajar dimasukkan ke tingkatan 6 berdasarkan
pencapaian sijil pelajaran Malaysia.
• Di penghujung tahun kedua pelajar akan menduduki
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang menjadi
asas pemilihan kemasukan ke universiti tempatan.
• Tingkatan 6 juga bertujuan sebagai persediaan calon-
calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia bagi mengikuti kursus ijazah di university tempatan
Pelajaran Lanjutan
• “Pelajaran untuk orang yang umurnya melebihi dari yang ditetapkan
bagi mengulangi pelajarannya di sekola rendah.”(bahagian I, akta
pelajaran 1961)
• Dimulakan pada 1957,bertujuan membasmi buta huruf tetapi telah
berubah corak kepada memberikan pelajaran akademik kepada
mereka yang tercicir dari system persekolahan.
• Pada 1967,pelajaran akademik dari dari darjah 1 hingga tingkatan 2
diberhentikan.
• Mulai 1968,kemudahan disediakan bagi tingkatan 3 hingga tingkatan 6
• Pelajaran lanjutan memain peranan penting dalam menyediakan
sebahagian daripada tenaga rakyat.
Sekolah Swasta
• perlu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan mengikuti
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
• Boleh dibatalkan pendaftaran jika sekolah tersebut merosakkan
kepentingan pendidikan, murid-murid,orang awam atau melanggari
syarat pendaftaran yang telah ditetapkan.
• Peperiksaan tambahan yang dijalankan adalah peperiksaan Junior
Middle 3, Senior Middle 3, Sijil Perdagangan Malaysia dan peperiksaan
lain-lain.
• Terdapat pelbagai kelemahan dalam syarat-syarat pendaftaran
terutamanya apabila menjalankan peperiksaan yang tidak berfaedah
kepada pelajar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata,
maka syarat pendaftaran telah diperkemaskan.
Pendidikan Peringkat Maktab
1. Maktab Perguruan
• Kelayakan minimum untuk menjadi seorang guru ialah dengan
adanya SPM DAN STPM.
• Mengendalikan kursus-kursus latihan perguruan.
• Universiti-universiti yang terlibat dalam melatih guru dengan tempoh-
tempoh yang tertentu, antaranya adalah UM,UKM,UPM dan UiTM.
2. Politeknik
• Mengeluarkan tenaga mahir di peringkat pertengahan.
3. Institut Teknologi MARA
• Ditubuh oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA)
• Melatih bumiputera
KURIKULUM
Pengenalan Kurikulum
• Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan

Sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran

Pendidikan luar bilik darjah


Kurikulum Menguatkan Perpaduan
•Sukatan pelajaran yang sama kandungannya
dan peperiksaan yang seragam
•Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan
kurikulum di sekolah-sekolah
• wujudkan sistem peperiksaan awam yang sama
Pendidikan Agama
• mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam adalah
diwajibkan kepada semua murid beragama Islam

Pendidikan Sivik
• Untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat
cintakan negara, sifat bertimbang rasa dan toleransi
dan lain-lain.
Pendidikan Sosial
•Diajar dalam kedua-dua peringkat (rendah dan
menengah)
•Contoh : Ilmu Alam dan Sains
Sains
• Pada tahun 1969, sukatan pelajaran baru iaitu sains
panduan telah diperkenalkan oleh beberapa buah
sekolah menengah rendah pada peringkat Tingkatan
sebagai satu program perintis.
• isi kandungan sains panduan di Tingkatan 1hingga 3
tidak banyak beza dengan sukatan lama (dari segi
perdekatan dan kaedah mengajar).
• Hal ini kerana sains panduan dan sains moden
menitikberatkan fahaman dan proses penyampaian
mengikut tertib daripada senang kepada susah.
• Untuk menjayakan pendidikan sains panduan dan moden, guru-guru
dilatih khas untuk subjek ini sangat diperlukan.
• Walaupun ramai guru dilatih untuk mengajar namun, mutu pendidikan
secara keseluruhannya belum lagi dikatakan berada di tahap yang
memuaskan.
• Langkah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
Sains di sekolah-sekolah luar bandar ialah:
1. Guru Sains perlu dihantar lebih ramai lagi untuk berkhidmat di sekolah-
sekolah menengah luar bandar.
2. Taraf latihan ikhtisas guru-guru sains perlu ditingkatkan.
3. Menyediakan kemudahan yang cukup di semua sekolah menengah.
4. Satu penilaian menyeluruh ke atas program sains moden hendaklah
dilakukan pada masa yang sesuai.
Kebudayaan dan Pendidikan Muzik
• Kebudayaan kebangsaan adalah berasaskan kepada
kebudayaan Melayu.
• Banyak unsur-unsur kebudayaan kaum-kaum pendatang.
Buktinya ialah tarian, nyanyian, muzik Melayu dan alat-alat
muzik.
• Tujuan : untuk mendedahkan mereka kepada unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan dan memupuk perasaan seni.
• Kebanyakan sekolah tidak mempunyai guru muzik dan jika
ada pun, guru itu tidak berkelayakan.
• Tambahan pula, sekolah tidak mempunyai bahan dan
alatan muzik yang cukup.
• Kegiatan muzik, nyanyian dan tarian murid-murid yang
berbagai kaum ini membuatkan mereka mengetahui asas
kebudayaan kebangsaan di samping menghayati
kebudayaan kebangsaan mereka sendiri. Ini akan
menggalakkan perpaduan.
• Langkah peningkatan:
1. dipupuk dan digalakkan di sekolah dan menjadikannya
sebagai satu kegiatan sekolah.
2. Bahan-bahan alat membantu mengajar perlu disediakan.
3. Siaran televisyen pedidikan hendaklah digunakan untuk
memperkenal dan mengajar tarian kebangsaan.
4. Calon guru yang berkelayakan dalam bidang muzik
hendaklah mengikuti kursus latihan perguruan.
5. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama
Kementerian Pelajaran perlu mengadakan pesta
kebudayaan untuk para pelajar.
Bahasa Melayu
• diajar untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di
negara ini.
• bersesuaian dengan matlamat BM untuk dijadikan sebagai
mata pelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah
dan kelulusan dalam mata pelajaran sebagai syarat utama
untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan awam.
• Isi kandungan dan sukatan pelajaran serta pnp BM di
sekolah bagi mencapai matlamat perpaduan kurang
diperincikan.
• Pengajaran BM tidak keseluruhannya dikendalikan oleh
guru-guru yang telah dilatih khas untuk mengajar mata
pelajaran ini.
• Cara untuk memastikan pendidikan BM terus memainkan
peranan yang penting di sekolah dan masyarakat :
1. Matlamat BM sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan
bahasa perhubungan utama hendaklah dijelaskan secara
terperinci.
2. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
diberikan latihan khas.
3. Kursus BM untuk guru-guru dalam perkhidmatan perlu dikaji
semula.
Bahasa-bahasa lain
1)Bahasa Inggeris
• Sebelum merdeka, ia merupakan bahasa pengantar di
semua peringkat persekolahan aliran sekolah Inggeris.
• Malah, menjadi bahasa perantaraan bagi golongan
menengah dan atasan.
• Objektifnya sebagai bahasa kedua adalah bertujuan
memberikan kemahiran dan pengetahuan asas kepada
murid-murid
•Oleh itu, mata pelajaran ini wajib di sekolah dan
semua peperiksaan awam di samping, ia merupakan
bahasa penting dalam bidang sains dan teknologi.
•Mutu pengajaran dan pembelajaran BI di sk
terutamanya didapati kurang memuaskan kerana
ada di kalangan murid itu tidak tahu membaca dan
menulis walaupun dalam bentuk mudah.
•Guru yang mengajar mata pelajaran ini juga tidak
berkelayakan dan tidak berpengalaman dalam
mengajar BI ini.
•Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:

1. Kementerian Pelajaran hendaklah menubuhkan


pusat-pusat sumber Bahasa Inggeris di peringkat
negeri untuk membekalkan sumber dan bahan
kepada sekolah.

2. Guru yang berkelayakan hendaklah dihantar untuk


berkhidmat ke sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar.
2)Bahasa Cina
•bahasa pengantara di SRJK (Cina).
•Ia akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa
atau lebih yang memohon untuk diajarkan bahasa ini.
•Namun, peruntukan untuk belajar BC tidak dapat
dipenuhi kerana kekurangan guru.
•Oleh itu, langkah mengatasinya ialah bersesuaian
dalam peruntukan dalam Akta Pelajaran 1961, maka
pengajaran bahasa Cina hendaklah diikhtiarkan dan
guru-guru untuknya perlu disediakan.
3)Bahasa Tamil
•bahasa pengantara SRJK(Tamil).
•Ia akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa
atau lebih yang memohon untuk diajarkan bahasa ini.
•bahasa Tamil ini diajar kepada pelajar-pelajar India
sahaja. Oleh itu cadangan untuk membuka peluang
kepada murid-murid bukan India untuk belajar mata
pelajaran ini perlu dibuka dan sekiranya mereka
memohon bantuan pengajaran,kerajaan perlu
menyediakan kemudahan untuk mempelajari mata
pelajaran tersebut.
Kegiatan Kokurikulum
•penting di sekolah. Ia terbahagi kepada 3 kumpulan.
• Pasukan pakaian seragam
• Kelab dan Persatuan
• Sukan
•Semua murid sekolah diwajibkan sekurang-kurangnya
mengambil bahagian dalam sesebuah kelab atau
persatuan dan digalakkan mengambil bahagian
mengambil sekurang-kurangnya satu jenis permainan
atau sukan.
• dijalankan di luar kelas untuk menyemai, memupuk dan
menanam perasaan kekitaan di antara murid-murid yang
pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan
cara hidup yang berbeza.
• berperanan untuk melatih murid-murid bersikap
bertanggungjawab, berdisiplin dan berkemahiran dalam
semua bidang yang diceburi.
• kurang dijalankan di sekolah-sekolah kecil terutamanya di
kawasan luar bandar kerana kekurangan kemudahan,
kewangan dan galakan daripada sekolah itu sendiri.
• persekitaran fizikal dan sosial yang tidak seimbang juga
menghalang perkembangan murid dalam kegiatan
kokurikulum.
•Langkah untuk meningkatkan kegiatan kokurikulum
ini ialah:
1.Semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian
secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.Guru-guru hendaklah mendedahkan pendekatan
yang menarik dalam pengendalian kegiatan
kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan
perguruan.
3.Guru-guru yang banyak berjasa dalam kegiatan
kokurikulum wajar diberikan pengiktirafan.
Kelemahan yang dilaporkan
1) Menurut Jawatankuasa Kabinet, kelemahan khusus
dalam kurikulum sekolah rendah ialah penekanan
penguasaan isi kandungan pelajaran tanpa
menekankan penguasaan kemahiran asas 3M.
2) Kaedah pengajaran yang berpusat kepada guru iaitu
kaedah pengajaran yang tidak memberi tumpuan
kepada mengatasi kelemahan pembelajaran dan
perkembangan psikologi murid juga merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan mutu pembelajaran
yang rendah. (Sufean Hussin,1993)
3) Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala
berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran
atau antara darjah. Sukatan pelajarannya juga
mengandungi butiran yang terlalu banyak sehingga
membebankan serta membosankan murid untuk
belajar. Akibatnya guru dan murid selalu terdesak untuk
menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila
ada peperiksaan.
4) PnP juga terlalu bergantung kepada buku teks. Ini
menghadkan penggunaan teknik dan bahan
pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
(Mok Soon Sang, 2010)
5) Bagi kurikulum sekolah menengah pula,
Jawatankuasa Kabinet mendapati bahawa
kelemahan utama kurikulum tersebut adalah tidak
memberi tumpuan kepada bakat dan minat murid-
murid kerana wujudnya pengaliran yang
membelakangkan kecenderungan dan minat murid-
murid. Pengaliran kepada sastera dan sains secara
tertutup dan ketat telah menyekat mobiliti
pembelajaran.
Kesan Pelaksanaan
•Rakyat daripada semua bangsa disatukan
dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bahasa pengantar yang
besar
•Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua
sekolah.
•Pengambilan peperiksaan awam yang sama
oleh semua murid atau pelajar telah diwujudkan
•Menjadikan BM dan BI sebagai mata pelajaran
wajib bagi semua sekolah.

•Penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai


bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan

•Penggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa


Arab,Jepun dan Perancis

You might also like