You are on page 1of 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MINI ANJURAN PISMP SEMESTER 5. 1.

0 LAPORAN SEBELUM KEJOHANAN Sebelum kejohanan olahraga mini berlangsung, jawatankuasa

pertandingan telah menentukan acara yang akan dipertandingkan pada hari kejohanan. Acara-acara yang dipilih untuk dipertandingkan bagi acara padang ialah lompat jauh kategori lelaki dan perempuan, lontar peluru kategori lelaki dan perempuan. Manakala bagi acara balapan, acara yang dipertandingkan ialah lumba lari 100meter kategori lelaki dan perempuan, lumba lari kategori 200meter lelaki dan perempuan, lumba lari 800meter kategori lelaki dan perempuan, lumba lari 1500meter kategori lelaki dan perempuan, lumba lari berganti-ganti 4x100meter kategori lelaki dan perempuan dan lumba lari berganti-ganti 4x400meter kategori lelaki dan perempuan. Pihak jawatankuasa pertandingan juga telah melakar pelan padang bagi setiap acara. Di samping itu, ahli jawatankuasa pertandingan telah menetapkan peraturan pertandingan. Antara peraturan yang ditetapkan ialah seorang pelajar hanya boleh mewakili dua acara sahaja. Selain itu, bagi memastikan kelancaran kejohanan, AJK pertandingan telah memastikan peralatan bagi setiap acara yang akan dipertandingkan mencukupi. Kami juga telah membuat senarai nama atlet setiap acara yang mewakili setiap rumah sukan masng-masing dan senarai tersebut ditampal di papan-papan kenyataan dan juga dimuat naikkan dalam facebook IPGKRM Sem 5. Senarai nama atlet ini seterusnya dikumpul dan dibukukan sebagai buku pertandingan. Kami juga telah menentukan dan menyediakan lorong dan giliran peserta bagi setiap atlet yang mewakili rumah masing-masing. Sehari sebelum hari kejohanan, kami telah mengangihkan nombor peserta beserta dengan plastic dan pin kepada atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan.

2.0 LAPORAN SEMASA KARNIVAL Semasa hari pertandingan, kami telag ditugaskan sebagai bilik panggilan. Sebelum itu, kami telah mengedarkan buku pertandingan kepada urusetia, pengelola pertandingan, juruhebah, ketua-ketua rumah sukan dan beberapa individu lain. Sebagai hakim bilik panggilan kami juga memastikan setiap acara yang telah ditetapkan dipertandingkan pada hari tersebut serta memastikan setiap rumah menghantar atlet-atlet mereka bagi setiap acara.

3.0 LAPORAN SELEPAS KARNIVAL Selepas kejohanan, ahli jawatankuasa pertandingan telah membuat post motem bagi mengesan kelemahan dan kekuatan dalam mengelola kejohanan olahraga mini tahun ini. Antara kelemahan yang kami kesan ialah dari aspek persediaan. Gerak kerja ahli jawatankuasa kami bergerak agak perlahan sehinggalah pada minggu terakhir kejohanan. Namun begitu, kekuatan ahli jawatankuasa pertandingan ialah kami mampu menyelesaikan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semua tugasan seperti nombor peserta, senarai nama atlet serta buku pertandingan mampu disiapkan sebelum hari kejohanan. Sekaligus, menjamin kelancaran kejohanan olahraga mini pada tahun ini.

4.0 KESIMPULAN Pengalaman dalam mengelola kejohanan olahraga mini ini merupakan satu ilmu yang sangat berharga. Ilmu sebegini tidak boleh didapati dengan hanya membaca buku semata-mata. Diharap pada masa akan datang, ahli jawatankuasa kami akan memperbaiki segala kelemahan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Disediakan oleh, ., (ESPARY A/P KRISHNAN), Setiausaha Ahli Jawatankuasa, Pertandingan Kejohanan Mini Olahraga.

You might also like