You are on page 1of 61

Sistem Pendidikan

Sebelum Merdeka
SISTEM PENDIDIKAN
ZAMAN BRITISH:

SEMASA PENJAJAHAN
(Zaman British)
Sekolah Agama ( Madrasah )

• Terus berfungsi tanpa campur tangan dalam agama


dan adab resam orang Melayu.

• Pengelolaan lebih kemas oleh golongan muda.

• Kurikulum merangkumi ilmu dunia dan akhirat.

• Banyak madrasah ditubuhkan di Kelantan, Kedah


dan Trengganu.

• Mutu setengahnya lebih baik drpd sekolah Melayu


disediakan British.

• Ramai pelajarnya menyambung pelajaran di Asia


Barat.
Sekolah Pondok:

• Lebih tersusun dan teratur berbanding pendidikan di


rumah dan surau.

• Banyak madrasah ditubuhkan di Kelantan, Kedah


dan Terengganu.

• Pondok perkataan Arab bermakna rumah-rumah


kecil.

• Di T.Melayu bermaksud institut pendidikan agama


persendirian yang ada asrama.

• Guru / orang alim mengajar secara sukarela.


• Pondok didirikan berdekatan rumah tuan guru.

• Pelajar duduk bersila di lantai.

• Tiada sukatan pelajaran khusus iaitu Hadis, Tasawuf,


Fiqh, Tauhid, Tafsir (Kitab Arab & Terjemahan) dan
doa berkaitan kehidupan harian.

• Tempoh tak terhad ada yang belajar sampai 10


tahun.

• Matlamatnya melahirkan individu yang arif tentang


hukum-hukum agama, tahu beribadat dengan betul
dan bermoral tinggi.
SISTEM PENDIDIKAN
ZAMAN BRITISH:
SEMASA PENJAJAHAN
(Zaman British)

• Sekolah Vernakular: (1786-


1941)
Sekolah Vernakular: (1786-1941)

• Sistem “pecah dan perintah” mewujudkan


pendidikan berpecah kepada 4 iaitu:

1. Sekolah Vernakular Melayu


2. Sekolah Vernakular Cina
3. Sekolah Vernakular Tamil
4. Sekolah Inggeris

• Vernackular bermaksud yang menggunakan


bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
• 1854 laporan pendidikan di negeri-negeri selat oleh
Jemaah Pengarah yg dtg melawat TM atas arahan
Gabenor Jeneral di India.

• 1855 sekolah Melayu Bayan Lepas didirikan


• 1856 Sekolah Melayu Teluk Belangah dan di
Kampung Gelam, Singapura dibuka.

• Sekolah Teluk Belangah kemudian bertukar menjadi


maktab perguruan untuk melatih guru sekolah
Melayu.

• Sekolah Kampung Gelam disusun semula menjadi


sekolah agama.
• 1863 : 3 sekolah Melayu didirikan di Penaga,
Permatang Pauh dan Bukit Tambun.

• 1868 sekolah di Penaga dan Permatang Pauh


ditutup kerana kurang sambutan. Penduduk
sangsi sekolah yg tidak mengajar agama
Islam dan sekolah di Bukit Tambun ditukar
kepada sekolah Inggeris.

• 1872 sekolah di Melaka disusun semula dan


lebih berjaya kerana penduduknya ramai
Melayu dan guru mudah diperolehi.
• A.M Skinner 1871 mulakan sekolah Melayu
berdasarkan kelas Al-Quran, pagi sekolah
biasa dan petang pelajaran agama.

• Mata pelajaran yang diajar ialah Bacaan.

• Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Ilmu


Alam dan Latihan Jasmani.

• Abad ke-20 perkebunan dan anyaman mula


diajar berikutan laporan Winstedt 1917.

• Elaun Guru agama dibiaya oleh ibu bapa.


• Rancangan Skinner berjaya dan 5 buah lagi sekolah
dibuka dan ia dilantik sebagai Nazir Sekolah-
sekolah.

• 1884 sekolah perempuan Melayu didirikan di Teluk


Belangah dan di P.Pinang pada 1889.

• Masalah kekurangan guru perempuan.

• 1907, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai


34 sekolah perempuan.

• 1907, R.J. Wilkinson menubuhkan maktab perguruan


di Melaka.
• 1913 maktab perguruan Matang, Perak
didirikan.

• 1922 maktab ini ditutup dan digantikan


dengan MPSI di Tanjong Malim.

• Kurikulum kursus 3 tahun termasuk


kursus akademik, perkebunan,
pertukangan tangan dan membuat
bakul, serta teori dan latihan mengajar.

• Bahasa pengantar bahasa Melayu


• MPPM, Melaka dibuka 1935, dari kursus 2 tahun
kepada 3 tahun, dan pelatih dari semua tempat
Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri
Melayu tidak Bersekutu.

• Sekolah Melayu menghadapi masalah kesedaran


pendidikan kurang dan lulusan berpendapatan
rendah.

• Dasar Inggeris supaya anak Melayu terus duduk di


kampung.

• Inggeris bimbang yg berpendidikan Ing. Akan


bercita-cita tinggi dan timbul kesedaran politik.

• Dasar “pecah perintah” terus diamalkan


• 1890 “sekolah raja” yang berasrama
didirikan di Selangor dan dututup 4 tahun
kemudian.

• 1905 MCKK ditubuhkan.

• Dasar Inggeris untuk jaga kepentingannya,


Pendidikan untuk 4 tahun shj. dan org
Melayu tidak digalakkan ke Bandar untuk
memisahkan orang Melayu dari kemajuan
dan perindustrian ,mewujudkan jurang
perbezaan ketara.

• Segolongan kecil yang dapat masuk Maktab


Perguruan atau Special Malay Class untuk
sambung pelajaran di sekolah Inggeris
• Pendirian British terhadap pendidikan
Melayu:
 Kurang mengambil berat setakat darjah 4.

 Sekadar untuk menjadi buruh atau petani.


 MCKK hanya untuk ambil hati pembesar
dan untuk anak-anak bangsawan.

 Sistem memaksa mereka bersekolah


Melayu dan layak menjadi petani, polis
atau peon sahaja.

 Menimbulkan sikap tak puas hati dan


semangat kebangsaan.
Sekolah Vernakular Cina (1786-1941)

• Kurun ke-15 belum ada sekolah Cina sebab


bilangan mereka tidak ramai dan mereka
datang untuk cari nafkah dan tidak bertujuan
menjadi penduduk tetap.
• Ramai tinggal di kawasan lombong bijih
timah di Perak dan Selangor serta sebagai
peniaga di Negeri-negeri Selat (Singapura,
Melaka dan P.Pinang).
• 1815, kelas venakular Cina yang pertama
didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
Melaka.
• 1819 sekolah Cina pertama didirikan
P.Pinang, iaitu Institut Wu Fu oleh individu
tempatan dan persatuan Cina Daerah.

• 1854, Sekolah Cina Pertama didirikan di


Singapura, iaitu Institut Cui Ying.

• Pemerintah Inggeris bersikap tidak mahu


campur tangan dan menentang pembiayaan
membina sekolah Cina.

• Kurikulum berbentuk klasik , pelajaran


kaligrafi, ilmu kira-kira menggunakan
abakus. Dialek tempatan diguna sebagai
bahasa pengantar.
• Perkembangan sebenar berlaku dari tahun
1900, apabila Dr. Sun Yat Sen pemimpin
revolusi Negeri China dan menterinya Kang
You Wei melarikan diri ke Tanah Melayu.

• Mereka menggalakkan orang Cina dan


pemimpin tempatan mendirikan sekolah yang
menggabungkan pengajaran Confucius
dengan sains barat.

• 1901, sekolah Cina mendapat bantuan dari


kerajaan Mancu di China dan guru dibawa
dari sana.
• Kurikulum baru digunakan, iaitu pelajaran
teks klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains,
Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Nyanyian,
Latihan Jasmani dan Lukisan.

• 1911, apabila Repuklik Rakyat China


ditubuhkan, mereka terus memberi bantuan
kewangan dan ideology mereka turut
diserapkan.

• 1918, sekolah Cina dibina di Nanking untuk


melatih guru sekolah Cina di seberang laut.
• 1919, reformasi kebudayaan berlaku di
China, dan bahasa Mandarin mula digunakan
sebagai bahasa pengantar rasmi di sekolah
Cina.

• Dengan bantuan kewangan, pegaruh politik


Kuomintang juga turut berkembang.

• Inggeris menyedari ideology China terhadap


orang Cina di T.Melayu kerana sentimen anti-
British mula tersebar.

• 1920, kerajaan Inggeris mewujudkan


Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk
mengawal perkembangan sekolah Cina
• Kandungan Enakmen:

- menutup sekolah jika tidak mematuhi


peraturan berkaitan dengan kurikulum,
pentadbiran dan keadaan kesihatan yg
ditetapkan.

- guru dan pentadbir didaftarkan dan diselia


oleh pengarah pelajaran

- Sekolah berdaftar akan diberi bantuan


kewangan jika menggunakan bahasa
pengantar dialek tempatan. Sekolah yang
guna bahasa Mandarin dianggap agen
kerajaan China
• Masyarakat Cina membantah, tetapi enakmen
diteruskan juga oleh kerajaan Inggeris. Dengan
tindakan tegas, 1925-1928, 315 sekolah Cina
dibatalkan pendaftarannya.

• 1925, pindaan enakmen dibuat, pengarah pelajaran


akan membatalkan pendaftaran guru yang
menjalankan aktiviti yang dianggap subversif.

• Kawalan kurang berkesan, dan beberapa sekolah


terus dibuka dan memulakan kelas menengah atas
seperti Sekolah Chung Ling (P.Pinang), Sek.
Confucius (K.L.), Sek.Yuk Choy (Ipoh), Sek. Chung
Hua (Muar) dan Sek. Kuen Cheng (K.L.)
• 1929, tindakan lebih ketat dibuat oleh
Gabenor Cecil Clementi. Guru perlu dari
orang yang lahir di T.Melayu dan
pengharaman buku teks yg ada unsur anti
Inggeris.

• 1932 bantuan kewangan dihentikan sbb


kemelesetan ekonomi dan 1935 sambung
semula.

• Kesan pentadbiran Inggeris mewujudkan


jurang pendidikan antara kaum Melayu dan
Cina.
Sekolah Vernakular Tamil (1786-1941
• Mula dibina di estet kopi, kelapa, tebu dan getah.

• Menggunakan bahasa pengantar Tamil kerana


pekerja bertutur bahasa itu.

• Kerajaan Inggeris mewajibkan pemilik estet


membina sekolah untuk anak pekerja. Ini mendorong
ramai pekerja India datang ke T.Melayu.

• Sekolah Tamil juga dibina oleh mubaligh Kristian.

• Sekolah Tamil terhad pada peringkat dasar atau


sekolah rendah sahaja dan kurikulum serta gurunya
juga dari India.
• 1902, kerajaan Inggeris mula membina sek.
Tamil di estet atau bandar untuk anak pekerja
Jabatan Kereta Api dan Kerja Raya.

• 1925, Kod Buruh dikuatkuasakan, setiap


estet yang mempunyai 10 kanak-kanak umur
persekolahan wajib menyediakan sekolah
dan guru. Ini menambah bilangan sekolah di
estet.

• Peruntukan wang tahunan diberi kpd sekolah


berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan
dan jumlah kehadiran murid.
• 1930, dilantik seorang nazir untuk menyelia
sekolah-sekolah Tamil. 1932 ia dimansuhkan
sbb ekonomi meleset

• 1936 kursus dalam perkhidmatan diadakan


untuk melatih guru-guru sekolah Tamil

• 1938, nazir sekolah Tamil dilantik semula dan


peruntukan kewangan ditambah

• Dasar Inggeris ini terus meluaskan lagi


jurang pendidikan antara 3 kaum
Sekolah Inggeris: (1786-1941)
• 2 jenis sekolah Inggeris

- free school – dapat bantuan dari kerajaan dan


terbuka kepada semua kaum tanpa mengira taraf
sosio-ekonomi
- separa bantuan – dimulakan oleh badan mubaligh
dan dengan bantuan wang dari kerajaan Inggeris

• 1816, Penang Free School dibina atas inisiatif R.R


Hutchings. 1891 memulakan pendidikan peringkat
menengah.

• 1823, Sekolah Raffles (free school) dibina dan ditukar


nama Raffles Institution pada tahun 1863.
• 1826, Malacca Free School ditubuhkan dan bertukar
nama kepada Sekolah Tinggi Melaka.

• 1894, Sekolah Victoria (free school), Kuala Lumpur.

• 1906, Sekolah King Edward VII, Taiping.

• Sekolah separa bantuan yang dikenali sebagai


sekolah mubaligh dibiayai oleh Persatuan Mubaligh
London, Mubaligh Methodist, Gereja England dan
Mubaligh Roman Katholik.

• Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan


agama boleh belajar di sekolah mubaligh.

• Sekolah ini menyediakan pendidikan am dan


memperbaik akhlak mengikut ajaran Kristian.
• Sekolah Inggeris hanya di bandar .

• Orang Melayu terikat dengan undang-undang


menghantar anak ke sekolah Melayu.

• 1930-an baru ada peluang untuk anak Melayu


masuk sekolah Inggeris melalui peperiksaan
setelah dipilih masuk kelas Melayu Khas
(Special Malay class - SMC). Setelah dua
tahun di SMC baru layak masuk sekolah
dasar Inggeris.

• Lantaran itu lebih ramai murid Cina dan India


berpeluang masuk sekolah Inggeris kerana
mereka tinggal di Bandar
• Sekolah Melayu hanya sediakan sekolah
dasar/rendah, manakala sek Inggeris dan
Cina sediakan pendidikan menengah.

• Dasar “divide and rule” Inggeris


disengajakan untuk terus mentadbir
T.Melayu.

• Orang Melayu terus kekal di desa dan usaha


untuk menyatukan sekolah-sekolah
vernakular mendapat bantahan golongan
bukan Melayu.
Institusi Pendidikan lain
• Maktab Perguruan/ Kolej Latihan Melayu/
Sekolah Latihan Guru Melayu:

- latihan guru utk sekolah vernakular


Melayu.
- Seberang Perai: 1871 Cadangan
Skinner.
- Singapura: 1878 Cadangan Skinner.
- Taiping : 1898.
- Matang: 1913
- MPSI : Laporan Winstedt 1922
- Johor Bahru: 1919
- Kota Bharu: 1929
• Latihan Guru Sek. Vernikular Cina (P.Pinang
1906).

• Latihan Guru Sek. Vernikular Tamil.

• Latihan Guru Sek. Inggeris( KL- 1905; PP-


1907.

• Kolej Raffles(1919).

• Sekolah Perubatan Singapura (1905)

• Kolej Pertanian.

• Sekolah Vokasional.
Pemerintahan Tentera Jepun
Di Tanah Melayu 1942-45

• Semua jenis sekolah ditutup.

• Sebilangan kecil digunakan untuk


mengajar Bahasa Jepun.
Pembinaan Semula Sistem
Pendidikan Negara 1946-56
LAPORAN CHEESEMAN
• Langkah British untuk bina semula sistem pendidikan
selepas pendudukan Jepun.

• Antara cadangan laporan:


- Tiada yuran sek vernakular.
- Peluang semua murid belajar Inggeris.
- Sek men. 2 jenis shj.
- Pend. Vokasional dilaksanakan sepenuhnya.

• Perpaduan tak disentuh langsung.

• Laporan ini tak dilaksanakan, sbb kerajaan Inggeris


sibuk membina semula sekolah yg rosak akibat
perang.
LAPORAN BARNES
• 1949, ditubuhkan Jawatankuasa Barnes
untuk menyatukan semua sekolah vernakular
untuk mencapai perpaduan kaum.

• Menggantikan dengan sekolah kebangsaan


untuk semua kaum.

• Menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris


sebagai bahasa pengantar.

• Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai mata


pelajaran sahaja.
Antara cadangan utama Laporan Barnes:

- pembinaan sekolah vokasional moden.

- pembinaan maktab perguruan berasrama .

- Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

- Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan.


- Pendidikan percuma di sekolah keb.(Drj.1-6)
ditanggung oleh Lembaga Pelajaran
Tempatan.

- lepasan sek. keb. boleh melanjutkan


pelajaran menengah aliran Inggeris.

- Kurikulum menekankan mata pelajaran


Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah
Tangga .
LAPORAN FENN-WU
• 1951, 2 penasihat dari China bernama
Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu Teh Yau dijemput
mengkaji pendidikan Cina di T. Melayu.

• Tujuan Jawatankuasa:
- untuk merapatkan jurang antara sek.Cina
dgn sistem pendidikan bercorak perpaduan.

- membimbing penyediaan buku teks sekolah
Cina harus mengandungi unsur kehidupan di
T. Melayu.
Antara hasil kajian Laporan Fenn-Wu:
• Jika kaum Cina memilih untuk menguasai ketiga-tiga
bahasa (BM,BC & BI), amalan ini hendaklah
digalakkan oleh kerajaan Inggeris.

• Sistem pendidikan persekutuan T. Melayu hendaklah


bermatlamat untuk membentuk identiti kebangsaan.
Matlamat sekolah menyediakan murid menempuh
kehidupan berlandaskan latar belakang kehidupan
masyarakat mereka.

• Tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum


supaya mempelajari satu atau dua bahasa sahaja
akan mengancam perpaduan
Antara hasil kajian Laporan Fenn-Wu:
• Sekolah Cina masih kekurangan guru terlatih.

• Maktab perguruan perlu ditubuhkan untuk melatih


guru termasuk menjalankan kursus dalam
perkhidmatan pada hujung minggu.

• Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah


ditambah.

• Buku teks dari luar (China/Hong Kong) perlu diselidiki


dan dibaiki dengan memasukkan unsur masyarakat
tempatan’

• Pengajaran bahasa hendaklah diperbaiki


(BC, BI dan BM).
ORDINAN PELAJARAN 1952
 Kerajaan Inggeris menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji
kedua-dua Laporan Barnes dan Fenn-Wu yang berbeza.

 Jawatankuasa Khas itu mencadangkan:


1. Dua sistem persekolahan perlu ditubuhkan (pengantar
bahasa b
Melayu dan pengantar B.Inggeris)
2. Pelajaran BC & BT disediakan jika terdapat 15 orang
murid yang ingin belajar bahasa ibunda
3. BM wajib diajar di sekolah Inggeris dan BI wajib diajar di
sekolah
Melayu.

– Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan laporan itu


pada Sept 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1952
ORDINAN PELAJARAN 1952
Ordinan ini menetapkan:

• sekolah kebangsaan sebagai corak pendidikan di


Persekutuan Tanah Melayu.

• sekolah venakular Cina dan Tamil tidak diterima


sebagai sebahagian drpd system persekolahan
kebangsaan.

• Kuo Yu (BC) dan BT dicadangkan diajar sebagai


bahasa ketiga.

• Cadangan ordinan ini tidak dapat dilaksanakan


kerana masalah kewangan.
• Satu jawatankuasa lagi ditubuhkan untuk kaji
melaksanakan cadangan itu dan juga gagal oleh sebab
masalah kewangan.

• Antara cadangan dibuat ialah:


- penggunaan 2 bahasa di sekolah Melayu dan 3
bahasa di
sek. Cina dan sek. Tamil.
- menghadkan kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris.
- memulakan pendidikan menengah vokasional.

• Pilihan raya 1955, Parti Perikatan (UMNO+MCA+MIC) yang


dipilih berkuasa bersetuju untuk melaksanakan satu
sistem pelajaran yang sama untuk semua penduduk.

• Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang dibentuk telah


mengemukakan Laporan Razak 1956.
PEMBINAAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA: LATIHAN PERGURUAN

• Sebelum perang dunia kedua, MPPM & MPSI


melatih guru-guru sekolah Melayu shj.

• Guru-guru sekolah Cina & Tamil ikuti latihan


KDP pada hujung minggu dan cuti penggal.

• Kerajaan Inggeris meminjamkan Maktab


Perguruan Kirby di England untuk melatih
guru-guru bahasa pengantar Inggeris.
Tempoh latihan 2-3 tahun dan layak mengajar
dari Darjah 4- Tingkatan 3.
PEMBINAAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA: LATIHAN PERGURUAN

• 1954, MPKB (KBTC) dibuka untuk latih guru pelbagai


kaum.

• Maktab Perguruan Brinsford Lodge juga diambil alih oleh


kerajaan PT.Melayu untuk latih guru dan tempat mengajar
di sekolah menengah Inggeris.

• Hasil Laporan Razak, Bahagian Latihan Guru ditubuhkan


untuk program latihan guru (SR & SM).

• Maktab Perguruan Bahasa (LI) ditubuhkan untuk latih


guru bahasa.

• Universiti melatih guru sekolah menengah


PEMBINAAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA: LATIHAN PERGURUAN
• Kelulusan SRP dilatih (3 tahun) di Pusat
Latihan Harian untuk mengajar SR.

• Kelulusan Sijil Pelajaran dilatih 2 tahun di


maktab perguruan untuk mengajar
menengah rendah.

• Kelulusan STP ikuti latihan perguruan khas


satu tahun untuk mengajar sekolah
menengah
KESIMPULAN

Pendidikan semasa penjajahan:

• Untuk memastikan penjajahan Inggeris


berterusan
• Mengekalkan eksploitasi ekonomi negara ini
• Memastikan bekalan tenaga kerja peringkat
bawah untuk memenuhi keperluan penjajah
• Mengawal perkembangan semangat
nasionalisme di kalangan penduduk
tempatan
KESIMPULAN
• Dasar tidak campur tangan dan pecah
perintah kerajaan Inggeris mewujudkan 5
sistem persekolahan ( SA, SM, SC, ST dan
Sek. Inggeris) yang menjejaskan perpaduan
rakyat.

• Sekolah sekolah ini untuk berbeza kaum,


berbeza lokasi, bahasa pengantar dan
kurikulum.

• Inggeris tidak berminat membangunkan


rakyat melalui pendidikan dan tidak berusaha
memupuk perpaduan.
PERKEMBANGA
N
AWAL
KEMERDEKAAN
LAPORAN / PENYATA RAZAK
1956
LAPORAN / PENYATA RAZAK 1956
• Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan
penghasilan tenaga kerja.

• 4 sistem persekolahan SR diteruskan dan kurikulum


dipinda untuk serapkan unsur kebangsaan.

• Tujuan utama penyata ini:


 menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 memenuhi keperluan negara merdeka dan


mengembangkan sistem pendidikan.

 memupuk perpaduan kaum


Tujuan utama penyata Razak 1956
• merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

• mewujudkan sistem pengurusan


pendidikan yang lebih cekap.

• menyediakan kemudahan pelajaran yang


mencukupi.

• mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,


terlatih, bertoleransi, liberal dan progesif.
Antara syor laporan Razak 1956:
• Dasar pelajaran atas arahan Menteri Pelajaran yang
juga bertanggungjawab atas pelajaran menengah dan
latihan guru.

• Pihak berkuasa tempatan akan bertanggungjawab


atas pelajaran rendah dan pertukangan.

• guru-guru akan dilatih di bawah rancangan bersama.

• Jemaah Nazir Sekolah akan ditubuhkan untuk


memberi bimbingan profesional kepada guru.

• Dicadangkan semua guru diletak di bawah satu


perkhidmatan profesional (SPP)
Antara syor laporan Razak 1956
• Dua jenis sekolah sahaja, sekolah bantuan
kerajaan yang akan menerima bantuan yang sama
dan sekolah persendirian (peringkat rendah dan
menengah).

• Sekolah rendah ditukar kepada sekolah umum


(pengantar BM) dan sekolah jenis umum (bahasa
pengatar Kuo Yu, Tamil dan BI) dan sekolah bukan
umum akan terus diberi bantuan.

• BM dan BI menjadi mata pelajaran wajib di SR &


SM dan bahasa pengantar lain boleh diguna di SR
apabila perlu.
• Penubuhan satu jenis SMK untuk semua
bangsa menggunakan sukatan pelajaran
yang sama dan satu kurikulum yang
memasukkan semua bahasa dan
kebudayaan T. Melayu.

• Peperiksaan SRP dan SP Persekutuan


T.Melayu untuk calon semua SM.

• Pelajaran menengah lanjutan diadakan.

• Pelajaran teknik disusun semula dan


dimajukan lagi.
• Saiz sekolah dan bilik darjah dikawal serta
penyelesaian secara berhati-hati terhadap
murid lebih umur.

• Usaha menggalakkan kemajuan bahasa


kebangsaan dan menambah pengetahuan
tentangnya di kalangan semua penduduk.

• Penyata Razak diterima oleh Majlis


Perundangan Persekutuan pada April 1957
dan dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957.
Kesan pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak
• Bantuan yang sama kepada semua sekolah tanpa
mengira bahasa pengantar.

• Pelajaran teknik melahirkan pekerja mahir.

• Sukatan pelajaran yang sama untuk mewujudkan


taraf pelajaran sama.

• Pelajaran Bahasa Kebangsaan untuk melahirkan


anak muda bersemangat kebangsaan dan
memupuk persefahaman.

• Pelajaran Inggeris untuk peluang mendapat


pelajaran tinggi untuk semua pelajar.
• Penubuhan Jemaah Nazir Bebas dpt
memelihara mutu pelajaran.

• Pembahagian pendidikan menengah kpd


menengah rendah, menengah atas dan
prauniversiti.

• Empat peperiksaan utama:


-Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah,

SRP(LCE), SPP(GCE) dan STP(HSC)


• Pelajaran B.M diwajibkan dan latihan guru bahasa
ditambah dengan penubuhan Institut Bahasa
Lembah Pantai dan DBP.

• 1947, Sir Alexander Carr-Saunders dijemput ke T.


Melayu mengkaji perkembangan pelajaran
universiti dan 1949, Universiti Malaya (Singapura)
ditubuhkan.

• Pendidikan tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian,

Maktab Teknik dan Maktab perguruan.

• Tertubuhnya Kementerian Pelajaran sistem


pentadbiran peringkat pusat.
• Penggunaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum
seragam.

• Aliran persekolahan dipelbagai untuk keperluan


Negara; aliran akademik, teknikal dan vokasional.

• Bahasa Melayu bahasa pengantar utama dan


B.Inggeris bahasa rasmi kedua.

• Peluang pelajar sekolah kebangsaan ke pendidikan
tinggi lebih luas.

• Wujud satu jenis sekolah menengah kebangsaan


dan peperiksaan awam yang sama (SRP dan Sijil
Pelajaran Persekutuan T.Melayu)
SEKIAN,
TERIMA
KASIH.

You might also like