You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEORGETOWN LORONG BATU LANCHANG 11600 PULAU PINANG

KERTAS KERJA KLINIK BOLA KERANJANG

TEMPAT: GELANGGANG BOLA KERANJANG SMK GEORGETOWN DEWAN SMK GEORGETOWN

TARIKH: 12, 13 DAN 14 MAC 2012

ANJURAN: KELAB BOLA KERANJANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEORGETOWN LORONG BATU LANCHANG, 11600 PULAU PINANG

1.0

PENDAHULUAN

Kejayaan bidang sukan sesebuah Negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang dilahirkan. Pemain berkualiti mempunyai kemahiran yang tinggi ekoran daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Namun, pemain mestilah mempunyai kemahiran yang tinggi untuk berjaya dan mengharumkan nama Negara dalam arena sukan antarabangsa. Justeru itu, Kelab Bola Keranjang amat bertuah dan berbesar hati dengan persetujuan 2 orang jurulatih sukarela untuk mengadakan Klinik Bola Keranjang di sekolah ini. Melalui Klinik ini diharapkan setiap pelajar akan menimba ilmu yang berguna daripada jurulatih. Pihak guru penasihat juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti. 2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola keranjang dan mencungkil bakat di kalangan pelajarpelajar. Program ini juga dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia 1 Murid 1 Sukan untuk meningkatkan potensi setiap pelajar di bangku sekolah. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberikan pendedahan kemahiran bola keranjang secara sistematik dan betul kepada pelajar-pelajar. 3.2 pelajar. Menanamkan minat terhadapbola keranjang di kalangan

3.3 Mendedahkan pelajar-pelajar tentang teknik latihan dan aspek pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain bola keranjang. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 12, 13 dan 14 Mac 2012 iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. 4.2 Dilaksanakan selama 3 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja (8.00 hingga 1.00 tengahari). 5.0 TEMPAT Gelanggang Bola Keranjang SMK Georgetown dan Dewan SMK Georgetown. 6.0 KUMPULAN SASARAN/ PENYERTAAN

Program ini mensasarkan semua ahli Kelab Bola Keranjang SMK Georgetown.

7.0

AKTIVITI PROGRAM Aktiviti program ini akan merangkumi aspek: - Latihan asas fizikal/ kecergasan - Kemahiran asas bola keranjang - Undang-undang bola keranjang - Taktikal bola keranjang ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN Makanan dan minuman (RM18.00 X 50 orang pelajar) Jumlah RM 900 900

8.0

9.0 PENUTUP Semoga program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak peserta yang terlibat. Diharapkan klinik ini dapat melahirkan seorang pemain yang berdisiplin, berilmu, pengetahuan, berkerampilan dan berjaya dalam bidang yang akan diceburi selain daripada kerjaya sebagai pemain bola keranjang. Selain itu, klinik ini diharap menjadi satu persiapan yang jitu ke arah melahirkan pemain yang bermutu dan seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap apabila dewasa nanti.

Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

--------------------------------------------(ONG NYIN NEY) Guru Penasihat Kelab Bola Keranjang Pentadbiran SMK Georgetown Lorong Batu Lanchang, 11600, Pulau Pinang.

-----------------------------(ENCIK CHEW FENG BOO) Penolong Kanan SMK Georgetown Lorong Batu Lanchang, 11600, Pulau Pinang.

You might also like