You are on page 1of 18

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER II TAHUN 2

PEPERIKSAAN : TESTING

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PJMS3092


KURSUS : PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
MASA : 2 JAM
JUMLAH MARKAH : 50

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 3 soalan struktur (30 markah)
Bahagian B : 2 soalan esei (20 markah)
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK


BAHAGIAN A
( 30 markah )

Jawab semua soalan.

1. Majlis Sukan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1971. Matlamat utama penubuhan
Majlis Sukan Negara adalah seiring dengan Dasar Sukan Negara yang
bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan
pencapaian cemerlang dalam sukan di peringkat tertinggi khasnya pembangunan
sukan berprestasi tinggi. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet
ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap atlet akan diberikan peluang untuk bertanding
pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Berikan justifikasi berkaitan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Majlis Sukan
Negara untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagi memastikan negara Malaysia maju dalam sukan dan sekaligus menjadikan
Malaysia sebagai negara peneraju kecemerlangan sukan, pihak Majlis telah mengambil
langkah-langkah positif ke arah visi tersebut dengan memperkenalkan struktur
pembangunan baru bagi tempoh 2016-2020. Model baru struktur pembangunan sukan
di negara ini telah dibentangkan bagi tempoh 2016 – 2020 dengan memperkenalkan
konsep 2i iaitu incorporate iaitu menggabungkan organisasi seperti dengan pihak Majlis
Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia (MSSM), Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN)
di bawah kendalian Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Negeri (PSN) yang
bergabung, Institut Sukan Negara (ISN) dan agensi-agensi lain yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Manakala integrated dalam struktur ini, adalah
berkenaan dengan penyatuan program yang sedia ada dan sedang dijalankan di
peringkat agensi masing- masing.

Majlis Sukan Negara juga berusaha untuk membangunkan seberapa banyak


sukan di peringkat negeri mahupun kebangsaan dengan menubuhkan pusat latihan di
negeri di Malaysia. Di dalam struktur baru ini, ianya melibatkan beberapa agensi dan
jabatan lain iaitu pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Persatuan Sukan Negeri, Majlis
Sukan Negeri dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak Unit Sukan
Prestasi Tinggi Negeri dari Majlis Sukan Negara.Selain itu juga, bagi memastikan mutu
dan pencapaian setiap sukan di Malaysia ini dalam keadaan terancang dan baik, pihak
Majlis bersama-sama dengan Persatuan Sukan Negara sentiasa mengadakan
perbincangan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang wajar untuk membangunkan
sesuatu sukan tersebut.
Di samping itu, pihak Majlis Sukan Negara juga perlu memperbaiki program-
program pembangunan atlet dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang
berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara para peringkat antarabangsa
kerajaan melalui kementerian sukan dan belia telah menyediakan peruntukan yang
cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini.
Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek seperti kewangan, kejurulatihan,
pemakanan dan psikologi. Sebagai contohnya, Datuk Sabri Chik pernah menegur
tentang cara pemakanan pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam
kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.
Menurutnya, kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai,
2
nasi lemak dan merokok. Namun begitu segala kelemahan tidak harus menjadi noktah
untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak,
pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali
martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-
kejohanan antarabangsa secara lebih cekap dan penyertaan secara berterusan amat
penting dalam usaha memantapkan persembahan Serta menyesuaikan diri dalam
situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya,tidak mampu
membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada
sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang
kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru itu, penyertaan secara berterusan dalam
pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka
seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara
Datuk Lee Chong Wei sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas
senarai pemain terbaik dunia adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-
putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa
kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar ibarat
melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut usaha dan kerja keras semua
pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak -pihak berwajib, dan malahan peminat
sukan tanah air.

(10 markah)
2. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya
bukannya satu proses yang berasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian
dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain.
Dengan melihat pengelolaan sebagai satu usaha pengurusan yang bertujuan
menetapkan keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi
objektif sesebuah organisasi.
Bincangkan langkah-langkah dalam melaksanakan pengelolaan.

Pengelolaan program adalah proses perancangan, pelaksanaan, dan menilai


program untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Dalam pelaksanaan pengelolaan
program, diperlukan kesabaran, ketelitian, kerja sama, dan pemahaman yang baik
tentang program yang akan dijalankan serta kemampuan dalam mengelola sumber
daya dan tenaga kerja yang diperlukan. Pengelolaan dan langkah- langkah
perlaksanaan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas
program. Oleh itu pengelolaan perlu meliputi aspek sebelum, semasa dan selepas
program. Hal ini bagi memastikan perjalanan program dapat berjalan secara sistematik
dan terancang semasa pelaksanaan program.

Antara aspek sebelum yang perlu diteliti bagi melaksanakan pengelolaan ialah
penyediaan kertas kerja. Kertas kerja ini meliputi cadangan pelaksanaan serta butiran
penting program seperti tujuan, objektif, maklumat, nama ahli jawatankuasa pelaksana
dan kewangan. Hal ini bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan penyampai maklumat
kepada pihak pentadbiran bagi menilai dan memberi kelulusan bagi melaksanakan
program. Dalam masa yang sama, kertas kerja ini juga digunakan untuk mendapatkan
kebenaran daripada pihak terlibat untuk menggunakan kawasan atau tempat yang bakal
3
digunakan. Seterusnya, ahli jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menentukan
pembahagian gerak kerja serta memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan.
Hal ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat cakna akan segala pemberitahuan
berkaitan dengan pelaksanaan program. Bukan itu sahaja, keperluan senarai semak
perlulah dibuat agar semua perancangan dapat berjalan sesuai dengan yang telah
dirancang. Ini juga bagi memastikan tiada perkara yang tertinggal sehingga
menyebabkan terdapat aktiviti gagal dilaksanakan dengan baik.

Selain itu, sepanjang aktiviti dijalankan adalah menjadi tanggungjawab antara


peserta dan urusetia pertandingan. Antara langkah-langkah untuk fasa semasa
menjalankan aktiviti atau pertandingan, perkara yang perlu dilakukan ialah memastikan
semua pegawai yang terlibat hadir, aktiviti berjalan mengikut jadual, semua maklumat
sampai kepada pihak berkenaan, bahawa protokol dipatuhi, dan semua langkah
keselamatan diambil. Semasa aktiviti dijalankan, setiap pembantu teknikal memastikan
tapak dan peralatan perkhemahan sesuai dan selamat untuk peserta dan pegawai yang
bertugas perlu memastikan mereka sentiasa berada di kawasan perkhemahan. Ini
supaya peserta dapat melaporkan kepada urusetia untuk kehadiran peserta sebelum
aktiviti/pertandingan bermula. Bagi AJK Peralatan perlu menyediakan peralatan yang
mencukupi untuk digunakan semasa aktiviti dijalankan seperti bilangan peralatan
pertandingan. Ajk Teknikal perlu memastikan peserta mematuhi arahan keselamatan
yang telah ditetapkan agar setiap peserta sentiasa berwaspada dan selamat semasa
menjalankan aktiviti. Ahli jawatankuasa yang bertugas akan memberi taklimat kepada
peserta tentang acara, syarat pertandingan atau aktiviti, dan langkah keselamatan yang
perlu diambil oleh setiap peserta.

Langkah terakhir yang dikenali sebagai langkah selepas bagi melaksanakan


pengelolaan program atau pertandingan ialah membersihkan kawasan yang digunakan
dan memastikan barang dan peralatan yang digunakan disimpan di tempat asal atau
dipulangkan kepada pihak yang terlibat serta pihak kewangan/ bendahari akan
menguruskan segala bil dan perbelanjaan yang ditanggung sepanjang program. Aktiviti
diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah, cenderahati, sijil kepada semua peserta
yang terlibat. Seterusnya, aktiviti mengemaskini dan mendokumentasi semua maklumat
berkaitan pertandingan. Contohnya, minit mesyuarat, keputusan pertandingan, laporan
pertandingan dan hasil gerak kerja setiap AJK. Seterusnya, Setiausaha akan
memanggil AJK untuk mengadakan mesyuarat post mortem bagi merungkai dan menilai
keberkesanan, kelemahan, dan cadangan penambahbaikkan pada program akan
datang dan menghantar surat penghargaan kepada yang memberi sumbangan, tajaan
dan kerjasama. Semua AJK pengelolaan akan mencadangkan segala penambahbaikan
bagi acara yang akan datang dan setiap kelemahan perlu diperbaiki bersama. Hal ini
demikian kerana, AJK dokumentasi akan bertindak menyediakan satu laporan aktiviti
yang lengkap kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyimpan segala dokumen
program untuk direkod dan menjadi rujukan untuk pelaksanaan program pada masa
akan datang.

Secara ringkasnya, setiap langkah dalam mengelola perlulah diteliti dengan baik
agar program yang dijalankan dapat memberi impak positif dalam meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran berkaitan pengurusan program secara berkesan. Dalam
masa yang sama, pengurusan bagi aktiviti dalam program terlibat merupakan penanda

4
aras bagi menentukan kejayaan pentadbiran keseluruhan program yang
dijalankan. Oleh itu, setiap AJK perlulah melaksanakan setiap tugas dengan
bersungguh - sungguh demi memastikan program dapat berjalan dengan lancar,
sistematik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

(10 markah)

3. Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Sukan permainan tradisional adalah sebahagian daripada aktiviti riadah yang
menyeronokkan dalam kalangan masyarakat. Permainan tradisional pada
kebiasaannya dijalankan selepas waktu persekolahan waktu petang atau pada hari
cuti bagi memenuhi masa lapang. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat
berpasukan di samping melaksanakan aktiviti yang membolehkan setiap individu
memaparkan kemahiran serta keupayaan mereka dalam bidang yang
dipertandingkan. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang,
merayakan sesuatu pesta atau perayaan serta meningkatkan ukhuwah antara
peserta.
Berikan hujah sokongan terhadap pengelolaan sukan permainan tradisional dalam
pembentukan masyarakat masa kini.

Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik dan menarik.
Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan tradisi yang terhasil
dari asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisi secara amnya
terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung
termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji dan lain-lain. Manakala
permainan laman pula seperti galah panjang, ketinting, gasing, baling selipar, konda
kondi, rebut negeri dan lain-lain.

Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan, ini mewujudkan


interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Pada suatu masa
dahulu aktiviti permainan merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan
meriah seakan-akan pesta keramaian. Penduduk kampung tanpa mengira usia akan
turun beramai-ramai sama ada untuk menyertai pertandingan atau sebagai penyokong
dalam suasana pertandingan yang sihat. Permainan-permainan dahulu juga
kebanyakannya banyak memberi manfaat kepada individu dan masyarakat. Selain
membina kemahiran sosial, juga memberi faedah fizikal dan mental. Permainan strategi
seperti dam haji dan congkak, akan merangsang minda seseorang berfikir secara kritis
dan membantu mempertingkatkan kemahiran mengira dan sentiasa fokus dalam
sesuatu tugas.

Pengelolaan permainan tradisional dapat memberikan banyak faedah


terutamanya kepada pembentukan individu serta masyarakat pada masa kini. Keadaan
ini dapat dibuktikan melalui proses dimana permainan tradisional ini dapat mengeratkan
hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama. Dengan pengelolaan
permainan tradisional, pelbagai kaum dalam masyarakat dapat bermain bersama-sama
antara mereka dengan harmoni. Contohnya, masyarakat akan sering bermain layang-
layang pada satu kawasan yang lapang. Keadaan ini bukan sahaja membolehkan
setiap masyarakat bermain bersama antara mereka malah mereka juga boleh berkongsi
5
idea dan pendapat tentang permainan layang-layang tersebut sesama individu. Oleh itu,
jelaslah permainan tradisional bukan sahaja sekadar bermain malah membolehkan
masyarakat bertukar pendapat tentang permainan yang dimainkan sekaligus
mencetuskan suasana yang muhibah dan harmoni. Keadaan ini menunjukkan situasi
yang jauh lebih baik berbanding dengan permainan komputer tanpa berinteraksi dengan
orang lain. Antara contoh yang lain adalah sepak raga. Permainan sepak raga ini
dipermainkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun kini, sepak raga lebih
dikenali sebagai sepak takraw. Permainan sepak raga ini bukan hanya dimainkan oleh
orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain juga boleh menyertai permainan ini.

(10 markah)

4. Majlis Sukan Negara telah mewujudkan program Skim Persijilan Kejurulatihan


Kebangsaan yang dikendalikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan sebagai
alternatif untuk meningkatkan profesionalisme jurulatih dan juga untuk melahirkan
atlet-atlet yang berprestasi cemerlang.
Buat rumusan tugas utama Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.

Lembaga berperanan untuk mewujudkan skim persijilan kejurulatihan


kebangsaan. Lembaga juga bertanggungjawab menyusun dan menggubal kurikulum
kejurulatihan. Selain itu, lembaga bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan
kejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan. Lembaga
bertindak melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa berhubung dengan
kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan. Jawatankuasa Perkembangan
Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains sukan dan bidang
pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan. Skim Persijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan
pendidikan jurulatih yang seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen
iaitu sains sukan dari segi prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia. Kedua,
pengkhususan sukan yang menitikberatkan kemahiran, teknik dan strategi khusus
kepada sukan-sukan tertentu. Ketiga, praktikal iaitu amalan kejurulatihan.

(10 markah)

6
3. Keagresifan dalam sukan sememangnya sering berlaku dan ianya boleh menjejaskan
bidang sukan di negara kita.
Tentukan faktor yang menyebabkan berlakunya insiden keagresifan dalam sukan.

Keagresifan dalam sukan merujuk kepada tingkah laku atau tindakan yang melanggar
peraturan atau etika sukan yang harus dipatuhi oleh atlet mahupun pasukan.
Keagresifan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk. Tingkah laku agresif dalam sukan
bukanlah sebahagian daripada persaingan yang adil dan boleh memudaratkan semua
pihak yang terlibat dalam perlawanan tersebut. Keagresifan boleh menyebabkan
kecederaan fizikal, kerugian kewangan dan merosakkan imej serta reputasi sukan
kepada atlet yang terlibat.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya insiden keagresifan dalam sukan


ialah persaingan yang kuat antara atlet. Semakin kuat persaingan, semakin besar
kemungkinan terjadinya konflik antara mereka. Hal ini terjadi apabila atlet cuba untuk
menang dan mereka boleh terlibat dalam tingkah laku yang agresif. Contohnya,
perlawanan bola sepak antara pasukan A dan pasukan B. Atlet A bertindak ganas
dengan atlet B dengan cuba menjatuhkan lawan dengan sengaja kerana pasukan B
mempunyai 1 mata melebihi pasukan A. Apabila atlet merasa terancam atau
diprovokasi oleh lawan mereka, mereka mungkin bertindak balas dengan tingkah laku
yang agresif. Di samping itu, desakan orang ramai atau pasukan untuk menang juga
boleh memburukkan lagi keadaan. Jika atlet merasakan bahawa dia bertanggungjawab
untuk memenangi pertandingan atau merasakan kejayaannya dalam pertandingan
akan memberi impak besar kepada kerjayanya, maka dia mungkin berasa lebih
cenderung untuk bertindak secara agresif. Tuntasnya, desakan untuk memenangi
sesuatu perlawanan merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya insiden
keagresifan dalam sukan.

Seterusnya, kesan alkohol atau dadah boleh menjadi punca atlet menjadi agresif
ketika bersukan. Umum mengetahui, alkohol atau ubat-ubatan yang diambil secara
berlebihan akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan sistem tubuh
seseorang. Ianya boleh menjejaskan tingkah laku dan emosi seseorang. Bahan kimia
dalam alkohol atau dadah akan memasuki otak dan mempengaruhi cara sistem saraf
berfungsi. Tamsilnya, stimulan. Stimulan seperti amfetamin atau kokain boleh
meningkatkan tahap adrenalin dan mempercepatkan degupan jantung. Kesan
sementara kepada atlet ialah dapat meningkatkan prestasi namun ianya juga boleh
menyebabkan keletihan, dehidrasi dan ketidakstabilan mental. Tambahan itu,
penggunaan alkohol atau dadah boleh membuatkan seseorang berasa lebih yakin atau
lebih agresif daripada biasa. Ini boleh meningkatkan kemungkinan tingkah laku agresif
atau tidak sesuai yang boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang lain.
Intihannya, izharlah bahawa alkohol atau dadah yang diambil oleh atlet merupakan
faktor yang menyebabkan berlakunya insiden keagresifan dalam sukan.

Selain itu, keagresifan dalam sukan boleh berlaku berpunca daripada


kebangkitan fisiologi. Persekitaran yang mendorong berlakunya keagresifan dalam
sukan adalah suhu dan suasana penonton. Suhu yang terlalu panas akan
mengakibatkan atlet bertindak agresif kerana rimas dan mudah marah. Sebagai
contoh, keagresifan corak permainan atlet ketika bermain dalam sukan yang
dipertandingkan di padang terbuka adalah lebih ketara berbanding sukan di dalam
7
gelanggang tertutup. Menurut Donnerstein dan Watson (1976) suasana bising yang
melampau akan meransang respons yang negatif daripada atlet. Ketika permainan
berlangsung, provokasi tidak hanya berlaku di antara pemain dan pemain dalam
gelanggang. Namun, penonton juga boleh provokasi para pemain dan suasana
tersebut sangat bising sehingga mengganggu emosi atlet sehingga menyebabkan
keagresifan berlaku. Jelaslah bahawa kebangkitan fisiologi dalam diri atlet mendorong
ke arah keagresifan dalam sukan.

Semakin besar jurang perbezaan mata atau jaringan dalam sebuah permainan,
semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan mata
(Cox, 1999). Setiap individu pasti akan ada sifat tidak mahu kalah. Seperti dalam
permainan, pasukan atau atlet yang ketinggalan mata atau jaringan pasti akan
terkesan dan mengubah corak permainan ke arah yang lebih agresif dengan tujuan
bagi mengejar mata atau mencederakan pasukan lawan. Perkara ini bukan sahaja
berlaku bagi mengejar mata, sejurus untuk mendapatkan kemenangan atlet sanggup
lakukan apa sahaja walaupun membahayakan diri sendiri mahupun pasukan lawan.
Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan bahawa kekasaran dan keagresifan dalam
sukan bola sepak dapat dilihat sekiranya perbezaan mata berlaku antara dua pasukan
khususnya perlawanan di Malaysia.

Kesimpulannya, sebagai seorang atlet, adalah penting untuk sentiasa mematuhi


peraturan dan etika sukan yang telah ditetapkan serta mengelakkan tindakkan yang
boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, menjadi tanggungjawab
jurulatih dan penganjur sukan untuk mengambil tindakan dalam mencegah dan
memberi didikan kepada atlet tentang kepentingan permainan adil dan semangat
kesukanan dalam sukan.

(10 markah)

8
4. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah cara pentadbiran dan
pengurusan mata pelajaran Pendidikan Jasmani supaya mata pelajaran ini dapat
dilaksanakan atau diajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.
Bagi melancarkan pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Jasmani di sekolah,
Pendidikan Jasmani mempunyai panitia di bawah kuasa Guru Penolong Kanan
Akademik. Manakala Ketua Panitia Pendidikan Jasmani membantu Guru Penolong
Kanan Akademik berkaitan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan,
pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks
perkhidmatan berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Tunjukkan bagaimana Guru Pendidikan Jasmani di sekolah memainkan peranan dan
memberi komitmen yang tinggi terhadap tugasnya.
Guru Pendidikan Jasmani di sekolah mempunyai peranan yang penting dalam
membantu sekolah mencapai matlamat pendidikan jasmani dan sukan bagi murid-
murid mereka. Mereka bertanggungjawab untuk pentadbiran, perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian
dalam bidang ini. Antara peranan yang dapat dimainkan dan secara tidak langsung
dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap tugasnya adalah dengan
menyediakan rancangan pelajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi pelajar,
serta menyediakan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi yang sesuai untuk membantu
pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. Dalam perancangan tersebut, guru
perlulah mengambil faktor kemampuan fizikal dan kebolehan murid-muridnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan yang
berbeza. Sekiranya guru merancang sesuatu dengan mengambil faktor kemampuan
fizikal dan kebolehan murid-muridnya, perkara ini dapat membantu meningkatkan
motivasi dan kepercayaan murid dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, hal ini
dapat membantu murid untuk mencapai potensi maksimum dalam diri mereka.
Selain itu, guru pendidikan jasmani juga perlulah memiliki kemahiran
mengelolakan sesuatu program yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang bertanggungjawab dalam
menguruskan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi di sekolah. Program seperti ini bukan
sahaja untuk meningkatkan kesihatan fizikal murid-murid, tetapi juga meningkatkan
kesihatan mental dan sosial mereka. Oleh sebab itu, program tersebut perlulah
dikelolakan dengan efektif dan efisien agar dapat memberikan manfaat kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Justeru itu, guru
pendidikan jasmani haruslah meningkatkan pengetahuan terhadap kemahiran
mengelolakan sesuatu program.
Seterusnya, guru pendidikan jasmani perlu memiliki tanggungjawab untuk
menguruskan program sukan dan aktiviti luar bilik darjah di sekolah dengan cara
berkomunikasi dengan pihak pengurusan sekolah dan memastikan program-program
sukan yang dijalankan adalah selaras dengan matlamat pendidikan sekolah. Hal ini
kerana hubungan yang baik antara guru-guru subjek yang lain kerana pengurusan
pendidikan jasmani ini menekankan kepada pencapaian fizikal semua murid tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Komunikasi yang baik akan memberikan kesan
yang positif dalam pengurusan dan pentadbiran di dalam mahupun di luar bilik
darjah. Perkara ini bertepatan dengan konsep pendidikan jasmani yang
menggalakkan aspek psikomotor berbanding dengan aspek kognitif dan afektif.
Komunikasi dengan pihak luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
9
agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan juga memainkan peranan yang penting
bagi melaksanakan sesuatu program yang melibatkan aspek psikomotor serta
kesihatan murid.
Di samping itu, guru pendidikan jasmani perlu membuat perancangan dan
menjalankan program sukan sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dititikberatkan oleh guru dalam melakukan perancangan dan pengurusan ini. Antara
perkara yang perlu dilakukan adalah menyediakan jadual latihan dan pertandingan,
menyediakan peralatan sukan yang diperlukan, meenguruskan perbelanjaan dan
memastikan bahawa semua aspek keselamatan diambil kira semasa menjalankan
program tersebut. Kemudahan sukan di sekolah seperti padang bola, dan
kemudahan dalaman seperti bilik persalinan dan stor sukan juga perlu diuruskan.
Guru pendidikan jasmani yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya
akan mempunyai kesan yang positif kepada murid. Guru pendidikan jasmani yang
bersemangat, berdedikasi dan berpengalaman dapat membantu murid meningkatkan
prestasi dan minat mereka dalam sukan. Hal ini kerana guru pendidikan jasmani
memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin kepada kecenderungan murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan serta memberi motivasi kepada murid
dalam program-program sukan di sekolah.

(10 markah)

10
BAHAGIAN B
( 20 markah )

Jawab satu soalan.


1.
Pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan
semua tenaga pekerja yang pelbagai ke arah mencapai
matlamat persatuan sukan
(Mohd Salleh Aman, 2005)

Berdasarkan definisi pengurusan sumber manusia di atas, anda sebagai seorang


pengurus atau pentadbir sesebuah persatuan sukan perlu mempunyai pengetahuan
tentang fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia.
Berikan hujah fungsi pengurusan sumber manusia meliputi pelbagai aktiviti yang
memberi kesan signifikan kepada semua bahagian dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan sumber manusia berperanan dalam usaha pembangunan tenaga
kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja
yang berprestasi tinggi. Kerja-kerja ini meliputi aspek merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal pekerja dan tugas-tugas dalam sesebuah organisasi. Hal
ini juga penting bagi memastikan pengagihan sumber manusia dapat dilaksanakan
secara berkesan. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia.
Antara fungsi pengurusan sumber manusia ialah merancang dan
melaksanakan program yang membangunkan pekerja iaitu atlet, jurulatih dan staff
sokongan. Hal ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka dalam bidang sukan. Sebagai contoh, pengurus sesebuah persatuan sukan
perlulah memastikan jurulatih mempunyai pertauliahan dalam bidang sukan. Hal ini
bagi memastikan setiap jurulatih mempunyai pengetahuan yang luas dalam
merancang sesi latihan yang bersesuaian untuk atlet. Hal ini bertujuan untuk
memastikan prestasi atlet dapat dipertingkatkan dari masa ke masa. Selain itu,
pengurus juga perlu memastikan atlet, jurulatih dan staff sokongan mempunyai
kerjasama yang baik dengan mewujudkan demi kemaslahatan sesebuah persatuan.
Selain itu, sebagai pengurus sukan berperanan dalam mengatur acara dan
pertandingan bagi anggota di dalam organisasi yang terlibat. Hal ini merangkumi
pemilihan tempat, menjadualkan acara, mengatur permainan dan memastikan
perjalanan atlet sepanjang pertandingan dapat berjalan dengan lancar. Hal ini
demikian kerana, apabila pengurus sukan berjaya merancang dan menguruskan
pertandingan dengan baik sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan diri atlet. Di
mana, atlet akan rasa dihargai dan disambut dengan baik, sehingga dapat
meningkatkan kepercayaan diri mereka serta mewujudkan satu persaingan yang
sihat dalam kalangan atlet. Dalam masa yang sama, sebagai pengurus sesebuah
organisasi sukan berperanan sebagai individu yang dapat membantu meningkatkan
keterampilan dan menyusun latihan atlet yang terlibat. Perkara ini penting bagi
memastikan atlet dapat menjalankan latihan sesuai dengan tahap kemampuan serta
bagi melihat perkembangan atlet dari masa ke masa.

11
Di samping itu, pengurus atau pentadbir sesebuah persatuan bertanggung
jawab dalam memelihara keselamatan dan kesihatan yang sejahtera dalam sukan
terhadap atlet, jurulatih dan staff sokongan. Hal ini bermaksud pengurus persatuan
perlu memperketatkan polisi keselamatan atlet, jurulatih dan staff sokongan semasa
bekerja dan menyediakan kawasan yang selamat untuk sesi latihan atlet. Sebagai
contoh, pengurus atau pentadbir sesebuah pasukan melibatkan pengawal dan
pembantu program seperti pihak polis, St. John, dan sukarelawan yang memberi
sumbangan terhadap pengurusan aktiviti dari segi pengawalan keselamatan,
penjagaan kecederaan dan membantu pelaksanaan program. Hal ini bagi
memastikan kesejahteraan atlet, jurulatih dan staf sokongan terjamin
Akhir sekali, pengurus sesebuah organisasi juga berperanan untuk
menguruskan kestabilan kesihatan mental atlet, jurulatih dan staf sokongan. Hal ini
bermaksud pengurus sesebuah organisasi perlu mengambil berat rungutan,
pertikaian dan konflik yang diberikan oleh atlet, jurulatih dan staf sokongan. Hal ini
bertujuan untuk mewujudkan suasana bekerja yang positif dan mengekalkan moral
mereka. Sebagai contoh, pengurus sesebuah organisasi boleh bekerjasama dengan
ahli psikologi sukan atau pihak yang profesional untuk memantau kesihatan mental
atlet, jurulatih dan staf sokongan. Hal ini demikian kerana kesihatan emosi mereka
mempengaruhi kemajuan prestasi mereka.
Kesimpulannya, pengurusan sumber manusia mempunyai pelbagai fungsi
dalam sukan yang membantu membangunkan modal insan bagi memenuhi matlamat
organisasi. Namun, jika pengurus sukan gagal mengatur acara dengan baik. Hal ini
akan menyebabkan timbulnya implikasi negatif yang signifikan kepada pengurus
pasukan, atlet, jurulatih dan penonton. Contohnya, ketidakpuasan hati dalam
kalangan mereka sehingga menurunkan motivasi mereka untuk melibatkan diri
dalam pertandingan yang akan datang. Oleh itu, sangat penting bagi pengurus
sukan untuk memastikan pengurusan sumber manusia dalam keadaan yang baik.

(20 markah)

12
2. Sekolah anda telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola baling
perempuan peringkat daerah. Sebanyak 13 pasukan telah bersetuju untuk
mengambil bahagian. Sebagai penganjur anda dikehendaki mengelolakan
pertandingan tersebut secara kalah mati.
Huraikan senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola dan bidang tugasnya serta buktikan
justifikasi jadual kalah mati yang melibatkan 13 pasukan bertanding dalam kejohanan
bola tampar yang akan dianjurkan.

AJK PENGELOLA SENARAI BIDANG TUGAS

Pengerusi • Mempengerusikan mesyuarat


• Memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar
• Memberi arahan kepada AJK pelaksana agar dapat memainkan
peranan dengan betul

Naib Pengerusi • Membantu pengerusi


• Mengambil peranan pengerusi jika ketiadaannya

Setiausaha • Memanggil mesyuarat jawatankuasa pelaksana


• Mencatat minit mesyuarat
• Mendapatkan senarai nama peserta
• Membuat surat menyurat berkaitan pertandingan
• Memanggil mesyuarat post-mortem pertandingan untuk
makluman, tindakan dan cadangan penambahbaikan
• Memastikan semua surat menyurat, minit mesyuarat, salinan
kertas kerja disimpan
• Membuat laporan selepas pertandingan tamat
• Lain-lain hal yang diarahkan oleh Pengerusi / Naib Pengerusi

Bendahari • Memberi taklimat prosedur kewangan


• Memastikan wang yang diterima dan dikeluarkan mengikut
prosedur
• Menyediakan anggaran dan merancang perbelanjaan yang
diperlukan bagi pertandingan
• Menyimpan segala kutipan wang

AJK Teknikal & • Menyediakan syarat pertandingan yang terkini


Pertandingan • Memastikan syarat telah diterima dan dipatuhi
• Menyediakan format pemarkahan bagi pengadil
• Bertanggungjawab memberi taklimat kepada hakim hakim
• Menguruskan undian giliran pasukan bertanding
• Menyediakan pelan lakar tempat pertandingan
• Menyerahkan keputusan pertandingan kepada urusetia
• Melantik juri rayuan jika perlu

AJK Persiapan • Menyediakan peralatan yang perlu bagi hari pertandingan


Padang & Alatan • Mendapat kelengkapan yang tidak mencukupi sebelum hari
pertandingan
• Menyediakan peralatan spare jika peralatan tidak mencukupi
pada hari kejadian
• Memastikan keadaan gelanggang keadaan baik dan bebas dari
bahaya

AJK Perubatan / • Menyediakan first aid bagi pemain yang injured


13
Kecemasan • Merawat pemain yang sakit
• Menyediakan tempat rawatan khas
• Menyediakan pasukan bantuan kecemasan di tempat kejohanan

AJK Dokumentasi • Mengambil gambar semasa kejohanan berlangsung


• Menyimpan gambar dalam komputer rasmi sekolah sebagai
rekod dan untuk dokumentasi
• Membuat rakaman kejohanan melibatkan peserta, pegawai
jawatankuasa, pelepasan peserta, penamat dan majlis
penyampaian hadiah

AJK Hadiah & • Berhubung dengan AJK Persiapan Tempat untuk tempat letak
Cenderamata hadiah
• Membuat tempahan , menerima dan menyemak hadiah daripada
pihak pembekal
• Menentukan sijil penyertaan dan sijil pemenang mencukupi
semasa majlis penyampaian hadiah
• Menerima keputusan pemenang
• Menyusun hadiah mengikut kategori serta menguruskan
pembelian hadiah
• Menentukan VIP untuk menyampaikan hadiah mengikut kategori
dan memastikan selaras dengan pengacara majlis
• Mengurus proses penyampaian hadiah

Pengadil • Menghakimi permainan bagi setiap permainan


• Menentukan kemenangan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan

Pencatat Masa • Menjaga masa permainan


• Menyediakan jam randik bagi merekod masa
• Memberitahu pengadil bagi 10 saat terakhir untuk
memberhentikan permainan

(20 markah)
*Lukis draw pertandingan

14
3. 1 Murid 1 Sukan yang baharu dilancarkan oleh Menteri Pelajaran mununjukkan
bahawa pihak kerajaan amat mementingkan penglibatan sukan di kalangan murid
sekolah. Oleh itu pihak sekolah amat memerlukan jurulatih pasukan sekolah
bertanggungjawab untuk melatih atlet serta menggalakkan murid melibatkan diri
dalam bidang sukan. Keperibadian jurulatih memainkan peranan yang penting dalam
proses menjadi jurulatih yang terbaik.
Nilaikan ciri-ciri keperibadian jurulatih yang menyokong kepada program 1 Murid 1
Sukan.

Ciri-ciri keperibadian jurulatih yang menyokong Program 1 Murid 1 Sukan adalah


termasuk kemahiran komunikasi yang baik, kepimpinan yang berkesan, kesabaran,
kebolehan untuk memberi motivasi, kecekapan dalam mengajar, dan kebolehan untuk
memberi maklum balas yang konstruktif. Sebagai contoh, murid mengalami masalah
cepat putus asa selepas kalah dalam sesuatu pertandingan, maka peranan jurulatih
adalah untuk memastikan mental murid sentiasa diberikan motivasi supaya tidak mudah
dipengaruhi oleh prestasi sukan yang telah lepas.

Selain itu, ciri-ciri jurulatih yang menyokong Program 1 Murid 1 Sukan adalah
jurulatih juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sukan dan
kecergasan, serta mempunyai kemahiran teknikal yang baik. Hal ini demikian kerana,
jurulatih merupakan individu yang banyak berinteraksi dengan murid yang mana mereka
merupakan rujukan kepada murid terhadap sesuatu pengetahuan sukan. Sebagai
contoh, apabila murid bertanyakan soalan tentang perkaitan senaman dengan fungsi
badan manusia, maka jurulatih dapat menerangkan dengan penerangan yang lengkap
dan berpengetahuan.

Seterusnya, jurulatih yang beretika dan bertanggungjawab juga penting dalam


membina hubungan yang baik dengan atlet dan memastikan kecemerlangan mereka.
Hal ini demikian kerana, hubungan yang baik dapat menjadikan prestasi sukan yang
cemerlang. Sebagai contoh, apabila murid mempunyai hubungan yang baik antara
jurulatih dan murid lain, mereka akan lebih seronok dan gembira menjalani latihan
daripada rasa terbeban dan malas. Oleh demikian, tiada kes ponteng latihan atau
mogok berlaku dalam kalangan murid apabila mereka mempunyai hubungan yang baik
dalam satu organisasi sukan mereka.

Akhirnya, jurulatih mesti mempunyai kebolehan mengendali dan mengelola sesi


latihan yang berkesan agar berlaku ansur maju dalam latihan dan berkeupayaan
memupuk penglibatan maksimum pemain dalam latihan serta berlaku situasi seronok
dan bukan paksaan.

Oleh itu, ciri-ciri keperibadian jurulatih yang baik adalah pelbagai dan meliputi
kemahiran komunikasi, kepimpinan, kesabaran, motivasi, kecekapan mengajar,
pengetahuan teknikal, etika, dan tanggungjawab serta mempunyai kebolehan
mengendali dan mengelola sesi latihan.

15
(20 markah)

16
4. Salah satu kaedah yang diambil oleh kerajaan bagi mempertingkatkan pencapaian
sukan dikalangan atlet ialah mewujudkan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.
Hubungkaitkan langkah yang dijalankan melalui program ini bagi memastikan
pembangunan atlet dapat dilaksanakan.

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan program pembangunan


sukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan penubuhannya adalah
bagi mengenalpasti bakat-bakat muda bagi sukan yang berprestasi tinggi di peringkat
sekolah khususnya. Program ini dilaksanakan di Pusat-pusat Kecemerlangan Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah
Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD). Pemilihan PLD bagi
pelaksanaan program SPTS di setiap negeri ditentukan oleh Unit Sukan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing melalui pencalonan dari Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD). Program SPTS memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengenalpasti bakat mereka dalam pelbagai sukan. Para pelajar akan diberikan
latihan dan penyeliaan oleh jurulatih yang berkelayakan untuk membantu mereka
mengembangkan bakat mereka. Terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan
penting bagi program ini seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Pusat latihan Daerah dan
jurulatih SPTS.

Langkah pembangunan program ini adalah secara berperingkat dimana terdapat


pemilihan Pusat Latihan Daerah (PLD). PPD akan mengenalpasti dan mencalonkan
kepada JPN sekiranya terdapat sekolah yang mempunyai prasarana sukan & asrama.
Dengan adanya pencalonan dan pemilihan ini, atlet-atlet yang dimasukkan ke sekolah
ini mempunyai jaminan dari aspek kecergasan mereka, kebajikan mereka dan
kesihatan mereka. Hal ini kerana, sekiranya ingin melahirkan atlet yang berprestasi
tinggi, prasarana yang baik mestilah disediakan. Seterusnya, PLD dan PPD akan
mengenal pasti dan mencalonkan jurulatih yang berpotensi dalam mencungkil dan
mengasah bakat anak muda supaya ditempatkan di sekolah-sekolah PLD, SSM dan
SSN. Terdapat beberapa kriteria dalam memilih jurulatih antaranya ialah jurulatih
mestilah mempunyai sijil kejurulatihan spesifik dan sains sukan atau mempunyai salah
satu sijil sahaja. Selain itu, jurulatih mestilah berminat dalam bidang kejurulatihan
sukan. Keperluan jurulatih adalah mengikut nisbah yang ditetapkan iaitu 1 jurulatih
bersamaan dengan 10 hingga 15 orang pelajar. Antara kepentingan mempunyai sijil
kejurulatihan spesifik ialah jurulatih mempunyai teknik dan kaedah yang berkesan
mengikut saranan persatuan sukan yang terlibat. Selain itu, jurulatih mempunyai ilmu
pengetahuan dalam menyediakan jadual latihan seperti mengikut periodisasi latihan.
Hal ini kerana, latihan mengikut kaedah yang betul dapat menjaminkan potensi atlet.
Tambahan pula, sekiranya latihan dibuat secara sambil lewa, atlet-atlet tiada
perubahan dari aspek kecergasan, skill, pemakanan dan lain-lain.

Bagi kemasukan atlet pula, pihak kementerian telah mengambil inisiatif dengan
memperkenalkan program mengenalpasti bakat sukan (TID) ataupun Talent Scouting
Program ini dapat meningkatkan bilangan bakat dalam sukan prestasi tinggi dan
penyertaan komuniti dalam sukan. Program ini secara tidak langsung dalam
memperkasakan penyelidikan bagi memastikan kualiti yang dihasilkan dapat
berkembang jauh. Ujian ini dilaksanakan dengan dua ujian iaitu ujian Antropometrik
seperti ketinggian berdiri, ketinggian duduk, panjang depa dan berat tubuh badan.
17
Ujian yang kedua ialah ujian kecergasan seperti ujian lari pecut 40 meter, ujian
jangkauan melunjur, ujian lari ulang alik 10 meter dan lompat jauh berdiri.
Bagi kesan jangka panjang, program SPTS memberi manfaat yang besar kepada atlet
muda dan masyarakat secara keseluruhannya. Atlet yang terlatih memiliki peluang
yang lebih besar untuk berjaya dalam sukan dan berpeluang untuk mewakili negara ke
peringkat antarabangsa. Program ini juga dapat menaikkan semangat dan
kebersamaan dalam kalangan pelajar, guru dan masyarakat serta dapat meningkatkan
prestasi sekolah dan membangunkan kualitit pendidikan.

Secara keseluruhannya, program SPTS sangat penting bagi memastikan


pembangunan atlet yang berkualiti dan meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam
bidang sukan di mana ia membantu melahirkan generasi muda yang sihat, cergas dan
mempunyai nilai-nilai positif dalam diri.

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

18

You might also like