You are on page 1of 4

KETETAPAN KOKURIKULUM SMK BADIN

1.1 Penyertaan Murid.


1.1.1. Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu
sukan dan permainan, satu unit beruniform dan satu kelab dan persatuan sebagai aktiviti
sepanjang tahun
1.1.2. Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan apa yang
ditawarkan oleh sekolah.
1.1.3. Senarai aktiviti kokurikulum yang ditawarkan terbahagi kepada 3 kategori:
Kategori Nama unit
Badan Beruniform Kor Kadet Polis
Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kadet Remaja Sekolah
Persekutuan Pengakap Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat)
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut)
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Bulan Sabit Merah Malaysia
Kelab Hobi/Persatuan Pengguna
Pencegah Jenayah
Usahawan Muda
Seni Visual
Komputer
Malaysiaku
STEM
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Kerjaya
Kebudayaan
Sukan Permainan Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Tampar
Bola Baling
Sepak Takraw
Ping Pong
Catur
Badin Taekwondo Club
Silat

1.2 Masa aktiviti.


1.2.1. Aktiviti pada setiap hari Rabu:
- Sesi Pagi : 12.30 tengahari – 2.00 petang
- Sesi Petang : 10.00 pagi – 11.30 tengahari

1
1.2.2. Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan keadaan
semasa

1.3 Bilangan perjumpaan


1.3.1. Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah
a. Sukan dan permainan - 12 kali perjumpaan = 36 jam
b. Unit beruniform - 12 kali perjumpaan = 36 jam
c. Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan = 36 jam

BILANGAN PERJUMPAAN
Unit Bil Perjumpaan Tempoh Masa Jumlah Jam
Sukan Permainan 10 Kali Perjumpaan 1 Jam 30 Minit 15 Jam
Kelab Hobi 10 Kali Perjumpaan 1 Jam 30 Minit 15 Jam
Unit Uniform 10 Kali Perjumpaan 1 Jam 30 Minit 15 Jam

Sukan Permainan Hari Tempoh masa Jumlah jam dikira


Hari Sukan Olahraga Hari pertama 7 jam 3 jam
Sekolah Hari kedua 7 jam 3 jam
Hari ketiga 7 jam 3 jam
Sukantara Sehari 7 jam 3 jam
Basikalthon Sehari 7 jam 3 jam
Merentas Desa Sehari 7 jam 3 jam
Jumlah Jam Tambahan 18 Jam

Kelab Hobi / Persatuan Hari Tempoh masa Jumlah jam dikira


Tamu Badin Sehari 7 jam 3 jam
Minggu STEM Seminggu 15 jam 3 jam
Pelancaran Bulan Kebangsaan Sehari 3 jam 3 jam
Penutupan Bulan Kebangsaan Sehari 3 jam 3 jam
Sambutan Hari Kemerdekaan Sehari 3 jam 3 jam
Jumlah Jam Tambahan 15 Jam

Unit Uniform Hari Tempoh masa Jumlah jam dikira


Perkhemahan Perdana Hari pertama 5 jam 3 jam
Hari kedua 7 jam 3 jam
Hari ketiga 5 jam 3 jam
Pertandingan Perbarisan Hari Sehari 7 jam 3 jam
Sukan Sekolah
Pelancaran Bulan Kebangsaan Sehari 3 jam 3 jam
Penutupan Bulan Kebangsaan Sehari 3 jam 3 jam
Sambutan Hari Kemerdekaan Sehari 3 jam 3 jam
Jumlah Jam Tambahan 21 Jam

2
Rumusan jumlah jam perjumpaan :
Unit Bersemuka Luar jadual Aktiviti tambahan Jumlah Jam Keseluruhan
Sukan permainan 15 jam 6 jam 18 jam 39 jam (lebih 3 jam)
Kelab persatuan 15 jam 6 jam 15 jam 36 jam (tepat 36 jam)
Unit beruniform 15 jam 6 jam 21 jam 42 jam (lebih 6 jam)

1.4 Kod pakaian


1.4.1. Aktiviti sukan dan permainan.
a. Baju kokurikulum atau baju T-shirt sekolah dan seluar trek
b. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang
dibenarkan
1.4.2 Aktiviti unit beruniform
a. Pakaian seragam unit uniform atau T-shirt unit uniform masing-masing
1.4.3 Aktiviti kelab dan persatuan
a. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau T-shirt sekolah
1.4.4 Aktiviti luar sekolah
a. Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah
1.4.5 Sukan tara dan Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga
a. Baju T rumah sukan atau baju T-shirt sekolah atau baju T putih dan seluar trek bagi
pelajar lelaki
b. Baju T rumah sukan atau baju T-shirt sekolah atau Baju T putih berlengan panjang
dan seluar trek
1.4.6 Pakaian guru
a. Setiap hari Rabu, guru yang tiada aktiviti Unit Beruniform wajib memakai pakaian
seragam KRS.
b. Setiap hari Rabu, guru yang ada aktiviti Unit Beruniform perlu memakai pakaian
seragam unit masing-masing.
c. Pada hari perjumpaan Sukan Permainan dan Kelab Hobi/Persatuan, guru perlu
memakai pakaian mengikut kesesuaian aktiviti.

1.5 Pengurusan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum PAJSK


1.5.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum PAJSK sebagai
rekod kehadiran dalam aktiviti kokurikulum
1.5.2 Buku ini akan digunakan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
1.5.2 Buku ini wajib dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum dan diserahkan kepada
guru penasihat untuk ditandatangani selepas aktiviti dijalankan.
1.5.3 Buku ini perlu diisi oleh pelajar setiap kali perjumpaan dan disimpan serta diselia oleh
guru kelas masing-masing.
1.5.4 Buku ini akan diserahkan kepada pelajar/ibu bapa/penjaga di akhir sesi persekolahan.
1.5.4 Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku kokurikulum
maka guru penasihat perlu ada rekod kehadiran ahli yang tepat dan lengkap bagi setiap
perjumpaan agar penilaian dalam dilaksanakan dengan adil dan saksama.

1.6 Borang Pandaftaran dan Penilaian Kokurikulum

3
1.6.1 Borang ini wajib diisi oleh setiap pelajar.
1.6.2 Borang ini akan digunakan untuk tujuan pendaftaran dan penilaian kokurikulum
pelajar dalam sistem PAJSK.
1.6.3 Guru penasihat akan menggunakan borang ini untuk membuat penilaian ahli masing-
masing bagi setiap kategori yang disertai.
1.6.4 Setelah penilaian dari guru penasihat selesai, borang ini harus diserahkan kepada guru
kelas untuk di key-in dalam sistem PAJSK.

1.7 Pengurusan dan pengelolaan aktivti di dalam sekolah dan di luar sekolah.
1.7.1 Langkah keselamatan yang sesuai dilaksanakan mengikut standard operating
procedures (SOP )
1.7.2 Aktiviti dalam sekolah:
- Pelajar perlu mengisi Borang Kebenaran Ibu Bapa
1.7.3 Aktiviti luar sekolah:
- Pelajar perlu mengisi Borang Kebenaran Ibu Bapa dan Borang M01/M02

1.8 Penghargaan
Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang
samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan
pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam
pelbagai bentuk seperti :
1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran,
guruguru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.
2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.

You might also like