You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM

SK BINTULU
BIL 1/2012

Tarikh : 14 Januari 2012


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Lampiran 1
Agenda :
1. Ucapan alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum
2. Laporan pemantauan aktiviti kokurikulum 2011
3. Dasar pelaksanaan Kokurikulum 2012
4. Perancangan aktiviti kokurikulum sepanjang 2012
5. Cadangan
6. Hal-hal lain

AGENDA PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan alu-aluan Penolong Kanan Ko-kurikulum PKKK

1.1 Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada


semua guru yang telah teribat di dalam pengurusan kokurikulum
dan pelaksanaan aktiviti baik secara langsung ataupun tidak
terutamanya guru-guru pengiring dan juga jurulatih-jurulatih
yang telah dilantik sepanjang tahun 2011.

2 Laporan Pemantauan Aktiviti Ko-kurikulum 2011 PKKK

2.1 Ketepatan waktu perlulah dititikberatkan. Guru perlu datang 10


minit sebelum perjumpaan bermula untuk memastikan perjumpaan
dijalankan seperti yang dijadualkan.
2.2 Perancangan aktiviti (rancangan pengajaran tahunan)untuk setiap
aktiviti kokurikulum perlu disediakan bagi memastikan guru sentiasa
bersedia menjalankan aktiviti seperti yang dirancang di samping
dapat menarik minat murid-murid supaya hadir dengan adanya
aktiviti-aktiviti yang menarik.
2.3 Guru penasihat perlu bekerjasama dalam melaksanakan segala
aktiviti yang telah dirancang bagi memastikan aktiviti dapat berjalan
dengan lancar.
2.4 Penolong Kanan Kokurikulum meminta penyelaras dan guru
penasihat dapat mengagihkan tugas yang sepatutnya untuk diambil
tindakan bersama supaya semua guru penasihat tahu tugas dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
2.5 Mesyuarat penyelaras dan guru penasihat akan diadakan pada 25
Februari.
3 Dasar Pelaksanaan Kokurikulum 2012

3.1 Penolong Kanan Kokurikulum menekankan hal berkaitan dasar Semua guru
utama pelaksanaan kokurikulum sekolah.
3.2 Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib dan kegagalan untuk
melaksanakannya adalah satu kesalahan.
3.3 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib
3.4 Penyertaan guru adalah wajib dan keengganan guru untuk menyertai
adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
3.5 Pada tahun 2012, sebanyak 31 buah kelab dan 5 buah persatuan
telah ditubuhkan dan setiap guru telah diagihkan mengikut
kepakaran masing-masing.
3.6 Jadual perjumpaan adalah kekal seperti tahun lepas iaitu :
HARI UNIT BERUNIFORM KELAB
Rabu ( berselang seli Pengakap, KRS, Bola sepak , Bola
unit beruniform dan BSMM, Puteri Islam jaring dan sepak
kelab sukan ) dan Pandu Puteri. takraw.
3.00 ptg – 5.00 ptg 3.00 ptg – 4.00 ptg
Bermula pada 18 Bermula pada 1
Januari 2012 dan Februari 2012 dan
berakhir pada 8 berakhir pada 5
Oktober ( 15 kali ) Oktober ( 14 kali )
Sabtu - Kelab sukan
i. Hoki
ii. Bola tampar
iii. Bola baling
iv. Olahraga
7.30 pagi – 8.30 pagi
Persatuan dan kelab
8.40 pagi – 9.40 pagi
Kelab Taekwando
(sebagai aktiviti
sampingan )
9.45 pagi – 11.15 pagi.

4 Perancangan Aktiviti Kokurikulum sepanjang 2012

4.1 SK Bintulu akan menjadi AJK Pengelola Pertandingan Bola Sepak dan Semua guru
juga Pertandingan Berpantun Peringkat Bahagian.
4.2 Surat-surat pelantikan sebagai jurulatih dan guru pengiring akan
diedarkan mulai minggu hadapan.
4.3 Setiap jurulatih dan guru pengiring perlu memastikan pemilihan dan
latihan murid dijalankan lebih awal untuk memastikan pasukan yang
dihantar untuk pertandingan lebih bersedia.
4.4 Hari kokurikulum akan diadakan pada 31 Oktober dan setiap guru
penasihat hendaklah menyediakan cadangan aktiviti lebih awal
untuk dibentangkan kepada pihak pentadbir.
4.5 Kertas kerja untuk setiap pelaksanaan aktiviti hendaklah dibuat
sebulan sebelum pelaksanaan. Setiap aktiviti yang dijalankan juga
hendaklah didokumentasikan dan laporan hendaklah dihantar
kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
4.6 Laporan selepas menyertai pertandingan juga perlu dihantar beserta
dengan nama penuh murid yang menyertai.
4.7 Guru penasihat kelab dan persatuan boleh mendapatkan borang
pencapaian dan penglibatan murid daripada guru kelas untuk tujuan
pemarkahan.

5 Cadangan

5.1 Encik Shahrul mencadangkan penubuhan Kelab Bola Sepak Junior


untuk murid-murid tahun 3.
5.2 Puan Normagini memohon pertukaran nama Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya kepada Kelab Bimbingan & Kerjaya.
5.3 Puan Rohaya mencadangkan untuk mewujudkan satu surat
mewajibkan semua murid perlu terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Kegagalan murid untuk menghadirkan diri akan dikumpulkan semasa
perhimpunan mingguan dan akan dikenakan tindakan.

6 Hal-hal lain

6.1 Penolong Kanan Kokurikulum mencadangkan guru menyediakan


catatan penglibatan guru dalam kokurikulum.
6.2 Cadangan penggunaan buku log untuk unit beruniform. Buku log
( berkulit tebal ) ini mempunyai maklumat-maklumat berkaitan
dengan unit beruniform dan boleh digunakan selama 3 tahun.
Contoh boleh dirujuk daripada Penolong Kanan kokurikulum.
6.3 Modul 1Murid 1Sukan kelab boleh didapati daripada Penolong Kanan
kokurikulum.
6.4 Guru kelas Tahun 1 dikehendaki untuk mengisi borang rumah sukan
untuk murid kelas masing-masing.
6.5 Pembahagian kelab dan persatuan berdasarkan kelas telah dibuat
dan senarai nama boleh diperoleh mulai sekarang. Guru kelas
( Tahun 3 -6 ) hendaklah mengagihkan borang kebenaran mengikuti
aktiviti kokurikulum kepada semua murid kelas masing-masing untuk
ditandatangani oleh ibubapa mereka.
6.6 Papan kanyataan kokurikulum –penyelaras perlu mengagihkan tugas
kepada ahli masing-masing untuk mengemaskini aktiviti-aktiviti di
bahagian masing-masing.
6.7 Guru penasihat hendaklah memastikan murid-murid mempunyai
buku kehadiran kokurikulum untuk dibawa setiap kali perjumpaan
kokurikulum dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.


Dicadangkan oleh Encik Shahrulnizam
Disokong oleh Puan Pamela Nyambong
Disediakan Oleh :
__________________
( CIK NURULDILLA LUDIN )
Setiausaha Kokurikulum,
SK Bintulu 2012.

Disemak Oleh :

__________________
( PUAN NORJANAH HJ BUJANG )
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Bintulu 2012.

__________________
( PUAN ZEMRUD ZAINUDIN )
Guru Besar,
SK Bintulu 2012.

You might also like