You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN
Sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-sukan dilihat semakin mendapat
perhatian para remaja seiring dengan perkembangan bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang berkembang pesat. Fenomena sukan elektronik atas talian itu dilihat
mendapat perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Belia & Sukan yang mengiktiraf
esukan sebagai satu sukan kompetitif di peringkat global.
Seiring dengan hasrat kerajaan, Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Sungai Long
berhasrat untuk menganjurkan pertandingan permainan atas talian iaitu Player’s Unknown
Battleground (PUBG) sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Langat 2021. Adalah
diharapkan melalui pertandingan yang akan dianjurkan nanti, Daerah Hulu Langat dapat
melahirkan pemain-pemain e-sukan yang mantap dan mampu mengharumkan nama sekolah,
daerah dan negeri di peringkat Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan, berkepimpinan, dinamik, berdisiplin,
berkeyakinan, semangat berpasukan, bertoleransi khususnya dalam aktiviti e-sukan dan tabah
menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil penyertaan
dan pencapaian aktiviti kokurikulum di peringkat daerah tanpa sua muka.
3.2 Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam e-sukan
3.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik permainan berkumpulan e-sukan
3.4 Meningkatkan minat murid untuk bergerak aktif dalam kegiatan kokurikulum terutamanya dalam
suasana pandemik Covid-19
3.5 Mencetuskan minat murid untuk menyertai bidang sukan seiring perkembangan teknologi
globalisasi semasa.
4.0 MAKLUMAT AKTIVITI

4.1 Tarikh : 5 , 6 dan 7 Jun 2021


4.2 Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
4.3 Penganjur : Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Sungai Long 4.4
Sasaran : Terbuka kepada semua pelajar sekolah Menengah di
Daerah Hulu Langat.
4.5 Tempat : Lokasi masing-masing

5.0 PESERTA

5.1 Bilangan murid :


Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 2 pasukan bagi mewakili sekolah masing-
masing. Satu pasukan empat (4) pemain dan satu (1) pemain simpanan.
Jumlah sekolah menengah kebangsaan dalam daerah Hulu Langat = 40 Anggaran
jumlah pelajar yang terlibat = 400 orang pelajar

6.0 YURAN PERTANDINGAN

6.1 Yuran penyertaan sebanyak RM15.00 sepasukan.


6.2 Pihak sekolah boleh menggunakan wang peruntukan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) untuk
tujuan yuran penyertaan. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak penganjur.
6.3 Bayaran boleh dibuat secara tunai, dalam talian atau dalam bentuk cek mulai
27 Mei 2021 sehingga 2 Jun 2021 ke akaun bank SUWA SMK Bandar Baru Sungai
Long. Berikut merupakan maklumat akaun bagi bayaran pendaftaran peserta

Yuran Penyertaan Maklumat Bank


RM 15.00 / setiap penyertaan Hong Leong Bank – 32200003180
Sek Men Keb Bandar Baru Sungai Long

7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Sila rujuk lampiran

8.0 TENTATIF PROGRAM

Sabtu ( 5.6.2021 )
10.00 pagi : Kumpulan A ( 16 pasukan - 3 pusingan )
2.00 petang : Kumpulan B ( 16 pasukan - 3 pusingan )

Ahad ( 6.6.2021 )
10.00 pagi : Kumpulan C ( 16 pasukan - 3 pusingan )
2.00 petang : Kumpulan D ( 16 pasukan - 3 pusingan )

Isnin ( 7.6.2021 )
10.00 pagi : Kumpulan E ( 16 pasukan - 3 pusingan )
2.00 petang : Akhir - Terbaik 3 setiap kumpulan ( 15 pasukan - 3 pusingan )

Lampiran

SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN e-SUKAN
PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUND (PUBG) PERINGKAT
DAERAH HULU LANGAT 2021

1. Pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
daerah Hulu Langat, Selangor. Penyertaan pelajar sekolah luar daripada daerah Hulu Langat TIDAK
AKAN DITERIMA.

2. Setiap peserta dalam satu pasukan tersebut hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama dan
penyertaan diuruskan oleh guru selaku pengurus pasukan sekolah berkenaan.

3. Penyertaan mestilah mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

4. Penyertaan setiap sekolah adalah dihadkan kepada 2 (DUA) pasukan sahaja. Pendaftaran lebih
daripada 2 pasukan akan DITOLAK secara automatik. Sebarang penyertaan adalah secara
sukarela dan bukaan paksaan.

5. Penggunaan NAMA KUMPULAN haruslah menggunakan NAMA SEKOLAH dan diikuti nama
kumpulan masing-masing. Contohnya :
Pasukan 1 : SMK Bandar Baru Sungai Long - ABC
Pasukan 2 : SMK Bandar Baru Sungai Long – DEF

6. Setiap sekolah DIBENARKAN menghantar minimum satu pasukan dan maksimum dua pasukan.

7. Watak permainan dan nama In Game Name/IGN setiap pemain hendaklah dalam keadaan yang
SOPAN. Sekiranya semasa perlawanan diadakan dan peserta didapati MELANGGAR
PERATURAN ini, pasukan tersebut akan secara automatik dikeluarkan daripada permainan.

8. Penggunaan BAHASA hendaklah sentiasa dijaga bermula dari sebelum perlawanan, semasa
perlawanan dan juga selepas permainan tamat. Sekiranya terdapat aduan daripada guru pembimbing
atau pemain lain tentang penggunaan bahasa mencaci, mengkeji atau merendah-rendahkan, pasukan
diwakili oleh pesalah akan disingkirkan daripada pertandingan.

9. Peserta mesti mematuhi SEMUA peraturan, berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan sendiri.
Pihak penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang kerugian yang
berkaitan dengan acara, secara langsung atau tidak langsung. Contohnya dalam hal acara yang
dibatalkan, kegagalan elektrik atau sebagainya.

10. Pihak penganjur berhak untuk MENYINGKIRKAN perserta sekiranya melanggar mana-mana terma
dan syarat yang telah dimaklumkan tanpa notis bertulis. Keputusan penganjur adalah muktamad.

11. Penganjur juga berhak membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang mengisi borang penyertaan
yang tidak lengkap.

12. Borang penyertaan akan disediakan secara atas talian melalui group Whatsapp Kejohanan.

13. Seorang guru pembimbing diwajibkan untuk berada dalam group Whatsapp Kejohanan yang boleh
disertai dengan mengimbas kod QR di bawah atau menggunakan pautan
https://chat.whatsapp.com/FRmtzwABiRqGJExGm9bY81
14. Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 2 Jun 2021.

Sistem Pemarkahan

• Pemarkahan dikira berdasarkan JUMLAH ”KILL” dan KEDUDUKAN dalam setiap perlawanan

1 kill – 1 markah Markah Kedudukan


Tempat 1 15
Tempat 2 12
Tempat 3 10
Tempat 4 8
Tempat 5 6
Tempat 6 4
Tempat 7 2
Tempat 8 1
Tempat 9 1
Tempat 10 1
Tempat 11 1
Tempat 12 1
Tempat 13 dan seterusnya 0

Sekiranya jumlah markah adalah sama, pihak penyelaras akan menentukan melalui :
• Jumlah kill terkumpul dalam semua perlawanan
• Jumlah kill dalam perlawanan akhir
• Kedudukan pasukan dalam perlawanan akhir

You might also like