You are on page 1of 5

Ruj.

Kami :
Tarikh : 16 NOVEMBER 2023

Kepada
SK PERNU
SRA JAIM PERNU
SK TELOK MAS
SK ALAI

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MERIAH KOKURIKULUM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, program ini akan diadakan sempena Hari Kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kuang Yah akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

2.1 Hari / Tarikh : Rabu / 6 Disember 2023


2.2 Tempat : SJKC Kuang Yah
2.3 Masa Acara Jemputan : 1.30 petang hingga 3.30 petang
2.4 Acara Pertandingan : Congkak (3 orang peserta setiap sekolah)

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menjemput sekolah tuan untuk bersama-sama menyertai
program ini. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

4. Sebarang pertanyaan dan pengesahan penyertaan dalam kejohanan ini, pihak tuan boleh menghubungi Encik
Ng Jin Liang, GPK Kokurikulum di talian 014-3874081.

Sekian, Terima Kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________________________

LEE HUEY LIAN


Guru Besar,
SJKC Kuang Yah, Melaka.

“Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik,Negara Sejahtera”


BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN CONGKAK
MERIAH KOKURIKULUM SJKC KUANG YAH TAHUN 2023

NAMA SEKOLAH : _______________

Bil Nama Pegawai Jawatan No. H/P Sekolah

Bil Nama Pemain No. KP/ Surat Beranak

Penting
* Surat kebenaran ibu bapa dan penjaga murid dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing.
* Borang pendaftaran bolehlah dibawa semasa sesi pendaftaran sebelum perlawanan bermula.
Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

____________________ __________________
Pengurus Pasukan GURU BESAR / GPK
Nama : Cop Rasmi :

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK KEMERIAHAN KOKURIKULUM

“Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik,Negara Sejahtera”


ANJURAN SJKC KUANG YAH

Tarikh : 6 Disember 2023 Rabu


Masa : 1.30pm-3.30pm
Tempat : SJKC Kuang Yah
Jumlah Peserta Setiap Sekolah : 3 orang (P/L)

1. NAMA KEJOHANAN
1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Congkak Kemeriahan Kokurikulum anjuran SJKC
Kuang Yah.

2. PENGANJUR / PENGELOLA

2.1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa SJKC Kuang Yah, Telok Mas, Melaka.

3. PENDAFTARAN
3.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.

3.2. Setiap peserta yang ingin mendaftar hendaklah mengisi google form yang telah
disediakan. Peserta yang tidak mengisi borang, tidak dibenarkan mengambil
bahagian.

4. TEMPAT DAN JADUAL PERTANDINGAN


4.1. Perlawanan akan diadakan di Pusat Sumber dan Bilik ICT SJKC Kuang Yah.

4.2. Segala peralatan pertandingan seperti congkak dan guli akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.3. 06 Disember 2023 (Rabu)

Pendaftaran : 1.30 petang hingga 2.00 petang


Peringkat Pusingan-16 : 2.00 petang hingga 2.15 petang
Peringkat Pusingan-8 : 2.15 petang hingga 2.30 petang
Peringkat Separuh Akhir : 2.30 petang hingga 2.45 petang
Peringkat Akhir : 2.45 petang hingga 3.00 petang

5. YURAN / HADIAH

“Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik,Negara Sejahtera”


5.1. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan untuk mendapat markah PAJSK.

5.2. Setiap sekolah penyertaan akan menerima penghargaan daripada pihak penganjur.

5.3. Tiada bayaran yuran bagi pertandingan congkak ini.

6. FORMAT PERTANDINGAN, PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN PEMENANG

6.1. Format pertandingan ialah cara KALAH MATI. Sekiranya SERI maka pemain akan bermain
buat kali ke-2 dengan masa kawalan yang disingkatkan iaitu 2 minit.

6.2. Ketua pengadil akan dilantik untuk mengendalikan kejohanan ini.

6.3. Pertandingan akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan
oleh peraturan dalam kejohanan ini, jika terdapat kekeliruan dan masalah, maka keputusan ketua
pengadil adalah dikira muktamad.

7. PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK


7.1. Pertandingan akan dijalankan serentak setelah undian dibuat dan loceng dibunyikan.
7.2. Pemain-pemain dibenarkan berlatih sebelum pertandingan bermula.
7.3. Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu.
7.4. Dua (2) orang pemain yang bertanding akan berkedudukan secara mengadap.
7.5. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah/guli dari rumah anak di kampung
sendiri, kemudian jalan/menapak dari kanan ke kiri.
7.6. Masukkan buah/guli satu demi satu ke dalam rumah dengan mengelilingi kampung rumah
papan congkak dalam keadaan tangan genggam terngadah.
7.7. Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau atau memintas.
7.8. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu biji guli/buah tetapi
tidak untuk rumah lawan.
7.9. Buah/guli yang telah dimasukkan ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan pihak
lawan. Buah/guli terakhir yang masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu
sebelum mengambil buah/guli yang ada di rumah tersebut dan kembali menapak/jalan.
7.10. Pemain dikira mati giliran menapak/jalan ialah jika buah/guli akhir masuk ke mana mana
rumah kosong.
7.11. Setiap buah/guli yang telah disentuh hendaklah diambil untuk menapak/jalan.
7.12. Pemain-pemain hanya dibenarkan untuk berfikir selama lima (5) saat sahaja.

“Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik,Negara Sejahtera”


8. KESALAHAN
8.1. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan buah/guli ke rumah ibu atau
rumah anak.
8.2. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.
8.3. Berfikir melebihi lima (5) saat.
8.4. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa buah/guli yang baru
atau memasukkan buah/guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

9. PENENTUAN KEMENANGAN
9.1. Guli yang terbanyak dalam rumah sendiri dalam masa 10 minit.

“Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik,Negara Sejahtera”

You might also like