You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST

JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR.

Minit Mesyuarat Kejohanan Kriket MSSWPKL B-18 Tahun 2019

Tarikh : 19.06.2019
Hari : Rabu
Masa : 11.30 pg – 12.45 tgh
Tempat : Bilik Centenary, SMK(L) Methodist, Kuala Lumpur

Kehadiran :
1. En Mohd Hasbi B. Ramli Wakil Pengerusi Pengelola, SMK(L) Methodist, KL
2. En R. Gopala Krishnan Setiausaha Pengelola, SMK(L) Methodist, KL
3. En K. Sandhrasegar SMK Victoria
4. Pn Thanapackiam A/P Ponnomani SMK (T) Setapak
5. En Mohd Izzat B Saban @ Hasan SM Sains Alam Shah
6. En Ahmad Safuan B Muhamad Maktab Tentera Diraja
7. En Sararudin B. Hj Othman SMK Seri Bintang Selatan
8. En Rajakumar Global Indian International School
9. En Ganasan a/l Subrayan SMK Bukit Bandaraya.

Agenda :
1. Ucapan Setiausaha Kejohanan
2. Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Kejohanan
3. Tarikh Kejohanan Kriket MSSWP 2019
4. Undang-undang Permainan
5. Undian
6. Hal-hal lain
7. Penutup

1 Ucapan Setiausaha Kejohanan


En. Gopala Krishnan, selaku Setiausaha Kejohanan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
Kehadiran Tuan Pengerusi, Pegawai dari Unit Sukan serta semua guru ke mesyuarat Kejohanan
Kriket MSSWPKL B-18 dab B-12. Beliau juga mengetengahkan ucapan terima kasih ke atas segala
sokongan yang diberikan oleh Tuan Pengerusi Kejohanan, En Ravi Chandran A/L Krishnan.
Tindakan : Makluman
2 Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Kejohanan
En Mohd Hasbi B. Ramli selaku wakil Tuan Pengerusi Kejohonan Kriket pasukan bawah 18 tahun dan
bawah 12 tahun, mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat
Pertandingan Kriket B-18 2019. Beliau mengharapkan agar kejohanan ini dijalankan dengan komitmen
dan semangat yang tinggi. Beliau juga berharap agar lebih banyak pasukan akan mengambil bahagian
dalam kejohonan ini pada tahun ini dan pada masa akan datang demi kemajuan sukan kriket.
Tindakan : Makluman
3 Tarikh Kejohanan Kriket MSSWP 2019

Tarikh Kejohanan kriket MSSWP tahun 2019 telah ditetapkan dari 09 hingga 23 Julai 2019..
Kejohanan akan berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Semua pasukan yang bertanding
perlu mendaftar 30 minit sebelum bermula permainan masing-masing pada hari kejohanan. Tarikh
kejohanan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua sekolah.
Tindakan : Makluman
4 Undang–undang Permainan

4.1 Satu salinan peraturan pertandingan telah diedarkan kepada semua guru-guru semasa
mesyuarat. Tiada perubahan dalam peraturan permainan. Format pertandingan ialah 10 overs untuk
Bawah 18 ‘Wide ball’ akan dikira sebagai satu larian tetapi balingan extra tidak akan diberikan.
Sekiranya permainan pertama tamat awal, permainan seterusnya akan dimulakan awal dan diminta
semua pasukan untuk bersedia.

4.2 Jadual pertandingan akan di e-mel kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.
Guru-guru diminta supaya memaklumkan balik melalui sms atau e-mel kepada En. Gopala
Krishnan setelah menerima jadual pertandingan tersebut.

* 4.3 Tahun ini semua pasukan harus berpakaian berwarna selaras dengan keputusan MSSM yang
akan menggunakan pakaian berwarna mulai tahun 2020. Pad pemukul dan wicket keeper
juga mesti berwana. Bola pertandingan berwarna putih mesti di sediakan oleh sekolah yang
mengambil bahagian.

4.4 Pasukan perlu mendaftarkan diri sebelum pukul 8.00 pagi di meja urusetia. Sekiranya pasukan
lambat hadir dan pertandingan tidak dimulakan sebelum pukul 8.40 pagi, pertandingan itu akan
ditolak. Sekiranya hujan dan pertandingan tidak dapat dimulakan sehingga 11.10 pagi maka
keputusan dikira ‘null’. Sekiranya pertandingan dimulakan lewat, bilangan overs akan dikurangkan.

*4.5 Guru penasihat perlu mengisi Borang Profil pemain. Butiran perlu diisi dengan lengkap dan
ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan serta cop yang mengesahkan borang
tersebut. Salinan kad pengenalan pelajar (boleh dimuatkan 5 salinan kad pengenalan dalam 1
kertas A4) yang disahkan perlu dihantar bersama Borang Profil pemain. Setiap sekolah perlu
menghantar borang kepada urusetia pada hari pertama pertandingan.

4.6 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai lima belas pemain (15) sahaja.

4.7 Semua sekolah sebulat suara bersetuju dengan pengambilan pemain jemputan. Sekolah dibenarkan
menggunakan maximum 3 (tiga) orang pemain jemputan dari sekolah lain dengan syarat
mendapat kelulusan dari sekolah tersebut dan segala perbelanjaan akan ditanggung
oleh sekolah yang mengimport pemain dan pemain jemputan mestilah dari sekolah –
sekolah di Wilayah Persekutuan KL sahaja dan merupakan warganegara Malaysia. Selain itu,
pasukan juga dibenarkan untuk menggunakan 2 (dua) pemain jemputan untuk satu kejohonan
setiap masa. Bagi sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan 6, pemain boleh dipilih dari kalangan
pelajar tingkatan 6 bawah disekolah pasukan sendiri. Pemain yang bukan berasal dari KL tidak
boleh mengambil bahagian dalam pasukan sekolah. (dipersetujui sebulat suara). Sekolah
antarabangsa juga boleh menggunakan 3 (tiga) pemain jemputan dari sekolah antarabangasa lain
dengan syarat pemain jemputan tersebut merupakan warganegara Malaysia.

4.8 Pengadil akan diuruskan oleh SMK Victoria. Pengadil ialah di kalangan bekas pemain negeri dan
akan dibayar.

4.9 Sekolah antarabangsa dikehendaki membawa resit pembayaran yang menunjukkan bukti berdaftar
dengan MSSWP.
Tindakan : Makluman
5 Undian
Semua yang hadir telah menjalankan undian mengikut ketetapan dan prosedur MSSM. Berikut ialah
undian kumpulan pasukan bawah 18:

Kumpulan A Kumpulan B
A1 Global Indian Int’ School b1 Victoria Institution
A2 Maktab Tentera Diraja b2 SM Sains Alam Shah
A3 SMK L Methodist, KL b3 SMK Seri Bintang Selatan
A4 *SM Sains Selangor b4 SMK Bukit Bandaraya
Tindakan : Makluman

*diterima bertanding selepas rayuan dari Tuan Pengetua. (Kuasa Mutlak para 15 dalam undang-undang
pertandingan)

6 Hal –hal lain

6.1 Hadiah disediakan tahun ini. Sijil pencapaian akan dikeluarkan oleh JPWPKL bagi tempat
Pertama hingga ke empat. Pihak sekolah perlu menyediakan sijil penyertaan kepada pasukan sekolah
masing-masing.

6.2 Guru Penasihat diminta membuat salinan borang pendaftaran yang di emel untuk digunakan sebagai
match registration form yang mesti diserahkan kepada pencatat sebelum bermulanya setiap
perlawanan.

6.3 Sekolah–sekolah yang menyertai kejohonan perlu mengawal kelakuan pemain. Pemain juga perlu
dinasihati untuk mengawal bahasa semasa kejohonan.

6.4 ‘Batsman’ dan ‘wicket keeper’ mesti memakai topi keselamatan untuk mengelakkan sebarang
kecederaan.

6.5 Mandat diberikan kepada En Gopala Krishnan selaku Setiausaha Pengelola, untuk membuat sebarang
keputusan sekiranya ada sebarang masalah atau isu yang timbul.

6.6 Sekolah –sekolah diseru agar memaklumkan lebih awal kepada pihak pengelola sekiranya
ada sebarang program di sekolah pada hari kejohanan, supaya pertandingan sekolah terlibat diatur
pada hari lain..

7 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh ,

……………………….. …………………………………
(En. R. Gopala Krishnan) (En. Ravi Chandran A/L Krishnan)
Setiausaha Pengerusi Kejohanan Kriket

You might also like