You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

KEJOHANAN BADMINTON MSSD PENGERANG 2013

Tarikh : 04 Mac 2013


Masa : 2.30 hingga 4.30 petang.
Tempat : Bilik Gerakan Smk Tanjung Datuk
Anjuran : MSSD Pengerang Dan SMK Tanjung Datuk
Sasaran : Semua Pengurus-pengurus Pasukan Badminton MSSD
Pengerang.

Kehadiran

1. Tn Hj Abdul Ghani b. Jaafar - GPK Kokurikulum SMK Tanjung Datuk


2. Cik Siti Noor Rohani bt Abdul Aziz - S/u Sukan SMk Tanjung Datuk
3. En. Rizal b. Abdullah - Jurultih Badminton SMK Tanjung Datuk
4. En. Che Saifulazwan - Pengurus Badminton SMK Tnjung Datuk
5. Cik Liang Pui Lam - Pen.Pengurus Badminton SMK Tg.Datuk
6. Pn. Nuradilah bt Kosnan - SMK Semenchu
7. En. Ko Kiang Peng - SJKC Tai Sin
8. Pn. Fun Swee Kean - SJKC Yok Poon
9. En. Jamil Khir b. Ismail - SJKC Pey Min
10. Pn. Zuarini bt Aminudin - SK Sg Kapal
11. En. Mohd Yusri bin Mohd - SKF Semenchu
12. Mohd Anuar b. M. Hassan - SK LKTP Adela
13. En. M. Zaini b.Mohamed - SK Sening
14. Pn.Lita bt Mohamad - SMKA Bandar penawar
15. Pn. Massuzah bt Zakaria - SMKA Bandar Penawar
16. En Syed Muzni b. Syed Mustafa - SM Sains, Kota Tinggi
18. Suriya bt Budi - Sk Kledang
19. E. W.M. Izzudin b. Zakaria - SK. Pengerang
20. Mohd Shakirin b. Robani - SMK Adela
22. - SMK Bandar Penawar
23. Pn. Jaezah bt Hashim - SMK Bandar Mas

Turut Hadir

1. En. Zakari bin Ahmad - Penyelia sukan Daerah Pengerang


2. En. Rostam b. Aziz - Pengerusi Teknik Badminton Daeah Pengeran/SK Teluk
SK Teluk Ramunia

Ucapan Pengerusi.
Tn. Hj. Abdul Ghani bin Jaafar
GPK KOKO SMK Tanjung Datuk

1. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengurus
pasukan badminton yang komited dalam permainan badminton kerana hadir ke mesyuarat
pengelolaan kejohanan pada hari ini.
2. Pengerusi menyampaikan salam daripada Tuan Pengetua SMK Tanjung Datuk yang tidak dapat
bersama kerana mempengurusikan Mensyuarat yang lain.
bbacaan Ummul Kitab

3. Fokus perbincangan pada hari ini adalah perancangan bagi pengelolaan Kejohanan Badminton
MSSD Pengerang yang diharapkan akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya dengan sokongan pengurus pasukan yang hadir bersama pada hari ini.
4. Pengerusi memaklumkan bahawa pertandingan Badminton MSSD Pengerang akan berlansung pada
14,15 dan 16 Mac 2013 iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
5. Tempat pertandingan adalah di Dewan Seri Jauhari SMK Tanjung Datuk. Keadaan gelanggang agak
kurang memuaskan. Tetapi pihak Pengelola akan membaik pulih sebelum hari pertandingan untuk
keselesaan pemain nanti.
6. Makan minum Peserta adalah di bawah urusan sekolah masing-masing. Makanan boleh ditempah
dari pengusaha kantin SMK Tanjung Datuk
7. Makan minum Pengadil akan disediakan oleh pihak pengelola.

AGENDA 2 ( Pembentangan tentang Syarat dan Pertandingan )


Oleh : En. Zakaria bin Ahmad
Penyelia sukan Daerah Pengerang, Johor.

1. Mengucapkan terima kasih kepada pengurus yang setia dan menunjukkan kesungguhan dalam
permainan badminton bagi Daerah Pengerang.
2. Pertandingan ini akan dijalankan pada 14, 15 dan 16 Mac 2013.
3. Makluman kepada semua ahli mesyuarat, Mesyuarat Kejohanan Bola Jaring akan diadakan pada
07 Mac 2013 jam 2.00 petang di SMK Adela dan mesyuarat Kejohanan Bola Baling Lelaki dan
Perempuan bawah 18 dan 12 tahun akan diadakan pada 06 Mac 2013 jam 2 petang di SMK
Tanjung Pengelih.
4. Surat untuk Kejohanan Bowling juga telah diedarkan. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 11 Mac
2013 dan kejohanannya ialah pada 12 Mac 2013. Tempat pertandingan ialah di Daimon Bowl
Johor Baharu. Sila hantar penyertaan kepada En. Juraimi SK Teluk Ramunia.
5. Pembentangan mengenai syarat dan peraturan pertandingan semua pengurus diminta merujuk
kepada buku peraturan yang diberi.
6. Undang-undang pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton
Antarabangsa IBF, peraturan MSSJ dan MSSM Malaysia.
7. Had umur dan kategori iaitu Lelaki/perempuan 12, 15 dan 18. Kiraan umur ialah pada 1 Januari
tahun pertandingan.
8. Jika terdapat pemain yang ’lompat tahun’ dan berada dalam tingkatan satu, maka pemain ini
mesti didaftarkan sebagai pemain bawah 12 tahun
9. Jenis pertandingan adalah individu sahaja.
10. Maksimum hanya empat orang bagi setiap kategori
11. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan borang M01, R01 dan pendaftaran pasukan
menggunakan M02 dan R02. Semua borang yang telah lengkap handaklah diserahkan kepada
urusetia pada hari pertandingan. Bagi sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan 6, khidmat
pelajar hanya dibenarkan seorang sahaja bagi kategori bawah 18. Salinan keputusan SPM yang
disahkan juga perlu diserahkan kepada urusetia pengelola semasa pendaftaran sebagai bukti.
Bagi peringkat MSSD, gambar tidak diperlukan, tetapi setiap dokumen seperti salinan kad
pengenalan perlu pengesahan pengetua. Nombor pendaftaran pelajar juga wajib diisi.
12. Sistem pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Keutamaan bagi pemain yang mempunyai
seeding akan diutamakan. Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan melalui 3 game terbaik.
13. Jenis bulu tangkis yang akan digunakan ialah Pro Ace speed 77 adalah di bawah tanggungjawab
sekolah masing-masing.

14. Setiap pasukan mesti menyediakan bulu tangkis sebanyak:-


L 15 dan 18 – 2 biji bola bagi setiap perlawanan
P 15/P18/P12/L12 – 1 biji bola bagi setiap pertandingan
15. Bola yang telah dibawa masuk ke arena pertandingan akan menjadi hak milik
menjadi hak milik pengelola untuk kegunaa latihan pusat.
16. Kiraan mata untuk pusingan pertama ialah 30 mata, tukar gelanggang pada
mata ke 15 . Separuh akhir dan akhir mata kiraan mata adalah 21.
17. Menerima nasihat juruatih. Pemain dibenarkan menerima nasiha oleh jurulatih
pada mata 11 dan semasa pertukaran gelanggang. Masa adalah mengikut
peraturan IBF.
18. Tiada bayaran yang dikenakan, tetapi setiap sekolah mesti menyediakan
Seorang pengadil. Jika gagal menyediakan pengadil, maka pasukan tersebut
perlu membayar sebanyak RM20.00 sebagai bayaran penggantian pengadil.
Pengadil luar juga dibenarkan.
19. Pakaian pemain hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai dan pakaian
yang mempunyai gambar tidak dibenarkan. Peraturan pakaian juga tertakluk
pada peraturan IBF.
20.Pemain yang sudah disebut namanya untuk sesuatu pertandingan hanya diberikan masa 5 minit
sahaja untuk berada didalam gelanggang dan sekiranya gagal hadir kemenangan akan diberikan
kepada pihak lawan.
21. Bantahan. Segala bantahan hendaklah dikemukakan mengikut undang-undang IBF dengan
menggunakan borang bantahan rasmi. Diharapkan tiada bantahan dalam pertandingan ini.
22. Perkara lain yang tidak dinyatakan dalam rujuk peraturan Am MSSMJ dan MSSM
Malaysia dan IBF. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
23. Penjaga garisan disediakan oleh tuan rumah.
24. Jumlah pegawai yang akan ke MSSJ adalah seramai 10 orang. Pegawai tersebut
akan dipilih oleh Pengerusi Teknik Banminton Pengerang dan En. Zakaria
25. Bayaran bagi patihan pusat ke MSSJ :-
Makan/minum pemain dan pegwai : RM8.00 sehari.
Makan /minum pemain dan pegawai semasa hari pertandingan :- RM10.00
26. Senarai nama peserta dan pengadil mesti di hantar melalui faksimili sebelum
atau pada 8 Mac 2013 selewat-lewatnya jam 3.00 petang.

Agenda 3 Pengundian pemain.


Oleh : En. Rostam bin aziz
Pengerusi Teknik Badminton MSSD Kota Tinggi.

1. Pengundian akan dibuat setelah semua sekolah yang menyertai menghantar borang penyertaan kepada
pihak pengelola.
2. Undian akan dilakukan oleh Pengerusi Teknik Badminton Daerah pengerang bersama pihak pengelola.

Agenda 4 Hal-hal Lain

1. Penentuan seeded adalah mengikut keputusan tahun lepas.


2. En. Mohd Yusri memohon supaya Pengerusi teknik memastikan tidak berlaku pertemuan sekolah yang
sama pada pusingan yang pertama
3. En. Rostam mengingatkan semua pengurus pasukan menyediakan pemain dengan melakukan regangan
dan pemanasan badan sebelum pertandingan bagu mengelakkan sebarang kecederaan.
4. Jika terdapat sebarang pertanya, sila hubungi En. Zakaria, Pengerusi Teknik atau Pihak pengelola.

5. En. Syed Muzni memohon supaya bayaran untuk bantahan diturunkan kepada RM100.00. Namun pihak
pengelola memohon sebanyak RM200.00.
6. Undian dibuat dan majoriti bersetuju bayaran bantahan sebanyak RM100.00
7. Jika sabit kesalahan, wang akan dikembalikan tetapi jika sebaliknya wang tidak akan dikembalikan.
8. Bantahan hendaklah dalam temp 30 minit selepas permainan tamat dengan menggunakan borang
bantahan rasmi.
9. Bantahan adalah tidak digalakkan.
10. Jika mana-mana pasukan yang mengalami masalah semasa dalam perjalanan menyertai pertandingan
ini, sila hubungi pihak pengelola, tetapi seandainya mana-mana pasukan yang lewat selepas waktu
rehat dan tidak hadir ke gelanggang dalam masa 5 minit selepas di panggil, penyertaan pemain
tersebut akan dikira batal.
11. Juri Rayuan adalah En. Zakaria b. Ahmad, Tn. Hj. Abdul Ghani, En. Rostam Aziz, Pengadil semasa
pertandingan dan ketua pengadil.
12. En. Rostam bin Aziz memohon kerjasama semua kerana beliau baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi
Teknik Badminton Daerah Pengerang.
13. En. Zakaria mengucapakan ribuan terima kasih kepada En. Rostam keranamerima lantikan ini dan
bersedia memberi komitmen dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi Teknik.
14. En. Rostam akan berbincang dengan En. Zakaria dan Tn. Hj Abdul Ghani mengenai pegawai yang
akan ke MSSJ.
15. Empat orang bagi setiap kategori akan dipilih ke peringkat MSSJ mengikut kedudukan johan hingga
tempat ke-4

Penutup

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengerusi


mengharapkan Kejohanan Banminton MSSD Pengerang tahun 2013 akan berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah.
2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30petang dengan tasih kifarah dan surah Al-As.

Disediakan oleh, Disemakkan Oleh,

………………………………. …………………………………..
( SITI NOOR ROHANI ) ( TN. HJ ABD. GHANI )
Setiausaha sukan, GPK Kokurikulum,
SMK Tanjung Datuk SMK Tanjung Datuk

SENARAI SEKOLAH YANG MENYERTAI


KEJOHANAN BADMINTON MSSD PENGERANG 2013
PERSEORANGAN
BIL NAMA SEKOLAH L 18 L 15 L 12 P 18 P 15 P 12
1. SMK TANJUNG DATUK 4 4 - 4 4 -
2. SMK ADELA 4 4 - 4 4 -
3. SMK BDR PENAWAR 3 3 - 3 3 -
4. SMK SEMENCHU 4 4 - 4 4 -
5. SMK TG PENGELIH - - - - - -
6. SMK BDR MAS 2 - - 1 2 -

SM SAINS KOTA
7. TINGGI
4 4 - 4 4 -

SMK(A) BANDAR
8. PENAWAR
4 4 - 4 4 -
9. SK SG RENGIT - - 4 - - 4
10. SJKC YOK POON - - 4 - - 4
11. SJKC TAI SIN - - 3 - - 2
12. SK SUNGAI KAPAL - - 4 - - 3
13. SK (F) SEMENCHU - - 4 - - 4
14. SK PENGERANG - - 2 - - 2
15. SK (F) AIR TAWAR 5 - - 1 - - 4
16. SK LKTP ADELA - - 4 - - 4
17. SK TELUK RAMUNIA - - 3 - - -
18. SK SENING - - 4 - - 2
19
20.

You might also like