You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BOLA SEPAK PEMBANGUNAN

BAWAH 12 TAHUN MSSD MANJUNG

TAHUN 2023

Tarikh : 10 Mei 2023

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Manjung

Kehadiran :

BIL NAMA SEKOLAH


1. RUZAIMI BIN ZAMIN SK SERI MANJUNG
2. MOHD HAIRUL ANUAR BIN HASHIM SK SERI MANJUNG
3. NOOR AZRINA BINTI MAZLAN SK KDSK
4. MOHD NOR ISMAIL BIN AZMI SK GUGUSAN LEKIR
5. AHMAD IFFZAN SHAHRAZAT BIN HASHIM SK AYER TAWAR
6. FAZRUL HISHAM BIN MOHD AFANDI SK SERI MANJUNG
7. MOHAMAD NURDANIEL B. MOHAMAD NAZELAN SRITI AT-TAQWA
8. AHMAD FARHAN BIN ZULKIFLI SRITI AT-TAQWA
9. MOHD ISMAIL B ABD. RAHMAN SK KDSK
10. MUHAMMAD HATEM SYAZFNI BIN HALIM SK PANTAI REMIS
11. MUHAMMAD SAYID HAZIQ BIN SAFIEI SERI AL-UMMAH MANJUNG
12. MOHAMAD NOR B SAMSUDIN SK METH AYER TAWAR
13. NORMARIYATI BT ABD RAHMAN SK SITIAWAN
14. NOR ZARITH SOFIA BT ZAINAL ABIDIN SK SITIAWAN
15. THARINI A/P SUBASHCHANDRAN SJK(T) MGVS
16. AHMAD SYIBLI B RAZALI SK SERI SETIAWAN
17 M. KHAIRUL AZUAN BIN JUSLAINI SMK RAJA SHAHRIMAN
18. MOHD NOR AKRAM SK GANGGA
19. AHMAD TARMIZI BIN AHMAD SK METH. (ACS) SITIAWAN
20. NAZIRUL NAIM B MUHAMAD ZAKI SK SERI PANGKOR
21. HAIRUL BIN ABDUL KARIM SK SERI PANGKOR
22. MOHD EDDY B. IDRIS SK SERI MANJUNG
23. MUSTAFFA KAMAL B. BAHARUDDIN SRAR AT-TA’ALIM
24. NOOR AZRINA BT MAZLAN SK KDSK
25. MOHD NUSHIRWAN SHAH B RAMLI SK DENDANG
26. MOHAMAD FAIZ HAFIZY BIN RUSLI SK PANGKALAN TLDM
Agenda :

1. Kata alu-aluan pengerusi pengelola bersama En Ruzaimi b . Zamin & Pn.


Noor Azrina Bt Mazlan

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua yang menghadiri


mesyuarat pada hari ini.
1.2 Pengerusi mengingatkan semua pasukan dapat hadir ke mesyuarat atau
sekurang kurangnya menghantar wakil . Ini adalah kerana keputusan bersama di
dalam mesyuarat adalah amat penting.
1.3 Pengerusi juga mengingatkan agar sekolah-sekolah yang mengambil bahagian
agar dapat bertanding secara adil dan sihat demi pembangunan anak murid di
daerah Manjung amnya.
1.4 Pengerusi bersama Pn Noor Azrina pula menyampaikan hasrat untuk menyusun
jadual perlawanan atau undi sehingga selesai. Tidak perlu ada lagi undian di
peringkat suku akhir.

2. Penetapan tarikh,masa dan tempat pertandingan.


2.1 Tarikh bagi pertandingan
TARIKH PERINGKAT PADANG

17.7.23 – 18.7.23 KUMPULAN KDSK/ SK SERI MANJUNG


20.7.23 SUKU /SEPARUH AKHIR KDSK/ SK SERI MANJUNG
21.7.23 AKHIR SK KDSK
*perubahan tarikh tertakluk dari masa ke semasa

2.2 Tempat bagi pertandingan.


2.2.1 Padang Sekolah Kebangsaan Seri Manjung & Sekolah Kebangsaan
Dato Seri Kamaruddin.

2.3 Masa Pertandingan

2.3.1 Pertandingan bermula 8 pagi hingga 6 petang.

2.3.2 Masa dan giliran bagi setiap pasukan boleh dirujuk pada jadual
pertandingan seperti lampiran.
2.3.3 Setiap perlawanan berlangsung selama 10 – 3 – 10 (Kumpulan) &
15 – 5 – 15 ( Suku,Separuh & Akhir )
3. Taklimat Pertandingan oleh PTPS, En Mohd Nor Ismail
3.1 Segala peraturan pertandingan boleh dirujuk dalam Peraturan Pertandingan Bola
sepak B12 MSSD Manjung tahun 2023 seperti dilampirkan.
3.2 Perlawanan akhir akan diadakan di padang tuan rumah iaitu SK Seri Manjung.
3.3 Masa permainan akan berlangsung selama 10 minit , rehat 3 minit dan separuh
masa kedua 10 minit.
3.4 Setiap sekolah mestilah mendaftarkan 15 orang pemain sahaja dan tiada pemain
jemputan . PEMAIN IMPORT TIDAK DIBENARKAN.
3.5 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi memulakan perlawanan ialah 7
orang. Jika kurang daripada 7 pasukan tersebut dikira kalah secara “walkover”.
3.6 Sila daftarkan pasukan masing-masing menggunakan borang R01 dan R02 (yang
disediakan ) beserta sijil lahir murid yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
3.7 Sekiranya ada pasukan yang lambat bersedia di padang selewat lewatnya 15
minit, pasukan tersebut dikira kalah secara “walkover”.
3.8 Penarikan diri tidak dibenarkan. Sekiranya berlaku mata dan jaringan gol dikira
sebagai kosong.
3.8 Jangkamasa perlawanan ditetapkan secara :-
10 – 3 – 10. ( Peringkat Kumpulan)
15 – 5 – 15 ( Peringkat Suku,Separuh & Akhir )
*Sekiranya cuaca panas akan diberi ‘ waterbreak’ .
3.9 Pertukaran pemain menggunakan sistem ‘rolling substitute’ 6 orang pemain.
3.10 Penentuan sepakan penalti , penjaga gol boleh ditukar dengan pemain di dalam
Padang (pemain yang bermain sehingga tamat permainan)
3.11 Peraturan offside tidak digunapakai dalam pertandingan ini.
3.12 Peraturan 13.1 dipinda dan dipersetujui dalam mesyuarat. Jika perlawanan
diberhentikan oleh force majour, penganjur/teknikal akan menilai atas budi bicara
dalam membuat keputusan terhadap perlawanan. Jawatan kuasa teknikal akan
membuat keputusan dan Pengadil hendaklah membuat pengisytiharan keputusan.
3.13 Pakaian pemain dibenarkan menggunakan lapisan baju dalam berwarna hitam
sahaja. Manakala Kapten wajib memakai lilitan Kapten pada lengan.
3.14 Pegawai adalah boleh dilantik dari kalangan guru, kerani atau akp sekolah.
3.15 Pegawai adalah dilarang membantah keputusan Pengadil.
3.16 Kenyataan akhbar adalah dilarang sama sekali.
3.17 Penganjur mempunyai hak mutlak membuat pindaan pada mana - mana
peraturan berdasarkan budi bicara dan keputusan yang terbaik yang di rasakan perlu.
4. Format pertandingan dan undian kumpulan

4.1 Senarai nama sekolah dan undian kumpulan.

KUMPULAN NAMA SEKOLAH


A1 SK KG DATO SERI KAMARUDDIN
A2 SK GUGUSAN LEKIR
A A3 SK PANTAI REMIS
A4 SK DENDANG
A5 SK SG TIRAM
A6 SEN REN SERI AL-UMMAH,SITIAWAN
B1 SK METHODIST (ACS) LUMUT
B2 SK PANGKALAN TLDM II, LUMUT
B B3 SRITI AT-TAQWA
B4 SK SERI BAYU
B5 SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TA’ALIM
B6 SJKT MAHA GANESA VIDDYASALAI,SITIAWAN
C1 SK SERI SAMUDERA
C2 SK METHODIST (ACS),SITIAWAN
C C3 SK ST FRANCIS, SITIAWAN
C4 SK METHODIST, AYER TAWAR
C5 SK PANGKALAN TLDM LUMUT
C6 SK SERI PANGKOR, P.PANGKOR
D1 SK SERI MANJUNG
D2 SK GANGGA
D D3 SK SITIAWAN
D4 SK AYER TAWAR
D5 SK SG.WANGI
D6 SK SERI SITIAWAN

4.1 Setiap sekolah mestilah mendaftarkan 15 orang pemain sahaja dan tiada pemain
jemputan.
4.2 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi memulakan perlawanan ialah 7
orang. Jika kurang daripada 7 pasukan tersebut dikira kalah secara “walkover”.
4.3 Sekiranya ada pasukan yang lambat bersedia di padang selewat lewatnya 15
minit, pasukan tersebut dikira kalah secara “walkover”.
4.4 Jangkamasa perlawanan ditetapkan secara 10 – 3 – 10 (Kumpulan) &
15 – 5 –15 (Suku/Separuh Akhir)
4.5 Pertukaran pemain menggunakan sistem ‘rolling substitute’.
4.6 Penentuan sepakan penalti , penjaga gol boleh ditukar dengan pemain di dalam
padang.
4.7 Peraturan offside tidak digunapakai dalam pertandingan ini.
4.8 Pasukan yang layak suku akhir tidak akan diundi semula. ‘Crossing system’
mengikut juara kumpulan akan dilaksanakan.
5. Perbelanjaan pertandingan.
5.1 Yuran pertandingan adalah RM 200 secara TUNAI/CEK.
5.2 Bayaran yuran pertandingan mestilah dijelaskan sebelum atau seminggu
sebelum tarikh kejohanan.
5.3 Pembayaran melalui cek boleh dibayar atas nama
“ MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MANJUNG”
RHB BANK SITIAWAN
NO AKAUN : 2082 1236 0547 34
* SILA HANTAR CEK KE SK SERI MANJUNG- UP : PK KOKU SKSM
untuk dikumpulkan sebelum atau pada 7 JULAI 2023
5.4 Hadiah yang disediakan ialah:-
5.4.1 Hadiah disediakan kepada tempat 1 ,2 dan tempat ke-3 bersama.
5.4.2 Sijil dibekalkan dalam bentuk e-sijil.
5.4.3 Anugerah diberikan kepada Pemain Paling Bernilai, Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir
6. Hal-hal lain
6.1 Penyokong adalah tidak dibenarkan masuk ke Kawasan sekolah.
6.2 Orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur adalah tidak dibenarkan
berada di ‘bench’ pasukan kecuali PIBG, wakil pentadbir atau maksimum 4
orang sahaja termasuk pemain,jurulatih dan pegawai teknikal.
6.3 Setiap pasukan perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.50 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………… …. Hairul …….

Fazrul Hisham b Mohd Afandi Mohd Hairul Anuar B Hashim


S/U Pengelola, Pen. Kanan Kokurikulum,
Sk Seri Manjung. Sk Seri Manjung.

You might also like