You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG

MINIT MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD BALING 2022/1

TARIKH : 13 JUN 2022

MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK PARIT PANJANG

KEHADIRAN :

1. EN MOHD TERMIZI BIN HUSIM Timb.PPD Sektor Pembangunan Murid


2. PN WAN ROSNITA BINTI WAN SEMAN PK Kokurikulum SMK Parit Panjang
3. EN YUSMAN BIN MD YUSOF SU Kokurikulum SMK Parit Panjang
4. EN MOHD AZMIE BIN AWANG Pengerusi Teknik Sepak Takraw Daerah
5. EN BURHANUDDIN BIN ABDULLAH SK Syed Sheh
6. EN AZMAN BIN MD NOR SMK Tunku Putera
7. EN MOHD IZUDDIN BIN ABD AZIZ SK Kuala Samak
8. EN MOHD ERIZUAN BIN BAHARUDIN SMK Tanjong Puteri
9. EN MOHD SAUFI BIN MOHD YASIN SK Tanjung Pari
10. EN MOHD RUSDI BIN MAT ALI SMK Jerai
11. EN MOHAMAD MAZRIN BIN ZAWIR SK Kuala Pegang
12. EN AZIZAN BIN AHMAD Maktab Mahmud Baling
13. EN ISHAK BIN ISMAIL SMK Bongor
14. EN ZAIDI BIN AHMAD SK Kampung Sera
15. PN NURUL SAADIAH BINTI SAID SMK Siong
16. EN MOHD FITRI BIN CHE MOHAMMED SK Asam Jawa
17. EN ANDISYAM BIN AHMAD SK Paya Besar
18. EN MOHD RASHIDI BIN HASSAN SK Seri Bayu
19. EN ABD MANAB BIN SAARI SMK Bakai
20. EN WARIMIN BIN SUMAN SMKA Baling
21. EN MOHD NASIR BIN JUSOH
22. EN MAD SAAD BIN HASSAN
23. EN ZUHARI BIN IBRAHIM

I PERUTUSAN PENGERUSI

1
1. Pn. Wan Rosnita Binti Wan Seman (PK Kokurikulum) selaku pengerusi majlis
mengalukan kedatangan wakil PPD Baling En. Mohd Termizi Bin Husim PP dan
guru-guru sekolah menengah dan rendah daerah Baling.

2. Beliau mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat pengelolaan


Kejohanan Sepak Takraw MSSD Baling tahun 2022.

II UCAPAN WAKIL PPD BALING


3. En. Mohd Termizi Bin Husim mengucapkan tahniah kepada SMK Parit Panjang
kerana dipilih menjadi pengelola Kejohanan Sepak Takraw Daerah tahun ini dan
akan diteruskan pada tahun hadapan juga. Beliau berterima kasih kepada guru
selaku wakil kepada sekolah rendah dan menengah daerah Baling yang hadir pada
mesyuarat ini.
4. Beliau memaklumkan PPD Baling menerima peruntukkan yang sedikit untuk
melaksanakan pertandingan sukan dan permainan. Peruntukkan ini hanya dapat
digunakan untuk kejohanan olahraga daerah dan masih belum mencukupi. Bagi
kejohanan sukan lain diperlukan untuk mengutip yuran penyertaan bagi
menampung kos penganjuran.
5. Beliau berharap melalui Kejohanan ini dapat mencari pemain yang berkualiti untuk
mewakili daerah dan memecah rekod pencapaian tempat ketiga peringkat negeri
yang lalu.

III PERATURAN PERTANDINGAN


6. En. Mohd Azmi Bin Awang selaku Pengerusi Teknik Sepak Takraw memberi
taklimat berkaitan peraturan pertandingan seperti dalam lampiran A. Beliau
menekankan berkaitan tarikh kejohanan pada 12 Julai 2022 bagi bawah 12 tahun,
13 Julai 2022 bagi 15 tahun dan 14 Julai 2022 untuk 18 tahun.
7. Undian perlawanan antara regu akan dibuat selepas 3 Julai 2022. Undian
perlawanan telah dipersetujui sebulat suara diuruskan oleh Pengerusi Teknik.
Peringkat awal pertandingan dijalankan mengikut kumpulan dan pusingan
seterusnya secara kalah mati.
8. Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM70 setiap regu. Bayaran boleh dibuat
secara tunai semasa pendaftaran hari kejohanan atau secara cek yang perlu
dibayar sebelum atau pada 3 Julai 2022 atas nama PIBG SMK Parit Panjang.
Pemain yang dipilih mewakili daerah pula dikenakan rm50 setiap orang bagi
menampung kos latihan pusat dan urusan ke kejohanan peringkat negeri.
9. Sijil pencapaian pula akan diberikan kepada johan hingga tempat kelima dan madel
untuk johan hingga tempat ketiga bagi setiap kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun.
Sijil penyertaan akan pula akan dibekalkan secara E-Sijil. Sijil pencapaian dan E-
Sijil disediakan oleh pihak PPD.
10. Pengadil bagi kejohanan ini telah dipersetujui dilantik dari bekas pelajar yang juga
pemain sepak takraw daerah yang telah tamat persekolahan.

IV PERLANTIKAN JAWATANKUASA KEJOHANAN


11. Hasil perbincangan jawantankuasa kejohanan telah dipilih seperti Lampiran B.
Jawantankuasa ini dipilih dikalangan sekolah yang hadir pada mensyuarat ini.
Jawantakuasa tersebut adalah persiapan tempat, hadiah dan sijil, dokumentasi,
jamuan, siaranraya, pendaftaran, panel pemilihan, juri rayuan dan pengadil
pertandingan.

2
V HAL-HAL LAIN
12. En. Mohd Termizi memaklumkan pihak pengelola perlu menyediakan buku resit
untuk bayaran pendaftaran dan makan minum bagi urusetia dan pengadil akan
disumbangkan oleh PPD. AJK Jamuan boleh berurusan dengan pihak PPD.
13. Beliau juga membenarkan kejohanan ini boleh dibuat pada waktu pagi. Sijil
penghargaan akan diberikan kepada semua urusetia dan beliau pihak pengelola
menyediakan minit mensyuarat berserta risalah kejohanan serta AJK Dokumentasi
yang dilantik perlu menyediakan 5 salinan laporan dan perlu diserahkan 1 salinan
kepada pengelola, 1 salinan kepada Pengerusi Teknik dan 3 salinan kepada PPD.
14. Pihak pengelola juga perlu drafkan surat bertajuk Kursus Kepegawaian Sepak
Takraw untuk memenuhi permintaan supaya kejohanan ini boleh dimasukkan ke
dalam SPLGKPM. QR code perlu dicipta pada hari kejohanan untuk diisi oleh guru
terlibat.
15. AJK Sijil dan Hadiah

IV UCAPAN PENANGGUHAN
16. Ucapan penangguhan dibuat oleh PK Kokurikulum SMK Parit Panjang dengan
mengucapkan berbanyak terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada jam
12.20 tengahari dengan tasbih kifarah dan surah asr.

Minit Mesyuarat ini Dicatat oleh : Tarikh: 28 Jun 2022

Yusman Bin Md Yusof

Setiausahah Kokurilukum SMK Parit Panjang

LAMPIRAN A

PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD BALING 2022.

1.0 Nama Pertandingan

3
Pertandingan ini dikenali dengan nama Kejohanan Sepaktakraw Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Daerah Baling 2022.

2.0 Penganjur

Kejohanan Sepaktakraw MSSK(D) Baling dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Baling
dan dikelolakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang dengan kerjasama
Pengerusi Teknik Sepaktakraw MSSK(D) Baling.

3.0 Bola Rasmi Kejohanan

3.1 Gajah Emas 511 – bagi kategori B-15 tahun dan B-18 tahun
3.2 Gajah Emas 311 – bagi kategori B-12 tahun

4.0 Jadual Dan Tempat Pertandingan ( Cadangan awal )

4.1 Tarikh : 12 Julai 2022 (B-12 Pusingan awal )


13 Julai 2022 (B-15 Pusingan awal )
14 Julai 2022 (B-18 Pusingan awal )

4.2 Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

4.3 Tempat : Dewan Cina Kupang

4.4 Jadual dan masa pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan
akan diedarkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada masa
taklimat Pengurusan Pasukan yang akan diadakan pada hari pertama kejohanan itu
atau lebih awal daripada itu bergantung kepada penerimaan pengesahan menyertai
pertandingan dari sekolah-sekolah yang akan mengambil bahagian.

4.5 Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak bagi


menangguhkan mana-mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu
kepada pasukan berkenaan.

4.6 Pengesahan penyertaan perlu dibuat sebelum @ pada 3 Julai 2022. Borang
pengesahan yang lewat tidak akan dilayan.

5.0 Kategori Pertandingan

4
Pertandingan ini dikategorikan kepada :

5.1 Antara regu B-12 Tahun ( Maksimum 2 regu bagi setiap sekolah )

5.2 Antara Regu Bawah 15 Tahun ( Maksimum 2 regu bagi setiap sekolah )

5.3 Antara Regu Bawah 18 Tahun ( Maksimum 2 regu bagi setiap sekolah )

6.0 Bayaran Penyertaan

6.1 Setiap regu akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 70.00 sahaja. Bayaran
boleh dibuat dalam bentuk tunai semasa kejohanan.

7.0 Pendaftaran Peserta/Pemain

7.1 Pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran yang disahkan oleh
Pengurus Pasukan sahaja yang layak bertanding.

7.2 Pemain-pemain yang didaftarkan dalam pasukan/regu tertentu tidak layak


bertanding bagi mewakili pasukan/regu yang lain.

7.3 Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Pengadil Rasmi 20 minit sebelum
perlawanan pertama regu yang berkenaan.

8.0 Peraturan Dan Undang-undang Permainan

8.1 Selain daripada Peraturam MSSK yang termaktub, kejohanan ini akan menggunakan
sepenuhnya Undang-undang Permainan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)
dan ISTAF terkini.

8.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-
undang versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan digunapakai.

8.3 Kejadian yang berlaku di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan dan
undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

5
10.3.1 Sebarang kejadian am yang berlaku akan diputuskan MSSK(D) Baling.

10.3.2 Sebarang kejadian atau persoalan teknikal yang berlaku akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola MSSK(D) Baling.

9.0 Sistem Pertandingan

9.1 Bagi semua kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini, pusingan pertama
akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

9.2 Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan layak untuk bertanding di pusingan
kedua yang akan dijalankan secara kalah-singkir (Knock-out System). Undian bagi
Pusingan Kedua akan dijalankan sebaik saja tamat perlawanan terakhir perlawanan
dalam pusingan pertama.

9.3 Bagi setiap perlawanan, mana-mana regu yang mengalahkan lawannya dengan 2 – 0
atau 2 – 1 akan mendapat 2 mata, manakala regu yang kalah akan mendapat 0 mata.

Dalam penentuan pemenang(liga) dalam setiap kumpulan, sekiranya mata yang


diperolehi oleh 2 regu atau lebih adalah sama, maka kedudukannya akan ditentukan
seperti berikut:

9.3.1 Kiraan perbezaan REGU daripada jumlah REGU menang yang diperolehi oleh
pasukan berkenaan
9.3.2 Kiraan perbezaan SET daripada jumlah SET menang yang diperolehi oleh
pasukan berkenaan
9.3.3 Kiraan perbezaan JUMLAH MATA daripada jumlah mata yang diperolehi oleh
pasukan berkenaan

10.0 Menarik Diri

10.1 Menarik diri di saat akhir selepas Jadual Pertandingan dikeluarkan sama sekali tidak
dibenarkan.

10.2 Bagi perlawanan pada pusingan pertama (Liga), mana-mana pasukan yang menarik
diri dari sesuatu perlawanan akan dianggap telah menarik diri dari keseluruhan
pertandingan . Segala pertandingan yang melibatkan pasukan berkenaan dibatalkan
dan segala keputusan perlawanan yang terdahulu yang melibatkan pasukan
berkenaan juga dibatalkan.

10.3 Setiap regu yang bertanding mestilah berada di tempat pertandingan 30 minit
sebelum waktu perlawanan dijadualkan bermula.

6
10.4 Jika mana-mana regu tidak melaporkan diri 10 minit selepas waktu yang dijadualkan
tanpa sebarang sebab yang kukuh, maka regu berkenaan dianggap menarik diri dari
keseluruhan pertandingan.

11.0 Pengadil

11.1 Pengadil dalam kejohanan ini akan dicadangkan oleh Pengerusi Teknik Permainan
Sepaktakraw MSSK(D) Baling dan akan dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Baling.

11.2 Pengurus Pasukan/Regu diminta menyediakan dua orang Penjaga Garisan (kalangan
pemain) semasa regu berkenaan bertanding di peringkat awal dan peringkat Suku
Akhir.

12.0 Hadiah Dan Cenderamata

12.1 Semua hadiah dalam kejohanan ini dikeluarkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Daerah Baling yang berupa :

12.1.1 Sijil Kejohanan MSSD kepada pemain-pemain yang berupaya merebut Johan,
Naib Johan dan Ketiga ( 2 pasukan/regu ).

12.1.2 Medal atau Trofi kepada pemain-pemain yang berupaya merebut Johan,
Naib Johan dan Ketiga ( 2 pasukan/regu ).

13.0 Bantahan/Rayuan

13.1 Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh
Pengurus Pasukan/Regu sahaja kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 10 minit
selepas tamat perlawanan berkenaan.

13.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 100.00
(Ringgit : Satu Ratus Sahaja)

13.3 Wang bantahan atau rayuan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu di
tolak.

14.0 AM

7
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
MUKTAMAD.

Disediakan oleh

Jawatankuasa Pengelola

Permainan Sepaktakraw MSSK (D)

Baling 2022

You might also like