You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PENGURUS-PENGURUS PASUKAN BOLA TAMPAR


KEJOHANAN BOLA TAMPAR MENENGAH
LELAKI/PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
MSSWPKL WILAYAH KERAMAT
TAHUN 2017

Tarikh : 2 FEBRUARI 2017


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat , SMK Seri Ampang, Kuala Lumpur.
Pengerusi : Tn. Mohd Ramli Bin Shalan

Kehadiran :
1. Pn. Rosliza bt Ab. Hami : Naib Pengerusi Kejohanan
2. Pn. Maizatul Fuzah bt Ahmad Tarmizi : Setiausaha Kejohanan
3. Pn. Fadillah bt Sulaiman : Bendahari Kejohanan
4. En. Faizal Bin Mohamad : Pengurus Teknik (SMK DTHO)
5. Pn. Norisan Bt Noor : Pengurus Pasukan SMK (P) Air Panas
6. En. Tg. Sulaiman Tg. Ali : Pengurus Pasukan SMK Puteri Wilayah
7. Pn. Nurul Fatihah bt Jusoh : Pengurus Pasukan SMK Desa Tun Hussein Onn
8. Pn. Saraswathi Kasilingam : Pengurus Pasukan SMK Taman Melati
9. Pn. Ismarini A. Samad : Pengurus Pasukan SMK Zon R1 Wangsa Maju
10. Pn. Rugaiyah Mohamed Yunos : Pengurus Pasukan SMK Padang Tembak
11. Pn. Zamzarina bt Zainol Abidin : Pengurus Pasukan SMK Setapak Indah
12. Pn. Zuhana Juhod : Pengurus Pasukan SMK Convent Bukit Nenas
13. Pn Wan Muhaiza bt Wan Mohamed : Pengurus Pasukan SMK Danau Kota
14. Pn. Shirlina Shaari : Pengurus Pasukan SMK Taman Setiawangsa
15. En. Ikmal Hisham : Pengurus Pasukan St. John Institution
16. Pn. Nik Zuaimah bt Nikman : Pengurus Pasukan SMK Wangsa Maju Seksyen 2
17. En. Wan Mohamed b Wan Shafei : Pengurus Pasukan SMK Puteri Ampang
18. En. Abdul Mujid b Hassan : Pengurus Pasukan Kolej Vokasional Setapak

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalukan kedatangan semua pengurus pasukan bola tampar ke


mesyuarat pengurus pasukan di SMK Seri Ampang.

1.2 Pada tahun 2017, SMK Seri Ampang telah dipilih untuk mengelola kejohanan bola
tampar peringkat Zon Keramat yang akan diadakan pada 13-17 Februari 2017 di SMK
Desa Tun Hussein Onn. Pengerusi mengharapkan agar sekolah-sekolah yang
menyertai kejohanan dapat menggabungkan semangat kesukanan dan kesukaan
sekali gus menekankan bahawa aspek kokurikulum adalah sama penting dengan
aspek kurikulum.

1.3 Disebabkan peruntukan yang terhad, Pengerusi berharap penyertaan daripada


pasukan-pasukan dapat direalisasikan. Beliau juga sangat menekankan aspek
keselamatan dan disiplin pelajar semasa kejohanan berlangsung. Guru pengiring yang
mengiringi pelajar harus cukup dan menjadi tanggungjawab sekolah masing-masing
untuk mengikut SOP ketika membawa pelajar ke mana-mana kejohanan.

1.4 Pengerusi mengingatkan juga jika ada isu yang berbangkit, agar merujuk kepada pihak
pengelola untuk diselesaikan.

Tindakan: Pengurus Pasukan dan


Makluman

2.0 TAKLIMAT PENGURUS TEKNIK

2.1 En. Faizal Mohamad mengalukan kedatangan pengurus-pengurus pasukan ke sesi


taklimat. Beliau memaklumkan bahawa kejohanan akan berlangsung pada 13-17
Februari 2017 di SMK Desa Tun Hussein Onn.

2.2 En. Faizal bersama dengan pengurus-pengurus pasukan mencapai persetujuan


bahawa dipertandingkan untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun sahaja.

2.3 En. Faizal memaklumkan bahawa kejohanan pada peringkat kumpulan akan diadakan
secara ‘Volleython’.

2.4 En. Faizal Mohamad menerangkan tentang peraturan-peraturan kejohanan seperti


berikut:
.
2.4.1 Keanggotaan setiap pasukan adalah wajib 6 orang pemain dan tidak lebih 12
orang pemain (termasuk pemain Libero). Libero dibenarkan 2 orang tetapi
boleh bermain 1 orang sahaja pada satu-satu masa. Jersi yang dipakai oleh
Libero adalah tidak sama warna dengan pemain lain.

2.4.2 Jurulatih luar yang bukan guru adalah tidak dibenarkan untuk berada di
kawasan gelanggang semasa pasukan sedang bermain.

2.4.3 Nombor pada jersi adalah antara nombor (1-20) sahaja. Dipersetujui nombor
wajib ada dibelakang tetapi tidak wajid ada di bahagian hadapan.

2.4.4 Dalam peringkat kumpulan, pasukan akan bermain secara ‘Volleython’ iaitu 1
set sahaja dengan poin 31. Pasukan akan bertukar gelanggang selepas poin
15. Pasukan dikira menang jika dapat poin 31.

2.4.5 Jadual perlawanan akan diatur oleh pihak pengelola. Semasa hari kejohanan
pasukan yang lewat 15 minit selepas masa pertandingan akan dianggap kalah
tanpa bertanding. 15 sebelum perlawanan, lambung pilih (toss-coin) akan
diadakan.

2.4.6 Untuk kes penarikan diri, pasukan mesti mengemukakan surat jawapan
kepada Pengarah Unit Sukan bersama denda RM300 serta akan digantung
penyertaan selama 1 tahun.

2.4.7 Setiap pasukan mesti mengemukakan boring M01 dan M02 yang lengkap
bersama salinan kad pengenalan yang telah disahkan. Satu salinan kad
pengenalan bagi setiap kertas A4. Borang yang lengkap mesti diserahkan
kepada pengelola pada hari pertama kejohanan bagi setiap kategori.

2.4.8 Jadual pertandingan akan disediakan oleh sekolah pengelola dan diagihkan
kepada semua pasukan yang bertanding.

2.4.9 Segala bantahan akan dirujuk kepada juri rayuan. Jika pasukan ingin
membuat bantahan, bantahan secara lisan mesti dibuat kepada pengadil dan
pada akhir perlawanan, Ketua Pasukan hendaklah menulis ‘INGIN BANTAH’
pada boring skor dalam tempoh 1 jam dengan wang cagaran sebanyak
RM300. Jika bantahan tidak munasabah, wang cagaran akan jadi milik
pengelola.

2.4.10 Pemain daripada sekolah lain (pemain import) adalah tidak dibenarkan.

2.4.11 Sijil dan pingat kejohanan akan diberikan kepada pasukan (Johan hingga
temapat keempat).

2.4.12 Setiap pasukan digalakkan untuk membawa sebiji bola dan kotak kecemasan
semasa kejohanan.

Tindakan: Pengurus Pasukan

2..5 Undian Pasukan

2.4.1 Undian pasukan telah dijalankan dan keputusan undian adalah seperti di
bawah:

KATEGORI : LELAKI BAWAH 18 TAHUN

KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 SMK SETAPAK INDAH B1 SMK ZON R1 WANGSA MAJU
A2 SMK TAMAN MELATI B2 SMK DANAU KOTA
A3 SMK SERI AMPANG B3 ST. JOHN INSTITUTION
A4 SMK TAMAN SERI RAMPAI B4 SMK PADANG TEMBAK

KUMPULAN C
C1 SMK DESA TUN HUSSEIN ONN
C2 SMK TAMAN SETIAWANGSA
C3 SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2
C4 SMK WANGSA MELAWATI

KATEGORI: PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 SMK SETAPAK INDAH B1 SMK TAMAN MELATI
A2 SMK TAMAN SETIAWANGSA B2 SMK DANAU KOTA
A3 KV ERT SETAPAK B3 CONVENT BUKIT NENAS
A4 - B4 -

KUMPULAN C KUMPULAN D
C1 SMK PUTERI WILAYAH D1 SMK WANGSA MELAWATI
C2 SMK DESA TUN HUSSEIN ONN D2 SMK (P) AIR PANAS
C3 SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2 D3 SMK PADANG TEMBAK
C4 - D4 SMK PUTERI AMPANG

Tindakan : Makluman

2.6 Hal-hal lain.

2.6.1 Pasukan yang memegang piala pusingan bagi kategori Lelaki Bawah 18 dan
Perempuan Bawah 18 mohon menghantar piala pusingan kepada pihak
pengelola dengan kadar segera.

2.6.2 Borang M01 dan M02 mesti lengkap dengan salinan kad pengenalan yang
disahkan dan disusun.

2.6.3 Pengelola boleh membatalkan penyertaan jika terdapat pemain hantu


dikalangan pemain.

2.6.4 Pasukan dinasihatkan untuk dating awal pagi untuk mengelakkan kelewatan.
Jika lewat, mohon segera hubungi pihak pengelola.

2.6.5 Pemantauan disiplin harus berlaku, tiada pemain dilihat meronda disekeliling
kawasan sekolah dan menaiki bangunan sekolah.

Tindakan: Pengurus Pasukan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari

Disediakan oleh,

---------------------------------------
(MAIZATUL FUZAH BT AHMAD TARMIZI)
Setiausaha
Kejohanan Bola Tampar MSSWP
Wilayah Keramat 2017
SMK Seri Ampang

Tarikh: 6 FEBRUARI 2017

You might also like