You are on page 1of 6

SK PANGKAL MAK WAN

MACHANG, KELANTAN
DBA 2177

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK PANGKAL MAK WAN 2022

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK PANGKAL MAK WAN

11 OGOS 2022
KHAMIS

“BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”


KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK PANGKAL MAK WAN 2022

1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Dengan
adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam
kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di
samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan lebih
menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan
tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang
terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang
diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.

3.0 TEMA
“MINDA CERGAS, BADAN SIHAT”
SASARAN
Murid tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)
Murid tahap 2 (Tahun 4, 5, & 6)
Murid PRA Sekolah

4.0 TEMPAT
Padang SK PANGKAL MAK WAN
5.0 TARIKH
11OGOS 2022 (Bermula 7:30 pagi)

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En.Amran bin Seman
Pengerusi : En. Mohd Zuki Bin Mohamad
Penyelaras : En. Salbani Bin Ishak
Setiausaha : En. Mohd Zaidi Bin Mohamad
Bendahari : Pn. Rozaitini Akhtar Binti

Jawatankuasa Pelaksana
Permainan : 1) Bola Sepak (11 Ogos 2022)
- En. Mohd Zaidi Bin Mohamed

2) Bola Jaring (11 Ogos 2022)


- Pn. Radziah Binti Daud

3) Sepak Takraw (11 Ogos 2022)


- En.Mohd Aminrudin Bin Mat Hu

4) Catur (11 Ogos 2022)


- En.Salbani Bin Ishak

5) Sukaneka dan permainan tradisional (11 Ogos 2022)


- Rozaitini Akhtar Binti

Disiplin : Pn.Afida Binti Ismail


Teknikal & Peralatan : En.Mohd Zaidi Bin Mohamed
Jurugambar & Dokumentasi : Pn.Fatimah Binti AB Wahab

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Kumpulan (lelaki dan perempuan)
1.1 Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat.
1.2 Mengikut rumah pasukan masing-masing.

2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Pangkal Mak Wan.
3. Pecahan pertandingan
3.1 Lelaki – Bola Sepak
– Sepak Takraw
– Catur
3.2 Perempuan – Bola jaring
– Catur

3.3 Tahap 1 -Sukaneka


-Permainan Tradisional
-PRA Sekolah

4. Penyertaan
4.1 Setiap rumah pasukan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap
pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk simpanan dalam setiap
kumpulan adalah seperti berikut:
4.1.1 Bola Sepak : 9 orang (1 pasukan)
4.1.2 Sepak Takraw : 4 orang (1 pasukan lelaki )
4.1.3 Bola jaring : 10 orang (1pasukan)
4.1.4 Catur : 2 orang (1 Lelaki dan 1 Perempuan)
4.1.5 Sukaneka : 10 peserta
4.1.6 Permainan Tradisional : 10 orang
4.2 Kemenangan akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang menang.
Perlawanan diadakan secara liga.
4.3 Semua peserta mestilah sihat. Pengurus pasukan mestilah terdiri daripada guru rumah
pasukan masing-masing

5. Pembatalan
5.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan sepanjang pertandingan.
5.2 Mana-mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan akan dibatalkan hak
penyertaannya.
6. Pakaian
6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
bert-shirt rumah sukan dan boleh memakai jersi sekiranya ada dan berkasut.
6.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan memasuki
acara.
7. Hadiah
7.1 Hadiah disediakan bagi juara sahaja iaitu:
- 1Piala pusingan dan hamper bagi juara Bola Sepak
- 1 piala pusingan dan hamper bagi juara Sepak Takraw lelaki
- 1 piala pusingan dan hamper bagi juara bola jaring
- 1 piala pusingan bagi juara catur lelaki
- 1 piala pusingan bagi juara catur perempuan
- 1 hamper bagi juara kumpulan permainan tradisonal
-1 hamper bagi juara kumpulan sukaneka
* Hadiah Hamper Naib Juara dan Tempat Ketiga disediakan.

8. Bantahan
8.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara bertulis dan wang
cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan selepas pengumuman keputusan dibuat.

9.0 ANGGARAN KOS


BIL PERKARA JUMLAH
1. Piala pusingan RM 60.00 x 5 = RM 300.00
2. Hamper juara RM40.00 x 5 = RM 200.00
3. Hamper Naib Juara RM 30.00 X 5 = RM 150.00
4. Hamper tempat ketiga RM 20.00 x 5 = RM 100.00
5. Hamper sukaneka PRA Sekolah RM 50.00 X 5 = RM 250.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1000.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan karnival ini.
Disediakan oleh,

……………………………………
(MOHD ZAIDI BIN MOHAMAD)
Setiausaha Karnival Sukan & Permainan 2022
SK Pangkal Mak Wan

Disemak oleh,

………...……………………………………
(MOHD ZUKI BIN MOHAMAD)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Pangkal Mak Wan.

Disahkan oleh,

………...………………….
(AMRAN BIN SEMAN)
Guru Besar
SK Pangkal Mak Wan.

You might also like