You are on page 1of 6

SK MATUNGGONG KUDAT

XBA5040

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
ASRAMA DESA
SK MATUNGGONG, KUDAT.

ANJURAN:
UNIT PENGURUSAN ASRAMA
HAL ELWAL MURID

07-11 OKTOBER 2019

“BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”


KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
ASRAMA DESA SK MATINGGONG KUDAT.

1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid
dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat
kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia
dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di samping memberikan
kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan
dengan lebih menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya
kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti
permainan yang terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid asrama dan
warden melalui aktiviti yang diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan
yang komprehensif.

3.0 TEMA
“MINDA CERGAS, BADAN SIHAT”

4.0 SASARAN
Semua murid asrama tahun 4-6

5.0 TEMPAT
Padang sekolah & Perkarangan Asrama
6.0 TARIKH
07-11 Oktober 2019
(4.30-5.30 petang)
7.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Asung Bin Hj Japril
Pengerusi : Pn. Amisah Bin Ramlee
Penyelaras : Cik Aisshah Binti Saharuddin
Setiausaha : Cik NoOR Sufidah Binti Mubin
Bendahari : En. Rizob

Jawatankuasa Pelaksana
Permainan : 1) Futsal (07 Oktober 2019)
- En. Rizob

2) Bola Baling (08 Oktober 2019)


- Cik Aisshah Saharuddin

4) Ping Pong (09 Oktober 2019)


- Cik Noor Sufidah Binti Mubin

4) Badminton (10 Oktober 2019)


- Cik Noor Sufidah Binti Mubin

5) Sukaneka dan permainan tradisional (11 Oktober 2019)


- Cik Aisshah Saharuddin

Disiplin : Cik Aisshah Saharuddin


Teknikal & Peralatan : En Rizob
Jurugambar & Dokumentasi : Cik Noor Sufidah Binti Mubin

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Kumpulan (lelaki dan perempuan)
1.1 Semua murid Asrama Desa terlibat.
1.2 Mengikut Kumpulan masing-masing seramai 8 orang.
2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (Pengurusan
Asrama)
3. Penyertaan
3.1 Setiap kumpulan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap
pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk simpanan
dalam setiap kumpulan adalah seperti berikut:
3.1.1 Futsal : 7 orang (1 pasukan)
3.1.2 Bola baling : 7 orang (campur)
3.1.3 Ping pong : 4 orang (2 Lelaki dan 2 Perempuan)
3.1.4 Badminton : 2 orang (1 Lelaki dan 1 Perempuan)
3.1.5 Sukaneka : semua ahli kumpulan
3.1.6 Permainan Tradisional : semua ahli kumpulan
3.2 Kemenangan akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang
menang. Perlawanan diadakan secara liga.
3.3 Semua peserta mestilah sihat. Pengurus kumpulan mestilah terdiri
daripada murid tahun enam dalam pasukan masing-masing

4. Pembatalan
4.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan sepanjang
pertandingan.
4.2 Mana-mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan
akan dibatalkan hak penyertaannya.
5. Pakaian
5.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan yang selesa dan
sesuai dengan aktiviti.
5.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak
dibenarkan memasuki acara.
6. Hadiah
6.1 Hadiah disediakan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga dari
setiap acara. Dan satu hadiah untuk johan keseluruhan juga turut
disediakan.
8.0 ANGGARAN KOS
BIL PERKARA JUMLAH
Peralatan sukan
-ping pong (Bet & bola) x 4 set RM20.00 X 4 = RM80.00
1. -shuttle ( 1 Tube ) RM75.00 X 1 = RM75.00
-Wisel (3 biji) RM 2.00 X 3 = RM6.00
-net pingpong RM25.00 X 1 = RM25.00
2. Hamper RM10.00 x 15 = RM 150.00
3. sijil RM 68.00 x 1 = RM 68.00
4. Minuman Kotak RM14.00 X 2 = RM24.00
Peralatan sampingan
-tepung RM2.50 X 1 = RM2.50
-belon RM3.00 X 2 = RM6.00
-cawan kertas RM2.00 X 3 = RM6.00
-gula-gula RM2.00 X 2 = RM4.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 453.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang
tinggi dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh,

……………………………………
(AISSHAH BINTI SAHARUDDIN)
Setiausaha Karnival Sukan & Permainan Asrama Desa
SK Matunggong.

Disemak oleh,

………...……………………………………
(AMISAH BINTI RAMLEE)
Guru Penolong Kanan HEM
SK Matunggong

Disahkan oleh,

………...………………….
(ASUNG BIN HJ. JAPRIL)
Guru Besar
SK Matunggong.

You might also like