You are on page 1of 9

PELAN

STRATEGIK
PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH
ATAS (PVMA)

Disediakan oleh :
Hanif hazirin b Mustafha
Ketua Panitia
Pengenalan

PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu


penjenamaan kepada MPV. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat
asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang
kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk
mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat
menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang
memasuki kolej vokasional. Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari
dengan hasrat PPPM bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam
pendidikan vokasional.

PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding
dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan
pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Institut
Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta
(ILKS). Pelaksanaan PVMA ini membolehkan murid kekal di sekolah yang
sama sehingga ke Tingkatan 5. Pelaksanaan PVMA dijalankan secara
berperingkat mengikut ketetapan yang diputuskan oleh KPM.
Visi & Misi

• Visi PVMA
• ialah menyediakan sumber manusia yang berkemahiran
untuk memenuhi
keperluan industri bagi pembangunan ekonomi, sosial dan
teknologi.

• Misi PVMA ialah ,

• Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran


tinggi yang memenuhi
keperluan pasaran
• Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara
berkesan;
• Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional;
• Menggalakkan hubungan antara industri dan masyarakat;
dan
• Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan
inovatif.
Matlamat

• Matlamat PVMA ialah untuk membentuk lepasan


Pendidikan Vokasional yang;
• Bersedia menyertai pasaran kerja
• Menjadi Usahawan yang berdaya saing
• Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Hala Tuju PVMA

• Murid yang menduduki program PVMA akan memperoleh :


• SPM serta Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
bagi mata
pelajaran akademik yang tertentu; dan
• Sijil kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti SKM

• Murid yang lulus SPM dan mendapat SKM Tahap 1 atau Tahap
2 boleh menyambung pengajian di ILKA dan ILKS bagi
mengikuti SKM Tahap 3 dan seterusnya ke peringkat Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran
Malaysia (DLKM). Murid yang mendapat Penyata Pencapaian
(Partial Certificate) boleh meneruskan latihan di ILKA atau ILKS
bagi memenuhi semua CU dalam NOSS dan melayakkan
penganugerahan Pensijilan SKM / Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM). Murid yang ingin terus bekerja (yang mendapat
SPM dan SKM Tahap 1 atau Tahap 2) layak bekerja dalam
sektor perkhidmatan awammengikut kemahiran yang
ditawarkan. Murid yang telah bekerja selama 1 atau 2 tahun
dan seterusnya boleh melanjutkan pelajaran melalui APEL
(www.mqa.gov.my).
Laluan pembelajaran murid PVMA
adalah seperti yang ditunjukkan
di dalam Rajah di bawah
Peranan Sekolah

• 3.4.1 Pengetua
(a) Memastikan PVMA dilaksanakan di sekolah berdasarkan
pekeliling dan surat
siaran yang sedang berkuatkuasa.
(b) Memastikan peruntukan PCG dipohon mengikut kadar yang
ditentukan.
(c) Mempromosikan PVMA melalui taklimat kepada ibu
bapa/penjaga, murid dan
masyarakat.
(d) Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran berfungsi.
(e) Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid,
pelaksanaan modul dan
pentaksiran PVMA.
(f) Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan
PVMA.
(g) Menentukan tugas Pembantu Am (PVMA) membantu di
bengkel/makmal/ladang
bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan pengajaran.
(h) Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
mengambil
tindakan susulan dengan kadar sesuai.
(i) Memberi maklumbalas pelaksanaan PVMA kepada
PPD/JPN/KPM.
(j) Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM.
(k) Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah.
(l) Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM
• 3.4.2 Guru
(a) Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan PVMA.
(b) Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard
kurikulum.
(c) Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran.
(d) Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran
PVMA dan menyimpan di tempat yang selamat.
(e) Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana
bahagian KPM/JPN/PPD dari semasa ke semasa.
(f) Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan PVMA.
(g) Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PVMA.
(h) Memastikan peralatan berfungsi serta boleh digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran.
(i) Menghadiri kursus kelayakan sebagai pengajar SKM bertauliah.
(j) Memastikan verifikasi inventori peralatan dan bahan di bengkel/makmal/ladang
dilaksanakan oleh pembantu guru PVMA.
3.4.3 Pembantu Guru PVMA di Bengkel
(a) Mengurus peralatan, bahan, kebersihan, keceriaan dan mengawasi keselamatan
di bengkel/makmal (amalan 5S).
(b) Menyusunatur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
(c) Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.
(d) Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di
bengkel/makmal/ladang.
(e) Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat digunakan.
(f) Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.
(g) Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
(h) Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk
berkhidmat di sekolah yang menawarkan PVMA.
(i) Melaksanakan tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa berkaitan
pengurusan bengkel/makmal/ladang PVMA.
Komponen di dalam PVMA

• PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu


Akademik dan Vokasional. Komponen
tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam
Komponen PVMA

You might also like