You are on page 1of 5

PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH 2019

 PERINGKAT NEGERI SABAH


KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH 2019

1. PENGENALAN

Pertandingan Sahibba ialah permainan papan membentuk perkataan dalam bahasa Melayu
berdasarkan permainan popular scrabble yang berasal dari Amerika Syarikat. Namun, permainan
Sahibba berbeza dengan scrabble kerana pembinaan perkataan bahasa Melayu menggunakan huruf
vokal yang lebih banyak berbanding bahasa Inggeris.

Permainan Sahibba amat sesuai dikembangkan menjadi salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kerana konsep didik hibur merupakan daya penarik yang boleh
memikat para pelajar. Selain itu, aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dapat diterapkan
dalam permainan ini kerana pelajar bukan sahaja dikehendaki membina kosa kata, malah boleh
mencabar perkataan yang dibina oleh pihak lawan jika mereka berasa musykil dengan kesahihan
perkataan yang dibina tersebut. Pelajar tidak dapat tidak akan berusaha mengenal dan memahami
lebih banyak perkataan dalam kamus bahasa Melayu.

Dalam usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memupuk minat dan kecintaan terhadap
bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda, mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka
melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (BPSKR) dengan
kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan Pertandingan Sahibba Peringkat Kebangsaan untuk pelajar sekolah menengah di
seluruh negara.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.

2.2 Memupuk kreativiti pelajar sekolah menengah dalam membina kosa kata bahasa Melayu.

2.3 Meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

2.4 Melahirkan bilangan pelajar yang berketerampilan dan mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam penggunaan bahasa Melayu.
3. SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang belajar di
sekolah menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, yang berusia 13-15
tahun.
3.2 Setiap sekolah boleh menghantar tiga (3) orang peserta tetapi jumlah pasukan yang
digalakkan untuk bertanding, sama ada 16 pasukan, 32 pasukan atau 40 pasukan dari
seluruh daerah di negeri terbabit (digalakkan daripada pelbagai kaum). * (Peringkat Negeri
Sabah - Hanya 12 peserta yang mewakili enam zon).
3.3 Peserta yang menjadi johan peringkat negeri akan layak ke pertandingan peringkat
kebangsaan.
3.4 Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan akan diadakan sebanyak
empat pusingan. Pecahan pusingan adalah seperti yang berikut:
i. Pusingan pertama: Semua peserta akan bertanding mengikut kumpulan, yang
terdiri daripada 3 atau 4 orang peserta bagi setiap kumpulan. Dua orang peserta
yang mendapat markah tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan
yang kedua.
ii. Pusingan kedua: Dua orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap
kumpulan akan mara ke pusingan yang ketiga.
iii. Pusingan ketiga: Dua orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam setiap
kumpulan akan mara ke pusingan yang keempat/akhir.
iv. Pusingan keempat: Pusingan ini merupakan pusingan terakhir yang menentukan
pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat Pertandingan Sahibba
Peringkat Kebangsaan.
3.5 Tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat akan ditentukan berdasarkan markah yang
tertinggi dalam pusingan akhir. Manakala peserta selebihnya akan diberikan hadiah sagu
hati.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

4.1 Peringkat Daerah


4.1.1 Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
SEKIRANYA PERLU.
4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada arahan
Jabatan Pendidikan Negeri.
4.1.3 Seorang peserta akan memenangi pertandingan pada peringkat ini akan mewakili
daerah ke pertandingan pada peringkat negeri.

4.2 Peringkat Negeri


4.2.1 Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.
4.2.2 Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.2.3 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan
tempat pertandingan peringkat negeri dan seterusnya memaklumkan mengenai
keputusan pertandingan kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan
oleh DBP.
4.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati
hakim dan hadiah akan ditanggung oleh pihak DBP Cawangan dan Wilayah, kecuali
kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

5. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Daerah/Negeri

a. Tarikh : 18 – 20 Jun 2019

b. Masa : 9.00 pg. - 4.00 ptg.

c. Tempat : INTAN Kampus Sabah


6. PESERTA DAN GURU PENGIRING

BIL NAMA PELAJAR NAMA NO.MY KAD NAMA GURU NO. KAD NO. TELEFON
SEKOLAH PENGIRING PENGENALAN GURU
PENGIRING
*Sekolah Menengah

SITI NUR MULIANA SMK 040807-12- MOHD HAMIDI


01 USMA BINTI ISMAIL KUDAT 0860 BIN 880612-12- 012-8434970
MOHAMMAD 5495

7. PERBELANJAAN SEWAKTU PERTANDINGAN

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA SEUNIT (RM) KUANTITI (RM) CATATAN
01 TAMBANG KERETA SEWA:

- KUDAT KE KK 35 1 ORANG 35

- KK KE KUDAT 35 1 0RANG 35

02 MAKAN:

- SARAPAN 5 3 KALI 15

- TENGAHARI 5 3 KALI 15

- MALAM 5 2 KALI 10

03 WANG SAKU 30 1 ORANG 30

JUMLAH KESELURUHAN RM140

Disediakan oleh:

(SHAFINIE BINIT SALMAT)


GURU PENASIHAT
SUKAN & PERMAINAN SAHIBBA
SMK KUDAT

You might also like