You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

PERTANDINGAN

ENSEMBLE
REKORDER & GENDERANG
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023

ANJURAN :
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KELOLAAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

1
PERTANDINGAN ENSEMBLE REKODER & GENDERANG SEKOLAH RENDAH

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan Peringkat Negeri;


1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat kebangsaan
melalui pemilihan di peringkat negeri;
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman);
1.4 Video yang terpilih bagi mewakili sekolah masing-masing perlu dimuatnaik ke
akaun youtube oleh penyelaras masing-masing;
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta;dan
1.6 Penghantaran penyertaan video diperingkat negeri adalah melalui link
yang disediakan oleh JPN dengan melampirkan salinan link
youtube oleh pegawai penyelaras di JPN masing-masing.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah
(Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan;
Bukan warganegara DIBENARKAN menyertai sekiranya mendapat status
penduduk tetap ( PERMANENT RESIDENT - PR ) sahaja.
2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri maksima melibatkan 17 orang termasuk
SATU orang konduktor sahaja:
2.2.1 15 orang - Peserta Murid
2.2.2 2 orang – Guru Pengiring/Jurulatih
2.3 Jumlah penyertaan sekolah-sekolah bagi penyertaan peringkat negeri adalah
seperti berikut:

PERINGKAT NEGERI
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat negeri adalah tiada had.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan untuk pemilihan di
peringkat negeri tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik yang akan dihantar
untuk ke Peringkat Kebangsaan;

2.5 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran;dan
2.6 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.

2
3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM
PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video Youtube (unlisted);


3.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja mengikut
kesesuaian pasukan masing-masing;
3.3 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan
dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang
dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan
resolusi 1080HD;
3.4 Dilarang meletakkan nama sekolah, negeri dalam video persembahan.
Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan;
3.5 Setiap kumpulan persembahan terdiri dari sesebuah pasukan boleh
menggunakan rekoder jenis soprano atau semua jenis rekoder
(sopranino, alto, tenor, bass) dan Alat Genderang;
3.6 Setiap kumpulan persembahan diwajibkan mempersembahkan SEBUAH
LAGU SAHAJA;
3.7 Tema Lagu adalah BEBAS;
3.8 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-
mana sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia;
dan
3.9 Sebarang perlanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
Di akhir rakaman, semua peserta hendaklah mengucapkan slogan
#Nadi ABC #SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan
murid, guru dan masyarakat.

4. MASA PERSEMBAHAN

4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 6 minit
(termasuk montaj kumpulan)

5. ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6. PERALATAN

6.1 Peralatan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua jenis alat rekoder


(sopranino,soprano,alto,tenor dan bass) dan alat genderang.
Alat Genderang yang ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Muzik di
sekolah.
6.2 Drum Set tidak dibenarkan, tetapi boleh dimainkan asing setiap bahagian
drum.
6.3 Alat perkusi yang berpic tidak dibenarkan.
6.2 Peralatan tambahan: TIDAK DIBENARKAN

7. Ketidakpatuhan kepada perkara 3 hingga 6 akan dikenakan penalti 5 markah.

3
8. PEMARKAHAN

i. Keseluruhan - 100 markah

Persembahan (Instrumental)

i. Harmoni -15 markah


ii. Imbangan -15 markah
iii. Ton/Intonasi -15 markah
iv. Interptretasi -15 markah
v. Dinamik -10 markah
vi Attack/Release -10 markah
vii. Tempo -10 markah
viii. Kreativiti Persembahan -10 markah

9. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT NEGERI


9.1 Penyelarasan penjurian peringkat negeri akan dilaksanakan seperti berikut:
i) Pertandingan Peringkat Negeri (Secara dalam talian / HIBRID)
Melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi semua
pasukan yang bertanding.
Pasukan JOHAN akan mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan.

10. PENGHAKIMAN

10.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan negeri pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian

10.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

11. HADIAH/SIJIL
BIL PERKARA CATATAN
1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil
6 Konduktor Terbaik Hadiah berupa trofi dan sijil

4
12. GARIS MASA

BIL AKTIVITI MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT


Hebahan Pertandingan kepada
1 10
semua sekolah
Tarikh tutup penghantaran video
2 25
peringkat negeri
Penjurian Pertandingan (Video
3 28
Rakaman)

4 Pengumuman keputusan 29

13. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


PERINGKAT NEGERI

Tarikh Tutup hantar penyertaan : 25 Ogos 2023


Pautan Kertas Konsep & Borang Penyertaan :
http://bit.ly/spm-dashboard
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
▪ KESENIAN

14. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

14.1 Setiap penyertaan karya akan dinilai keaslian, isi kandungan,


konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur
14.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

15. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

1. Marzuki bin Aman


Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
No. H.P : 019-9715005

2. Mat Dahlan bin Ismail


Pengerusi Teknikal Program Kecemerlangan
No. H.P : 014-8372322

3. Rosli Bin Othman


Ketua Penyelaras Pertandingan
5
No. H.P.: 019-9768581
LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK PENGHANTARAN DOKUMEN PENYERTAAN


PERTANDINGAN ENSEMBEL REKORDER DAN GENDERANG SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023

ADA TIADA
BIL. PERKARA
( ) (x)
BORANG PENYERTAAN
2. (SCAN PDF & DIMUATNAIK DALAM GOOGLE DRIVE PEGAWAI MEJA DAN BERI LINK
DALAM GOOGLE FORM )
BORANG KEBENARAN IBU BAPA
3. (SCAN PDF & DIMUATNAIK DALAM GOOGLE DRIVE PEGAWAI MEJA DAN BERI LINK
DALAM GOOGLE FORM )
SALINAN KAD PENGENALAN PESERTA YANG TELAH
4. DISAHKAN
((SCAN PDF & DIMUATNAIK DALAM GOOGLE DRIVE PEGAWAI MEJA DAN BERI LINK
DALAM GOOGLE FORM )
a. PESERTA 1
b. PESERTA 2
c. PESERTA 3
d. PESERTA 4
e. PESERTA 5
f. PESERTA 6
g. PESERTA 7
h. PESERTA 8
i. PESERTA 9
j. PESERTA 10
k. PESERTA 11
l. PESERTA 12
m. PESERTA 13
n. PESERTA 14
o. PESERTA 15
PAUTAN VIDEO PERSEMBAHAN PASUKAN ENSEMBEL
5.. REKORDER DAN GENDERANG SEKOLAH RENDAH WAKIL
JPN

Catatan:
1) Borang penyertaan dan salinan kad pengenalan pelajar perlu disahkan sebelum
dimuat naik.
2) Semua dokumen penyertaan perlu dimuat naik ke pautan seperti berikut pada atau
sebelum 25 OGOS 2023.

6
LAMPIRAN B
ENSEMBEL REKORDER DAN GENDERANG SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023
BORANG PENYERTAAN

MAKLUMAT PESERTA
KAUM JANTINA PENYANYI/
BIL. NAMA PESERTA NO.KP / SB PEMUZIK
M C I LL L P
1

3
4
5
6
7
8
9
1
0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5
MAKLUMAT GURU PENGIRING
BIL
NAMA GURU NO.KP SEKOLAH NO. TEL
.
1
2

7
LAMPIRAN C

ENSEMBEL REKORDER DAN GENDERANG SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya_______________________________________________(Ibu,Bapa,Penjaga) No. Kad


Pengenalan ________________________________membenarkan anak jagaan saya
______________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_______________________________________ menyertai Pertandingan Ensembel Rekorder Dan
Genderang Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2023

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : _______________________________________

You might also like