You are on page 1of 6

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERGERAKAN FORMASI SAHABAT ADAB


( Amalan Disiplin Adab Berilmu ) KrMJ
KATEGORI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1.1. Tema Pertandingan adalah “MEMBUDAYAKAN SIKAP MENGHORMATI
GURU DALAM AMALAN MENUNTUT ILMU”.
1.2. Pertandingan video pendek Pergerakan Formasi Sahabat ADAB KrMJ
bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan mesej
kesedaran dan pengamalan budaya Sahabat ADAB KrMJ berpandukan Modul
Sahabat ADAB KrMJ yang diamalkan setiap sekolah di negeri Johor.
1.3. Pertandingan ini bermula pada 01 OGOS 2022 sehingga 30 OGOS 2022.
1.4. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.5. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah negeri Johor di bawah pentadbiran Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
1.6. Setiap sekolah hanya DIBENARKAN menghantar satu penyertaan video
sahaja. Semua penyertaan video perlu diemelkan kepada Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) masing-masing. Hanya 1 penyertaan terbaik bagi kategori
Sekolah Rendah dan 1 penyertaan terbaik bagi kategori Sekolah Menengah
yang akan dihantar mewakili daerah masing-masing ke Jabatan Pendidikan
Negeri Johor untuk penyertaan di peringkat negeri.

2. PERINGKAT PELAKSANAAN
2.1. Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut ;

BIL PERINGKAT TEMPOH


1 Penilaian Kendiri Sekolah 01 Ogos 2022 – 30 Ogos 2022
2 Penilaian Daerah 01 September 2022 – 15 September 2022
3 Penilaian Negeri 16 September 2022 – 30 September 2022
3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal dan asli.
3.2. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia.
3.3. Kategori yang dipertandingkan adalah dua kategori iaitu ;
3.3.1. Murid Sekolah Rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 6 ).
3.3.2. Murid Sekolah Menengah ( Tingkatan Peralihan, 1 hingga 5 ).
3.4. Pihak sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
3.5. Penyertaan adalah secara berkumpulan minimum 10 orang peserta dan
maksimum satu sekolah dengan seorang guru pembimbing atau penyelaras
KrMJ sekolah.
3.6. Rakaman video perlu dilakukan dalam kawasan sekolah dengan berpakaian
kemeja-T KrMJ.
3.7. Setiap penyertaan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggambarkan atau
menggunakan unsur-unsur negatif dan lucah serta menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
3.8. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan pihak
sekolah.

4. ISI KANDUNGAN VIDEO


4.1. Menyampaikan mesej pengajaran, pandangan, pemahaman idea positif,
kreatif, amalan budaya Sahabat ADAB KrMJ, menggambarkan konsep
Sekolahku Sejahtera dan menepati tema.
4.2. Memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri, semangat patriotik dan
pelaksanaan budaya menghormati guru yang diamalkan oleh sekolah yang
boleh dicontohi.
4.3. Dalam penghasilan video pendek perlu dimasukkan kata-kata ;
4.3.1. SELAMAT SEJAHTERA CIKGU / ASSALAMMUALAIKUM CIKGU
4.3.2. TERIMA KASIH CIKGU
4.3.3. APA KHABAR CIKGU
4.3.4. MOHON MAAF CIKGU
4.3.5. SAYA SAYANG CIKGU / KAMI SAYANG CIKGU
4.4. Tempoh video pendek berdurasi tidak kurang dari 3 minit dan tidak lebih
dari 5 minit termasuk montaj dan penghargaan. Pastikan di dalam video
tersebut ada ;
4.4.1. Kategori
4.4.2. Nama Sekolah
4.4.3. Nama Daerah
4.5. Bahasa pengantar untuk video pendek adalah Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
4.6. Format video pendek yang dibenarkan adalah :
4.6.1. Full HD ( 1920 x 01080 ) @ HD ( 1080 x 720 )
4.6.2. Format Video ( MOV / MP4 )

4.7. Perlu dirakam dalam bentuk landscape.

4.8. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran dari pihak penganjur.

4.9. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana

pertandingan video pendek.

4.10. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli atau diplagiat.

4.11. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti atau muzik asli

negeri Johor. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang


tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

4.12. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

5. PENILAIAN
5.1. Elemen Penilaian Video Pendek Pergerakan Formasi Sahabat ADAB KrMJ :

BIL PERKARA SKOR


1 Idea 10
2 Kreativiti 10
3 Perisian 30
4 Kaedah Pelaksanaan 20
5 Impak 20
6 Undian 10
JUMLAH 100
6. TUNTUTAN HAK CIPTA
6.1. Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) memiliki hak cipta sepenuhnya
terhadap hasil karya yang dihasilkan.

7. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
7.1. Setiap karya akan dinilai 90% daripada keaslian, isi kandungan, konsep,
kreativiti, inovasi dan kualiti produksi serta impak kepada penonton oleh panel
juri yang dilantik oleh pihak penganjur. Manakala penilaian dan undian online
melalui media sosial adalah sebanyak 10% yang ditentukan oleh penganjur.
7.2. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

8. HADIAH (PERTANDINGAN AKHIR PERINGKAT NEGERI)

8.1 Kategori Sekolah Rendah

Tempat Pertama - RM500, plak dan sijil pencapaian


Tempat Kedua - RM300, plak dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga - RM200, plak dan sijil pencapaian
Tempat Keempat - Plak dan sijil pencapaian
Tempat Kelima - Plak dan sijil pencapaian
Tempat Keenam hingga Kesebelas - Sijil penyertaan

1.1 Kategori Sekolah Menengah

Tempat Pertama - RM500, plak dan sijil pencapaian


Tempat Kedua - RM300, plak dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga - RM200, plak dan sijil pencapaian
Tempat Keempat - Plak dan sijil pencapaian
Tempat Kelima - Plak dan sijil pencapaian
Tempat Keenam hingga Kesebelas - Sijil penyertaan

Hadiah akan diberi kepada pihak sekolah.


(Perkongsian sekolah, guru dan murid)
BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERGERAKAN FORMASI SAHABAT ADAB KrMJ
KATEGORI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

BIL ASPEK YANG DINILAI SKOR MARKAH


1 IDEA ( 10% )
1.1. Keaslian
a) Idea bernas dan di luar kotak pemikiran. 7 - 10
b) Idea yang baik dan bersesuaian. 4–6
c) Idea sedia ada. 1–3
2 KREATIVITI ( 10% )
2.1. Menarik minat
a) Sangat menarik 7 – 10
b) Menarik 4–6
c) Memuaskan 1-3
3 PERISIAN ( 30% )
3.1. Pengggunaan kata-kata ADAB yang
diberi.
a) Menggunakan semua kata-kata ADAB. 7 - 10
b) Menggunakan sebahagian kata-kata ADAB. 4–6
c) Menggunakan satu sahaja kata-kata ADAB. 1-3
3.2. Pergerakan menghormati dan
menyayangi guru.
a) Penggunaan yang banyak. 7 - 10
b) Penggunaan yang sederhana. 4–6
c) Penggunaan yang sedikit. 1-3
3.3. Penggunaan muzik latar.
a) Muzik sangat bersesuaian. 7 - 10
b) Muzik sederhana sesuai. 4–6
c) Muzik kurang sesuai. 1–3
4 KAEDAH PELAKSANAAN ( 20% )
4.1. Menepati keperluan syarat pertandingan
a) Sangat menepati. 7 - 10
b) Menepati. 4–6
c) Kurang menepati. 1–3
4.2. Pemakaian t-shirt KrMJ
a) Semua peserta memakainya. 7 – 10
b) Sebahagian peserta memakainya. 4–6
c) Beberapa orang peserta sahaja 1-3
memakainya.
5 IMPAK ( 20% )
5.1. Keberhasilan / kemenjadian murid
a) Impak amat tinggi. 7 – 10
b) Impak memuaskan. 4–6
c) Kurang berimpak. 1–3
5.2. Penglibatan
a) Penglibatan menyeluruh murid. 7 – 10
b) Penglibatan sebahagian murid. 4–6
c) Kurang penglibatan murid. 1-3
6 UNDIAN ( 10% )
6.1. Keberkesanan kepada penonton.
a) Lebih daripada 100. 7 – 10
b) 60 undian. 4–6
c) Kurang daripada 20. 1-3
JUMLAH
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN ( 100% )

You might also like