You are on page 1of 5

Perkara Jawatan Tarikh

Disediakan oleh PENYELARAS PROGRAM 1 MAC 2021

Disemak oleh GURU PENOLONG KANAN KOKO 16 MAC 2021

Disahkan oleh GURU BESAR 25 MAC 2021

No. Keluaran : 01
KUIZ UNIT BERUNIFORM
M.S: 01 dpd 07 PERINGKAT SEKOLAH
2021
No. Pindaan : 00
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 2 daripada 5
Tajuk : KUIZ UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh Keluaran: 1 Mac 2021 Tarikh Kuatkuasa : 1 April 2021 Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

1. PENDAHULUAN

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di
dalam bilik darjah.

Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai


peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Cabaran secara dalam talian merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh unit
kokurikulum semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang
kepada mereka mempamerkan kemahiran yang telah mereka pelajari di sekolah seperti
ikatan dan simpulan, bantu mula, kawad kaki dan sebagainya selain menerapkan ilmu serta
kemahiran teknologi maklumat

Secara tidak langsung, ianya memberikan peluang kepada murid - murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kokurukulum secara atas talian mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung , ibu bapa juga terlibat dalam memberikan tunjuk ajar dan
panduan dalam melengkapkan tugasan di rumah.

2. RASIONAL

Kanak-kanak merupakan aset penting bagi negara. Sikap kanak-kanak yang sentiasa gembira
dan riang perlu dipupuk agar pembentukan minda mereka sentiasa berkembang.Dengan
perkembangan Pendidikan norma baharu, pertandingan atas talian merupakan salah satu
proses menyokong kemenjadian murid.

3. TEMPOH PROGRAM

Kuiz Unit Beruniform berlangsung selama 30 hari, bermula dari 1 APRIL hingga 30 APRIL 2021
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 3 daripada 5
Tajuk : KUIZ UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh Keluaran: 1 Mac 2021 Tarikh Kuatkuasa : 1 April 2021 Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

4. MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

4.1. Membangunkan potensi murid melalui aktiviti kokurikulum secara atas talian.
4.2. Memberi peluang murid mengikuti aktiviti kokurikulum secara atas talian.
4.3. Mengaplikasikan pembelajaran norma baru secara atas talian.
4.4. Melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam program kokurikulum.
4.5. Mengadakan jaringan dan jalinan dengan komuniti.
4.6.Menanam sifat pematuhan terhadap norma baharu dalam menuntut ilmu.

5. OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

5.1. Memantapkan dan mengaplikasikan ilmu ikatan dalam kehidupan seharian.


5.2. Murid dapat merangka tugasan dan menyiapkan tugasan dalam masa tertentu.
5.3. Mampu mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat
5.4 Mampu berfikir menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

6. SASARAN

Semua murid tahap dua sekolah rendah daerah Pontian

7. JAWATAKUASA INDUK

Penasihat : NOR AZIZE BINTI JA’AFAR


 GURU BESAR SK SUNGAI BUNYI
Timbalan Pengerusi : JAFFRI BIN SALIMIN
   GURU PENOLONG KOKURIKULUM                       
Naib Pengerusi 1 : NAZIAH BINTI ZAILANI
  GURU PENOLONG PENTADBIRAN
Naib pengerusi 2 : KATNI BINTI SAPARIE
   GURU PENOLONG HEM
Naib Pengerusi 3 : NORAINI BINTI ABU BAKAR
   GURU PENOLONG PEND KHAS
Setiausaha/ : NURUL AKHMAL BINTI ABDUL RASHID
      penyelaras   
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 4 daripada 5
Tajuk : KUIZ UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh Keluaran: 1 Mac 2021 Tarikh Kuatkuasa : 1 April 2021 Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

8. PELAKSANAAN PROGRAM

8.1 Fasilitator program ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan
jurulatih-jurulatih yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu
8.2 Murid-murid yang menyertai program ini diberikan pendedahan awal secara teori yang
disampaikan dari masa ke semasa.
8.3 Murid-murid diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang aktiviti
dijalankan.
8.4 Perlaksanaan aktiviti-aktiviti peraturan program yang telah ditetapkan
8.5 Kebenaran dan makluman untuk melaksanakan kem ini akan diperolehi terlebih dahulu
daripada pihak tertentu:
8.5.1 Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
8.5.2 Penjaga / ibu bapa

9. ELEMEN KUIZ
Kuiz dijalankan secara atas talian melalui Google Form.Terdapat 5 elemen yang perlu
diselesaikan oleh peserta. Lima elemen terdiri daripada sukatan pelajaran unit beruniform
sekolah rendah
9.1. Ikatan dan simpulan
9.2. kawad kaki
9.3. Bantu mula
9.4. Pandu arah
9.5. Bahasa isyarat komunikasi

10. SUMBER KEWANGAN:


PERUNTUKAN KOKO

11. PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti JUMLAH


1 Piala Pemenang Kuiz Unit 45 X RM 5.50 RM 225.00
Beruniform Tahun 4
2 Piala Pemenang Kuiz Unit 45 X RM 5.50 RM 225.00
Beruniform Tahun 5
3 Piala Pemenang Kuiz Unit 45 X RM 5.50 RM 225.00
Beruniform Tahun 6
JUMLAH KESELURUHAN RM 675.00
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 5 daripada 5
Tajuk : KUIZ UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh Keluaran: 1 Mac 2021 Tarikh Kuatkuasa : 1 April 2021 Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

12. KAWALAN DAN PENYELIAAN

Semua guru penasihat dan guru penolong kanan kokurikulum berperanan dalam akan menjadi
pembimbing dan pemantau serta menggalakkan dalam murid penglibatan aktiviti yang
dijalankan

13. PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk


merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka dengan mematuhi
norma baharu pendidikan dalam kehidupan.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala
bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...........................................
NURUL AKHMAL BINTI ABDUL RASHID JAFFRI BIN SALIMIN
Penyelaras Program Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Bunyi SK Sungai Bunyi
Pontian, Johor. Pontian, Johor.

Disahkan oleh,

........................................................
NOR AZIZE BINTI JA’AFAR
Guru Besar
SK Sungai Bunyi
Pontian,Johor.

You might also like