You are on page 1of 6

KERTAS KONSEP

KEM PEMIMPIN MUDA


PERINGKAT DAERAH PONTIAN
TAHUN 2022

Perkara Tarikh
Jawatan

Disediakan oleh PENYELARAS PROGRAM 24.02.2022

Disemak oleh GURU PENOLONG KANAN KOKO 25.02.2022

Disahkan oleh GURU BESAR

No. Keluaran :
01
KEM PEMIMPIN MUDA
PERINGKAT DAERAH PONTIAN
M.S: 01 dpd
07 TAHUN 2022
No. Pindaan :
00

ANJURAN BERSAMA
UNIT KOKURIKULUM
SK SERI PULAI DAN SK SUNGAI BUNYI
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 1 daripada 6
Tajuk : KEM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Tarikh Keluaran: 24.02.2022 Tarikh Kuatkuasa : Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

1.0 TAJUK KERTAS KERJA


Kem Pemimpin Muda

2.0 LATAR BELAKANG


Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan dan
permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik.
Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan


kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk
memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha
unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka .
Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai
dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan
penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan
keyakinan diri, pelajar tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan
berkesan. Melalui kem ini murid yang dilantik memegang jawatan akan
mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu
perkembangan kokurikulum di sekolah.
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 2 daripada 6
Tajuk : KEM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Tarikh Keluaran: 24.02.2022 Tarikh Kuatkuasa : Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

4.0 MATLAMAT
Memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai kepimpinan dalam bidang kokurikulum masing-masing dan
mempraktikkannya.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengetahui, memahami dan dapat menjalankan tugas perjawatan
masing- masing dengan penuh komitmen.
5.2 Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma,
berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu kumpulan.
5.3 Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan
dan pentadbiran organisasi, cara kerja yang komprehensif dan
mempunyai perancangan strategik.
5.4 Mendedahkan cara penulisan minit mesyuarat, membuat kertas kerja,
laporan aktiviti dan membantu guru penasihat dalam pengurusan fail
dalam unit kokurikulum.
5.5 Memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai kepimpinan dan
pengurusan kepada pemimpin-pemimpin murid.

6.0 TARIKH / TEMPOH


Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 8.00 a.m – 12.30 p.m
Kaedah : Secara atas talian Google Meet

7.0 TEMPAT
Sekolah masing-masing

8.0 PENYERTAAN / SASARAN


KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 3 daripada 6
Tajuk : KEM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Tarikh Keluaran: 24.02.2022 Tarikh Kuatkuasa : Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

Semua Pengerusi Unit Berunifom, Kelab dan Persatuan dan Sukan dan
Permainan sekolah masing-masing.
9.0 PENGANJUR / JAWATANKUASA
Penasihat : Pn. Nor Azize binti Ja’afar
Timbalan Pengerusi 1 : En. Jaffri bin Salimin
Timbalan Pengerusi 2 : Pn. Syuhailen binti Bachok @ Saadon
Naib Pengerusi 1 : Pn. Naziah binti Zailani
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Razi bin Masuan
Setiausaha / :
Penyelaras program :
Ahli-ahli Jawatankuasa:
9.1 JK Sijil Peserta
Pn. Nur Atiqah binti Sadan
(SK Seri Pulai)

9.2 JK Urus Setia


SK Sungai Bunyi

9.3 JK Dokumentasi
En. Mohamed Naqib bin Mohamed Saad
(SK Seri Pulai)

9.4 JK Siaraya / persiapan tempat / jamuan


Sekolah masing-masing

10.0 JADUAL PROSES PELAKSANAAN

Masa Atur cara


8.00 a.m Pendaftaran sekolah masing-masing
8.30 a.m Taklimat program
9.00 a.m Pecah bendung
10.00 a.m Minum pagi
10.30 a.m Sesi 1: Ceramah Motivasi: Kepimpinan dalam Kokurikulum
11.30 a.m Sesi 2: Protokol Perlaksanaan Perhimpunan Unit Pakaian
Seragam.
12.30 p.m Bersurai
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 4 daripada 6
Tajuk : KEM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Tarikh Keluaran: 24.02.2022 Tarikh Kuatkuasa : Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

11.0 KAWALAN DAN PENYELIAAN


Semua guru penasihat dan guru penolong kanan kokurikulum
berperanan menjadi pembimbing dan pemantau serta menggalakkan murid
dalam penglibatan aktiviti yang dijalankan

11.0 KEWANGAN
Penyertaan adalah percuma

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kem ini para peserta akan dapat
menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di
sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
kelab, persatuan dan unit beruniform masing-masing. Kursus ini akan dapat
menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar serta
mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan
untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan
kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar
yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.
KERTAS KONSEP UNIT BERUNIFORM DAERAH PONTIAN
No. Keluaran : 01 Muka Surat: 5 daripada 6
Tajuk : KEM PEMIMPIN MUDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
Tarikh Keluaran: 24.02.2022 Tarikh Kuatkuasa : Tarikh Pindaan : No. Pindaan : 00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...........................................
JAFFRI BIN SALIMIN
Penyelaras Program Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Bunyi SK Sungai Bunyi
Pontian, Johor. Pontian, Johor.

Disahkan oleh,

........................................................
NOR AZIZE BINTI JA’AFAR
Guru Besar
SK Sungai Bunyi
Pontian,Johor.

You might also like