You are on page 1of 9

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


PROGRAM E-KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

1. ANJURAN
Sub Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

2. PROGRAM / AKTIVITI
Program E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022

3. TARIKH PROGRAM / AKTIVITI


18 April hingga 30 Jun 2022 Penghantaran Peringkat Negeri
1 hingga 5 Ogos 2022 Penghantaran Peringkat Kebangsaan
15 hingga 30 Ogos 2022 Penjurian Peringkat Kebangsaan

4. MASA/ TEMPOH MASA :


2 bulan

5. MEDIUM:
Secara dalam talian

6. LATAR BELAKANG PROGRAM / AKTIVITI :

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia merancang


untuk melaksanakan Program E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2004 : Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
Di Sekolah. Program ini diadakan bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pihak
sekolah khususnya murid untuk terus berusaha menjadi Ikon PPDa dan menyebar
luaskan PPDa dalam warga sekolah serta rakan-rakan di sekolah lain. Aktiviti-aktiviti
yang dirancang juga mampu dan boleh dilaksanakan oleh murid secara individu
dan berkumpulan. KPM berharap agar semua sekolah dapat mengambil bahagian
E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian
1 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi menyahut saranan kerajaan dalam usaha
membendung penyalahgunaan dadah, substan/bahan terlarang serta pelencongan
sosial. Di antara aktiviti program E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah ialah:

a. Pertandingan Doodle Antidadah (Sekolah Rendah Tahun 4-6) (Individu)


b. Pertandingan Doodle Antidadah (Sekolah Menengah Ting 1-5) (Individu)
c. Pertandingan Reels Instagram Antidadah (Sekolah Rendah Tahun 4-6)
(Individu)
d. Pertandingan Reels Instagram Antidadah (Sekolah Menengah Ting 1-5)
(Individu)
e. Pertandingan Puisi dan Lagu Antidadah (Sekolah Rendah Tahun 4-6)
(Berkumpulan)
f. Pertandingan Puisi dan Lagu Antidadah (Sekolah Menengah Ting 1-6)
(Berkumpulan)

7. KUMPULAN SASARAN :

7.1 Murid Sekolah Rendah (Tahun 4-6)


7.2 Murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)

8. OBJEKTIF

8.1. Menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah.


8.2. Mengembangkan bakat, kreativiti dan potensi murid.
8.3. Menggunakan teknologi maklumat dan media sosial secara positif sejajar
dengan kemajuan semasa bagi menyampaikan mesej pendidikan pencegahan
dadah.
8.4. Menjadikan aktiviti pendidikan pencegahan dadah salah satu aktiviti sisipan
dalam mata pelajaran di sekolah

9. TEMA

“SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH”

Panduan:
“Sekolahku SEJAHTERA” adalah amalan baik yang perlu sentiasa diterap dan
dididik oleh guru dan semua pemegang taruh untuk diamal dan dihayati oleh murid
sehingga menjadi budaya dalam kehidupan murid di sekolah dan juga di luar
sekolah. Penerapan amalan baik ini memberi penekanan kepada pembudayaan
nilai murni, kemahiran dan sikap positif dengan memberi tumpuan kepada 14
elemen SEJAHTERA”

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


2 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
10. KAEDAH PELAKSANAAN

10.1 Pelaksanaan Program E-Karnival PPDa adalah secara dalam talian


sepenuhnya.
10.2 Program e-Karnival PPDa akan disesuaikan dengan kaedah dalam talian serta
arus penggunaan teknologi maklumat yang sedang diaplikasikan
10.3 Program e-Karnival PPDa dijalankan diperingkat negeri terlebih dahulu
serterusnya johan setiap negeri akan bertanding diperingkat kebangsaan
10.4 Kriteria penjurian adalah berdasarkan format penjurian yang telah dinyatakan
dalam syarat pertandingan
10.5 E-Sijil penyertaan/pencapaian peringkat negeri akan diberikan kepada semua
murid oleh JPN masing-masing manakala sijil penyertaan dan pencapaian di
peringkat kebangsaan akan disediakan oleh pihak KPM dengan mengikut
terma dan syarat yang telah ditetapkan.
10.6 Lima penyertaan terbaik bagi setiap kategori akan menerima sijil pencapaian
dan hadiah.
a. Johan
b. Naib Johan
c. Ketiga
d. Keempat
e. Kelima

SYARAT PERTANDINGAN

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


3 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
PERTANDINGAN DOODLES ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penyertaan adalah percuma.
1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar tiga penyertaan sahaja.
Penyertaan adalah secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN

2.1 Peserta perlu melukis doodle pada kertas lukisan bersaiz A3.
2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan
berfokus kepada tema.
2.3 Peserta akan melukis doodles bertemakan “SEKOLAHKU SEJAHTERA,
LEBIH BAIK CEGAH”.
2.4 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.5 Karya hendaklah berteraskan tema elemen pendidikan pencegahan dadah,
substan/bahan terlarang dan pelencongan sosial perlu digayakan bagi
menyampaikan mesej pencegahan.
2.7 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen
ataupun warna air.
2.8 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru
atau sesiapa sahaja.
2.9 Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping
proses kerja seperti kerja awal melukis (sebelum), pertengahan
mewarna (semasa) dan hasil karya (selepas) yang telah disiapkan.
2.10 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah
tidak dibenarkan.
2.11 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak
mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali
gantung dan sebagainya.
2.12 Hasil karya perlu dihantar dengan memuat naik karya tersebut ke dalam link
pendaftaran google form berikut :
https://forms.gle/BWeS2uGDjBqXHx8Q6 . Format fail adalah dalam bentuk
JPEG dengan saiz karya kurang daripda 10 MB.
2.13 Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur.
2.14 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut
syarat yang ditetapkan.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


4 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
2.15 Kementerian Pendidikan Malaysia selaku penganjur pertandingan
berhak menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini
bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media
sosial dan media elektronik.

3. PEMARKAHAN

3.1 Keputusan juri adalah muktamad

Kriteria Markah

1. Tema 20 markah

2. Ilustrasi 20 markah

3. Gubahan / Komposisi / Olahan 30 markah

4. Warna 20 markah

5. Kemasan 10 markah

JUMLAH 100 markah

4. CARA PENYERTAAN

4.1 Semua hasil karya yang dipertandingkan perlu dimuatnaik


ke dalam pautan google form yang diberikan.
4.2 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai maklumat nama peserta, no
kp, nama sekolah, kategori dan nama seorang guru pembimbing.
4.3 Tarikh tutup penyertaan peringkat Negeri adalah pada 30 Jun
2022.

5. CARA PENGHANTARAN

5.1 Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.


Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


5 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN REELS-INSTAGRAM PPDa

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penyertaan adalah percuma.
1.2 Setiap Sekolah hanya dibenarkan menghantar tiga penyertaan sahaja.
Penyertaan secara individu.
1.3 Hanya logo Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang dibenarkan
untuk diletakkan pada video.

2. TATACARA PERTANDINGAN

2.1 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.2 Karya yang dihasilkan mestilah bertemakan “SEKOLAHKU
SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH”.
2.3 Elemen pendidikan pencegahan dadah, substan/bahan terlarang dan
pelencongan sosial perlu digayakan bagi menyampaikan mesej pencegahan.
2.4 Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal atau bebas hak cipta.
Jika mengguna pakai trek muzik komersial atau hak milik orang lain,
peserta perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak
berkenaan.
2.5 Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
2.6 Bahan yang dihasilkan perlu menggunakan elemen REELS dalam
aplikasi INSTAGRAM.
2.7 Bahan yang dihasilkan dihadkan berdurasi 60 saat sahaja.
2.8 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak
mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali
gantung dan sebagainya.
2.9 Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
2.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.
2.11 Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


6 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
3. PEMARKAHAN

3.1 Keputusan juri adalah muktamad

Kriteria Markah

1. Tema 20 markah

2. Kreativiti 40 markah

3. Kualiti dan keaslian 20 markah

4. Persembahan 20 markah

JUMLAH 100 markah

4. CARA PENYERTAAN

4.1 Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke dalam


akaun instagram peserta dan pautan video (link) perlu dihantar melalui
pendaftaran google form berikut :
https://forms.gle/BWeS2uGDjBqXHx8Q6
Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai maklumat nama peserta, no
kp, nama sekolah, kategori dan nama seorang guru pembimbing.
4.2 Akaun Instagram perlu di tetapkan “open public”.
4.3 Tarikh tutup penyertaan peringkat kebangsaan adalah pada 30 Jun 2022

5. CARA PENGHANTARAN

5.1 Penghantaran adalah kepada jabatan pendidikan negeri Perak. Johan negeri
akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


7 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
SYARAT PERTANDINGAN

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penyertaan adalah percuma.
1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan tidak melebihi 5 orang murid
untuk satu kumpulan.
1.3 Setiap Sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

2. FORMAT PERSEMBAHAN

2.1 Penyertaan murid adalah tidak melebihi 5 orang. Boleh terdiri daripada
lelaki/perempuan sahaja atau campuran. Penyertaan pelbagai kaum
amat digalakkan.
2.2 Puisi berbentuk sajak/syair hendaklah karya asli peserta yang terlibat
dan menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
2.3 Puisi perlu dideklamasikan oleh murid mengikut kreativiti dengan iringan
muzik secara rakaman secara langsung ‘live’.
2.4 Melodi lagu hendaklah dicipta oleh murid yang terlibat dengan bantuan
guru pembimbing.
2.5 Puisi/syair yang sama juga hendaklah dinyanyikan samada secara
individu atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan yang
sama, tanpa menambah atau mengurangkan perkataan daripada
karya/puisi asal.
2.6 Penghasilan video puisi dan lagu ini bergantung pada kreativiti peserta
masing-masing.
2.7 Tema puisi “SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH” dan
Isi kandungan mestilah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara
sensitif seperti agama, budaya, kaum dan politik.
2.8 Satu salinan puisi dan dokumen-dokumen penyertaan hendaklah dihantar
kepada pihak penganjur.

3. MASA PERSEMBAHAN
3.1 Jangka masa persembahan termasuk montaj bagi setiap pasukan
hendaklah tidak melebihi 5 minit;

4. ETIKA PAKAIAN
4.1 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


8 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022
5. PEMARKAHAN PERTANDINGAN

5.1 Pemberatan markah : Puisi : 50 %


Nyanyian : 30 %
Penghasilan Video : 20%

5.1.1 Puisi
Ciptaan : 40 markah (keindahan bahasa, diksi, tema)
Deklamasi : 60 markah (sebutan, ketrampilan,penghayatan)

5.1.2 Nyanyian Puisi

Susunan/Gubahan Melodi Nyanyian Puisi : 40 markah


(keaslian melodi)

Kualiti Rakaman Nyanyian : 30 markah (suara, tempo, harmoni,


imbangan)

Kualiti Rakaman Muzik Iringan : 30 markah (tempo


kesesuaian melodi, imbangan)

5.1.3 Penghasilan Video


Kreativiti Persembahan Video (Kolaj)

6. CARA PENYERTAAN

6.1 Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke Youtube


dan menghantar pautan (link Youtube) kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Perak. Hasil karya perlu dihantar dengan memuat naik karya tersebut
ke dalam link pendaftaran google form berikut :
https://forms.gle/BWeS2uGDjBqXHx8Q6
6.2 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
6.3 Format video adalah dalam MP4
6.4 Tarikh tutup penyertaan Peringkat Negeri adalah pada
30 Jun 2022.

7. CARA PENGHANTARAN

7.1 Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Johan negeri
akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-Sekolah Kementerian


9 Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022

You might also like