You are on page 1of 28

GARIS PANDUAN PENARAFAN DAN PENGIKTIRAFAN

PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

___________________________________________________________________

1. PENGENALAN

Pengurusan sahsiah murid di sekolah memainkan peranan penting bagi


mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
memperkembangkan potensi murid secara optimum selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Inisiatif yang
berfokus, usaha berterusan dan pencapaian berimpak dalam perkembangan
sahsiah murid, peningkatan disiplin murid dapat melahirkan insan unggul
serta budiman. Pengiktirafan ini juga seiring dengan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia menjadikan aspek kemanusiaan dan berasaskan nilai
dengan memupuk budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-
menghormati sebagai asas penting bagi melahirkan generasi manusiawi
budiman dan bertanggungjawab.

2. MATLAMAT
Meningkatkan kualiti pengurusan sahsiah murid di sekolah seluruh negara
agar lebih berkesan, profesional dan berkualiti dalam pembentukan
kemenjadian murid.

3. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan penarafan adalah seperti berikut:

3.1 mengiktiraf pengurusan sahsiah murid di sekolah sebagai model


terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid unggul.
3.2 meningkatkan pelaksanaan pengurusan sahsiah murid agar lebih
menarik, proaktif, kreatif dan berimpak dalam pembangunan
kemenjadian murid.

1
3.3 membangunkan sahsiah, mengukuhkan disiplin, memantapkan
pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan meningkatkan
kesejahteraan mental murid.

4. SASARAN PENYERTAAN

1. Semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan


Malaysia seluruh negara.
2. Pejabat Pendidikan Daerah.
3. Jabatan Pendidikan Negeri.

5. PERINGKAT PELAKSANAAN
Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut:

BIL PERINGKAT TEMPOH SEHINGGA


1 Taklimat kepada JPN 25 - 27 April 2021
2 Penilaian kendiri sekolah dan daerah 10 September 2021
(ikon murid/guru dan pengurusan)
3 Penilaian negeri 15 Oktober 2021
(ikon murid/guru dan pengurusan)
4 Pertandingan peringkat daerah/negeri 15 Oktober2021
(Poster Digital ,Tik Tok PPDa, Tokoh
Pengawas/Tokoh Adiwira/Amalan
terbaik
5 Penilaian Kebangsaan Oktober 2021
6 Pengiktirafan Kebangsaan November 2021

6. ANJURAN

Unit Pembangunan Sahsiah Murid


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

7. KELOLAAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

8. TARIKH/ TEMPAT/ MASA

(akan dimaklumkan)

9. PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan dikategorikan seperti berikut:
2
a) Murid
i. Anugerah Ikon Murid PPDa
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Ikon Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

iii. Anugerah Tokoh Pengawas (5 Terbaik)


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

iv. Anugerah Tokoh Adiwira (5 Terbaik)


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

b) Guru
i. Anugerah Ikon Guru Disiplin
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Ikon Guru PPDa


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

iii. Anugerah Ikon Guru KPJ


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

c) Sekolah
i. Anugerah Pengurusan Pengawas Cemerlang

3
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

ii. Anugerah Pengurusan Sahsiah Cemerlang


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

iii. Anugerah Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah


Cemerlang
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

iv. Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah


(PPDa) Cemerlang
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

v. Anugerah Pengurusan Laluan Pengurusan Pendidikan


Pencegahan Dadah (PPDa) Cemerlang
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

vi. Anugerah Amalan Terbaik Sahsiah Cemerlang (5 Terbaik)


● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

vii. Anugerah Amalan Terbaik Pendidikan Pencegahan Dadah


Cemerlang (5 Terbaik)
● Sekolah Rendah
● Sekolah Menengah

10. PERTANDINGAN
a) Murid

4
i. Pertandingan Poster Digital AntiBuli #laporsebelumparah
● Sekolah Rendah (5 Terbaik)
● Sekolah Menengah (5 Terbaik)

ii. Pertandingan Tik Tok PPDa #gayahidupsihatsayangidiri


● Sekolah Rendah (5 Terbaik)
● Sekolah Menengah (5 Terbaik)

11. KRITERIA PENILAIAN


Rujuk lampiran

12. SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk lampiran

13. HADIAH DAN SIJIL (Tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia)


Rujuk lampiran

14. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan terlaksananya penarafan dan pertandingan


pengurusan sahsiah murid ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan
disiplin seluruh Malaysia.

Lampiran 1
Kriteria Penilaian
5
1. Anugerah Ikon Murid PPDa.

a. Matlamat
a. Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid yang
menunjukkan sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi
murid-murid lain. Ikon ini boleh dijadikan pencetus serta penggalak
kepada murid lain untuk terus aktif dalam aktiviti dalam menyebarkan
info yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah khususnya
sekaligus dapat membentuk sahsiah murid yang terpuji amnya.

b. Pencalonan Kebangsaan
a. Pencalonan terbuka kepada sekolah menengah, khusus kepada ahli
Skim Lencana Antidadah (SLAD) yang aktif serta memberikan
khidmat cemerlang sebagai agen utama sekolah dalam menyebar luas
PPDa di sekolah dan luar sekolah serta komuniti.
b. Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah bagi murid yang aktif
serta memberikan khidmat cemerlang sebagai agen utama sekolah
dalam menyebar luas PPDa di sekolah dan luar sekolah serta
komuniti.
c. Calon yang terpilih mestilah dinilai melalui penarafan kendiri peringkat
sekolah, penilaian di peringkat daerah dan negeri serta memenuhi
kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi mewakili Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di peringkat
kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
PPDa.

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 2

6
Kriteria Penilaian

2. Anugerah Ikon Kelab Pencegahan Jenayah.

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf bagi mengiktiraf murid-murid yang
menunjukkan sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi murid-murid lain.
Ikon ini boleh dijadikan pencetus serta penggalak kepada murid untuk terus
aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah sekaligus dapat membentuk sahsiah
pelajar yang terpuji.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Kelab Pencegahan Jenayah

e. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 3
7
Kriteria Penilaian

3. Anugerah Tokoh Pengawas

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan
sahsiah terpuji yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial agar menjadi suri teladan dan ikutan bagi murid-murid lain. Anugerah
Tokoh Pengawas boleh menggalakkan kepada murid lain terutama
mengembangkan potensi kepimpinan murid dan satu usaha ke arah
kemenjadian murid secara holistik.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah
Tokoh Pengawas

d. Syarat pertandingan
a. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah
menengah.
b. Setiap murid yang akan perlu melaksanakan salah satu tugasan
khusus berdasarkan tema tugasan : Kepimpinan Dalam Diri Sendiri
seperti berikut:
i. Khidmat Masyarakat
ii. Kesukarelawan
iii. Program Kerohanian/ Moral
iv. Mengendalikan Perhimpunan
v. Komandan Kawad Kaki
8
vi. Pengurusan Acara
vii. Pengucapan Awam
viii. Pengurusan kelas/bilik darjah/bilik khas

Setiap tugasan perlu divideokan dan perlu mempunyai :

i. Tajuk
ii. Nama Tokoh Pengawas dan Sekolah
iii. Pendahuluan Penceritaan/ Isi Kandungan
iv. Impak
v. Penutup

c. Format Video tugasan murid mestilah menggunakan format MP4


d. Bilangan ahli kumpulan : seorang murid dan seorang guru
pembimbing
e. Durasi masa: 2 minit hingga 3 minit
f. Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Kebangsaan sahaja.
g. Produksi mestilah karya asal peserta.
h. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan
syarat pertandingan.

e. Cara Penyertaan
a. Penyerrtaan perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
masing-masing untuk proses saringan dan pemilihan ke Peringkat
Kabangsaan.
b. Pihak JPN akan menghantar bahan video kepada urus setia
Kementerian Pendidikan Malaysia dan KPM akan memaklumkan dari
semasa ke semasa
c. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau
bagaimanapun penganjur boleh menggunakan produksi tersebut
untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa serta yang
bersesuaian.
d. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua
bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh
mana-mana pihak yang berkaitan.
9
e. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-
unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan
keagamaan.
f. Tarikh tutup penyertaan 15 September 2021.
g. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.

f. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

10
Lampiran 4
4. Anugerah Tokoh Adiwira

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha murid yang menjadi suri
tauladan dalam memberi sumbangan bermakna atau jasa baik yang
dicurahkan kepada pihak sekolah atau komuniti. Usaha luar biasa yang
dilakukan dalam tempoh tahun 2019, 2020 sehingga 2021 ini juga harus
mendapat pengiktirafan daripada masyarakat sehingga murid tersebut
boleh dianggap sebagai ikon adiwira oleh masyarakat sekeliling.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah.
Semua pencalonan oleh sekolah perlu melalui saringan pihak JPN dan
PPD. JPN akan mengenalpasti satu calon terbaik daripada sekolah rendah
atau satu calon terbaik sekolah menengah untuk dinilai di peringkat
kebangsaan. Tarikh tutup penyertaan 15 Oktober 2021.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah
Tokoh Adiwira

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada lima calon yang layak bagi setiap kategori rendah dan
menengah.

11
Lampiran 5
5. Anugerah Ikon Guru Disiplin

a. Matlamat
Kategori ini untuk mengiktiraf peranan Guru Disiplin dalam usaha
membangunkan sahsiah diri murid di sekolah. Ia adalah sebagai satu
penghargaan dan galakan kepada guru disiplin supaya lebih proaktif ke arah
kemenjadian murid yang seimbang. Anugerah ini boleh menjadi teladan dan
inspirasi kepada guru-guru disiplin yang lain untuk mendepani cabaran masa
kini khususnya dalam pembangunan sahsiah murid.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru Disiplin

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

12
Lampiran 6
Kriteria Penilaian

6. Anugerah Ikon Guru PPDa

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf Guru PPDa yang berjaya memainkan
peranan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah secara berkesan di sekolah,
daerah dan juga diperingkat negeri. Ia adalah sebagai satu penghargaan dan
galakkan kepada guru PPDa supaya lebih proaktif dalam memainkan peranan
terutama ke arah matlamat Sekolah Bebas Dadah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru PPDa

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

13
Lampiran 7
Kriteria Penilaian

7. Anugerah Ikon Guru KPJ

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf Guru KPJ yang berjaya memainkan
peranan dalam Kelab Pencegahan Jenayah secara berkesan di sekolah. Ia
adalah sebagai satu penghargaan dan galakkan kepada guru KPJ supaya
lebih proaktif dalam memainkan peranan terutama ke arah matlamat Sekolah
Bebas Jenayah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Anugerah Ikon
Guru KPJ

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

14
Lampiran 8
Kriteria Penilaian

8. Pengurusan Pengawas Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf sekolah yang telah memperkasakan
peranan pengawas di sekolah melalui pengurusan kepimpinan pengawas
yang cemerlang. Ia adalah sebagai satu penghargaan dan galakkan kepada
pengurusan pengawas supaya lebih proaktif dalam membantu urusan
sahsiah dan disiplin murid di sekolah. Pengurusan yang cemerlang boleh
dijadikan contoh kepada sekolah lain supaya pengurusan lebih berkesan dan
teratur.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Pengawas Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

15
Lampiran 9
Kriteria Penilaian

9. Pengurusan Sahsiah Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf sekolah yang berjaya membangunkan
sahsiah murid melalui pengurusan disiplin yang efektif ke arah perubahan
sikap dan kemenjadian murid. Pengurusan disiplin yang cemerlang dapat
membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid dan memupuk amalan
baik bagi diri setiap murid.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu wakil sekolah rendah dan satu wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Sahsiah Cemerlang.

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

16
Lampiran 10
Kriteria Penilaian

10. Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang

a. Matlamat
Kategori bertujuan ini untuk mengiktiraf sekolah yang telah memainkan
peranan serta tanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif
mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang
diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah
serta menggembleng kreativiti diri secara global. Pelaksanaan aktiviti ini
dapat mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah, PPS dan
Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) dalam usaha memberikan
penghargaan dan pengiktirafan kepada Kelab Pencegahan Jenayah sekolah.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah dan
negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil
sekolah menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Kelab Pencegahan Jenayah Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

17
Lampiran 11
Kriteria Penilaian

11. Pengurusan Pendidikan Pencegahahan Dadah (PPDa) Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf pengurusan PPDa sekolah dalam
memastikan warga sekolah mempunyai pengetahuan, kesedaran &
kemahiran menentang bahaya dadah serta bahan terlarang yang boleh
merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek di peringkat sekolah yang
lebih berkesan. Selain itu, ia secara tidak langsung dapat dikembangkan lagi
pengetahuan tentang bahaya dadah, substan dan pelencongan sosial kepada
warga luar juga.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih
melalui penarafan kendiri peringkat sekolah, penilaian di peringkat daerah
dan negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi
mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di
peringkat kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil
sekolah menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
PPDa Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

18
Lampiran 12
Kriteria Penilaian

12. Pengurusan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha pihak sekolah dalam
menyediakan laluan PPDa sebagai satu pusat akses dan sumber PPDa yang
bermaklumat. Dengan adanya laluan PPDa murid, guru dan juga ibu bapa
dapat meningkatkan pengetahuan dan maklumat pencegahan penggunaan
dadah dalam kalangan warga sekolah ke arah merealisasikan hasrat
melahirkan “Sekolah Bebas Dadah”.

b. Pencalonan Kebangsaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah rendah dan sekolah
menengah KPM. Sekolah yang berminat dikehendaki melaksanakan
penarafan kendiri di peringkat sekolah sebelum penilaian dibuat oleh PPD
dan JPN berpandukan instrumen pemantauan yang disediakan oleh KPM.
JPN dan PPD akan bekerjasama bagi mengenalpasti sekolah yang
memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan bagi mewakili Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di peringkat
kebangsaan. Satu (1) wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah
menengah akan mewakili peringkat JPN.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Borang Instrumen Pengurusan
Laluan PPDa Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

19
Lampiran 13

Kriteria Penilaian

13. Pertandingan Amalan Terbaik Pembangunan Sahsiah Cemerlang

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan mengiktiraf amalan terbaik pembangunan sahsiah
murid merangkumi peningkatan disiplin dan peningkatan kehadiran murid ke
sekolah berdasarkan isu yang dapat ditangani dengan baik. Meningkatkan
kualiti dan profesionalisme perkhidmatan disiplin di sekolah-sekolah
menengah dan rendah agar lebih berstruktur, berkesan dan cemerlang. Ini
adalah usaha menggalakkan penglibatan guru dengan inovasi dalam
menyelesaikan masalah yang dikesan. Hasil daripada Amalan Terbaik ini
dapat dikongsi dan diimplimentasi oleh semua sekolah serta menjadi
penanda aras di peringkat KPM.

Pencalonan Kebangsaan

Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.


Penilaian dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Pihak JPN perlu menghantar Satu (1)
wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah mewakili JPN
untuk dinilai dan diiktirafkan di peringkat kebangsaan.

b. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Instrumen Amalan Terbaik Sahsiah
Cemerlang

c. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti berikut:
i. i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
20
v. Tempat Kelima
Lampiran 14
Kriteria Penilaian

14. Amalan Terbaik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Cemerlang

a. Matlamat

Kategori ini bertujuan mengiktiraf amalan terbaik Pendidikan Pencegahan


Dadah yang merangkumi dadah, substan dan pelencongan sosial.
Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan dan pengurusan
PPDa di sekolah-sekolah menengah dan rendah agar lebih berstruktur,
berkesan dan cemerlang. Hasil daripada perkongsian Amalan Terbaik
sekolah dapat mengimplimentasikan kaedah intervensi terbaik untuk
menangani isu dadah, substan dan pelencongan sosial dalam merealisasikan
visi PPDa iaitu ‘Sekolah Bebas Dadah’.

b. Pencalonan Kebangsaan.

Pencalonan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.


Penilaian dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Pihak JPN perlu menghantar Satu (1)
wakil sekolah rendah dan satu (1) wakil sekolah menengah akan mewakili
JPN untuk dinilai dan diiktirafkan di peringkat kebangsaan.

c. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan Instrumen Amalan Terbaik
Pendidikan Pencegahan Dadah Cemerlang

d. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti
berikut:
i. i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

21
Lampiran 15
Kriteria Penilaian

15. Pertandingan Poster Digital Anti Buli #laporsebelumparah

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha murid dan guru bagi
menyampaikan mesej anti buli disamping memberikan ilmu pendidikan
pencegahan antibuli yang boleh memberi impak bermakna kepada warga
sekolah dan warga komuniti agar sentiasa peka dengan isu ini dan
menerapkan nilai positif melalui video.

b. Syarat Pertandingan
1. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah
secara INDIVIDU.
2. Peserta perlu menghasilkan Poster Digital Antibuli dengan tema
#laporsebelumparah.
3. Bilangan penyertaan dihadkan kepada 1 murid dan 1 guru pembimbing
sahaja.
4. Bahasa yang boleh digunakan ialah Bahasa Melayu sahaja.
5. Rekaan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan asli. penganjur
mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik
hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar
adalah tidak asli dan diplagiat.
6. Penyediaan poster hendaklah menggunakan perisian komputer atau
aplikasi alat peranti dengan reka bentuk berukuran A4 di dalam format
JPEG / PNG / PDF.
7. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian komputer atau
aplikasi untuk menghasilkan poster digital.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat
pertandingan
9. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
10. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.

22
11. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur
negatif yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan
keagamaan.
12. Semua poster digital yang dihasilkan dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing.
13. Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang perbincangan atau surat
menyurat tidak akan dilayan.
14. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2021.

c. Cara Penghantaran :
1. Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
2. Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu wakil rendah dan
menengah kepada urus setia Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15
Oktober 2021.

d. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah berdasarkan instrumen / penilaian markah Poster
Digital

e. Pertandingan Peringkat Kebangsaan


Terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua
pencalonan oleh sekolah perlu melalui saringan pihak JPN dan PPD. JPN
akan perlu menghantar satu Poster Digital Antibuli terbaik daripada sekolah
rendah dan satu Poster Digital Antibuli terbaik sekolah menengah untuk dinilai
di peringkat kebangsaan.

f. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


Diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti berikut:

i. i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

23
Lampiran 16

Kriteria Penilaian

16. Pertandingan Tik Tok PPDa #gayahidupsihatsayangidiri

a. Matlamat
Kategori ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha murid dan guru untuk
menyampaikan mesej pendidikan pencegahan dadah dengan
mengamalkan cara hidup sihat. Mesej secara ringkas tetapi padat boleh
digayakan dengan kaedah Tik Tok serta disebarluas kepada warga sekolah
dan komuniti agar rakyat Malaysia sedar dan terus menyokong kerajaan
dan dalam membasmi serta mengekang isu penyalahgunaan dadah,
substan serta pelencongan sosial murid-murid.

b. Syarat Pertandingan
1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penyertaan adalah percuma.
2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Penyertaan adalah secara individu.
3. Hanya logo Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang dibenarkan
untuk diletakkan pada video.
4. Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
5. Karya hendaklah berteraskan tema “ Gaya Hidup Sihat, Sayangi Diri ”.
6. Elemen pendidikan pencegahan dadah, substan dan pelencongan sosial
perlu digayakan bagi menyampaikan mesej pencegahan.
7. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal atau bebas hak cipta.
Jika mengguna pakai trek muzik komersial atau hak milik orang lain,
peserta perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak
berkenaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
8. Tik Tok yang dihasilkan dihadkan berdurasi 1-2 minit sahaja.
24
9. Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan,
tengkorak dan sebagainya.
10. Hakcipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun
penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program
pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
11. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.
12. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur

c. Cara Penyertaan
1. Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke
dalam akaun Tik Tok peserta.
2. Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
3. Akaun Tik Tok perlu di tetapkan “open public”.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2021.

d. Cara Penghantaran

1. Penghantaran adalah kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.


Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
2. Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu wakil rendah
dan menengah kepada urus setia Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 15 Oktober 2021.
3. Bagi penyertaan ke peringkat kebangsaan pihak JPN perlu menghantar
link Tik Tok kepada urus setia KPM melalui makluman dari semasa ke
semasa

e. Pertandingan Peringkat Kebangsaan


Terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Semua
pencalonan oleh sekolah perlu melalui saringan pihak JPN dan PPD. JPN
perlu menghantar satu Tik Tok terbaik daripada sekolah rendah dan satu Tik
Tok terbaik sekolah menengah untuk dinilai di peringkat kebangsaan.

f. Instrumen Penilaian
25
Instrumen pemarkahan berdasarkan Instrumen Tik Tok PPDa

g. Sijil Pengiktirafan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori rendah dan menengah
seperti
berikut:
i. i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat Keempat
v. Tempat Kelima

NOTA : SEMUA BAHAN GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN BOLEH


DIMUAT NAIK DI : http://bit.ly/penarafanpengiktirafansahsiah2021 atau Scan
Barcode di bawah :

Urus setia
Unit Pembangunan Sahsiah Murid

26
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

27

You might also like