You are on page 1of 3

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN INTERVENSI KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH

1. Nama Program : 1) Perjumpaan ibu bapa dan guru


2) Sesi Kaunseling (Individu/Kelompok)
3) Penghargaan murid (kehadiran baik)
2. Tarikh : Sepanjang tahun

3. Hari / Masa : Mac – Julai 2022 (sesi pertama)

4. Tempat : Sekolah Kebangsaan Saint Joseph

5. Objektif :
a) Melalui intervensi yang dilaksanakan, diharap peritus kehadiran murid
semakin meningkat.
b) Mengenal pasti kelas yang berisiko tinggi keciciran untuk intervensi secara
kelompok.
c) Mengenal pasti individu murid yang berisiko keciciran sekolah melalui sesi
konsultasi.
d) Mengenalpasti masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.
e) Memberi ganjaran kepada murid yang berkehadiran baik.

6. Sasaran : Semua murid yang terlibat.

7. Butiran aktiviti :
i. Mendapat makluman ketidakhadiran murid secara berkala daripada
guru kelas.
ii. Mengenalpasti punca ketidakhadiran.
iii. Melaksanakan program yang bersuaian.
iv. Melakukan intervensi.
v. Maklum balas.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

i. Program yang dirancang mendapat sokongan daripada pihak


pentadbir.
ii. Murid-murid yang bermasalah ketidakhadiran dapat dikenal pasti dan
pihak sekolah dapat melaksanakan program intervensi yang bersuaian.
iii. Meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah.
iv. Mengelakkan murid keciciran pembelajaran.

8.2 Kelemahan Program :


i. Komitmen daripada ibu bapa yang rendah.
ii. Pihak sekolah tidak dapat menghubungi ibu bapa.
iii. Murid tidak berminat ke sekolah.
iv. Ibu bapa memandang remeh isu keciciran pembelajaran.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


i. Perlukan sokongan daripada ibu bapa. Pihak sekolah seharusnya
mendedahkan kepada ibu bapa tentang objektif program ini supaya
pihak ibu bapa dapat memberi galakkan kepada murid-murid.
ii. Mengadakan pertandingan kecil di peringkat sekolah bagi
menggalakkan penyertaan murid sekali gus memupuk semangat murid
untuk bertanding.

9. Refleksi intervensi :

Berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah bulan ketiga dan keempat


(Jun-Julai) 2022 berbanding bulan pertama (Mac) 2022 melalui Aplikasi Pengkalan
Data kelas akan disusun setiap bulan. Berdasarkan data tersebut, kelas atau murid
yang mempunyai masalah kehadiran akan dirujuk kepada guru kelas bagi mengenal
pasti punca ketidakhadiran.

Murid –murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berkala akan menjalani sesi
intervensi kelompok dengan guru kaunseling. Guru kaunseling akan mengenal pasti
kes murid mengikut kategori keluarga, sekolah atau rakan. Murid yang memerlukan
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

kaunseling individu akan dibuat tindakan susulan sebaik sahaja selepas perjumpaan
sesi kelompok. Selain itu, guru kaunseling akan menjalani sesi konsultasi dengan
guru-guru kelas untuk mendapatkan maklumat mengenai bilangan surat amaran
yang telah dikeluarkan dan sejauh mana tindakan yang telah diambil untuk guru
kaunseling membantu dari aspek konsultasi keibubapaan pula. Sesi kaunseling
murid-murid yang mempunyai surat amaran akan menjalani sesi kaunseling individu,
sesi kaunseling kelompok dan pemantauan oleh guru kaunseling.

Ganjaran kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh dalam


bentuk ganjaran individu dan ganjaran kelas terbaik kehadiran ke sekolah dalam
bentuk kumpulan bagi penggal pertama juga telah diadakan. Penyampaian hadiah
di tapak perhimpunan dengan ganjaran sijil penghargaan. 

Disediakan :

………………………
(NUR AMALINA ABD RAZAK)
Guru Bimbingan & Kaunseling
Sk. St. Joseph

Disemak :

………………………
(PREMMA LATTA A/P RAMAKRISHNAN)
Guru Penolong Kanan HEM
Sk. St. Joseph

Disahkan oleh :

………………………
(LIEW CHUI CHIN)
Guru Besar
Sk. St. Joseph

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like