You are on page 1of 9

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DIRUMAH (PDPR) BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN


DALAM MUSIM PENDEMIK COVID-19.

Gurumoorthy A/L Poobalan


Sekolah Menegah Kebangsaan Beluran
Peti Surat 30, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia

Roslee Bin Talip


Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Sukuneswari A/P Kaliappan,


SMK Balaban Jaya
Peti Surat 108, 90108 Beluran, Sabah, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran dirumah bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Kajian ini dilaksanakan terhadap
18 orang pelajar Tingkatan 5 daripada kelas 5 Tekun, SMK Beluran. Tinjauan awal dilaksanakan dengan
membuat pemantauan semasa dalam pembelajaran atas talian berasaskan PDPR. Hasil tinjauan awal
mendapati ketidakhadiran dan maklum balas pelajar yang sangat rendah dalam pdpr. Perancangan
tindakan difokuskan kepada aspek, motivasi dan sokongan moral dari segi psikologi, bahan
pembelajaran murid, penghargaan dan kerjasama ibu bapa. Kajian ini dilaksanakan selama 6 minggu.
Hasil dapatan menunjukkan peningkatan penglibatan dan komitmen pelajar dalam pdpr bagi subjek
Prinsip Perakaunan

Kata kunci:Covid-19, PdPR, Motivasi

1.0 PENGENALAN
Bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa ketiga pada pertengahan tahun
2021 dalam mengawal penularan wabak Covid-19, pengajaran dan pembelajaran dirumah (PDPR)
diteruskan bagi semua institusi pendidikan (Yansen et.al.,2021, Suzanna et.al.,2020). Secara realitinya
pelaksanaan pdpr mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza mengikut pemilikan peranti ICT,
demografi, status ekonomi keluarga dan psikologi pelajar (Tayet.al.,2021 dan Jabar, 2021). Tambahan
pula, saya merupakan guru yang mengambil alih kelas prinsip perakaunan pada pertengahan tahun
setelah guru sebelumnya pencen. Hal ini juga berkemungkinan salah satu punca bagi pelajar-pelajar
kurang terlibat dalam pdpr. Selain itu, amnya Beluran merupakan kawasan luar bandar yang mempunyai
kematangan digital yang sederhana. Namun begitu pelaksanan pdpr atas talian mahupun secara offline
dalam kalangan pelajar-pelajar prinsip perakaunan kurang mendapat sambutan dan maklum balas pelajar
menerusi kelas pdpr. Saya menjalankan Kelas pdpr menerusi aplikasi telegram, tugasan diberikan dalam
atas talian dan juga luar talian menggunakan modul pdpr. Saya mendapati pelajar-pelajar tidak memberi
maklum balas ataupun menghantar tugasan yang telah diberikan dalam kelas pengajaran dan
pembelajaran atas talian ataupun luar talian bagi subjek perakaunan. Hal ini menyebabkan saya mencari
jalan penyelesaian untuk meningkatkan penglibatan dan komitmen pelajar dalam pdpr bagi subjek
prinsip perakaunan.

1.1 Objektif Kajian

Penyelidikan ini untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dirumah
bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

1.2 Objektif Khusus

a) Meningkatkan kehadiran pelajar dalam pdpr.


b) Meningkatkan maklum balas pelajar dalam kelas pdpr.
c) Meningkatkan penglibatan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

1.3 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan kepada 18 orang pelajar daripada 5 Tekun di SMK Beluran.

1.4 Model Kajian Tindakan

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-
dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model penyelidikan yang menjadi
ikutan penyelidik tindakan.

1.4.1 Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of
steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati
(observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan
merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian
tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 Model Kajian Tindakan Lewin

1.4.2 Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang
tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan
peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi
sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2 Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

2.0 METODOLOGI
Dalam Kajian ini, saya mengguna pakai model Model Kemmis & McTaggart (1988), Berdasarkan rajah
3, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancangan tindakan
(plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih tidak
dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah itu selesai.
Model ini membantu saya merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian tindakan saya.

Rajah 3 Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

2.1 Tinjauan Masalah (Pemerhatian)

Saya telah membuat pemerhatian terhadap pelajar-pelajar menerusi aplikasi telegram dalam
kelas pdpr. Pada awalnya saya mendapati pelajar kurang minat dengan pdpr, mereka tidak
terlibat dalam pdpr, tidak memberi respon terhadap soalan saya secara lisan menerusi voice note
mahupun live chat. Selain itu, pelajar-pelajar juga langsung tidak menghantar tugasan yang
diberi. Pada ketika itu, saya berasa amat kecewa. Hal ini menyebabkan saya mula merancang dan
menjalankan srategi dan tindakan dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas pdpr
menerusi 4 aspek utama iaitu motivasi dan sokongan moral, bahan pembelajaran murid,
penghargaan dan kerjasama ibu bapa.

2.2 Tindakan

Berikut merupakan strategi pelaksanaan saya dalam menarik minat mereka untuk terlibat
dalam aktiviti pdpr.
Bil Aspek Tindakan
1 Motivasi dan Setelah menghubungi pelajar,
Sokongan Moral 1) Bertanya khabar?
2) Mengetahui keperluan dan kehendak mereka,
3) Seterusnya membantu mereka dari aspek
keperluan semasa,
4) Menyampaikan kata-kata semangat
5) Menasihati sentiasa berusaha untuk ikut pdpr dan
keep in touch..“education can change our future”
2 Bahan 1) Menyampaikan buku rujukan dan modul
Pembelajaran pembelajaran secara bersemuka, menyimpan di
pondok pengawal sekolah
2) Menyediakan One Stop Center Account
(https://sites.google.com/view/sir-guru-one-stop-
center-akaun/home) untuk memudahkan pelajar akses
bahan setiap masa.
3 Penghargaan 1) Menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-
pelajar yang mula aktif dalam aktiviti pdpr.
2) Menyampaikan hadiah dalam bentuk keperluan
harian keluarga pelajar ( beras, tepung, bihun, dan
bahan masakan lain)
3) Menyampaikan Topup reload untuk membeli data
internet kepada pelajar
4 Ibu Bapa 1) Berhubung dengan ibu bapa pelajar mohon bantuan
menjadi pemantau dirumah tentang tingkah laku anak
dan penglibatan mereka aktiviti pdpr.
2) Ibu bapa juga menjadi pelapor dan kolaborator
dalam memastikan kejayaan anak dalam pdpr.
Jadual 3.1 Strategi Meningkatkan Penglibatan Pelajar dalam PDPR yang telah dilaksanakan

3.0 DAPATAN KAJIAN


3.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :
a) Kehadiran pelajar dalam pdpr mula meningkat
b) Peningkakan maklum balas pelajar dalam kelas pdpr.
c) Peningkatan dalam pelajar yang menyiapkan tugasan yang diberi.
Aspek Kehadiran Pra Kehadiran Pos
Bilangan Pelajar 2/18 16/ 18
yang terlibat

Jadual 3.1 Analisa Pemerhatian Kehadiran Pra dan Pos dalam PdPR

3.2 Analisa Pemerhatian Kehadiran Pra dan Pos

Dapatan kehadiran pra dan pos pelajar dalam aktiviti pdpr menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
penglibatan, maklum balas pelajar serta penyiapan tugasan pdpr yang diberikan. Berdasarkan jadual 3.1,
didapati penglibatan pelajar adalah sangat rendah iaitu 11% pada awal mula pdpr tetapi setelah strategi
meningkatkan penglibatan pelajar dalam pdpr telah dilaksanakan, kehadiran pelajar menunjukkan
peningkatannya kepada 89%.

3.3 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 6 minggu. Dalam aspek strategi pelaksanaan, saya
mencuba untuk menghubungi para pelajar yang sepatutnya menghadiri kelas pdpr subjek Prinsip
Perakaunan. Saya hanya dapat menghubungi 16 orang pelajar yang mana tinggal berdekatan dengan
kawasan sekolah secara bersemuka dan maya manakala 2 orang pelajar lagi merupakan pelajar yang
tinggal di kawasan pedalaman menghadapi kesukaran untuk dihubungi.

Setelah saya menghubungi perlajar, saya berusaha mendekati mereka dan memberi sokongan moral dan
motivasi. Kita jelas bahawa dalam waktu penularan Covid ini terdapat pelbagai kesan terhadap
komuniti, ibu bapa, dan anak-anak. Hasil perbualan bersama pelajar dan juga ibu bapa mendapati
menghadapi masalah bebanan keluarga, pendapatan keluarga yang kurang (Aneja & Ahuja, 2021, Lu,
et.al.,2021 and Trisnowati & Muditomo, 2021) menyebabkan anak-anaknya bekerja, kurangnya data
internet, kurangnya peranti ICT, storan telefon tidak membantu untuk terlibat dalam pdpr, dan ada
pelajar yang menyatakan stress. Selain itu, saya juga mendapati kesejahteraan minda murid terkesan.
Oleh yang demikian, saya mengambil beberapa langkah dalam membantu mereka dalam memberi
sokongan moral dan motivasi.

Setiap kali saya menghubungi mereka, saya akan menanya khabar? Saya juga mengambil tahu tentang
status keperluan semasa mereka dari aspek keperluan harian dan juga pembelajaran. Saya juga berusaha
untuk membantu mereka dengan membelikan keperluan asas yang diperlukan ( terutamanya bagi
keluarga pelajar yang miskin tegar). Disamping itu, setiap kali saya bersemuka atau menghubungi
mereka saya juga menasihati mereka dalam mengikuti kelas pdpr dan ingatkan mereka SPM adalah
segala-galanya dan pendidikan mampu mengubah masa depan mereka. Saya percaya kata-kata saya
mampu memberi sedikit semangat dan membuka minda mereka untuk melibatkan diri dalam pdpr.

Bahan pembelajaran terutamanya buku teks dan buku rujukan merupakan bahan pembelajaran yang
penting (Fahmi Abdul Rahim & Syamsyul Samsudin, 2021 dan Chabbott & Sinclair 2020) dalam dalam
membantu pelaksanaan pdpr. merupakan Dari aspek bahan pembelajaran, setelah beberapa kali
perjumpaan atau menghubungi mereka melalui telefon, saya mula menyampaikan buku rujukan dan
modul pembelajaran secara bersemuka, dan saya juga menyimpan di pondok pengawal sekolah supaya
ada yang dapat mengambilnya pada bila-bila masa. Selain itu, saya juga menyediakan One Stop Center
Account (https://sites.google.com/view/sir-guru-one-stop-center-akaun/home) untuk memudahkan
pelajar-pelajar yang mempunyai akses internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang lengkap
dan juga tambahan rujukan untuk setiap masa. Perancangan guru yang rapi dari aspek bahan
pembelajaran murid (Maria et.al.,2021) mampu membantu pelajar dalam pelaksanaan pdpr. Jelas
bahawa, bahan pembelajaran yang lengkap mampu membantu pelajar dalam menjadi rujukan
terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat akses internet.

Dari aspek penghargaan, saya menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mula aktif
dalam aktiviti pdpr. Menyampaikan hadiah dalam bentuk keperluan harian keluarga pelajar ( beras,
tepung, bihun, dan bahan masakan lain) Disamping itu, saya juga menyampaikan Topup reload untuk
membeli data internet kepada pelajar sebagai hadiah kepada pelajar. Saya percaya penghargaan kepada
pelajar mampu memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan penglibatan dalam pdpr.

Dari aspek kerjasama ibu bapa pula, saya juga sering berhubung dengan ibu bapa pelajar mohon bantuan
menjadi pemantau dirumah tentang tingkah laku anak dan penglibatan mereka aktiviti pdpr. Ibu bapa
memainkan peranan penting sebagai kolaborator dengan guru dan pelajar dalam pdpr supaya dapat
memastikan keselamatan pelajar, memantau kemajuan anak mereka, menyediakan persekitaran yang
selamat dan kawasan pembelajaran yang kondusif, dalam pelaksanaan pdpr yang (Robledo, 2021). Ibu
bapa juga mula memberi motivasi kepada anak-anak melalui pemantauan dan penghargaan kepada anak-
anak (Adevita, & Widodo, 2021). Justeru, Ibu bapa juga menjadi pelapor dan kolaborator (Ramanlingam, &
Maniam, 2020) dalam memastikan kejayaan anak dalam pdpr. Walaupun pengetahuan dan pendidikan ibu
bapa mampu mempengaruhi bimbingan anak-anak di rumah, saya percaya pemantauan dan pelaporan
ibu bapa dengan guru lagi membantu guru-guru dalam membuat keputusan dan tindakan pdpr yang
bersesuaian dengan pelajar-pelajar.

Strategi pelaksanaan saya dari aspek motivasi dan sokongan moral, bahan pembelajaran murid,
penghargaan dan kerjasama dengan ibu bapa amat membantu saya dalam meningkatkan penglibatan
pelajar dan menarik minat mereka untuk terlibat dalam aktiviti pdpr.

4.0 PERBINCANGAN
Penglibatan pelajar dalam aktiviti pdpr mula meningkat walaupun pada awalnya tidak konsisten tetapi
diakhir-akhir ini saya mendapati pelajar-pelajar mula memberi impak yang positif. Saya mendapati
pelajar - pelajar berasa dihargai dan mula memberikan sokongan terhadap pembelajaran berasaskan
dirumah (pdpr). Ibu bapa juga rasa gembira berjumpa cikgu dan berkongsi masalah serta mendapatkan
idea dan kaunseling (bertukar-tukar pendapat). Pelajar mula memberi maklum balas dalam kelas pdpr.
Ibu bapa juga mula memberi kerjasama dengan guru dan memantau keberadaan murid dalam
melaksanakan pdpr. Pelajar-pelajar mula menghantar tugasan walaupun masih dalam jumlah yang
sedikit 50% dari tugasan yang diberikan.

Selain itu, saya mendapati buku rujukan, modul pembelajaran sangat membantu pelajar dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Pelajar-pelajar memberi komitmen dalam kelas pdpr dan mula
belajar. Pelajar-pelajar mula mempercayai diri mereka dan berkeyakinan mereka mampu lakukan. Saya
amat berasa gembira apabila berlakunya peningkatan dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti pdpr dan
mampu membantu mengurangkan keciciran murid dalam pdpr.

4.1 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-


1. Melaksanakan simulasi peperiksaan bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar
2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan
tafsiran penyata kewangan.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan panduan kepada guru-guru lain dalam
mengurangkan keciciran murid dalam pdpr di samping meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti
pdpr.

RUJUKAN
Adevita, M., & Widodo. (2021). Peran Orang Tua Pada Motivasi Belajar Anak Dalam Pembelajaran
Daring Di Masa Pandemi Covid-19. Jurnal Pendidikan Luar Sekolah, 5(1), 64–77

Aneja, R., & Ahuja, V. (2021). An Assessment Of Socioeconomic Impact Of COVID-19 Pandemic In
India. Journal Of Public Affairs, 21(2). Https://Doi.Org/10.1002/Pa.2266

Chabbott, C., & Sinclair, M. (2020). SDG 4 And The COVID-19 Emergency: Textbooks, Tutoring, And
Teachers. Prospects, 49(1–2), 51–57. Https://Doi.Org/10.1007/S11125-020-09485-Y

Fahmi Abdul Rahim, & Syamsyul Samsudin. (2021). Bahan pengajaran efektif pastikan keberkesanan
PdPR. Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/778749/bahan-
pengajaran-efektif-pastikan-keberkesanan-pdpr

Jabar, M. A. (2021). Child-related factors and parental involvement among parents in select public
elementary and high schools in the Philippines. Education 3-13.
https://doi.org/10.1080/03004279.2021.1954968

Lu, L., Peng, J., Wu, J., & Lu, Y. (2021). Perceived Impact Of The Covid-19 Crisis On Smes In
Different Industry Sectors: Evidence From Sichuan, China. International Journal Of Disaster
Risk Reduction, 55. Https://Doi.Org/10.1016/J.Ijdrr.2021.102085

Maria C.R, I. (2021). Using Communicative Approach In Teaching Speaking Competence Of Young
Learners Through Home-Based Learning. Kne Social Sciences.
Https://Doi.Org/10.18502/Kss.V5i3.8535

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Model Kajian Tindakan diambil dari http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html.

Ramanlingam, S., & Maniam, M. (2020). Teachers’ perspective on the importance of parents’ roles in
students’ academic achievement using school and family partnership model (Epstein): A
qualitative study. Universal Journal of Educational Research. Horizon Research Publishing.
https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080806

Robledo, D. A. (2021). Biology At Home: The Six Attributes Of Home-Based Biology Experiments
(Hbes) For Remote Authentic Learning. Psychology And Education, 58(3), 4319–43123.
Retrieved From Http://Psychologyandeducation.Net/Pae/Index.Php/Pae/
Article/View/4858
Suzanna, S., Sasmoko, S., Lumban Gaol, F., Oktavia, T., & Matsuo, T. (2020). Exploration Of
Technology Home-Based Learning Guidance For Parents And Students During The Covid-19
Pandemic. In Proceedings - 2020 9th International Congress On Advanced Applied Informatics,
IIAI-AAI 2020 (Pp. 122–127). Institute Of Electrical And Electronics Engineers Inc.
Https://Doi.Org/10.1109/IIAI-AAI50415.2020.00033

Tay, L.Y., Lee, SS. & Ramachandran, K. (2021). Implementation of Online Home-Based Learning and
Students’ Engagement During the COVID-19 Pandemic: A Case Study of Singapore
Mathematics Teachers. Asia-Pacific Edu Res 30, 299–310 https://doi.org/10.1007/s40299-021-
00572-y

Trisnowati, Y., & Muditomo, A. (2021). COVID-19 And Stock Market Reaction In Indonesia. Journal
Of Accounting And Investment, 22(1), 23–36. Https://Doi.Org/10.18196/Jai.V22i1.8859
Yansen, Komariah, A., & Satori, D. (2021). Character Education In Home Based Learning During
COVID-19 Pandemic. In Proceedings Of The 4th International Conference On Research Of
Educational Administration And Management (ICREAM 2020) (Vol. 526). Atlantis Press.
Https://Doi.Org/10.2991/Assehr.K.210212.037

You might also like