You are on page 1of 15

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN TS 25

TAJUK
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN PENJAGA DALAM
MELONJAKKAN KEHADIRAN PdPR

PENULIS
YAAKOP BIN HAJI CHELON
PENGETUA
SMK (LKTP) JENGKA 16
26400 BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA
PAHANG DARULMAKMUR

1
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 TAJUK ARTIKEL 3


2.0 NAMA PENULIS 3
2.1 Nama Institusi 3
2.2 Alamat e-mail Penulis 3
3.0 ABSTRAK 3
4.0 PENULISAN AMALAN TERBAIK 5
4.1 Pengenalan Amalan Terbaik 5
4.2 Pernyataan Masalah 6

4.2.1 Analisis Dan Huraian Isu 6


4.2.2 Idea dan Kreativiti yang digunakan 8
4.3 OBJEKTIF 8
4.4 PENDEKATAN 9
4.41 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH 9
4.4.2 PROSEDUR ATAU LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH 9
4.5 HASIL DAN IMPAK 10
4.6 RUMUSAN 11
5.0 BIBLIOGRAFI 12
LAMPIRAN BERGAMBAR 13

2
1.0 TAJUK ARTIKEL

Peranan Ibu Bada dan Penjaga Dalam Melonjakkan Kehadiran Pengajaran dan

Pembelajaran Di Rumah (PdPR)

2.0 NAMA PENULIS

Yaakop bin Haji Chelon

2.1 Nama Institusi

SMK (LKTP) Jengka 16, 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,

Pahang Darulmakmur

2.2 Alamat e-mail Penulis

ycl.smkj16@gmail.com

3.0 ABSTRAK

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18

Mac 2020 benar-benar memberikan kesan kepada seluruh sistem dalam negara. Ekoran

daripada masalah yang dihadapi, membuatkan kita ‘dipaksa’ dan ‘terpaksa’ keluar

daripada zon selesa dan rutin kehidupan seharian. Jika sebelum ini, rutin hidup dilalui

dengan cara yang ‘normal’, kini banyak aktiviti yang terpaksa ditukar mod, kaedah dan

caranya, seterusnya menjadi ‘normal baharu’. Paling ketara, peralatan media dan

komunikasi menjadi sangat penting, bukan lagi sebagai kehendak, tetapi keperluan dan

sebahagian daripada hidup semasa PKP ini. Institusi pendidikan dilihat mempunyai

kesan yang sangat ketara kerana melibatkan banyak pihak terutamanya anak-anak murid

seawall umur 6 tahun. Kesan daripada pandemic ini, pengajaran dan pembelajaran di

3
rumah perlu dijalankan agar anak-anak murid tidak tertinggal dalam pendidikan. Situasi

ini memberikan satu anjakan baharu dalam pedagogi guru dan penglibatan ibu bapa dan

penjaga dalam membantu pemahaman anak-anak dalam pendidikan. Menurut definisi

operasi PdPR di dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2020), ‘Pengajaran dan

Pembelajaran di Rumah’ (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian.

PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/atau ‘off-site’ dengan

berstruktur dan terancang. PdPR secara dalam talian (online) boleh dilaksanakan apabila

terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar

secara masa nyata (real-time). Manakala PdPR secara luar talian (offline) pula berlaku

apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau

telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran secara ‘off-site’ ialah kaedah

pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di mana-mana premis

yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang

tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan

pendaftar negeri. Juga digariskan dengan terperinci peranan dan tindakan guru dalam

melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang, supaya murid dapat mengikuti

PdPR secara optimum. PdPR tidak akan menjadi lebih baik jika hanya guru dan murid-

murid sahaja. Oleh itu, penglibatan ibu bapa dan penjaga dilihat sebagai satu elemen

terpenting dalam menjayakan ketidak-tidaknya kehadiran murid-murid dalam sistem

baharu ini kerana murid-murid 100% berada di rumah.

4
4.0 PENULISAN AMALAN TERBAIK

4.1 Pengenalan Amalan Terbaik

Berdasarkan pengalaman dalam mengepalai PdPR 1.0 pada tahun 2020 yang lalu,

beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti antaranya ialah kemahiran guru-guru dalam

mengaplikasi digital tools, kaedah penyampaian maklumat di atas talian dan sebaginya.

Tetapi yang lebih penting adalah penglibatan murid-murid secara total dalam PdPR ini.

Penglibatan ibu bapa bukan hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan

diri dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls,1998; Epstein, Sanders,

Simon, Salinas, Janson, & Van Voorhis, 2002; Jordan, Snow & Porche, 2000), Anak-anak

tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat

dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998) dan ini menyebabkan

pencapaian akademik murid kurang cemerlang (Lawson, 2003; Hoover-Dempsey &

Sandler, 1995). Anak-anak perlukan penglibatan ibu bapa bagi meningkatkan motivasi

diri dan kesungguhan untuk memenuhi harapan mereka.

4.2 PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan PdPR 1.0 pada tahun 2020 yang lalu mendapati bahawa kehadiran

murid-murid sangat rendah dan membimbangkan. Berdasarkan pelaporan kehadiran

oleh guru-guru mata pelajaran, secara keseluruhannya peratus kehadiran adalah 50.11%

dengan pecahan seperti berikut:

Tingkatan 1 : 30.44%

Tingkatan 2 : 37.48%

5
Tingkatan 3 : 32.61%

Tingkatan 4 : 42.22%

Tingkatan 5 : 43.69%

Tingkatan 6R : 85.70%

Tingkatan 6A : 78.62%

Berasaskan analisis di atas, kebimbangan guru-guru SMK (LKTP) Jengka 16

sangat tinggi terutamanya bagi calon-calon yang terlibat dengan peperiksaan awam iaitu

Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kesannya, motivasi guru-guru menjadi lemah untuk meneruskan PdPR pada masa akan

datang.

4.2.1 Analisis Dan Huraian Isu

Berdasarkan dapatan analisis di atas, pentadbiran sekolah perlu membuat

sesuatu bagi mengelakkan perkara ini terus berlarutan kerana isu pandemik ini

memakan masa yang panjang untuk dihapuskan dan PdPR ini dijangka akan

dijalankan dalam jangka masa yang lama sebelum pulih sepenuhnya.

Dimmock (1999), menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas

peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah.

Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di

sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban

(1988), pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang

lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalah

penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi

6
sesuatu organisasi. Bush (1998), pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah

berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan

perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997), pula menyatakan

bahawa kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan

bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan

memberikan hala tuju kepada organisasi

Pengetua bersama pasukannya yang terdiri daripada semua guru penolong

kanan dan empat orang ketua bidang memikirkan kaedah yang sesuai dalam

meningkatkan kehadiran PdPR. Hasil beberapa perbincangan, adalah dipercayai

penglibatan ibu bapa dan penjaga dilihat mampu meningkatkan penglibatan

murid-murid dalam PdPR. Oleh itu satu sistem dibangunkan khusus untuk ibu

bapa dan penjaga meninjau dan membuat teguran kepada anak-anak untuk

melibatkan diri dalam PdPR. Sistem ini boleh dipantau dan diakses oleh ibu bapa

di mana-mana manakala anak-anak akan mencatat kehadiran setiap waktu mata

pelajaran dipelajari. Guru-guru pula merekodkan tugasan yang dihantar oleh anak

murid dalam pelaporan masing-masing.

4.2.2 IDEA DAN KREATIVITI YANG DIGUNAKAN

Konsep idea ini digunakan setelah meneliti Google Data Studio Jabatan

Pendidikan Negeri Pahang dalam pelaporan PdPR oleh semua guru. Pengetua

dan pasukan bagaimana konsep ini digunapakai kepada penjaga untuk

memantau penglibatan anak-anak semasa aktiviti PdPR berlangsung. Akaun

7
moe-dl.moe.gov.my digunapakai sepenuhnya kerana unlimited drive. Selain

daripada itu juga, murid-murid hanya perlu mengisi Google Form dengan mengisi

no kad pengenalan dan mata pelajaran sahaja. Nama dan kelas akan dijana

melalui Google Sheet. Semua nama dan kelas murid diambil daripada data

Pangkalan Data Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3 OBJEKTIF

Program ini dijalankan dengan mempunyai beberapa objektif khusus seperti

berikut:

i. Melibatkan seberapa ramai ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kehadiran

anak-anak semasa aktiviti PdPR

ii. Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti PdPR

iii. Memberikan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga bahawa SMK (LKTP)

Jengka 16 ke arah Sekolah Digital menjelang 2023

4.4 PENDEKATAN

4.4.1 Kaedah Penyelesaian Masalah

Maklumat PdPR 1.0 sepanjang 2020 dikumpul dan dibentangkan kepada

semua guru. Memuat turun data murid daripada portal APDM dan seterusnya

membina pangkalan data. Kemudian membina Google Form yang akan diisi oleh

8
murid-murid ketika aktiviti PdPR sama ada aktiviti secara online mahupun offline.

Maklumat daripada Google Form, Google Sheet yang dijana dicantumkan dan

dimasukkan ke dalam Google Data Studio sekolah. Link Google Data Studio akan

diberikan kepada semua penjaga melalui kumpulan WhatsApp. Laporan akan

diberikan ke dalam kumpulan WhatsApp setiap malam berkenaan penglibatan

anak-anak murid. Dalam pelaporan tersebut, pengetua akan menulis laporan dan

memberikan penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang memainkan

peranan. Selain daripada itu juga, pengetua memberikan motivasi kepada ibu

bapa dan penjaga untuk sentiasa memerhatikan anak-anak ketika waktu PdPR.

4.4.2 PROSEDUR ATAU LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

Kepimpinan teknologi merujuk kepada keupayaan dan daya pengaruh

pemimpin membangunkan potensi dan kapasiti ahli organisasi iaitu guru dan

pelajar seiring dengan perubahan melalui penghasilan inovasi yang dapat

membangunkan kecemerlangan dan keberkesanan sekolah (Mohd Zainal, 2014).

Setelah semua link diberikan kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Pengetua akan memastikan Google Data Studio sekolah (selepas ini dipanggil

Dashboard Sekolah) tiada masalah dan sentiasa memantau. Semua maklumat

dikongsi bersama ibu bapa dan penjaga dalam kumpulan WhatsApp. Proses

pelaporan akan dijalan setiap malam oleh Pengetua dengan membentangkan

analisa sama ada dalam bentuk graf atau carta bagi memudahkan pemahaman

ibu bapa dan penjaga.

9
4.5 HASIL DAN IMPAK
Hasil daripada sesi libaturus bersama penjaga dalam PdPR 2.0, bilangan
penglibatan murid-murid dalam PdPR meningkat dengan ketara. Walaupun tidak
mencapai 100% tetapi memenuhi sasaran awal yang telah ditetapkan seperti carta di
bawah:
Carta 1: Peratus Kehadiran Murid PdPR 1.0

Carta 2: Peratus Kehadiran Murid PdPR 2.0 Sesi 2

10
Berdasarkan carta di atas, jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara PdPR

1.0 dengan PdPR 2.0. Ini adalah disebabkan Pengetua melibatkan ibu bapa dan penjaga

dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebagai pemantau.

4.6 RUMUSAN
Kerjasama di antara sekolah dan ibu bapa merupakan elemen yang terpenting

dalam menjayakan pembelajaran anak-anak ketika di rumah. Pendapat ini selari dengan

kajian-kajian tentang penglibatan dan kerjasama ibu bapa di sekolah memaparkan

penglibatan ibu bapa sebagai faktor penting dalam kejayaan pendidikan anak (Kim,

2009). Misalnya, menurut kajian Lareau (1987), ibu bapa kelas menengah melihat

hubungan kerjasama antara ibu bapa dan guru sebagai salah satu faktor yang

mempengaruhi kejayaan pendidikan anak mereka di sekolah. Dashboard ini seharusnya

diteruskan bagi membantu ibu bapa dan penjaga memantau pembelajaran anak-anak.

11
5.0 Bibliografi

Abd Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan


cemerlang. Jurnal Penyelidikan Kepimpinan Pendidikan, 14, 18-32.

Abd Shukor Abdullah. (1995). Membina sekolah berkesan: Aplikasi dasar. Seminar
Sekolah Efektif anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995 di Institut
Aminudin Baki.

Kim, Y. (2009). Minority parental involvement and school barriers: Moving the focus
away from deficiencies of parents. Educational Research Review, 4, 80–102.
http://dx.doi.org/10.1016/j.edurev.2009.02.003

Lareau, A. (1987). Social class differences in family-school relationships: The


importance of cultural capital. Sociology of Education, 60(April), 73–85.
http://dx.doi.org/10.2307/2112583

Lawson, M. A. (2003). School-family relations in context: Parent and teacher


perceptions of parental involvement. Urban Education, 38, 77 – 133.

Mohd Zainal Mat Il. (2004). Hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga
dengan pencapaian akademik: Satu kajian ke atas pelajar aliran teknikal di Sekolah
Menengah Teknik Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn

Sanders, M.G. (2015). Building school-community partnerships: Collaboration for


student success. New York, Skyhorse Publishing.

12
Lampiran 1
Google Form diisi oleh murid

Dashbord Sekolah Dikongsi


Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

13
LAMPIRAN

Analisis Kehadiran Mengikut


Minggu

Paparan Kehadiran Mengikut


Kelas

Graf Kehadiran

14
Graf Kehadiran Harian Mengikut
Kelas

Graf Perbandingan Kehadiran


PdPR 2.0 Sesi 2

Contoh Pelaporan Dalam


Kumpulan WhatsApp Ibu Bapa
& Penjaga

15

You might also like