You are on page 1of 28

KPP 3014 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TAJUK:

ISU - ISU PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH SEMASA DAN SELEPAS PANDEMIK


COVID-19

KUMPULAN KULIAH: M

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

WAN NOR AZLINA BINTI ABDULLAH D20202096250 ISMP BAHASA MELAYU

NURUL AIN NABILA BINTI D20202096403 ISMP PENDIDIKAN KHAS


KAMARUDDIN

NUR ADIBAH BINTI ABU HASSAN D20202096713 ISMP PENDIDIKAN AWAL


KANAK - KANAK

NUR KHAIRUNNISA BINTI EZANI D20202096727 ISMP PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

NUR IZZAH ATHIRAH BINTI ABDUL D20202096770 ISMP SEJARAH


HALIM

NURFAZILA NIRA BINTI MOHAMAD D20202096775 ISMP SEJARAH


ANIFF

NUR AFINI AISYAH BINTI MOHD ZUKI D20202096835 ISMP PENDIDIKAN ISLAM

NURUL NAZIFA BINTI ZULKOFLI D20202097323 ISMP PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

FATIN NURNAZAHIYAH BINTI AZAMAN D20202097324 ISMP PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

PENSYARAH: DR. NOR JUNAINAH BINTI MOHD ISA

TARIKH: 21/5/2022
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN……………………………………………….. 1-2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN…………………………………………... 2
3.0 METADOLOGI KAJIAN……………………………………... 3-5
3.1 REKA BENTUK KAJIAN……………………………………. 3
3.2 INSTRUMEN KAJIAN……………………………………….. 3
3.2.1 TEMU BUAL…………………………………………………. 3-4
3.3 SAMPEL KAJIAN……………………………………………. 4-5
3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA………………………… 5
3.4.1 DATA PRIMER………………………………………………. 5
3.4.2 DATA SEKUNDER………………………………………….. 5
4.0 HURAIAN KAJIAN MASA LAMPAU……………………… 6-9
5.0 TEORI YANG BERKAITAN………………………………… 9
5.1 TEORI SISTEM EKOLOGIKAL BRONFRENBRENNER….. 9-11
6.0 HASIL DAPATAN KAJIAN……………………………….… 11-20
7.0 RUMUSAN……………………………………………………. 21-22
8.0 RUJUKAN…………………………………………………….. 23-24
LAMPIRAN…………………………………………………… 25
1.0 PENGENALAN
Pembelajaran dalam talian atau dikenali sebagai (e-pembelajaran) bukan lagi menjadi satu
pilihan tetapi merupakan suatu keperluan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.
Pandemik Covid-19 ini sememangnya membawa pengaruh yang besar kepada
sosioekonomi begitu juga dengan bidang pendidikan di seluruh dunia (Lekhraj Rampal,
2020; Rohayati Junaidi et al. 2020). Oleh itu, negara kita telah membuat keputusan untuk
menutup pelbagai institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti untuk
mengelakkan penularan virus COVID-19 (Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia,
2021). Kesannya, kegiatan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilakukan dan
secara tidak langsung pembelajaran dalam talian telah diutamakan sebagai alternatif.
Memandangkan PdPc secara dalam talian adalah pertama kali yang dilakukan dalam
sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum pendidikan haruslah seiring dengan peredaran
zaman bagi memastikan murid-murid bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan
semata-mata tetapi juga dapat menguasai kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
Pelaksanaan pembelajaran dalam talian juga dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan
teknologi berfungsi dengan baik. Dalam pada itu, perkembangan pesat teknologi pada hari
ini telah memberi impak yang sangat besar terhadap sistem pendidikan di seluruh pelosok
dunia.

Pembelajaran dalam talian boleh didefinisikan sebagai proses penyampaian ilmu


yang dijalankan menerusi platform digital seperti Google Meet, Zoom, WhatsApp,
Telegram dan sebagainya. Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses
sesuatu sistem serta meningkatkan kualiti, bahkan ia mampu mempercepatkan lagi aliran
kerja. Teknologi seperti ini telah memudahcarakan pelaksanaan pembelajaran serta
sebagai strategi baharu pengaplikasian pengajaran dalam talian. Penggunaan e-
pembelajaran turut memberikan peluang kepada murid-murid untuk meneroka sendiri
bahan pembelajaran yang sangat meluas dan pelbagai. Selain itu, terdapat pelbagai jenis
platform pembelajaran digital baharu yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang
untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google Classroom dan ClassDojo.
Melalui platform yang tersedia, kaedah hybrid pengajaran dan pembelajaran boleh
disediakan melalui kaedah sistem pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy,
Skillshare, WizIQ, Adobe Captivate Prime, dan SAP Litmos. Bagi memastikan kaedah

1
pembelajaran dalam talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil
kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif,
latihan yang efektif, akses capaian teknologi yang maksimum, serta sokongan institusi
pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran dalam talian.

Meskipun negara sedang menempa kemajuan, pembelajaran secara dalam talian


masih lagi menjadi perkara baharu yang dihadapi. Antara masalah pembelajaran secara
dalam talian yang dihadapi ialah kesukaran mengakses komputer dan bahan, tiada peranti
yang bersesuaian, kurang kecekapan mendapatkan maklumat, kekangan masa, masalah
teknikal dan ‘kerisauan’ teknologi. Seperti yang kita sedia maklum, di negara kita adanya
kawasan bandar, luar bandar dan juga pedalaman. Masalah pembelajaran semasa
pandemik ini semestinya membebankan ramai pelajar untuk mengikuti pembelajaran
dalam talian. Berdasarkan kajian yang kumpulan kami lakukan, kami dapati tahap
pencapaian akademik murid sebelum dan semasa pandemik COVID-19 iaitu ketika kelas
dilakukan secara tradisional, guru-guru memfokuskan proses pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan kepada murid secara “one-to-one”. Akan tetapi semasa
pelaksanaan kelas secara dalam talian guru perlu menyelaraskan proses pengajaran secara
sama rata tanpa mengambil kira tahap penguasaan murid dan kondisi mereka. Jadi,
keadaan ini turut menjadi cabaran dalam melaksanakan PdPc secara dalam talian. Di
samping itu, dengan menggunakan pelbagai kaedah serta skop penyelidikan
membolehkan kami mengetahui keberkesanan, kebolehlaksanaan, keperluan, halangan
serta masalah yang dihadapi bagi melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dalam
talian terhadap murid-murid di sekolah.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti isu - isu pembelajaran di sekolah semasa Pandemik Covid-19.


2. Menjelaskan faktor - faktor yang mempengaruhi masalah pembelajaran di sekolah.
3. Mengetahui kaedah pengurusan pembelajaran yang bersesuaian di bilik darjah.

2
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam penyelidikan, metodologi merupakan salah satu konsep yang penting dalam
menentukan pencapaian sesuatu kajian kerana pengumpulan data-data ini memerlukan kaedah
yang betul, tepat, jitu dan benar. Metodologi merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
digunakan bagi menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalahan kajian (Ang Kean Hua, 2016).

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian manakala reka bentuk kajian
pula ditentukan oleh tujuan kajian dalam dunia penyelidikan. Sesuatu kajian yang dijalankan
memerlukan reka bentuk kajian yang kukuh. Hal ini demikian kerana, reka bentuk kajian yang
kukuh dapat menjawab persoalan kajian apabila maklumat-maklumat yang didapati boleh
diguna pakai dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan ini menggunakan pendekatan kuantitatif
iaitu reka bentuk kajian tinjauan melalui kaedah soal jawab semasa temu bual untuk
mengumpul data-data bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian ini.
Pengkaji telah menyenaraikan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian bagi mencari
dan mengumpul serta menganalisis data daripada responden.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi
menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan kaedah temu bual yang melibatkan
soalan-soalan untuk ditanyakan kepada responden.

3.2.1 TEMU BUAL


Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan salah satu
kaedah yang sangat penting dalam kajian ini kerana mempunyai kesahihan yang tinggi.
Temu bual ini ialah temu bual yang dijalankan secara formal dan dirancang dengan teliti.
Pengkaji dapat memperoleh informasi dan maklumat secara langsung daripada
responden kajian. Temu bual yang dijalankan adalah berkenaan isu-isu pembelajaran di
dalam kelas semasa dan selepas Pandemik Covid-19, faktor-faktor yang mempengaruhi
masalah pembelajaran di sekolah dan kaedah pengurusan pembelajaran yang
bersesuaian di bilik darjah.

3
Sebelum pengkaji menjalankan temu bual secara dalam talian dengan responden
kajian iaitu Puan Azizah binti Hasan yang mengajar di SMK Arau, pengkaji terlebih
dahulu menyediakan soalan-soalan yang akan digunakan semasa sesi temu bual. Hal ini
bagi memastikan soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh responden kajian
semasa sesi temu bual berlangsung. Selain itu, maklumat-maklumat yang diinginkan
oleh pengkaji juga dapat diperolehi melalui soalan-soalan yang disediakan. Terdapat 12
soalan yang dikemukan dan perlu dijawab oleh responden tersebut. Seterusnya,
maklumat-maklumat ini boleh dijadikan sebagai data untuk dimasukkan dalam hasil
dapatan kajian oleh pengkaji.

Instrumen temu bual ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya


kaedah ini membenarkan pengkaji memberi penjelasan sekiranya terdapat soalan-soalan
yang kurang jelas. Selain itu, responden juga dapat memberikan keterangan dengan
lebih mendalam kepada soalan-soalan yang penting. Batasan masa tidak menjadi
masalah antara responden dan pengkaji dalam sesi temu bual. Hal ini demikian kerana,
responden dan pengkaji mempunyai ruang masa yang cukup luas untuk memberikan
sebarang pendapat ataupun perkongsian. Walaupun kaedah temu bual ini dijalankan
secara dalam talian iaitu melalui Google Meet, ianya dapat mengeratkan hubungan
antara responden dan pengkaji dalam memperoleh seberapa banyak maklumat yang
dikehendaki. Kekurangan kaedah ini pula ialah sesi temu bual memerlukan lebih banyak
masa berbanding kaedah-kaedah yang lain. Walau bagaimanapun, pendekatan santai
dapat mengatasinya dan kaedah ini sebenarnya banyak membantu pengkaji dalam
mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki.

3.3 SAMPEL KAJIAN


Sampel dalam kajian ialah seorang guru penolong kanan kemanusiaan yang mengajar
Pendidikan Islam di SMK Arau. Puan Azizah binti Hasan merupakan seorang guru yang
prihatin kerana beliau selalu melibatkan diri dalam mengatasi masalah tingkah laku pelajar di
sekolah. Pengkaji telah merancang temu janji dan menjalankan temu bual secara dalam talian
bersama responden. Perancangan yang terperinci amat penting dalam menjalankan sesuatu
kajian bagi mengurangkan risiko kesilapan yang mungkin akan berlaku semasa kajian
dijalankan. Oleh sebab itu, pengkaji membuat perancangan terlebih dahulu dengan

4
mengadakan temu janji dengan responden untuk ditemu bual bagi mendapatkan maklumat
dengan lebih terperinci berkaitan masalah pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah
semasa dan selepas Pandemik Covid-19.

3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.4.1 DATA PRIMER


Menurut Yusof (2003), data primer adalah data yang berasal daripada sumber asli
yang dikumpulkan untuk menjawab persoalan kajian (Norsyamimi Nordin &
Mohammad Mujaheed Hassan, 2019). Data-data ini dikumpulkan oleh pengkaji melalui
soal jawab dan temu bual. Pengumpulan data primer ini dilakukan melalui temu bual
secara dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki,
pengkaji akan membuat persiapan awal dengan menyediakan soalan-soalan untuk
ditanyakan kepada responden sebelum sesi temu bual dijalankan.

3.4.2 DATA SEKUNDER


Menurut Marican (2005), data sekunder merujuk sebagai data yang dikumpulkan
oleh pengkaji lain. Sebagai contoh, data-data yang lepas atau terdahulu dikumpulkan
untuk tujuan kajian (Norsyamimi Nordin & Mohammad Mujaheed Hassan, 2019b).
Data-data tersebut masih lagi sesuai untuk digunakan dan maklumat-maklumat yang
dikumpulkan oleh pengkaji boleh dijadikan sebagai rujukan untuk merumuskan teori
yang bersesuaian dengan permasalahan kajian. Data sekunder dalam kajian ini terdiri
daripada buku rujukan, jurnal, artikel, rakaman audio, video temu bual dan transkripsi
berdasarkan jawapan daripada soalan yang dijawab oleh responden. Maklumat berkaitan
teori dalam kajian ini juga telah diperolehi melalui internet dan bahan-bahan bacaan
ilmiah.

5
4.0 HURAIAN KAJIAN MASA LAMPAU

Pada tahun 2020, Malaysia turut dilanda Pandemik Covid-19 atau krisis kesihatan yang
telah melanda seluruh dunia. Pelbagai perubahan telah dialami oleh masyarakat dalam
kehidupan seharian sejak pandemik berlaku. Keadaan ini turut mempengaruhi sosioekonomi
termasuk sistem pendidikan. Penularan wabak ini memberi kesan terhadap bidang pendidikan
sehingga menyebabkan negara memutuskan untuk menutup sekolah dan institusi pengajian
tinggi bagi menangani wabak tersebut agar tidak terus berjangkit. Oleh itu, negara telah
membentuk satu kaedah pengajaran agar dapat diselaraskan dengan norma-norma baharu
dengan harapan sistem pendidikan terus bernyawa walaupun dunia dilanda Pandemik Covid-
19.

Disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda, aktiviti secara bersemuka tidak dapat
diteruskan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang banyak menjurus kepada
penglibatan fizikal dan interaksi secara nyata ataupun berbentuk konvensional. Keadaan ini
menyebabkan guru atau pensyarah perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah yang berlainan sesuai dengan keadaan norma baharu iaitu pembelajaran dan
pengajaran dalam talian. Beberapa platform telah digunapakai dalam memastikan
kelangsungan PdPR. Antara aplikasi yang banyak digunakan oleh tenaga pengajar ialah
Google Meet, Zoom, Google Classroom, Whatsapps dan sebagainya dengan harapan murid-
murid tidak tercicir dan dapat terus mengikuti sesi pembelajaran.

Menurut Mohamed Nazul (2020), pembelajaran dalam talian banyak memberi kesan
kepada pelajar. Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran merupakan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga berada dalam kategori penggunaan
teknologi maklumat dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Pendidikan konvensional telah
diberikan nafas baharu dengan wujudnya pendidikan berbentuk digital iaitu e-pembelajaran
(Santoso, 2014). Bagi memastikan e-pembelajaran ini dapat dilaksanakan maka bahan
pengajaran dan komunikasi perlu diakses menerusi capaian internet (Ally M, 2008). Tujuan
e-pembelajaran ini adalah berkonsepkan menyalur ilmu pengetahuan secara berkesan kepada
murid-murid. Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) ada
menyatakan bahawa tujuan e-pembelajaran adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di

6
Malaysia dengan mewujudkan peningkatan dalam penggunaan internet dan pembelajaran
secara maya serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran berasaskan
kendiri. Nugraha et al (2020) ada menjelaskan bahawa pembelajaran dalam talian dilihat
mampu menjimatkan masa dan tenaga yang diminimumkan boleh digunakan untuk
melaksanakan aktiviti lain ketika di luar sesi PdP.

Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dan
murid-murid sepanjang kaedah tersebut digunapakai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kekurangan yang berlaku akibat daripada penggunaan pembelajaran secara
dalam talian antaranya suasana pembelajaran yang kurang memberangsangkan, capaian
internet yang lemah dan beberapa gangguan yang lain (Ayusi Perdana Putria et al, 2021). Hal
ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada tenaga pengajar dan murid-murid itu sendiri
kerana kekurangan ini boleh menimbulkan kesan terhadap mereka yang akhirnya
menimbulkan rasa tidak seronok dan bosan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Keadaan
tersebut akan menyebabkan berlakunya masalah-masalah yang perlu dihadapi oleh guru
mahupun murid apabila kesan tersebut mula timbul. Isu-isu mengenai pembelajaran secara
dalam talian pula semakin rancak bertebaran di akhbar mahupun layar internet menceritakan
mengenai kaedah ini yang menjadi salah satu punca kesihatan mental terganggu dalam diri
individu.

Pembelajaran dalam talian merupakan situasi yang agak mencabar memandangkan rata-
rata bidang pendidikan terutamanya di sekolah tidak menggunakan ICT sebagai kaedah
menyalurkan maklumat sebaliknya banyak memberi fokus kepada sistem konvensional. Maka
itu, pembelajaran dalam talian dilaksanakan bagi menggantikan pembelajaran secara
bersemuka. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian memberi impak positif dan negatif kepada
murid dan pendidik. Walaupun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi
sepanjang pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dijalankan secara dalam talian. Antara
impak positif yang diperolehi ialah pembelajaran melibatkan elemen pendidikan yang
interaktif serta mampu menarik minat murid dalam memahami isi pengajaran dengan mudah
dan cepat. Impak negatif pula ialah murid tertekan kerana kurang bersedia menggunakan
strategi pembelajaran yang lain. Hal ini menyebabkan murid tidak menunjukkan penglibatan
aktif ketika sesi pembelajaran berlangsung sehingga menimbulkan kekhuatiran dalam

7
golongan pendidik. Antara isu dan cabaran yang turut ditekankan dalam kajian ini ialah
dimana pendidik kurang menguasai kemahiran dalam menggunakan ICT sebagai wadah
pengajaran dan pembelajaran.

Isu utama yang diutarakan ialah kemahiran guru menggunakan ICT semasa melaksanakan
pembelajaran dalam talian ketika Pandemik Covid-19. Peratusan guru yang masih tidak mahir
mengendalikan pembelajaran menggunakan teknologi berasaskan internet adalah sebanyak
29 peratus (Losius Goliong et al, 2020). Berdasarkan kajian Roslaili Awang Nik (2007) yang
menjelaskan tahap penggunaan ICT dalam halakah guru pelatih UTM masih rendah semasa
praktikum. Menurut Johari Hassan dan Siti Norazlina (2010) pula, rata-rata guru yang
mengajar di kawasan pedalamman tidak mahu mengambil inisiatif mengajar dalam bentuk
ICT walaupun pihak sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan komputer. Kajian-kajian
tersebut dapat dibuktikan dengan lebih jelas lagi apabila responden, Puan Azizah binti Hasan
mengakui bahawa guru tidak mahir menggunakan ICT semasa Pandemik Covid-19. Beliau
menyatakan lagi kesukaran penggunaan ICT berlaku dalam kalangan guru yang berumur
sekitar 45 tahun dan ke atas kerana rata-rata guru menghadapi kesukaran bagi mempelajari
kaedah pembelajaran secara dalam talian yang menggunakan beberapa aplikasi terkini.
Namun begitu, para guru tetap melanjutkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan Whatsapp sebagai medium utama dalam menyampaikan pembelajaran serta
arahan kepada murid-murid.

Isu berikutnya ialah mengenai isu capaian internet. Puan Azizah binti Hasan turut
menyatakan bahawa masalah ini merupakan isu yang kerap berlaku semasa pembelajaran
secara dalam talian yang perlu dihadapi oleh guru dan murid. Masalah data dan capaian
internet ini menyebabkan murid tidak dapat hadir ke kelas kerana menghadapi masalah
internet yang kurang stabil. Guru juga tidak boleh mengadakan kelas secara dalam talian
kerana capaian internet yang lemah. Kajian menyatakan sebanyak 70% di bandar dan di luar
bandar iaitu 30% menghadapi jurang penyaluran internet yang sangat lebar (Luqman Arif
Abdul Karim, 2021). Murid-murid yang tinggal di kawasan pedalaman atau di kampung
khususnya menghadapi isu masalah jaringan internet yang lemah di kawasan kediaman
mereka. Abdul Karim (2020) dan Bernama (2020) turut menyokong kawasan pedalaman
terutamanya mempunyai akses internet yang terhad merupakan cabaran belajar dalam talian

8
semasa tempoh Pandemik Covid-19. Penularan wabak ini sedikit sebanyak telah memberikan
kesedaran kepada guru agar menguasai kemahiran menggunakan ICT sebagai pemudah cara
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

5.0 TEORI YANG BERKAITAN

5.1 TEORI SISTEM EKOLOGIKAL BRONFRENBRENNER


Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner
pada tahun 1979. Beliau merupakan seorang psikologi berasal dari Rusia. Beliau lahir
pada 29 April 1917 dan meninggal dunia pada 25 September 2005. Bronfenbrenner
melihat proses perkembangan manusia berlaku apabila kanak – kanak tersebut
berinteraksi atau berkomunikasi dengan persekitarannya. Menerusi Teori Sistem
Ekologikal Bronfenbrenner, beliau memperkenalkan lima sistem yang mempengaruhi
perkembangan kanak – kanak.

Sistem yang pertama ialah mikrosistem. Mikrosistem merujuk kepada interaksi


secara langsung kanak–kanak dengan individu yang paling hampir dengannya seperti ibu
bapa, adik beradik, guru, dan rakan–rakan. Seterusnya ialah mesosistem. Ia merupakan
gabungan interaksi antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain seperti interaksi
antara ibu bapa dengan guru, kanak - kanak dengan guru, atau kanak-kanak dengan
rakannya. Sistem yang ketiga adalah eksosistem yang merujuk kepada persekitaran tidak
langsung namun ia masih memberi kesan kepada kanak–kanak seperti kawasan kejiranan,
tempat kerja ibu bapa dan sebagainya. Kemudian, makrosistem yang merujuk kepada
bagaimana sesuatu budaya atau nilai dapat memberi kesan kepada perkembangan kanak -
kanak seperti status ekonomi, kekayaan, budaya dan sebagainya. Sistem yang terakhir
adalah kronosistem. Sistem ini melibatkan persekitaran yang mengalami perubahan
mengikut garis masa. Contohnya, kanak – kanak tersebut berpindah ke rumah yang lain
apabila dia sudah besar. Berdasarkan kajian, pengkaji dapat mengaitkan empat sistem
dalam Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner iaitu mikrosistem, mesosistem,
eksosistem dan makrosistem.

9
Mikrosistem yang berlaku di dalam kajian ini adalah melibatkan interaksi antara
guru dan murid. Hal ini dapat dilihat melalui soalan 10 iaitu “sekiranya pelajar tersebut
mula hilang fokus di dalam kelas, apakah tindakan guru untuk menyelesaikan masalah
tersebut?”. Berdasarkan jawapan responden, guru mewujudkan interaksi dengan murid
yang mempunyai masalah hilang fokus di dalam kelas dengan memanggil nama murid
tersebut dan mengarahkannya untuk membasuh muka. Dengan cara itu, murid dapat
menumpukan perhatian mereka semula di dalam kelas dan belajar seperti biasa. Interaksi
positif antara guru dan murid adalah amat penting kerana ia memberi kesan yang positif
terhadap perkembangan murid dari segi kognitif, emosi dan sebagainya (Kristen Sen,
2021).

Seterusnya, mesosistem. Menurut responden, antara faktor yang menyumbang


kepada masalah pembelajaran murid ialah kurangnya interaksi antara guru dengan ibu
bapa. Seperti yang diketahui, interaksi antara guru dan ibu bapa dapat membantu dalam
perkembangan murid-murid secara menyeluruh. Jika interaksi antara guru dan ibu bapa
tidak berlaku, ia akan menyebabkan terbantutnya perkembangan murid-murid kerana
tiada pertukaran informasi mengenai murid-murid sama ada ketika di rumah ataupun di
sekolah. Kesannya, murid-murid berkemungkinan akan tercicir dalam mengikuti
pembelajaran dan tidak mampu meneruskannya di dalam kelas mahupun di rumah.

Selanjutnya adalah eksosistem yang berlaku di persekitaran kanak–kanak tersebut.


Menurut responden, masalah rangkaian internet sering menjadi punca murid-murid tidak
masuk ke dalam kelas ketika PdPR dijalankan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan
masalah syarikat komunikasi dan pencawang di sekitar kediaman murid-murid tersebut.
Kesannya, murid-murid tersebut akan terlepas info tentang subjek yang perlu dipelajari
pada hari tersebut. Akibatnya, murid-murid akan mengalami keciciran dalam pelajaran
dan menyebabkan mereka tidak mahu belajar.

Akhir sekali ialah makrosistem yang berkait rapat dengan taraf ekonomi keluarga
murid-murid. Menurut responden, tidak semua murid-murid dilahirkan dalam keluarga
yang berada. Terdapat murid-murid yang lahir dalam keluarga kurang berkemampuan
seperti taraf ekonomi yang rendah, mempunyai masalah pengangkutan dan sebagainya.
Faktor keluarga yang berpendapatan rendah sedikit sebanyak mempengaruhi

10
perkembangan dalam pembelajaran murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana,
murid-murid yang kurang berkemampuan tidak dapat mengakses kemudahan
pembelajaran dan mempunyai sumber yang terhad untuk meneruskan pembelajarannya
berbanding murid-murid yang berkemampuan. Ini akan menyebabkan murid-murid
berasa tercicir dalam proses pembelajaran mereka.

Kesimpulannya, Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner menekankan tentang


kepentingan interaksi murid-murid terhadap persekitarannya. Interaksi positif yang wujud
antara murid-murid dan persekitarannya akan memberikan impak positif terhadap
perkembangannya sama ada dari segi kognitif, afektif, sosioemosi dan fizikal. Kesannya,
murid-murid akan membesar menjadi individu yang positif secara keseluruhannya.

6.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil dapatan yang telah diperolehi daripada Puan Azizah Binti Hasan,
responden telah menjawab soalan-soalan yang dinyatakan dengan baik. Menerusi soalan yang
telah diberikan, pengkaji merumuskan bahawa isu-isu pembelajaran isu pembelajaran sahaja.
Oleh itu, responden mengatakan bahawa isu-isu pembelajaran ini berlaku disebabkan oleh
guru-guru yang kurang mahir menggunakan teknologi. Sememangnya tidak dapat dinafikan,
pembelajaran dan pengajaran semasa Pandemik Covid-19 banyak memerlukan guru untuk
menerokai dan belajar dengan lebih dalam mengenai penggunaan ICT dan teknologi.

Responden menyatakan bahawa, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan


pengajaran semasa pandemik seperti Google Meet dan sebagainya banyak menyumbang
kepada isu-isu pembelajaran. Malahan, setiap guru haruslah menyediakan bahan bantu
mengajar dengan lebih kreatif dan inovatif supaya pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih
berkesan kepada murid-murid. Sebagai seorang guru yang bekerjaya, seharusnya menjadi
lebih peka terhadap perkembangan dunia teknologi yang semakin hari semakin canggih tanpa
mengira umur. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan teknologi seperti penggunaan
Whatsapp semakin diberi keutamaan. Bukan itu sahaja, guru-guru pada abad ke-21 ini
mestilah berpandangan jauh dan prihatin terhadap murid-murid yang kurang berkemampuan
seperti tidak mempunyai kemudahan telefon bimbit dan akses internet yang lemah. Secara

11
keseluruhannya, perkara ini telah dinyatakan dalam objektif utama iaitu mengenalpasti isu-
isu pembelajaran semasa Pandemik Covid-19.

Menerusi soalan yang seterusnya berkaitan dengan objektif temu bual ini dilakukan,
responden menyatakan bahawa guru dan murid-murid kurang berpengetahuan dalam
penggunaan teknologi. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada masalah
pembelajaran dan pengajaran murid. Oleh itu, guru dan murid hendaklah sentiasa mempelajari
kemahiran baharu supaya apabila berlakunya pandemik tidak memberi impak yang besar
kepada pembelajaran dan pengajaran abad ke-21. Hal ini telah disokong oleh Presiden Guru-
Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan yang menyatakan bahawa pendidik
perlulah melengkapkan ilmu mengenai teknologi digital dan menguasai ilmu dalam
pembelajaran semasa dalam talian untuk disampaikan kepada murid-murid. Di samping itu,
peranan ibu bapa juga tidak dilupakan dengan memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjayakan pembelajaran murid-murid. Kita sebagai masyarakat yang berperanan sebagai
ibu bapa haruslah memberi kerjasama yang baik dengan guru-guru supaya pihak sekolah
dapat membantu golongan-golongan kurang bernasib baik dengan mudah. Hal ini kerana,
responden juga menyatakan bahawa masalah kewangan ini turut menjadi isu yang besar bagi
meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut hasil kajian daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(UNICEF) mendapati bahawa golongan B40 di sekitar flat Kuala Lumpur telah membuktikan
enam daripada sepuluh murid-murid sudah mula hilang motivasi untuk terus belajar dalam
talian. Pada tahap ini, guru seharusnya berganding bahu dalam memberi semangat dan
galakan untuk murid-murid terus belajar semasa pandemik. Saranan kepada mereka, sebagai
seorang murid yang bertanggungjawab mestilah menjalankan tanggungjawab dengan
mengikuti pembelajaran dalam talian tanpa ada rasa sifat malas dan malu dalam diri. Bahkan,
lebih parah lagi ada yang sanggup bersifat tidak jujur sehingga mengakibatkan guru sukar
untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya. Kebanyakan daripada
murid-murid berasa malas dan juga sudah tidak berminat untuk belajar semasa pandemik.
Sememangnya, murid-murid seharusnya membantu diri sendiri tanpa perlu disuruh oleh guru.

12
Menurut hasil pemerolehan pengkaji, responden juga ada menyatakan cara yang terbaik
dalam mengatasi isu-isu masalah pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Misalnya, guru
mengambil inisiatif dengan memanggil nama murid untuk menarik perhatian dan fokus
mereka supaya terus mengikuti pembelajaran dan pengajaran semasa di bilik darjah. Inisiatif
ini telah diaplikasikan oleh responden supaya mereka tidak berasa terpinggir. Hal ini telah
dinyatakan di dalam akhbar Berita Harian bahawa kerenah dan ragam murid-murid yang
pelbagai hendaklah diatasi dengan bijak sebagai seorang guru. Menurut responden, tidak
semua guru telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan memberi
penandaan jawapan kepada murid selepas sesi kelas tamat. Oleh itu, guru-guru mestilah
melakukan semakan kerja tidak kira sama ada pada buku kerja ataupun latihan dalam
Whatsapp. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid-murid supaya mengetahui dan
mempelajari kesalahan yang telah dilakukan secara kendiri.

Hasil dapatan kajian yang seterusnya ialah mengenai pengurusan bilik darjah di sekolah
semasa dan selepas pandemik. Melalui temu bual yang dijalankan, responden menyatakan
bahawa sememangnya terdapat perubahan yang ketara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) ketika pandemik dengan PdP yang dijalankan selepas
pandemik. Menurut responden, perubahan yang paling ketara ialah daripada segi penyediaan
bahan dan peralatan bahan bantu mengajar. Semenjak peningkatan kes Covid-19, PdPR
menjadi kaedah pilihan yang terbaik bagi memastikan sektor pendidikan dapat diteruskan
walaupun pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Responden menyatakan bahawa ketika sesi PdPR dilaksanakan di SMK Arau, pelbagai
kaedah yang digunakan oleh guru-guru bagi menjalankan kelas secara dalam talian dan di luar
talian (fizikal). Pelaksanaan PdPR secara dalam talian diteruskan dan dijalankan bagi murid-
murid yang mempunyai kemudahan peranti dan akses internet yang baik manakala bagi murid
yang mempunyai masalah pembelajaran seperti tiada kemudahan peranti, capaian internet
yang lemah dan sering tidak menghadiri kelas ataupun tidak memberi maklumbalas kepada
guru dalam talian, maka guru-guru di SMK Arau mengambil inisiatif dan menyediakan
alternatif kepada golongan murid tersebut dengan menyediakan modul pembelajaran dan
meninggalkan kerja-kerja sekolah di pondok pengawal sekolah supaya ibu bapa ataupun
murid itu sendiri dapat mengambil bahan-bahan itu di pondok pengawal tersebut. Di samping

13
itu, terdapat segelintir guru yang kreatif telah mengambil pendekatan dengan menghasilkan
video pembelajaran untuk diberikan kepada murid melalui pesanan mesej Whatsapp ataupun
Telegram.

Justeru itu, PDPR sememangnya telah merangkumi sebarang kaedah PdP yang
dilaksanakan di rumah bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang sama seperti
di sekolah. Pelaksanaan PdPR tidak semestinya dijalankan secara dalam talian sahaja, tetapi
juga boleh dijadikan dalam bentuk modul yang disediakan secara penghantaran salinan cetak
bahan pembelajaran terus kepada murid-murid ataupun menggunakan alternatif media
elektronik seperti DidikTV KPM. Melalui DidikTV, murid-murid dapat memanfaatkan masa
dengan mengikuti program dan rancangan pengajaran berdasarkan penjadualan yang telah
disusun atur dalam jadual DidikTV mengikut masa-masa yang tertentu.

Selain itu, guru dan murid-murid juga boleh berkomunikasi secara elektronik dengan
bahan pembelajaran yang sedia ada ataupun bahan yang mengikut silibus pelajaran dan
diberikan secara dalam talian. Misalnya, seperti yang telah dilaksanakan oleh guru-guru di
SMK Arau yang menyediakan bahan-bahan tugasan kepada murid-murid secara modular dan
mengikut unit mata pelajaran yang disediakan secara hardcopy (salinan cetak).

Seterusnya, menurut responden proses pengajaran dan pembelajaran selepas pandemik di


SMK Arau pula dijalankan seperti biasa dan mengikut rutin PdP sebelum Pandemik Covid-
19. Murid-murid sekolah juga kelihatan sangat bersemangat dan seronok untuk mengikuti dan
meneruskan PdP secara bersemuka semula. Responden juga ada menyatakan bahawa guru-
guru sememangnya sangat gembira dan teruja untuk mula mengajar seperti sediakala
meskipun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan
kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat di sekolah sentiasa terjaga dan sejahtera.
Oleh yang demikian, masalah-masalah pembelajaran seperti keciciran murid, tingkah laku
sosial dan sikap murid terhadap guru dapat diatasi dengan baik oleh guru-guru di SMK Arau.

Seterusnya, berdasarkan temu bual yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa murid-
murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau sangat bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran walaupun selepas pandemik. Semasa temu bual, responden menyatakan bahawa
pembelajaran secara bersemuka telah mendapat perhatian yang lebih kerana guru-guru dapat

14
bekerjasama secara langsung dengan ibu bapa pelajar untuk menyarankan anak-anak mereka
supaya datang ke sekolah. Oleh yang demikian, masalah-masalah seperti pelajar mula hilang
fokus, ponteng sekolah ataupun tidak aktif dalam kelas dapat diatasi oleh pihak sekolah ini
dengan baik dan cemerlang.

Hal ini kerana, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dalam usaha untuk membantu
pelajar menyesuaikan diri dengan suasana norma baharu iaitu dengan memberikan makluman
kepada para pelajar bahawa banyak aktiviti yang akan berubah mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan. Misalnya, guru-guru boleh menyediakan jadual aktiviti mengikut rutin yang
telah ditetapkan ataupun mengadakan sistem ganjaran bagi menggalakkan pembelajaran
positif murid-murid di dalam kelas. Di samping itu, guru-guru juga perlulah sentiasa
mengingatkan dan mengadakan perbincangan dengan murid-murid mengenai perubahan yang
berlaku di sekolah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka sentiasa terjaga.

Di samping itu, responden juga ada menyatakan bahawa SMK Arau telah menyesuaikan
kaedah pengajaran dengan keadaan murid-murid dengan mengaplikasikan teknik pengajaran
menggunakan PAK21 yang mempunyai 48 kaedah pengajaran. Kaedah-kaedah pengajaran
tersebut telah diadaptasi oleh guru-guru sewaktu menjalankan PdPC. Misalnya, kaedah Hot
Chair, Peta i-Think, Rally Robin dan sebagainya. Salah satu kaedah yang digunakan iaitu Hot
Chair adalah merupakan kaedah bermain sambil belajar. Cara permainannya ialah pelajar
perlu berpusing di sekitar kerusi setelah diberikan soalan oleh guru. Kaedah ini sesuai
digunakan sebelum atau selepas pendemik diumumkan kelak.

Sewajarnya Pengajaran Abad Ke-21 (PAK21) diterapkan oleh semua guru sekolah semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sama ada secara dalam talian
ataupun secara bersemuka (fizikal). Hal ini kerana, PAK21 merupakan pendekatan yang
sesuai sejajar dengan perkembangan era globalisasi dalam melahirkan generasi yang
berkemahiran dan kompeten. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025) telah menggariskan enam aspirasi murid yang perlu dicapai. Pencapaian ini
diukur berdasarkan keberhasilan proses pembelajaran di dalam kelas. (Ainun et al, 2017).

Oleh yang demikian, PdP dalam bilik darjah merupakan platform bagi melaksanakan
dasar ini dengan pengaplikasian pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru.

15
Menurut Mahamod (2011), pengetahuan teknik PAK21 sangat diperlukan oleh guru dalam
memastikan sistem pendidikan dapat memacu negara menjadi sebuah negara yang
berkembang maju. Justeru itu, setiap guru perlulah memainkan peranan dalam melaksanakan
pengajaran PAK21 yang telah menjadi satu tuntutan masa kini untuk membina generasi yang
sedia berhadapan dengan cabaran global pada masa hadapan. Jelas sekali bahawa,
keberkesanan PdP berteraskan PAK21 bergantung kepada kemahiran dan kesediaan guru
dalam mengolah corak pengajaran yang bersesuaian dengan dasar pendidikan negara.

Di samping itu, kemahiran 4C iaitu (Communication, Collaborative, Critical Thinking


and Creativity) adalah merupakan kemahiran yang telah disenaraikan oleh American National
Education Association (2015) yang perlu ada dalam kalangan setiap murid sejajar dengan
perkembangan ekonomi dan teknologi dunia. Justeru itu, generasi pada masa kini perlu
memiliki kemahiran 4C untuk bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa dan global.
Menurut Erdogan (2019), guru perlu memenuhi empat kemahiran ini dalam semua mata
pelajaran yang diajar supaya dapat menanam dan memupuk nilai kewarganegaraan dan
semangat berdaya saing dalam kalangan murid-murid melalui proses PdP.

Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan PAK21 dalam PdP amat berkesan bagi mewujudkan
situasi dan suasana pembelajaran yang lebih seimbang dalam konteks pembangunan dan
pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru itu, setiap kemahiran yang diperolehi
oleh murid-murid dapatlah diaplikasi dalam kehidupan insaniah pelajar. Tuntasnya,
keberkesanan PdP bergantung kepada cara guru menyesuaikan kaedah dan strategi pengajaran
berdasarkan keupayaan pelbagai yang ada pada setiap murid. Hal ini dapat dikaitkan dengan
situasi semasa yang jelas sekali menunjukkan bahawa Pandemik Covid-19 telah mengubah
landskap sistem pendidikan negara dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR). Akhir kata, guru perlulah menjadi lebih kreatif dan proaktif dengan
memanfaatkan kemudahan ICT dan teknologi yang telah disediakan bagi memastikan
keberkesanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid-murid.

Hasil dapatan temubual yang telah dijalankan, responden mengatakan bahawa masalah-
masalah yang berlaku di bilik darjah sebenarnya perlu diambil cakna dan diberikan perhatian
oleh semua pihak yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Menurut

16
responden, setiap individu perlu memainkan peranan seperti pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), jabatan pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, barisan guru-guru mahupun staf dan kakitangan sekolah
kerana kesemuanya berada dalam komuniti yang besar dan perlulah saling bantu-membantu
dan berganding bahu antara satu sama lain. Tamsilnya, pihak Kementerian Pendidikan telah
mengedarkan bantuan seperti alatan peranti dan gajet yang boleh membantu kelangsungan
pembelajaran pelajar bagi golongan B40 sewaktu pandemik.

Selain itu, pihak RISDA juga ada menghulurkan sumbangan dengan meminta pihak
sekolah agar menyenaraikan beberapa nama pelajar yang merupakan anak kepada penoreh
getah supaya dapat menghulurkan bantuan kepada mereka. Seterusnya, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid (GPK HEM) pula akan mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan
mereka dalam memastikan golongan pelajar tersebut mendapat dan menerima sumbangan
yang telah diperuntukkan itu. Sumbangan yang dihulurkan kepada pihak sekolah akan
diberikan dalam bentuk wang mahupun pakaian sekolah dan sebagainya. Kepentingan semua
pihak memainkan peranan masing-masing lebih banyak dapat dilihat sewaktu Pandemik
Covid-19. Walaupun begitu, sumbangan ini sebenarnya telah dijalankan oleh pihak SMK
Arau sebelum tempoh pandemik lagi. Justeru itu, semua pihak sememangnya perlu
menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan mereka bagi memastikan kelangsungan
proses pembelajaran dan pengajaran dapat diuruskan dengan baik.

Menerusi temubual bersama Puan Azizah Binti Hasan, beliau menyatakan bahawa jenis
pengurusan bilik darjah dikaitkan dengan Process Decision Programme Chart atau nama
ringkasnya ialah PdPC. Beliau menyatakan bahawa bagi mengurangkan masalah
pembelajaran di dalam kelas, guru-guru perlulah memainkan peranan dengan cara guru perlu
mengajar dalam bentuk Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Tambahan beliau, guru perlulah
mengajar menggunakan pelbagai kaedah agar murid tidak berasa jemu ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, PAK21 ini sememangnya membantu
dalam mengurangkan masalah pembelajaran. Hal ini kerana, PAK21 merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid yang berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Hal ini jelas dapat dilihat
apabila susunan meja di dalam bilik darjah adalah berorientasikan PAK21. Puan Azizah Binti

17
Hasan menjelaskan bahawa kedudukan meja tidak semestinya akan menghadap ke arah papan
putih semata-mata, akan tetapi guru-guru di sekolah boleh membuat susunan mengikut
kesesuaian ruang di dalam bilik darjah. Misalnya, susunan meja berbentuk bulat,
berkelompok sama ada tiga orang ataupun empat orang.

Responden berpandangan bahawa guru tidak sepatutnya duduk sepanjang masa ketika
melakukan proses pengajaran dan pengajaran kecuali sekiranya mempunyai masalah
kesihatan. Dengan itu, masalah sakit kepala yang memerlukan murid-murid menghadap ke
papan putih dapat dielakkan. Akhir sekali, responden juga mengaitkan dengan peranan
penolong hal-ehwal murid di sekolah bagi mengurangkan masalah pembelajaran di dalam
kelas. Penolong hal-ehwal murid ini akan merekod dan menyemak kedatangan murid dengan
bantuan guru yang mengajar pada masa pertama. Jika didapati terdapat murid-murid yang
tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut, maka murid-murid itu akan diberikan surat
amaran secara berperingkat. Sekiranya surat amaran yang terakhir dikeluarkan dan masih lagi
tidak diendahkan, berkemungkinan pelajar tersebut akan dikeluarkan ataupun dibuang
daripada sekolah.

Menerusi temu bual bersama Puan Azizah Binti Hasan, beliau telah menyenaraikan empat
perkara yang menyebabkan murid boleh hilang fokus ketika di dalam bilik darjah. Antara
sebab murid mula hilang fokus ialah mengantuk, sering mengganggu rakan yang lain,
bersikap hiperaktif, dan sering kali ke tandas. Alternatif yang responden sendiri lakukan
adalah dengan cara memanggil nama murid tersebut agar dapat menarik fokus mereka di
dalam kelas ketika guru mengajar. Kemudian, jika didapati murid tersebut masih mengantuk,
maka cara lain yang dilakukan oleh responden ialah menyuruh murid tersebut untuk berdiri.
Perkara ini bukan dinamakan sebagai denda ataupun hukuman akan tetapi tujuannya adalah
untuk membantu murid tersebut supaya kembali fokus ketika guru mengajar. Hasil daripada
soal selidik itu, responden mendapati bahawa pelajar itu mengatakan bahawa dia bermain
video permainan iaitu PUBG sehingga larut malam sehingga keesokan harinya dia akan
merasa mengantuk di dalam kelas.

Berdasarkan hasil temu bual yang dijalankan bersama Puan Azizah Binti Hasan, cara yang
digunapakai oleh beliau sendiri ialah dengan cara merekod kelas yang dijalankan. Semasa

18
Pandemik Covid-19, kelas sememangnya berlangsung 100% secara dalam talian. Maka,
responden mengatakan bahawa beliau akan merekod kelas di dalam Google Meet. Melalui
kaedah ini, responden dapat mengenalpasti murid-murid yang hadir atau tidak hadir sepanjang
kelas berlangsung. Tambahan lagi, sememangnya setiap sekolah akan mempunyai sistem
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). APDM merupakan sebuah aplikasi yang
digunapakai oleh setiap sekolah untuk mengumpulkan maklumat murid di seluruh sekolah
Malaysia. Peranan guru yang mengajar semasa sesi awal pertama akan merekod kehadiran
pelajar dan perlu direkod sebelum pukul 9.00 pagi. Peranan guru kelas dan guru mata
pelajaran memainkan peranan penting untuk merekod kehadiran murid-murid. Ekoran
daripada itu, apabila setiap maklumat murid-murid telah direkod maka secara tidak langsung
ianya dapat mengelakkan berlakunya keciciran murid sepanjang pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, Puan Azizah Binti Hasan menyatakan bahawa masalah keciciran ini boleh
berlaku akibat daripada masalah ekonomi dalam sebuah keluarga itu sendiri. Sebab utama
yang berlaku apabila ibu bapa mereka sendiri yang tidak dapat menghantar anak-anak mereka
ke sekolah dan ditambah lagi sikap murid itu yang tidak ingin ke sekolah. Maka, bagi
mengatasi masalah keciciran ini terus berlaku, responden menyatakan bahawa guru akan
meletakkan nama murid-murid yang tidak hadir ke dalam kumpulan yang ditubuhkan di
dalam Whatsapp ibu bapa dengan guru. Dengan itu, ibu bapa murid tersebut dapat bertindak
dengan kadar segera lalu akan menghantar pesanan khusus kepada guru berkenaan untuk
berinteraksi berkaitan dengan masalah ketidakhadiran anak mereka. Dalam proses temu bual,
responden ada menyatakan bahawa apabila guru bertanyakan sebab anak mereka tidak hadir
ke sekolah, sesetengah ibu bapa tidak membalas pertanyaan yang diberikan. Maka, hasil
tindakan tersebut guru dapat menyimpulkan bahawa terdapat masalah yang berlaku mengapa
anak mereka tidak turun ke sekolah. Kemudian, apabila guru bertanyakan kepada murid-
murid lain mengenai ketidakhadiran murid tersebut, terdapat aduan bahawa ibu bapanya tidak
menghantar anak mereka ke sekolah atas sebab-sebab dan alasan yang tertentu.

Di samping itu, responden telah memberikan lagi maklumat tambahan mengenaii masalah
keciciran ini juga dapat diatasi dengan kerjasama antara guru kaunselor dan penolong kanan
hal-ehwal murid di sekolah. Perkara ini merupakan fenomena yang biasa dilakukan oleh

19
semua pihak sekolah bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam pembelajaran.
Tamsilnya, guru kaunselor dan penolong kanan hal-ehwal murid akan pergi ke rumah murid
berkenaan untuk mengetahui sendiri punca murid tersebut sering tidak hadir ke kelas atau
sekolah. Rentetan daripada itu, hasil dapatan mendapati bahawa murid berkenaan tidak hadir
ke sekolah kerana mengalami masalah ekonomi, masalah pengangkutan dan masalah tingkah
laku pelajar itu sendiri.

Dalam persoalan ini, responden telah menyatakan bahawa masalah keluarga tidak boleh
dikategorikan sebagai masalah utama yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam
pembelajaran semasa pandemik Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak
lagi faktor yang boleh dijadikan sebagai faktor utama sebab berlakunya perkara tersebut boleh
berlaku. Menerusi temu bual yang dijalankan, masalah keluarga tidak dapat dijadikan sebagai
faktor utama kerana masalah keluarga tidak hanya berlaku kepada keluarga yang
dikategorikan sebagai B40, malah keluarga yang berkemampuan juga turut mengalami
masalah dalam pembelajaran. Kebiasaannya murid-murid yang mengalami masalah keciciran
yang ketara adalah terdiri daripada golongan keluarga B40.

Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah
seperti pembelian kuota internet, peranti telefon pintar, komputer riba dan banyak lagi seperti
mana yang telah disenaraikan di dalam soalan pertama. Akan tetapi, apabila membahaskan
tentang keluarga yang mempunyai kelebihan, mereka sememangnya tidak mengalami
masalah-masalah tersebut, namun ibu bapa berkenaan pula terpaksa berhadapan dengan sikap
anak mereka yang kurang berminat untuk menghadiri kelas yang dijalankan oleh guru mereka.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa responden kurang bersetuju jika masalah keluarga dikatakan
sebagai faktor utama yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran
semasa Pandemik Covid-19. Walaupun begitu, responden menegaskan bahawa pihak SMK
Arau sangat komited dan bertanggungjawab dalam memastikan minat serta kecenderungan
murid-murid untuk meneruskan sesi pembelajaran sentiasa meningkat dan kompeten.

20
7.0 RUMUSAN

Penularan wabak Covid-19 memberi impak yang sangat besar kepada seluruh dunia
termasuk negara Malaysia. Pelbagai sektor terpaksa ditutup termasuklah sektor pendidikan
bagi memastikan penularan wabak dapat dikurangkan. Bagi memastikan kelangsungan dalam
bidang pendidikan, maka pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan. Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa Pandemik Covid-19 telah meninggalkan dampak yang cukup
besar terutamanya dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.

Ringkasnya, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa


terdapat pelbagai isu-isu yang telah diutarakan menerusi kaedah temubual yang dijalankan.
Jelas terbukti bahawa kaedah temu bual ini merupakan faktor yang paling penting bagi
pengkaji untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kami telah menggunakan instrumen ini bagi
memudahkan proses untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada responden yang
mempunyai pengalaman selama 24 tahun sebagai seorang guru di SMK Arau iaitu Puan
Azizah binti Hasan. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah mengaitkan dengan teori yang
menjadi sokongan dalam hasil kajian yang dijalankan iaitu Teori Sistem Ekologikal
Bronfenbrenner.

Sehubungan dengan itu, terdapat juga faktor-faktor yang mempengaruhi masalah


pembelajaran di sekolah telah dibahaskan dalam kajian ini. Sebagai contohnya, peranan guru
itu sendiri yang kurang mahir dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi,
masalah kewangan, capaian internet yang kurang stabil dan juga kemudahan peranti yang
terhad. Di samping itu, dalam kajian pengkaji juga turut membahaskan berkaitan dengan
kaedah pengurusan pembelajaran yang bersesuaian di bilik darjah. Hal ini dapat dilihat
menerusi temu bual yang dijalankan iaitu apabila responden menyatakan bahawa ia dapat
diselesaikan dengan pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

Sewajarnya, pendidik perlulah membangunkan pelbagai inovasi bagi mengekalkan


peluang pendidikan semasa dan selepas Pandemik Covid-19 sekaligus dapat menyumbangkan
pengetahuan yang bernilai tentang prospek dan batasan strategi pendidikan digital serta
keadaan yang menyokong inovasi di bawah pimpinan guru-guru dan penggunaan pedagogi
digital yang berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid adalah merupakan generasi masa

21
depan yang akan meneruskan serta mewarisi bangsa dan negara. Tuntasnya, semua pihak
perlulah berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan kelangsungan murid-murid
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

22
8.0 RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian
Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah (21th Century Learning and The Influence of
Attitude, Motivation And Achievements Malay Language Secondary School Student).
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88. Dicapai daripada
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/152

Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu
Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(1), 17-23.
Dicapai dari https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/8/8

Berita Harian. (2020). Covid-19: Pendidikan Menerusi Dunia Maya Cabaran Baharu Buat Guru.
Dicapai dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-
pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru

Berita Harian. (2021). 5 Kaedah Mudah Menangani Murid Malas Belajar, Tidak Fokus. Dicapai
dari https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/888061/5-kaedah-mudah-
menangani-murid-malas-belajar-tidak-fokus

Eow Yee Leng. (2017). Penerapan Kemahiran 4C dan Pembudayaan Amalan PAK21 dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Matematik Tingkatan 1. Dicapai dari
https://bit.ly/38neHKY

Kristen Sen. (2021). Importance of teacher-student interaction. Prime Scholars Library: 9(3), 1.
Dicapai dari https://www.primescholarslibrary.org/articles/importance-of-
teacherstudent-interaction.pdf

Nilavani. (2021). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4). 104-115. Dicapai
dari http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Norsyamimi Nordin & Mohammad Mujaheed Hassan. (2019). Kerangka Kaedah Kajian
Penyelidikan: Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 111-121. Dicapai dari
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/309/217

Olivia Guy-Evans. (2020). Bronfrenbrenner’s Ecological Systems Theory. Dicapai dari


https://www.simplypsychology.org/Bronfenbrenner.html

Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ pembelajaran abad ke-
21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan guru kampus Dato’

23
Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65. Diperolehi daripada
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/8

Sinar Harian. (2021). Minat Untuk Belajar Semakin Pudar. Dicapai dari
https://www.sinarharian.com.my/article/149333/LAPORAN-KHAS/Minat-untuk-
belajar-semakin-pudar

Wan Ya Shin. (2020). Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19, Institusi Demokrasi dan Hal
Ehwal Ekonomi (IDEAS). Dicapai dari https://www.ideas.org.my/pendidikan-sepanjang-
krisis-covid-19/

Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah (2020). Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21
(PAK21) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Attarbawiy: Malaysian Online
Journal of Education, 4(2), 103-113. Diakses daripada https://bit.ly/37KGx3d

Wong Ai Bing. (2021). Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-
19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3). 408-414. Dicapai dari
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/16078

24
LAMPIRAN
SOALAN TEMU BUAL BERSAMA PN. AZIZAH BT HASAN
1. Apakah isu pembelajaran utama yang dihadapi oleh guru untuk menjalankan PdP semasa
Pandemik Covid-19?
2. Apakah faktor yang menyebabkan masalah tersebut berlaku?
3. Bagaimanakah cara guru mengatasi masalah pembelajaran ini semasa di bilik darjah?
4. Apakah impak yang terjadi kepada murid-murid yang lain sekiranya berlaku permasalahan
ini?
5. Pada pandangan cikgu, adakah isu pembelajaran dalam bilik darjah ini mengalami perubahan
yang ketara semasa pandemik dan selepas pandemik?
6. Apakah punca-punca pelajar sekolah kurang bersemangat untuk meneruskan pembelajaran
selepas pandemik berlaku?
7. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dengan
keadaan murid-murid?
8. Siapakah individu yang perlu memainkan peranan bagi mengurangkan masalah yang berlaku
di bilik darjah?
9. Pada pandangan cikgu, apakah jenis pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk
mengurangkan masalah pembelajaran dalam kelas?
10. Sekiranya pelajar tersebut mula hilang fokus di dalam kelas, apakah tindakan guru untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
11. Bagaimanakah cikgu mengatasi masalah keciciran pelajar sepanjang pelaksanaan PdP?
12. Secara keseluruhannya, adakah cikgu bersetuju bahawa masalah keluarga merupakan faktor
utama yang menyebabkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran semasa Pandemik
Covid-19?

25
GAMBAR BERSAMA PN. AZIZAH BT HASAN MENERUSI MEDIUM GOOGLE MEET

26

You might also like