You are on page 1of 16

MARKAH

GRU 60104 : KAEDAH PENYELIDIKAN UNTUK PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU:
ULASAN ARTIKEL

DISEDIAKAN OLEH:

PROGRAM NO
NAMA NO MATRIK
TELEFON
SARJANA
PENDIDKAN
HAMIMAH BINTI MOHAMED YASSIN M20211002002 012-9838954
PENGAJIAN
KURIKULUM

KUMPULAN KULIAH : PK-E


PENSYARAH : DR. MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN
1.0 PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan ulasan terhadap bahan bacaan. Saya telah memilih tiga artikel
jurnal berkaitan kaedah pembelajaran yang sesuai digunakan oleh guru semasa pandemik Covid-
19. Berikut adalah merupakan artikel yang saya pilih bagi menyiapkan tugasan ini.

2.0 ARTIKEL YANG DIPILIH


2.1 ARTIKEL 1
Artikel ini bertajuk PANDANGAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN MELALUI PENDEKATAN HOME BASE LEARNING (HBL) SEMASA
TEMPOH PANDEMIK COVID-19 yang ditulis oleh Siti Nurbaizura Che Azizan dan
Nurfaradila Mohamad Nasri daripada Falkulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor, Malaysia yang diterbitkan pada 2020 di dalam PENDETA Journal of Malay
Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas (2020).

2.2 ARTIKEL 2
Artikel kedua ini bertajuk APLIKASI TIKTOK SEBAGAI MEDIA
PEMBELAJARAN JARAK JAUH PADA MAHASISWA UNIVERSITAS
INDRAPRASTA PGRI yang ditulis oleh Anggun Citra Dini Dwi Puspitasari daripada
Universiti Indraprasta PGRI Jakarta Selatan, Indonesia yang diterbitkan pada 2021 di dalam
Jurnal Educatio Volume 7, No. 3, (2021).

2.3 ARTIKEL 3
Artikel ketiga ini bertajuk DAMPAK COVID-19: GURU MENGADOPSI MEDIA
SOSIAL SEBAGAI E-LEARNING PADA PEMBELAJARAN JARAK JAUH. Ia ditulis
oleh Mohammad Salehudin daripada Institut Agama Islam Negeri Samarinda, Kalimantan,
Indonesia yang diterbitkan pada 2020 di dalam Jurnal MUDARRISUNA Vol. 10 No.1 Januari-
Maret (2020).

1
3.0 RINGKASAN ARTIKEL
3.1 RINGKASAN ARTIKEL 1
Tujuan artikel jurnal bertajuk PANDANGAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN MELALUI PENDEKATAN HOME BASE LEARNING (HBL)
SEMASA TEMPOH PANDEMIK COVID-19 yang ditulis oleh Siti Nurbaizura Che Azizan
dan Nurfaradila Mohamad Nasri adalah untuk meneroka pandangan guru terhadap
pembelajaran dalam talian melalui pendekatan HBL semasa tempoh pandemik Covid-19.
Penulis telah menggunakan seramai 351 orang guru di Zon Bangsar Pudu, Kuala Lumpur yang
dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Selain itu, penulis menggunakan
kaedah kuantitatif dan data dikumpul melalui borang soal selidik.
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti guru memberi pandangan yang positif terhadap
pembelajaran secara atas talian semasa tempoh pandemik ini. Selain itu, penulis juga
berpendapat bahawa guru-guru juga bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian
dengan menggunakan modul bercetak dan bahan pembelajaran yang terdapat di internet
seperti Youtube meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang
dihadapi seperti kesukaran guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar, kurangnya
sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan penjaga dan kurang pengetahuan serta
kemahiran guru untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian.
Penulis juga berharap agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak
pentadbir, guru dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancang sesi
pembelajaran dalam talian kecemasan menggunakan teknologi pendidikan yang ada seiring
dengan peredaran masa kini.

3.2 RINGKASAN ARTIKEL 2


Tujuan kajian dalam artikel jurnal yang bertajuk APLIKASI TIKTOK SEBAGAI
MEDIA PEMBELAJARAN JARAK JAUH PADA MAHASISWA UNIVERSITAS
INDRAPRASTA PGRI yang ditulis oleh Anggun Citra Dini Dwi Puspitasari adalah untuk
mengetahui keberkesanan penggunaan aplikasi Tiktok sebagai media pembelajaran jarak jauh
yang dilaksanakan untuk memutuskan rantaian Covid-19. Kaedah yang digunakan oleh
penulis dalam penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif kualitatif dengan teknik tinjauan.
Penyelidikan ini dilakukan di Indraprasta University PGRI, Jakarta dengan mengambil

2
seramai 20 orang mahasiswa sebagai sampel. Instrumen yang digunakan pula adalah dalam
bentuk soal selidik diedarkan dalam talian menggunakan Google Form.
Hasil dapatan mendapati bahawa sebanyak 82.37% responden menggunakan aplikasi
Tiktok semasa pembelajaran jarak jauh. Selain itu, sebanyak 86.16% responden memuat turun
aplikasi Tiktok dan menggunakannya dalam pembelajaran jarak jauh. Oleh itu, penulis
menyimpulkan bahawa semasa pandemik, penggunaan aplikasi Tiktok cukup berkesan untuk
mengurangkan penyebaran virus Covid-19 kerana dengan media aplikasi Tiktok, pensyarah
dan pelajar dapat bertemu secara tidak langsung melalui perantaraan skrin monitor dengan
sokongan kemudahan internet. Penulis juga berharap agar kajian ini dapat memberikan
maklumat dan input kepada pengetua dan guru besar sekolah dalam usaha untuk melakukan
pembelajaran jarak jauh yang lebih baik semasa wabak.

3.3 RINGKASAN ARTIKEL 3


Artikel jurnal yang bertajuk DAMPAK COVID-19: GURU MENGADOPSI MEDIA
SOSIAL SEBAGAI E-LEARNING PADA PEMBELAJARAN JARAK JAUH yang
ditulis oleh Mohammad Salehudin ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana guru
mengadaptasi media sosial sebagai e-learning dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan
daripada Covid-19. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah
tinjauan dengan memilih empat jenis media sosial yang digunakan oleh guru seperti
Whatsapp, Facebook, Instagram dan Youtube.
Alat dalam kajian ini menggunakan instrumen yang sah dari UEQ iaitu instrumen
pengalaman pengguna dari www.UEQ.com. Data dikumpul menggunakan analisis deskriptif
untuk melihat bagaimana guru mengadaptasi media sosial sebagai e-learning dalam
pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan daripada Covid-19.
Sample dalam kajian ini adalah seramai 43 orang guru Sekolah Dasar (Sekolah Rendah)
yang mengajar Pendidikan Agama Islam (PAI) menggunakan kaedah persampelan rawak, di
Kawasan Bandar Samarinda, Kalimantan, Indonesia. Sementara pengumpulan data melalui
soal selidik yang dibuat dalam Google Form yang diedarkan menggunakan Whatsapp.
Hasil kajian mendapati bahawa guru PAI mempunyai kemahiran untuk menggunakan
media sosial dengan baik dan mengadaptasinya sebagai e-pembelajaran dalam pembelajaran
jarak jauh (PJJ). Oleh itu, penyelidik menyimpulkan bahawa kebolehan guru mengadaptasi

3
media sosial sebagai e-learning dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan daripada Covid-
19 berada di tahap yang baik dan sangat bagus.
Walaupun terdapat pelbagai media sosial yang popular yang seperti Facebook, Instagram
dan Youtube. Penulis mendapati bahawa Whatsapp mempunyai nilai kecenderungan yang
tinggi untuk digunakan setiap hari oleh guru. Oleh itu, penulis berharap agar penyelidikan ini
dapat diteruskan lagi dalam penyelidikan masa hadapan dengan fokus yang lebih khusus
khasnya dalam bidang pendidikan.

4.0 PERBINCANGAN ARTIKEL


4.1 PERBINCANGAN ARTIKEL 1
Melalui pembacaan saya, saya dapati artikel ini membincangan tentang isu utama iaitu
pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Base
Learning (HBL) semasa tempoh pandemik Covid-19. Isu yang dibangkitkan oleh penulis
sangat menarik dan releven dengan situasi semasa kerana bagi penulis pendidikan norma
baharu akibat pandemik covid-19 telah menuntut semua guru untuk terlibat secara aktif
dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian melalui pendekatan HBL.
Saya juga bersetuju isu yang dibangkitkan oleh penulis kerana walaupun pembelajaran
dalam talian telah lama diperkenalkan, namun tiada penekanan diberikan berkaitan
pelaksanaan pembelajaran dalam talian di sekolah. Hal ini disebabkan kerana para guru
merasa lebih selesa dengan kaedah pengajaran berbentuk konvensional iaitu secara
bersemuka. Namun kini, akibat penularan wabak Covid-19 pendidikan norma baharu telah
menuntut semua guru untuk terlibat secara aktif dalam melaksanakan pembelajaran dalam
talian melalui pendekatan HBL ini.
Seterusnya, melalui pembacaan saya, penulis telah menyatakan setiap objektif kajian
objektif kajian secara ringkas dan mudah difahami oleh pembaca. Objektif yang ditulis
oleh penyelidik diletakkan secara berturutan daripada objektif yang mudah kepada objektif
yang lebih komplek dan besar. Dengan itu, dapat dilihat bahawa objektif dan persoalan
kajian yang ditulis oleh penulis adalah betul dan mengikut cara penulisan yang ditetapkan.
Selain itu, penulis juga berjaya menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang menjadi
objektif kajiannya antaranya adalah:

4
i) Apakah pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan
HBL semasa tempoh pandemik Covid-19?
ii) Sejauh manakah kesediaan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui
pendekatan HBL semasa tempoh pandemik Covid-19?
iii) Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian
melalui pendekatan HBL semasa tempoh pandemik Covid-19?
Metodologi yang digunakan oleh penulis adalah sesuai iaitu penulis menggunakan kaedah
kuantitatif dengan pendekatan deskriptif berserta borang soal selidik berdasarkan lima skala
Likert yang mengandungi 18 soalan sebagai instrumen kepada 351 orang guru di Zon Bangsar
Pudu, Kuala Lumpur yang dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini.
Oleh itu, dapatan kajian sangat menyakinkan saya kerana kajian yang dijalankan ini
menggunakan instrumen soal selidik untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi
menjawab persoalan kajian. Hasil kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang
melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan bahawa pembelajaran dalam
talian mudah untuk dipelajari, mudah untuk menyediakan bahan pengajaran, mudah untuk
membuat penilaian terhadap pelajar dan pembelajaran dalam talian lebih menarik berbanding
pembelajaran tradisional. Selain itu, guru juga didapati bersedia menempuh cabaran dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian. Hasil dapatan juga menunjukkan guru juga turut
menghadapi cabaran dari segi kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian dan tidak mahir dalam penggunaan media sosial, e-mel dan platform
pendidikan atas talian. Di samping itu, guru turut berhadapan dengan cabaran dari segi
kemudahan peranti dan tidak mempunyai akses internet yang stabil.
Penulis telah memasukkan kajian-kajian lepas sebagai sokongan bagi kebolehpercayaan
kajian seperti kajian yang dijalankan oleh Irfan Fauzi dan Iman Hermawan Sastra Khusuma
(2020) yang menjalankan kajian di Banten dan Jawa Barat, Indonesia. Menurut mereka, guru
merasakan bahan pengajaran dari pelbagai sumber mudah untuk dikemaskini serta mudah
untuk diberikan kepada pelajar kerana ia berlaku secara dalam talian. Sementara itu, dapatan
kajian yang sama turut diperoleh oleh Ramakanta dan Sonali (2020) serta Irfan Fauzi dan
Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020), iaitu responden kajian menyatakan bahawa
pembelajaran dalam talian merupakan pilihan yang terbaik semasa tempoh pandemik ini
namun begitu ia tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti kepada pembelajaran konvensional.

5
Artikel ini memberikan saya panduan dan gambaran awal mengenai penyelidikan secara
kuantitatif. Ini adalah kerana penulis membuat kajian dengan menggunakan kaedah dapatan
yang kukuh dan sampel yang tepat bagi menjawab isu yang ingin diketengahkan. Selain itu
kajian ini memberikan saya pengetahuan tentang kaedah Home Base Learning (HBL)
merupakan satu alternatif pembelajaran yang dapat membantu memudahkan urusan guru bagi
melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19 di samping
menarik minat pelajar agar lebih kreatif serta berkembang seiring dengan perkembangan dunia
pendidikan.

4.2 PERBINCANGAN ARTIKEL 2


Isu yang dibincangkan dalam artikel ini adalah untuk mengetahui keberkesanan
penggunaan aplikasi Tiktok sebagai media pembelajaran jarak jauh yang dilaksanakan
semasa Covid-19. Saya bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh penulis dan ia sangat
releven kerana sebelum pandemik pembelajaran berlaku secara bersemuka dan
berpusatkan guru secara konvensional, Namun, dalam wabak ini, pendidik mesti inovatif
dalam merancang bahan pembelajaran berpusatkan pelajar (student center learning). Selain
itu, menurut penulis pembelajaran dalam talian ini memaksa pendidik untuk
mengembangkan kecekapan mereka dalam bidang teknologi,
Metodologi yang digunakan dalam penyelidikan adalah berbentuk deskriptif kualitatif
dengan teknik tinjauan ini mengambil seramai 20 orang mahasiswa sebagai sampel.
Manakala, instrumen yang digunakan pula adalah dalam bentuk soal selidik diedarkan
dalam talian menggunakan Google Form. Pada pendapat saya sampel yang digunakan
sangat bersesuaian dengan penyataan Patton (1990) dalam Ghazali Darusalam dan Sufean
Hussin (2016) yang mengatakan kaedah kajian kualitatif tiada peraturan dalam
menentukan saiz sampel dan pilihan sampel adalah pada skala kecil. Oleh itu, hasil dapatan
kajian kualitatif tidak boleh menggambarkan keseluruhan populasinya juga tidak boleh
dibuat generalisasi.
Namun, penulis menyatakan setiap objektif kajian secara ringkas dan mudah difahami
oleh pembaca. Objektif yang ditulis oleh penulis diletakkan secara berturutan dan mudah
difahami.Oleh itu, penulis berjaya menjawab kesemua persoalan kajian yang menjadi

6
objektif kajian melalui soal selidik yang disusun mengikut 4 bahagian yang telah
ditentukan iaitu:
i) Penerapan aplikasi Tiktok,
ii) Penerimaan aplikasi Tiktok,
iii) Kegunaan aplikasi Tiktok,
iv) Pengaruh sosial terhadap penggunaan aplikasi Tiktok.
Dapatan kajian juga menyakinkan saya kerana analisis data dilakukan dengan mengira
nilai peratusan hasil soal selidik menggunakan analisis deskriptif dengan pendekatan
kuantitatif. Hasil dapatan daripada empat petunjuk keberkesanan penggunaan aplikasi
Tiktok menunjukkan keputusan seperti berikut iaitu Penerapan aplikasi Tiktok (82.37%),
Penerimaan aplikasi Tiktok (86.16%), Kegunaan aplikasi Tiktok (85.24%) dan Pengaruh
sosial terhadap penggunaan aplikasi Tiktok (74.51%). Oleh itu, penulis menyimpulkan
bahawa aplikasi Tiktok lebih mudah dilaksanakan untuk pembelajaran jarak jauh kerana
bahan dapat disampaikan dengan jelas. Selain itu, kelebihan aplikasi Tiktok ialah aktiviti
pembelajaran dapat dicatat dan direkodkan dimainkan semula sekiranya pelajar ingin
mempelajarinya semula. Di samping itu, aplikasi Tiktok juga boleh dimuat turun dalam
talian secara percuma.
Namun, penulis menyatakan bahawa terdapat kelemahan pada aplikasi Tiktok iaitu
durasi video yang sangat singkat sekiranya menggunakan akaun yang percuma. Tetapi,
kelemahan tersebut boleh di atasi kerana sebilangan besar institusi pendidikan hari ini
sudah mempunyai akaun aplikasi Tiktok yang berbayar. Selain itu, tahap kejelasan dan
keharmonian antara suara, gambar,tulisan sebagai media komunikasi, masih bergantung
pada kekuatan dan penggunaan isyarat internet di setiap tempat.
Penulis menggunakan kajian-kajian lepas bagi menyokong dapatannya seperti hasil
pengukuran dibuat oleh Akamai, sebuah syarikat rangkaian penyampaian kandungan
global menyatakan bahawa rata-rata kelajuan sambungan internet di Indonesia adalah 772
kbps, agak rendah berbanding dengan kelajuan sambungan internet global rata-rata 2.3
Mbps (Rosyid et al.,2020). Selain itu, penulis juga memasukkan tentang penyelidikan
kualitatif mempunyai ciri-ciri yang boleh menjadi panduan oleh penyelidik, iaitu: (Bogdan,
1982):
a) Penyelidik sendiri adalah instrumen utama untuk pergi terus ke sumber data.

7
b) Melaksanakan data yang dikumpulkan dalam kajian ini lebih cenderung kepada
kata kata berbanding dengan nombor
c) Jelaskan bahawa hasil penyelidikan lebih menekankan pada proses, bukan sahaja
kepada hasil sahaja
d) Melalui analisis induktif, pengkaji mendedahkan maksud situasi yang berlaku dan
menyatakan makna sebagai bahagian penting dari pendekatan kualitatif.
Berdasarkan ciri-ciri penyelidikan kualitatif di atas, dalam kajian ini pengkaji secara
langsung menjadi penyelidik utama yang menjalankan proses penyelidikan secara
langsung, mengumpulkan pelbagai bahan atau bahan yang berkaitan dengan Penggunaan
Tik Tok Media Sosial sebagai Media Kempen Gerakan Mencuci Tangan di Indonesia,
sementara objektif kajian yang merupakan pemboleh ubah penyelidikan yang menjadi
terasnya dalam masalah penyelidikan (Soraya, 2017)
Artikel ini memberikan saya panduan tentang metodologi yang digunakan iaitu
deskriptif kualitatif dengan teknik tinjauan. Namun pemilihan sampel yang tepat juga
membantu memberi gambaran kajian secara keseluruhannya. Analisis data dilakukan oleh
penulis dengan mengira nilai peratusan hasil soal selidik menggunakan analisis deskriptif
dengan pendekatan kuantitatif memberikan saya ilmu yang baharu untuk merancang
penyelidikan saya nanti.
Secara keseluruhannya, isu yang dibangkitkan oleh penulis berkaitan aplikasi TikTok
sebagai medium pembelajaran dalam talian semasa pandemik sangat bertepatan dan
relevan untuk dibuat kajian lanjut.

4.3 PERBINCANGAN ARTIKEL 3


Isu dalam artikel jurnal yang ditulis oleh Mohammad Salehudin adalah untuk
mengetahui bagaimana guru mengadaptasi media sosial sebagai e-learning dalam
pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan daripada Covid-19. Isu ini sangat menarik dan
relevan untuk dikaji kerana menurut penulis ketika wabak COVID-19, guru Pendidikan
Agama Islam (PAI) berhadapan dengan tanggungjawab mengajar dengan kemudahan
yang sangat terhad semasa pembelajaran jarak jauh (PJJ). Maka sebagai langkah yang
mudah bagi guru sekolah rendah adalah dengan menggunakan media sosial yang popular
dan biasa digunakan setiap hari sebagai alat pengajaran.

8
Metodologi yang digunakan oleh penulis adalah sesuai iaitu menggunakan kaedah
kuantitatif dengan kaedah tinjauan dengan memilih empat jenis media sosial yang
digunakan oleh guru seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan Youtube. Namun, dalam
artikel tersebut penulis tidak menyatakan objektif kajiannya sama ada dalam bentuk ayat
penyata atau diletakkan secara berturutan.
Namun, hasil dapatan penulis boleh dipercayai kerana alat dalam kajian ini
menggunakan instrumen yang sah dari UEQ iaitu instrumen pengalaman pengguna dari
www.UEQ.com. Instrumen ini telah digunakan oleh lebih daripada 20 buah negara di
dunia yang mempunyai 6 skala yang meliputi: Daya Tarik, Kejelasan, Kecekapan,
Kebolehpercayaan, Rangsangan, dan Kebaharuan dan ia diterjemahkan ke dalam bahasa
Indonesia dengan 26 item soalan soal selidik dalam bentuk digital iaitu melalui Google
Form ke atas 43 orang guru Sekolah Dasar (Sekolah Rendah) yang mengajar Pendidikan
Agama Islam (PAI) menggunakan kaedah persampelan rawak. Disamping itu, data
dikumpul menggunakan analisis deskriptif untuk melihat bagaimana guru mengadaptasi
media sosial sebagai e-learning dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan daripada
Covid-19.
Hasil kajian mendapati bahawa 84.2% guru menggunakan Whatsapp sebagai media
sosial utama dan diikuti oleh Facebook seramai 13.8%. Manakala, Instragram sebanyak
2% dan Youtube sebanyak 1.2 %. Oleh itu, penulis mendapati keempat-empat media
sosial tersebut mempunyai nilai tarikan tersendiri mengikut instrumen enam skala yang
digunakan iaitu Daya Tarik (Attractiveness) dengan nilai min 1.73 berada dalam kategori
penanda aras yang baik (Baik), Kejelasan (Perspicuity)1.56 dalam kategori Purata Atas
(Atas Purata), Kecekapan (Efficiency) 1.87 dalam kategori Sangat baik (Cemerlang),
Kebolehpercayaan (Dependability) 1.42 dalam kategori Purata di atas (Di atas Purata),
Rangsangan (Rangsangan) 1.86 dalam kategori Sangat Baik (Cemerlang) dan
Kebaharuan (Novelty) 1.34 dalam kategori Baik (Baik).
Penulis juga mengunakan kajian-kajian lepas dalam artikelnya sebagai sokongan hasil
dapatan kajian contohnya, menurut Jang et al (2015) media sosial seperti Instagram
adalah kegemaran generasi muda, dengan kekuatan gambar dan video mengurangkan
tweet, tetapi disukai oleh generasi muda hari ini. Kerana media sosial boleh diterapkan
sebagai e-pembelajaran dan memberikan hasil pembelajaran yang tinggi, mampu

9
menguatkan motivasi dan pengguna media sosial (Alhabash & Ma, 2017 & Al-ali, 2014),
media sosial diadopsi dalam pembelajaran (UgorjiI Ogbonnaya, 2019) menunjukkan
bahawa pengguna media sosial mempunyai keutamaan kejelasan dan dapat diterapkan
dalam pembelajaran jarak seperti e-pembelajaran. Oleh itu, penulis mnyimpulkan bahawa
guru PAI mempunyai kemahiran untuk menggunakan media sosial dengan baik dan
mengadaptasinya sebagai e-pembelajar dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ).
Sepanjang pembacaan saya dapati artikel ini memberikan saya panduan tentang
metodologi yang digunakan iaitu deskriptif kuantitatif dengan teknik tinjauan. Pada
pendapat saya, Tindakan penulis menggunakan soal selidik bagi menjawab persoalan
kajian adalah sangat tepat.
Secara keseluruhannya, isu yang dibangkitkan oleh penulis berkaitan bagaimana guru
mengadaptasi media sosial sebagai e-learning dalam pembelajaran jarak jauh (PJJ) kesan
daripada Covid-19 sangat bertepatan dan relevan untuk dibuat kajian lanjut. Jika saya
berpeluang membuat kajian lanjut saya akan memberi focus kepada tahap kemahiran guru
menghasilkan bahan pembelajaran dengan menggunakan media social sebagai
pembelajaran dalam talian

5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga penulis memenuhi etika penulisan jurnal mengikut apa
yang telah saya pelajari iaitu Bab1 hingga Bab 3 dalam Kaedah Penyelidikan Untuk Pendidikan.
Penemuan baru yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya kaedah metodologi yang sesuai dan
kukuh sangat penting walaupun tajuk atau isu yang ingin dikaji adalah mudah.
Saya dapati pemilihan metodologi yang tepat dapat menguatkan lagi penemuan atau kajian
yang kita telah lakukan. Pada masa akan datang saya akan memilih tajuk yang lebih mudah dan
sesuai dengan keadaan semasa tetapi dengan kaedah metodologi yang kukuh seperti kaedah
kuantitatif bagi membuktikan kesahihan dan menyokong penemuan kajian yang dibuat. Ini kerana
bagi saya kaedah kuantitatif dilihat lebih mudah dan mesra.
Selain itu, ketepatan masa iaitu merancang masa yang cekap bagi mencari bukti untuk
menjawab persoalan kajian melalui temuramah dan pemantauan adalah sangat penting. Oleh itu,
melalui pembacaan ketiga-tiga artikel tersebut saya dapati instrument soal selidik lebih sesuai

10
diguanakan dalam penyelidikan saya nanti. Selain itu, menurut Jas Laile (2008), penggunaan soal
selidik adalah mudah, murah, cepat dan menjimatkan masa.
Selain itu, saya juga akan memastikan sampel kajian dicatat dan direkodkan bagi
mengukuhkan lagi hasil dapatan yang di terima. Jika saya melakukan kajian seperti yang di
bincangkan saya akan memperluaskan pemasalahan dan isu kajian sebagai contoh kemahiran guru
menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok sebagai alat pembelajaran dalam talian.

11
Rujukan.

Anggun Citra Dini Dwi Puspitasari. (2021, Aug). Aplikasi Tiktok Sebagai Media
Pembelajaran Jarak Jauh Pada Mahasiswa Universitas Indraprasta PGRI. Jurnal
Educatio,7(3), 1127-1134.

Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: PENERBIT UNIVERSITI MALAYA.
http://tugasan2u.blogspot.com/2015/08/panduan-menulis-ulasan-artikel-format.html
dilawati pada 20 September 2021

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Introduction To The Psychology Of Children And Adolescents.
Shah Alam: Education Directions,

Mohammad Salehudin (2020). Dampak Covid-19: Guru Mengadopsi Media Sosial Sebagai E-
Learning Pada Pembelajaran Jarak Jauh. Jurnal MUDARRISUNA , 10(1) daripada
http://dx.doi.org/10.22373/jm.v10i1.6755 di lawati pada 25 September 2021.

Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradila Mohamad Nasri (2020). Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Home Base Learning (Hbl) Semasa
Tempoh Pandemik Covid-19.PENDETA Journal of Malay Language, Education and
Literature, Jilid 11 Edisi Khas.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/4446 di lawati pada 25
September 2021

https://mdec.my/ms/news/bm-guru-juara-digital-mdec-guna-tiktok-dalam-pdpr/ dilawati pada 25


September 2021.

http://tugasan2u.blogspot.com/2015/08/panduan-menulis-ulasan-artikel-format.html dilawati
pada 20 September 2021

12
Lampiran

13
14
15

You might also like