You are on page 1of 18

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)

– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA SEMASA PANDEMIK


COVID-19

Siti Nurfatimah binti Abd.Rashid


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: +6013-5715204 Email: nufaa2706@gmail.com

Nabihah Solehah binti Abdul Malek


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: +6011-69513123 Email: nabihahsolehah3@gmail.com

Nur Elisa Husna Binti Mohd Roslan


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: +6013-5209323 Email: elisahusna06@gmail.com

Prof. Madya Dr. Syed Najihuddin bin Syed Hassan


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: +6011-26395798 Email: syednajihuddin@usim.edu.my

ABSTRAK

Pandemik COVID19 yang berlaku telah merubah lanskap pembelajaran di Malaysia. Namun,
terdapat pelbagai masalah yang timbul antaranya faktor rangkaian internet di Malaysia merupakan
antara cabaran kepada pelajar sekolah juga pelajar Institusi Pendidikan Tinggi. Rasionalnya,
masalah ini timbul disebabkan sistem rangkaian internet di Malaysia yang belum meluas
menyebabkan capaian internet di kawasan luar bandar kurang memuaskan. Sumber berita harian
bertarikh 16 june 2020 lalu, tular sebuah video seorang pelajar di salah sebuah Universiti di Sabah
terpaksa menjawab peperiksaan di atas pokok di kampungnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan
internet yang baik. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
masalah pelajar sepanjang pembelajaran alam maya serta mengenal pasti langkah proaktif yang
boleh diambil bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan walaupun semasa pandemik
covid-19. Antara metode yang digunakan dalam kajian kuantitatif ini ialah kaedah soal selidik
secara dalam talian melalui ‘Google Form’. Hasil penelitian mendapati, isu yang timbul daripada
situasi pembelajaran alam maya ini ialah peratusan pelajar hadir ke kelas online menurun
disebabkan masalah rangkaian internet yang lemah. Cabaran yang mungkin berlaku ialah pelajar
kurang fokus dan kurang motivasi disebabkan suasana pembelajaran yang tidak selesa tambahan

784
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

pula masalah internet yang kurang memuaskan. Sebagai kesimpulan, pengkaji mendapati pelajar
di Malaysia mula membiasakan diri dengan situasi belajar dari rumah kerana terdapat kebaikan
dan kelebihan yang tersendiri.

Kata kunci: Masalah rangkaian internet, peperiksaan online, pandemik covid-19

1.0 Pengenalan

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan semua sektor kehilangan kekuatan untuk
meneruskan rutin hariannya. COVID-19 mendatangkan risiko yang sangat besar dan memberi
impak terhadap sosioekonomi dan bidang pendidikan sama ada pada tahap prasekolah, tahap
rendah, tahap menengah mahupun tahap pengajian tinggi. Ketika situasi ini melanda di Negara
kita, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan gabungan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) melaksanakan tindakan yang sewajarnya dengan menutupkan semua kemudahan
pendidikan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 terus menular. Bertitik tolak daripada hal ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyebarkan surat pekeliling KPM Bilangan Bagi
menentukan pembelajaran murid tidak tergendala sewaktu tempoh PKP ini, pendidik telah
memberi arahan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr), secara
dalam talian mahupun luar talian mengikut kemampuan pendidik dan murid.

Pembelajaran dalam talian semasa pandemik ialah kaedah baharu dalam pengajaran yang
membolehkan pendekatan berfokuskan pendidik diubah menjadi pembelajaran berpusatkan
pelajar. Konsep pembelajaran juga dikenali sebagai e-pembelajaran merupakan pengaruh dalam
proses transformasi pendidikan tradisional ke alam maya, baik kandungan mahupun kaedah Dalam
tempoh tersebut, warga pendidik di Malaysia telah mengambil tindakan dengan menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran dalam talian dapat melahirkan
tingkah laku yang positif dalam kalangan pelajar. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran
pembelajaran secara maya semasa pandemik COVID 19 seperti kekurangan motivasi daripada ibu
bapa terhadap pembelajaran atas talian dan kesusahan menghasilkan perbualan dua hala antara
murid dengan pendidik. Justeru, kajian ini akan membincangkan serta mengenal pasti masalah
pelajar sepanjang pembelajaran alam maya dan mengenal pasti langkah-langkah yang diambil bagi
memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan oleh setiap pelajar semasa pandemik COVID-
19.

1.1 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif utama kajian ini adalah:

1.1.1 Mengenal pasti isu atau masalah pembelajaran secara maya atau atas talian oleh pelajar
semasa pandemik covid-19.

785
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

Kajian yang dilakukan ini bagi mengenal pasti jenis-jenis permasalahan yang terjadi kepada
pelajar semasa menjalani pembelajaran secara atas talian semasa berlakunya pandemik covid-19.

1.1.2 Mengkaji cabaran semasa yang dihadapi oleh pelajar semasa menjalani ‘online learning’.
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti adakah isu dan cabaran ini memberi impak yang negatif
dalam sesi pembelajaran secara maya kepada pelajar khasnya semasa pembelajaran atas talian ini.

1.1.3 Mengenal pasti langkah-langkah yang strategik bagi menangani cabaran yang dihadapi
sepanjang tempoh pembelajaran secara maya semasa pandemik covid-19 kepada pelajar.
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji langkah-langkah serta strategi yang proaktif bagi memberikan
kemudahan kepada pelajar umumnya, untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran
walau apa cara sekalipun.

2.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah kaedah yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan. Secara
umumnya, terdapat dua metodologi yang digunakan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Oleh
itu, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif melalui soalan kaji selidik atas
talian. Penjelasan metodologi yang dijalankan adalah seperti berikut.

2.1 Kaedah Kuantitatif Secara Kajian Soal Selidik

Kajian ini menggunakan kaedah atau metodologi kajian secara kuantitatif dengan menggunakan
borang soal selidik atas talian bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Borang soal selidik
yang sesuai telah dibentuk oleh pengkaji untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat
serta betul berdasarkan objektif kajian. Borang soal selidik terdiri daripada 4 bahagian. Bahagian
pertama adalah soalan mengenai demografi responden manakala bahagian kedua, analisis isu atau
masalah pembelajaran secara maya atau atas talian. Bahagian ketiga, analisis cabaran semasa yang
dihadapi oleh pelajar semasa menjalani ‘online learning’. Manakala, bahagian keempat, mengenai
analisis langkah-langkah yang strategik bagi menangani cabaran sepanjang tempoh pembelajaran
secara maya semasa pandemik covid-19.

Kajian ini menggunakan pengukuran skala likert lima mata yang mempunyai lima aras pengukuran
iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti, 4 = setuju, 5 = sangat setuju. Kajian
ini juga menggunakan soalan objektif iaitu jawapan beserta pilihan jawapan.

2.2 Analisis Data

Kaedah menganalisis data digunakan dalam kajian ini. Pada peringkat awal, data dianalisis
menggunakan kaedah analisis setiap kandungan daripada bahan sekunder seperti akhbar dalam

786
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

talian, kamus dan sebagainya. Seterusnya menggunakan analisis data secara statistik dalam
metodologi kuantitatif. Data kuantitatif pula dianalisis secara kekerapan dan peratus bagi mencapai
objektif kajian yang untuk mengenal pasti tahap masalah pelajar sepanjang pembelajaran secara
maya semasa pandemik covid-19.

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Analisis Demografi Responden

Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah
menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah disoal selidik melalui borang
soal selidik google form. Huraian latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa
dan institusi pendidikan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

3.1.1 Jantina Responden

JANTINA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

Lelaki 36 36

Perempuan 64 64

JUMLAH 100 100

Jadual 1: Jantina Responden

Jadual 1 menunjukkan kumpulan jantina responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Seramai 100 orang responden telah menjawab soal selidik. Jantina yang mencatatkan bilangan
responden paling tinggi iaitu perempuan iaitu seramai 64 orang (64%). Jantina lelaki yang paling
sedikit ialah 36 orang (36%).

3.1.2 Umur Responden

UMUR JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

7-12 tahun 5 5

787
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

13-17 tahun 9 9

18-29 tahun 86 86

30 tahun ke atas - -

JUMLAH 100 100

Jadual 2: Umur Responden

Jadual 2 menunjukkan kumpulan umur responden. Seramai 100 orang responden telah menjawab
borang soal selidik secara atas talian. Kumpulan umur 18-29 tahun mencatatkan bilangan
responden yang paling tinggi iaitu seramai 86 orang (86%). Kumpulan umur yang paling sedikit
ialah kumpulan 7-12 tahun seramai 5 orang (5%). Selain itu, kumpulan umur 13-17 tahun mencatat
seramai 9 orang (9%). Kumpulan umur yang berbeza memberi pendapat yang berbeza terhadap
isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa menjalani pembelajaran secara maya ketika
pandemik covid-19.

3.1.3 Bangsa

BANGSA JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

Melayu 88 88

Cina 5 5

India 5 5

Lain-lain 2 2

JUMLAH 100 100

Jadual 3: Jenis bangsa

Jadual 3 menunjukkan kumpulan bangsa responden yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina,
India dan lain-lain bangsa. Seramai 100 orang responden telah menjawab borang soal selidik

788
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

secara atas talian. Kumpulan bangsa Melayu mencatatkan bilangan responden yang paling tinggi
iaitu seramai 88 orang (88%). Responden dari bangsa lain-lain terdiri daripada bangsa Dusun
mencatatkan bilangan paling sedikit iaitu seramai 2 orang (2%). Selain itu, jumlah responden dari
bangsa Cina dan India mencatat nilai responden yang sama seramai 5 orang (5%). Responden yang
pelbagai bangsa ini membolehkan kami mendapatkan maklum balas yang berbeza yang bukan
tertumpu pada satu kaum sahaja, ini membolehkan kami menganalisis dapatan kajian dengan lebih
baik mengenai permasalah yang berlaku di kalangan pelajar dalam menghadapi pembelajaran
secara maya semasa musim pandemik ini.

3.1.4 Tahap Institusi Pengajian Responden

INSTITUSI PENGAJIAN JUMLAH (ORANG) PERATUS (%)

Sekolah Rendah 4 4

Sekolah Menengah 11 11

IPTA/IPTS 85 85

JUMLAH 100 100

Jadual 4: Institusi Pengajian Responden

Jadual 4 menunjukkan tahap institusi pengajian responden yang terdiri daripada pelajar sekolah
rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Seramai 100 orang responden telah menjawab soalan soal selidik. Pelajar Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta mencatatkan bilangan responden paling ramai iaitu 85 (85%) manakala
bilangan responden daripada pelajar sekolah menengah mencatatkan seramai 11 orang (11%) dan
bagi pelajar sekolah rendah hanya seramai 4 orang responden (4%).

3.2 Analisis Isu Pembelajaran Secara Maya oleh Pelajar Semasa Pandemik Covid-19

3.2.1 Persediaan Fizikal dan Mental Yang Kurang

789
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

Rajah 1: Pada awal fasa pandemik, anda kurang persediaan mental dan fizikal dalam menghadapi
pembelajaran secara maya atau atas talian.

Berdasarkan rajah 1, kajian mendapati bahawa seramai 87 orang responden yang menjawab sangat
setuju (87%) bahawasanya mereka mengalami kesulitan untuk menjalani pembelajaran secara atas
talian pada awal fasa pandemik covid-19 kerana disebabkan kekurangan persedian mental dan
fizikal yang mencukupi, tambahan pula ini menjadi kesukaran kepada pelajar yang tidak
berkemampuan dan juga kepada golongan B40. Terdapat juga beberapa halangan lain dalam
menyokong pengalaman pengajaran dan pembelajaran secara atas talian seperti kekurangan
peralatan dan sambungan rangkaian internet yang kuat bagi setiap kawasan di Malaysia ini
(Noriyani, 2017). Selain itu, yang menjawab setuju adalah seramai 5 orang responden (5%).
Manakala yang menjawab tidak pasti mengenai kurangnya persediaan fizikal dan mental adalah
seramai 6 orang responden (6%) dan bakinya yang menjawab tidak setuju hanyalah 2 orang
responden (2%). Oleh yang demikian, penting bagi setiap pelajar mempunyai persediaan yang
mencukupi bagi membolehkan mereka menjalani pembelajaran dengan lebih efektif.

790
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.2.2 Faktor Capaian Internet

Rajah 2: Adakah tahap kebolehcapaian internet di kawasan anda amat membantu semasa pembelajaran
atas talian

Rajah 2, menunjukkan tahap keboleh capaian internet yang membantu bagi setiap pelajar semasa
pembelajaran secara atas talian. Kajian mendapati bahawa seramai 35 orang pelajar menyatakan
sangat tidak setuju (35%) dan 9 orang pelajar juga tidak bersetuju (9%) bahawa, internet di
kawasan mereka amat tidak membantu dalam sesi pembelajaran secara maya ini. Hal ini kerana
terdapat sebahagian pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang kurang mendapat liputan
internet yang baik. Oleh yang demikian, perkara ini menyulitkan mereka untuk menjalani
pembelajaran dengan lebih efektif seperti rakan-rakan yang lain. Kajian juga menunjukkan,
seramai 29 orang responden (29%) menjawab sangat setuju dan 9 orang responden (9%) bersetuju
bahawa capaian internet mereka amat membantu dalam sesi pembelajaran atas talian ini.
Selebihnya, seramai 18 orang responden (18%) menyatakan tidak pasti sama ada capaian internet
tersebut memberangsangkan ataupun tidak.

791
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.2.3 Kestabilan Platform Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 3: Ketidaktetapan sesuatu platform pengajaran dan pembelajaran atas talian memberi kesukaran
kepada anda dalam menjalani ‘online learning’ ini.

Rajah 3 menunjukkan pernyataan tentang ketidakstabilan sesuatu platform pengajaran dan


pembelajaran atas talian ini memberi kesukaran kepada pelajar dalam menjalani ‘online learning’
ini. Majoriti responden sangat setuju bahawa apabila sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak
dipusatkan pada satu platform ianya menjadi kesukaran kepada mereka bagi menghadapi
pembelajaran secara maya ini kerana perkara ini kadangkala menimbulkan kekeliruan apabila
bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran, iaitu seramai 81 orang responden (81%). Selain
itu, 8 orang responden (8%) juga bersetuju bahawa kestabilan platform ini adalah penting dalam
sesuatu pembelajaran. 9 orang responden (9%) pula menjawab tidak pasti tentang perkara ini
manakala 2 orang responden (2%) selebihnya memilih sangat tidak setuju terhadap pernyataan ini.

792
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.3 ANALISIS CABARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA SEMASA


PANDEMIK COVID-19

3.3.1 Kurang Galakkan Daripada Ahli Keluarga

Rajah 4: Kekurangan motivasi daripada ibu bapa menyebabkan motivasi murid-murid turut berkurang
untuk meneruskan pembelajaran atas talian

Berdasarkan carta bar di atas, kekurangan motivasi daripada ibu bapa menyebabkan motivasi
murid-murid turut berkurangnya untuk meneruskan pembelajaran atas talian dengan memperolehi
sebanyak lapan puluh orang responden yang sangat setuju dengan kajian ini. Manakala terdapat
sepuluh orang responden yang setuju dengan cabaran kekurangan motivasi daripada ibu bapa
adalah cabaran pembelajaran secara maya sepanjang pandemik COVID-19. Hal ini mungkin
terjadi disebabkan ibu bapa sibuk dengan urusan kerja dan tidak mencukupi masa dengn anak-
anak.

793
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.3.2 Komunikasi yang Terhad serta Mempunyai Kekangan Antara Pendidik dan Pelajar

Rajah 5: Kesusahan untuk menghasilkan perbualan dua hala antara murid dengan pendidik telah
menyebabkan pembelajaran atas talian ini susah atau tidak dapat dilaksanakan dengan baiknya.

Berdasarkan carta bar di atas, kesusahan untuk menghasilkan perbualan dua hala antara murid
dengan pendidik telah menyebabkan pembelajaran atas talian ini susah dengan memperoleh
sebanyak lapan puluh dua orang responden yang sangat setuju dengan cabaran utama ini
pembelajaran secara maya. Kesusahan ini mungkin disebabkan keboleh capaian sambungan
internet untuk menyertai kelas dalam talian dalam keadaan yang tidak memuaskan. Manakala
terdapat Sembilan orang responden yang setuju dan kurang pasti terhadap kajian cabaran
pembelajaran secara maya semasa pandemik.

794
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.3.3 Faktor Sosioekonomi

Rajah 6: Faktor sosioekonomi menjadi penghalang kepada kesediaan murid dalam menerusi
pembelajaran atas talian

Berdasarkan carta bar di atas, faktor sosioekonomi menjadi penghalang kepada kesediaan murid
dalam menerusi pembelajaran atas talian telah merekodkan sebanyak lapan puluh tiga peratus yang
mewakili lapan puluh tiga orang responden yang sangat setuju dengan cabaran pembelajaran
secara maya ini sepanjang COVID-19. Terdapat seorang yang tidak setuju dengan kajian cabaran
soal selidik ini. Sembilan orang kurang pasti dengan dapatan kajian yang menyatakan faktor sosio
ekonomi menjadi penghalang kepada kesediaan pembelajaran secara maya ini. Hal ini demikian
berlaku mungkin disebabkan ibu bapa lebih memberi keutamaan terhadap keperluan asas bagi
kehidupan mereka berbanding menyediakan kelengkapan pembelajaran anak-anak mereka. Oleh
itu, faktor sosioekonomi juga memberi kesan kepada pembelajaran atas talian semasa pandemik
ini.

795
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.4 ANALISIS LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN SEPANJANG


TEMPOH PEMBELAJARAN SECARA MAYA SEMASA PANDEMIK COVID-19

3.4.1 Bantuan Kepada Pelajar yang Tidak Berkemampuan

Rajah 7: Kerajaan membantu pelajar dari kalangan B40 dan yang tidak berkemampuan untuk membeli
data internet setiap bulan bagi kemudahan kelas ‘online’.

Berdasarkan kaedah kaji selidik ini, pengkaji mendapati sebanyak 91% responden sangat bersetuju
agar kerajaan membantu rakyat terutama mereka yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi
dengan gaji yang sedikit untuk membeli data internet setiap bulan. Melalui bantuan pembelian data
internet oleh kerajaan kepada rakyat terutamanya golongan B40 ini mampu mengurangkan sedikit
beban pelajar untuk masuk ke kelas online. Manakala 6% lagi responden kurang pasti adakah
langkah ini boleh dilakukan atau tidak dan 2% lagi responden bersetuju agar kerajaan membantu
rakyat yang kurang berkemampuan membeli data internet.

796
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.4.2 Pemupukan Semangat daripada Institusi Pengajian

Rajah 8: Institusi / sekolah memupuk semangat belajar walaupun dalam keadaan yang tidak selesa.

Selain itu, antara langkah lain yang boleh dilakukan dalam menangani cabaran pembelajaran alam
maya ialah, institusi atau pihak sekolah memupuk semangat belajar dalam diri pelajar walaupun
dalam keadaan yang tidak selesa. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir pelajar yang tidak
bersemangat untuk masuk ke kelas online atas faktor gangguan jaringan internet yang lemah,
suasana belajar yang tidak kondusif dan sebagainya. Sebanyak 87% responden bersetuju agar
pihak sekolah dan IPT melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan semula semangat belajar
pelajar. Manakala sebanyak 9% lagi kurang pasti dan 2% adalah bersetuju.

797
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

3.4.3 Sumbangan daripada Pihak Kerajaan dan NGO

Rajah 9: Memohon sumbangan kerajaan dan pihak NGO dalam penyediaan keperluan pembelajaran
seperti komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.

Antara langkah lain yang boleh dilakukan juga ialah dengan memohon bantuan atau sumbangan
dari pihak kerajaan atau NGO dalam penyediaan keperluan pembelajaran seperti komputer riba,
telefon bimbit dan sebagainya bagi memudahkan para pelajar menghadapi pembelajaran atas talian
dengan lebih efektif. Rajah 9 menunjukkan majoriti responden sangat bersetuju dengan langkah
ini iaitu seramai 90 responden (90%) dan 7 orang juga bersetuju dengan pernyataan ini (7%).
Manakala, baki responden menyatakan tidak pasti mengenai sumbangan ini samada amat
membantu pelajar semasa ‘online learning’ dijalankan iaitu seramai 3 orang responden (3%).
Justeru, bantuan daripada pihak kerajaan dan para NGO amatlah digalakan bagi membantu para
pelajar khasnya dalam meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid19 ini.

4.0 Rumusan

4.1 Kekurangan motivasi dari ibu bapa

Kajian ini menunjukkan, antara cabaran yang dihadapi pelajar masa kini dalam menjalani
pembelajaran alam maya semasa pandemik COVID 19 adalah kekurangan motivasi daripada ibu
bapa. Hal ini demikian kerana, ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan pelajar semasa

798
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

berada di rumah. Mereka melihat segala yang dilakukan oleh anak-anak mereka namun kurangnya
motivasi dan dorongan kepada mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja
mencari rezeki sehingga menyebabkan mereka mengabaikan emosi anak-anak mereka.
Sesungguhnya, dalam mendepani cabaran pembelajaran alam maya sepanjang pandemik COVID
19 ini, pelajar berdepan dengan pelbagai tekanan seperti masa menyiapkan kerja rumah atau
tugasan ‘assignment’ yang tidak mencukupi disebabkan mahu melihat semula rakaman kelas
online untuk memahami dengan lebih mendalam akan tajuk yang dibincangkan. Selain itu,
terdapat juga tekanan-tekanan lain seperti masalah keluarga, pergaduhan antara ibu bapa dan
sebagainya. Di dalam situasi seperti ini, ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk lebih
bersemangat menuntut ilmu, bukannya menambahkan rasa tertekan dalam diri mereka.

4.2 Kesusahan untuk menghasilkan perbualan dua hala antara murid dengan pendidik telah
menyebabkan pembelajaran atas talian ini susah atau tidak dapat dilaksanakan dengan
baiknya.

Terdapat sebilangan pelajar bersetuju bahawasannya pembelajaran secara maya ini menyebabkan
komunikasi mereka dengan guru mereka terhad dan boleh jadi timbulnya salah faham. Hal ini
kerana, untuk bertanyakan sesuatu topik, ada dikalangan pelajar yang lebih memilih untuk
bertanya melalui kiriman peribadi ‘Whatsapp’. Namun, masa bertanya adalah terhad pada waktu
siang dan hari bekerja sahaja. Selain itu, disebabkan terlalu ramai pelajar yang bertanya sehingga
menyebabkan guru atau pensyarah itu terlupa untuk menjawab soalan pelajar yang lain.

4.3 Faktor sosioekonomi menjadi penghalang kesediaan pelajar menjalani pembelajaran


secara ‘online’.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati terdapat segelintir pelajar yang memilih untuk
melakukan kerja sambil belajar seperti kerja separuh masa atau sepenuh masa di sesebuah restoran,
kedai serbaneka dan sebagainya. Hal ini disebabkan kerana mereka ingin menampung kos sara
hidup tambahan lagi pandemik COVID 19 ini yang menyebabkan ibu bapa mereka kehilangan
kerja. Mereka memilih untuk mencari pendapatan sampingan menyebabkan mereka kekurangan
waktu untuk mengikuti kelas online.

4.4 Langkah menangani

4.4.1 Kerajaan membantu golongan B40 untuk membeli data


Terdapat beberapa plan data yang boleh didapati oleh pelajar untuk mengikuti kelas online tanpa
perlu risaukan limit penggunaannya. Sebagai contoh, celcom menawarkan plan sebanyak RM35
sebulan dengan kelebihan ‘unlimited data’ dan ‘hotspot’ sebanyak 3Gb, umobile juga sebanyak
RM35 sebulan dengan kelebihan hotspot 6Gb dan lain lain plan internet lagi. Pelajar hanya perlu
memilih mengikut kesesuaian jaringan di tempat mereka bagi mengelakkan masalah internet

799
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

lemah. Melalui kaedah ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos belanja isi rumah pelaja B40
di Malaysia terutama mereka yang terpaksa berkongsi peranti internet dengan adik beradik mereka
yang lain.

4.4.2 Institusi/ sekolah memupuk semangat belajar

Pihak sekolah dan institusi juga perlu memberi kerjasama dalam membantu pelajar untuk lebih
bersemangat dalam menuntut ilmu. Antara yang boleh mereka lakukan adalah seperti
menceritakan pengalaman mereka menuntut ilmu sebelum bergelar pendidik, cabaran dan dugaan
yang mereka hadapi sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah dan sebagainya. Hal ini
secara tidak langsung akan membuatkan diri seseorang pelajar lebih bersemangat dan termotivasi
untuk belajar bersungguh-sungguh.

4.4.3 Sumbangan dari pihak kerajaan atau NGO dalam penyediaan keperluan seperti
komputer riba dan telefon bimbit

Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir rakyat malaysia yang mempunyai anak ramai sehingga
tidak mampu membelikan setiap seorang dari mereka telefon bimbit atau komputer riba
disebabkan harga yang terlalu mahal. Dengan adanya bantuan dari kerajaan mahupun pihak NGO
ini, ia akan mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh pelajar dalam menghadapi cabaran
menuntut ilmu dalam fasa pandemik COVID 19 ini. Hal ini secara tidak langsung mampu
membangkitkan lagi semangat belajar dalam diri pelajar di samping mahu membuktikan
bahawasanya mereka mampu untuk berdepan apa sahaja situasi ataupun cabaran kepada mereka
sepanjang menuntut ilmu.

5.0 Rujukan

Berita Harian. (2020). Video tular pelajar UMS jawab peperiksaan atas pokok. 16 Jun 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/701039/video-tular-pelajar-
ums-jawab-peperiksaan-atas-pokok

Datuk Dr Fadzilah Kamsah. (2007). Petua mendidik anak menjadi insan positif. Telaga biru

Dr Ehwan Ngadi. COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. Universiti
Sains Islam Malaysia. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-
implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/

Mahalingam, Nilavani & Jamaludin, Khairul. (2022). Impak Dan Cabaran Pelaksanaan
Pengajaran. 4. 104-115.

800
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022)
– Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022 (eISSN 2811-4051)

MYPT3. (2022). Bantuan komputer riba B40 percuma 2022. 21 Mac 2022.
https://mypt3.com/bantuan-laptop-b40-pelan-data

Noriyani Binti Doman. (2017). Implikasi Google Apps dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Murid pesisir UTHM. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kuala
Lumpur.

801

You might also like