You are on page 1of 43

CABARAN GURU MATEMATIK MELAKSANAKAN PDPR (PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI RUMAH) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

(PKP) BERDASARKAN SKPMg2 STANDARD 4

PENDAHULUAN

Seluruh dunia telah dikejutkan oleh penularan wabak baharu dikenali sebagai

wabak penyakit Coronavirus yang lebih dikenali sebagai Covid-19. Penularan Covid-

19 ini adalah disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 yang menyerang sistem pernafasan

manusia (WHO, 2020). Pada 5 Januari 2020, World Health Organisation (WHO) telah

mengeluarkan Berita Wabak Penyakit mengenai virus baharu susulan insiden yang

berlaku di China tentang status pesakit dan tindak balas kesihatan awam terhadap

kelompok kes radang paru-paru di Wuhan (WHO, 2020). Pada 30 Januari 2020 wabak

ini telah merebak dengan pantas sehingga melibatkan 18 buah negara di luar China

(WHO, 2020). Maka pada 11 Mac 2020, WHO telah mengisytiharkan wabak novel

coronavirus (COVID-19) sebagai pandemik global (Cucinotta & Vanelli, 2020).

Penularan Covid 19 di Malaysia bermula apabila Menteri Kesihatan (ketika itu)

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga

China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020

(“Kronologi COVID-19 Di Malaysia,” 2020). Menurut laporan daripada WHO, bermula

3 Januari 2020 hingga 27 Mei 2022, terdapat 4,499,057 kes disahkan COVID-19

dengan 35,656 kematian, dilaporkan oleh Crisis Preparedness and Response Centre
(CPRC) Malaysia kepada WHO (“Malaysia: WHO Coronavirus Disease (COVID-19)

Dashboard with Vaccination Data,” 2020).

Lantaran penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa, Kementerian

Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi

mencegah penularan serta mengawal Covid-19 daripada terus merebak lantas

mewujudkan norma baharu dalam masyarakat iaitu termasuklah aspek penjarakan

fizikal 1 meter antara individu (MySejahtera, 2020). Pihak kerjaan pada ketika itu juga

telah mengambil langkah proaktif dengan mengisytiharkan PKP berkuat kuasa 18

hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19 (Berita

Harian, 2021). Situasi yang berlaku turut memberikan kesan serta implikasi terhadap

bidang pendidikan khususnya melibatkan guru dan murid apabila Perintah Kawalan

Pergerakan menyebabkan institusi pendidikan ditutup buat sementara dan proses

pengajaran dan pembelajaran berubah daripada sesi bersemuka kepada sesi

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) berdasarkan surat pemakluman

daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 8 November 2020 (KPM, 2020).

Keadaan ini secara langsung telah mengubah perspektif proses pengajaran dan

pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah kepada proses pengajaran dan

pembelajaran di rumah (PdPr) dan memberikan kesan kepada para pendidik. Bagi

memastikan murid-murid tidak tercicir daripada mendapatkan pembelajaran dan

pendidikan dalam tempoh PKP, guru perlu mengharungi kebiasaan baharu atau lebih

dikenali sebagai the new norm dalam proses PdPc (Nur Hazirah Hairia’an & Masayu

Dzainudin, 2020).
Ropisa & Rahimah (2018) menyebutkan bahawa pembelajaran adalah satu proses

penerimaan ilmu pengetahuan, penguasaan dan pembentukan sikap seseorang murid

yang dibantu oleh guru atau pendidik. Titik Rahayu, Syafrimen Syafril dan rakan-rakan

(2018) dalam kajian mereka, Kualiti Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran

STEM menyebutkan tentang kajian Karacop (2016) iaitu penglibatan murid dalam sesi

pembelajaran dapat meningkatkan keberhasilan murid, meningkatkan bakat dan

potensi, membangunkan ruang lingkup belajar yang tepat dan memaksimumkan

pencapaian murid tersebut. Maka, kemahiran serta efisiensi guru memainkan peranan

agar pembelajaran berkesan dapat diwujudkan dan memaksimumkan tahap

pencapaian murid. Pembelajaran ini juga melibatkan keterlibatan serta komitmen

daripada pendidik selaras dengan ciri pendidik abad ke-21 yang mengetengahkan

tentang pendidik yang benar-benar berminat dan positif akan sentiasa memberi kesan

positif kepada pembelajaran dan pencapaian pelajar (Mazlini et al., 2021)

Kesimpulannya ialah tahap kesediaan guru mengintegrasikan PAK-21 antara

minat,pengetahuan dan kemahiran dalam kajian ini adalah berada pada tahap tinggi.

Guru-guru juga perlu memainkan peranan membentuk minat murid agar menumpukan

perhatian dalam PdPc. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal

dokumen khusus bagi memastikan kualiti guru ini terjamin seiring peredaran zaman

iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang terangkum di

dalamnya elemen kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum,


kokurikulum, dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), dan

kemenjadian murid (KPM, 2018).

Standard 4 (PdPc) SKPMg2 merujuk kepada instrumen penilaian pengajaran guru

bagi persiapan merancang, melaksana serta melakukan aktiviti pengajaran dan

pemudahcaraan dalam bilik darjah (Liong Mei Cheng, 2022). Guru perlu memainkan

peranan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan juga penilai

dalam satu sesi pembelajaran bersama murid. Menurut kajian oleh Zaaim, Mohd Nor &

Surat (2019), terdapat hubungan positif yang signifikan dan moderat antara PdPc

dengan pencapaian murid. Maka, sungguhpun berlaku pertukaran PdPc kepada PdPR

disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, peranan guru berdasarkan SKPMg2

Standard 4 masih digunapakai dalam memantau dan menilai hasil kerja guru. Hal yang

demikian disokong oleh kajian daripada Liong Mei Cheng & Nurfaradilla Mohammad

Nasri (2022) menyebutkan bahawa pentadbir sekolah dan guru yang bertugas

walaupun di pedalaman turut menghadapi cabaran dalam menggunapakai SKPMg2

Standard 4 (PdPc) untuk menilai proses PdPR yang dilaksanakan.

PENYATAAN MASALAH

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan

memberikan kesan yang sangat besar kepada sistem pendidikan negara. Coronavirus

telah menyebabkan situasi wabak global sepertimana yang diisytiharkan UNESCO

memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah


(Farit, Maslawati, Aishath, Rosnani, Zarina & Saadiah, 2021) seluruh dunia (UNESCO,

2020).

PKP yang dilaksanakan memaksa semua institusi pendidikan dalam negara

ditutup dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa proses

pembelajaran akan berlangsung di rumah masing-masing menerusi PdPR (

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) menerusi surat siaran KPM Bilangan 3

Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

semasa tempoh PKP bertarikh 27 Mac 2020 supaya pembelajaran murid tidak terjejas

walaupun sekolah ditutup (Garis Panduan Pengurusan Pengurusan Pembukaan

Semula Sekolah KPM, 2020). PdPR boleh dilaksanakan menerusi secara dalam talian

ataupun luar talian bergantung kepada situasi guru serta murid yang terlibat (KPM,

2020).Menurut Mohamed, Khidhir, Nazeer dan Vijayan (2020), PdPR dalam talian

adalah pendekatan paling sesuai apabila murid terpaksa tinggal di rumah untuk belajar

disebabkan oleh pandemik ini. KPM membenarkan guru-guru memilih pendekatan

PdPR yang paling sesuai mengikut situasi masing-masing iaitu secara “online”, “Off-

line”, ataupun secara luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang (KPM,

2020).

Guru dan murid-murid juga kerap berkomunikasi menggunakan bahan

komunikasi atas talian seperti Whatsapp, Telegram, Microsoft Teams, Google Meet

atau Zoom bagi mengadakan kelas PdPR atau perbincangan. Kenyataan ini disokong

oleh Nurul Asnidah Ab Hajis, Roslinda Rosli, Muhammad Sofwan Mahmud, Lilia
Halim& Aidah Abdul Karim (2022) di dalam kajian mereka iaitu Pengintegrasian

Teknologi Dalam Kalangan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di

Rumah , menyebutkan bahawa guru didapati telah mempelbagaikan strategi dan

kaedah pengajaran bagi memastikan kandungan pengetahuan dapat disampaikan

kepada murid dengan berkesan. Antara kaedah pengajaran yang digunakan

semasa PdPR ialah memberikan latihan melalui aplikasi digital seperti WhatsApp,

Telegram, dan Google Form. Guru juga turut menjalankan pengajaran secara

bersemuka dalam talian dengan menggunakan platform pembelajaran digital

seperti Google Meet, Microsoft Teams, dan Zoom.

Walaubagaimanapun, PdPR yang dilaksanakan memberikan cabaran serta

mempunyai permasalahannya yang tersendiri. Kajian keberkesanan pelaksanaan

home-based learning semasa perintah kawalan pergerakan (KPM, 2020) yang

dijalankan mendapati terdapat 4 isu utama PdPR iaitu kesukaran untuk mewujudkan

interaksi dua hala secara berkesan bersama murid, masalah capaian internet,

bahan sokongan pengajaran yang terhad, serta persekitaran pembelajaran

yang kurang kondusif.

Pelaksanaan PdPR telah memberikan empat cabaran utama semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu kesulitan untuk

mewujudkan interaksi secara berkesan bersama murid, masalah capaian

internet, bahan pengajaran yang terhad, serta persekitaran pembelajaran yang

kurang kondusif (KPM, 2021). Tidak kurang juga isu berkaitan guru khususnya
melibatkan kesukaran guru memilih dan menerapkan strategi atau mekanisme

sokongan untuk mewujudkan penglibatan serta pemikiran murid terutamanya dalam

matapelajaran matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam

talian (Yılmaz et al., 2021). Hal yang demikian disebabkan oleh tahap pengaplikasian

teknologi yang sederhana (Ismail, 2019).

Perubahan dimensi interaksi pembelajaran disebabkan Covid-19 dirasai

kesannya di seluruh dunia. Finland sebagai contoh, telah mengisytiharkan darurat

sepertimana yang terkandung dalam Akta Kuasa Kecemasan 1 disebabkan oleh

pandemik Covid-19 pada pertengahan Mac 2020 bagi membolehkan pemusatan

kuasa bagi membuat sebarang keputusan. Kerajaan memutuskan untuk menutup

sekolah dari 18 Mac hingga 13 Mei dan kemudian membuat peralihan kepada

pengajaran jarak jauh (Kerajaan Finland, 2020). Mengikut garis panduan Agensi

Finland untuk Pendidikan (FNAE, 2020), pengajaran dan pembelajaran bertujuan

untuk diteruskan mengikut kepada kurikulum wajib sekolah semasa tempoh

pengajaran jarak jauh tetapi disesuaikan dengan cara alternatif, termasuk penggunaan

pelbagai persekitaran pembelajaran digital dan, apabila perlu, pembelajaran bebas.

Walau bagaimanapun, secara purata satu daripada empat guru di Finland akan

menurunkan tahap keperluan untuk penilaian dan penggredan (Ahtiainen et al., 2020)

dan hal yang demikian boleh diterima oleh pihak berkepentingan serta keluarga murid

(HS, 2020).
Namun begitu, Finland yang dikategorikan antara contoh pendidikan terbaik di

dunia (OECD, 2020) turut mengalami masalah disebabkan oleh perubahan mendadak

terhadap pendekatan pembelajaran yang diamalkan kerana isu pandemik ini. Menurut

Salmela-Aro et al. (2020) yang mengumpulkan data daripada semua pengetua Finland

sepanjang April dan Mei 2020 tentang kemahiran digital, kesejahteraan berkaitan kerja

dan pembelajaran jarak jauh mendapati sebanyak 36% responden mengalami

tekanan yang tinggi dan 18% mengalami isu “burnout”. Hal yang demikian disebabkan

oleh guru-guru di bawah seliaan mereka menghadapi cabaran dalam menguruskan

peralihan pembelajaran kepada mod pendidikan jarak jauh (Salmela-Aro et al., 2020).

Perubahan drastik persekitaran pembelajaran dan pendidikan juga berlaku

kepada negara jiran kita iaitu Singapura yang mengambil langkah proaktif dalam

mendepani isu pembelajaran jarak jauh disebabkan Covid-19. Salah satu cara

Singapura melalui Kementerian Pendidikannya membantu mengekalkan

kesinambungan pembelajaran untuk pelajar mereka adalah melalui membantu

memudahkan pembelajaran berasaskan rumah (home based learning). Sebelum

bermulanya darurat dan penutupan institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan

Singapura telah melaksanakan satu hari home based learning dalam seminggu untuk

sekolah, dengan menjangkakan kemungkinan berlaku penutupan sekolah di seluruh

negara (lockdown) secara sepenuh masa (O. S. Tan dan J. J. E. Chua, 2022). Hal

yang demikian membolehkan sekolah beralih secara progresif kepada model

pembelajaran dalam talian, dan secara tidak langsung guru dan pelajar dapat

membiasakan diri mereka dengan sistem HBL. Proses ini membolehkan penyelarasan
berlaku secara beransur-ansur kepada mod HBL dan bukannya secara serta-merta

yang boleh menyebabkan kekeliruan, ketidaksediaan, dan tindak balas terhadap

pembelajaran pelajar.

Pihak berkuasa pendidikan Singapura juga mewujudkan Student Learning

Space, SLS (Ruang Pembelajaran Pelajar) sebagai platform pembelajaran dan

pengajaran untuk guru dan pelajar semasa HBL. SLS merupakan sistem pengurusan

pembelajaran yang mengandungi sumber pendidikan sejajar dengan kurikulum untuk

pelbagai mata pelajaran dan boleh diakses oleh semua guru dan pelajar. Kelebihan

yang ada pada SLS adalah, guru boleh berkongsi sumber pembelajaran yang

berkaitan dan pelajar boleh mengaksesnya secara kendiri (Kementerian Pendidikan

Singapura, 2020). Selain daripada bahan pelajaran, bahan ujian seperti kuiz dan

aktiviti juga tersedia di SLS, serta guru-guru boleh memantau perkembangan pelajar

mereka

secara keseluruhan kelas mahupun individu.

Namun begitu, faktor penguasaan ICT adalah penting untuk menjayakan SLS

dan HBL.

Hal yang demikian tidak mungkin dicapai tanpa usaha Kementerian Pendidikan

Singapura menjadikan ICT sebagai komponen penting dalam teknologi pembelajaran

dan guru-guru Singapura dilengkapi kemahiran berkait ICT. SLS terbukti sebagai alat

yang berguna untuk mod HBL semasa pandemik. Dengan kepelbagaian sumber

pengajaran seperti rancangan pengajaran dan sumber kurikulum yang sedia ada, lebih
mudah bagi guru untuk memulakan pengajaran dalam talian tanpa perlu memindahkan

bahan secara hardcopy kepada softcopy. Selain itu juga, SLS dilengkapkan dengan

video melalui platform persidangan atas talian yang digunakan oleh guru untuk

menjalankan pelajaran dalam talian seperti Zoom dan Google Meet, serta sumber

luaran seperti buku teks dan buku kerja, menawarkan pelajar pengalaman

pembelajaran fleksibel yang mungkin lebih menarik dan berkesan dalam persekitaran

berasaskan rumah (Gov.SG, 2020; Teng & Ang, 2020).

Pelbagai usaha proaktif dilaksanakan oleh kerajaan Singapura tidak

mengenepikan isu berkaitan jurang pendidikan yang masih wujud dalam kalangan

rakyatnya. Menurut Yeung (2020), berdasarkan kajian dijalankan oleh Singapore

Longitudinal Early Development Study (SG Leads), mendapati bahawa 44% daripada

keluarga daripada latar belakang yang kurang bernasib baik tidak memiliki komputer

atau komputer riba di rumah serta 54% daripada mereka tidak memiliki peranti tablet

selain mengalami isu masalah keluarga yang tidak mempunyai langganan internet.

Secara rumusannya, ternyata dampak pandemik Covid-19 sememangnya

mempengaruhi serta memberikan cabaran yang signifikan khususnya dalam sektor

pendidikan secara global amnya dan Malaysia juga tidak terkecuali berhadapan

dengan situasi yang sama. Guru-guru di Malaysia turut merasakan cabaran serta

kemelut isu PdPR yang memberikan kesan terhadap perkembangan murid

terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.


JUSTIFIKASI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji cabaran melaksanakan peranan guru matematik

sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai dalam

pelaksanaan PdPR semasa tempoh PKP.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti cabaran atau halangan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran

Matematik dalam melaksanakan peranannya semasa PdPR berasaskan Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Standard 4 (PdPc).

TINJAUAN LITERATUR

Tanggungjawab Guru-guru Melaksanakan PdPR

PdPR merujuk kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang

merupakan satu bentuk alternatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi

memastikan guru-guru melaksanakan pengajaran dalam fasa norma baharu lantaran

pandemik Covid-19. Sintema (2020) menyatakan kaedah ini merupakan usaha pihak

kerajaan bagi membendung dan meratakan lengkuk serta mengendalikan penyebaran

penyakit. Maka, PdPR boleh dilaksanakan di rumah, pusat komuniti atau mana-mana

lokasi yang sesuai mengikut SOP yang telah ditetapkan. Terdapat 3 pendekatan PdPR
yang boleh digunapakai iaitu PdPR atas talian, PdPR luar talian dan juga pendekatan

secara off-site yang dijalankan di pusat komuniti atau lokasi yang dibenarkan (KPM,

2020). Guru perlu memastikan pendekatan yang digunakan bersesuaian serta

memudahkan guru dan murid dalam proses penyampaian dan penerimaan

pembelajaran. Nasir dan Mansor (2021) menyatakan bahawa pendekatan PdPR

dalam talian menggunapakai internet, penggunaan peranti dan pembelajaran secara

realtime (masa sebenar) menggunakan aplikasi DELima, Google Meet, Zoom, e-

gamification, video, klip audio, eBuku dan rakaman video. Menurut Siti (2021) Perdana

Menteri telah mengambil langkah yang proaktif untuk menjajarkan semula Kurikulum

Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR dan KSSM) bagi disesuaikan

dengan situasi pembelajaran yang berubah disebabkan oleh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

Guru-guru juga dipantau dan dinilai sesi PdPR mereka menggunakan borang SKPMg2

Standard 4 (PdPc) yang mana guru berperanan sebagai perancang, pengawal,

pembimbing, pendorong, dan penilai kepada pembelajaran murid (Azarul Razamin

Mat Said et al., 2021) dalam situasi pembelajaran yang berbeza berbanding

pelaksanaan PdPc di dalam bilik darjah. Hal yang demikian disokong oleh

Rathaneswaary Derbala dan Ruhizan M. Yasin (2022) dalam kajian Tahap

Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas

Terhadap Pengajaran Terbeza yang mengatakan bahawa tahap pengetahuan guru

pendidikan khas (GPK) terhadap pengajaran terbeza sewaktu PdPR diukur daripada
aspek kandungan, proses, hasil dan persekitaran pengajaran di dalam kelas

pemulihan berdasarkan Standard 4 dalam SKPMg2.

Hal yang demikian juga disentuh oleh Liong Mei Cheng dan Nurfaradila Mohamad

Nasri (2022) yang mengatakan bahawa pentadbir sekolah dan guru yang bertugas di

sekolah rendah pedalaman juga menghadapi cabaran untuk menggunakan Standard 4

(PdPC) SKPMg2 dalam menilai PdPR. Perkara ini membuktikan bahawa walaupun

situasi pengajaran dan penyampaian pembelajaran oleh guru telah berubah, instrumen

pemantauan dan pengukuran bagi menilai guru masih lagi sama dan tidak berubah.

Cabaran Guru

Berdasarkan Kajian Martin, Budhrani dan Wang (2019), mereka mendapati 205

fakulti institusi pengajian tinggi atas talian berpusat di Amerika Syarikat,

menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru untuk mengajar dalam talian adalah

tinggi. Hal yang demikian disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Ventayin (2018)

mengenai kesediaan guru-guru terhadap pengajaran dalam talian telah menunjukkan

bahawa guru masih dapat mengikuti trend dalam pembelajaran jarak jauh walaupun

mempunyai pengalaman yang terhad serta kelemahan dalam aspek kemahiran

teknikal, pengurusan masa, pengetahuan dan sikap dalam pendidikan atas talian.

Menurut Nasir dan Mansor (2021), terdapat dua cabaran utama guru dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Cabaran pertama adalah

penggunaan teknologi melibatkan guru dan juga murid. Isu yang timbul adalah apabila
guru tidak memiliki kemahiran atau penguasaan ICT untuk mengakses Google Meet,

Zoom atau DELima selain masalah peranti murid contohnya penggunaan telefon pintar

bersaiz kecil bagi mengikuti kelas yang dijalankan oleh guru memberikan kesan

kepada tahap persediaan pelajar ( Tamilmullai dan Salini, 2021).

Cabaran yang turut dihadapi guru adalah dengan pentadbir, guru, murid dan ibubapa.

Mazura dan Wak Chu Wok (2018) menyebut bahawa 80% guru tidak memiliki

pengetahuan tentang PdPc terbeza lantas menimbulkan persoalan tentang

kompetensi guru dengan pendekatan pembelajaran yang diamalkan. Cabaran guru

semakin bertambah apabila berhadapan dengan ibubapa dan murid melibatkan isu

platform proses PdPR yang bertukar-tukar serta aspek bahan sokongan pembelajaran

yang tidak mencukupi selain isu melibatkan sistem penjadualan kelas yang dirancang

(New, 2020).

Cabaran Murid

Isu utama melibatkan murid sewaktu berlangsungnya PdPR ialah berkenaan

kehadiran murid mengikuti sesi PdPR. Ain (2022) mengulas perkara ini berdasarkan

kajian beliau iaitu Masalah Dihadapi Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan

Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah menceritakan

bahawa masalah kehadiran dan penyertaan murid yang tidak memuaskan berlaku

disebabkan oleh murid yang tidak bersedia untuk mengikuti PdPR. Hal ini turut

disokong oleh Surial Hassan & Rahayu Irdiana Ibrahim (2021) yang menyatakan

bahawa tahap kehadiran kelas online dalam kalangan murid dari kelas belakang dilihat
rendah, guru mengalami kesukaran untuk memantau disiplin dan tumpuan pelajar,

malah ada pelajar yang mengaku telah membuka dua paparan di komputer riba.

Kehadiran murid ini juga dipengaruhi oleh motivasi murid. Perkara ini disokong oleh

Norazilawati (2020) yang menyebut bahawa kurangnya motivasi belajar, akan

melemahkan kegiatan belajar kerana apabila mereka tiada motivasi, ia menyebabkan

tiada tujuan dalam mencapai sesuatu. Oleh itu, motivasi menjadi antara isu yang

perlu dilihat dan ditekankan bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran atas

talian seorang murid atau pelajar terutama dalam era pandemik Covid-19 semasa

proses pembelajaran atas talian berlangsung.

Selain itu, isu melibatkan peranti dan akses kepada internet dalam kalangan murid

turut menjadi permasalahan yang memberikan kesan terhadap keberkesanan PdPR.

Berdasarkan tinjauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai tahap

kesediaan murid bagi mengikuti pembelajaran atas talian mendapati 1.85 juta murid

tidak mempunyai peranti bersesuaian dan mengalami masalah akses internet yang

menidakkan usaha mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Menurut Noor Syaheerah & Tajul, (2021), antara isu yang sering berlaku kepada

murid-murid ialah,tiada capaian internet di rumah dan gangguan pada akses internet

seperti talian internet yang terputus-putus serta tidak stabil . Anuar (2020),

mengatakan bahawa PdPR dalam talian berhadapan dua kekangan utama iaitu

masalah ketiadaan capaian internet, lemah atau tidak stabil dan kemampuan ibu bapa

menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet.


METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan. Borang soal

selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Reka bentuk tinjauan digunakan dengan

menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh nilai min, kekerapan, peratusan

dan/ atau sisihan piawai.

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan kepada 22 orang guru Matematik sekolah rendah di beberapa

buah negeri Semenanjung Malaysia. Soal selidik diedarkan selepas fasa PdPR

dilaksanakan pada Mac 2022. Soal selidik diedarkan menggunakan borang Google

Form melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Set soal selidik yang diedarkan diadaptasi

daripada kajian Lapada et al. (2020) dan diubah serta ditambah baik agar bersesuaian

dengan objektif dan tujuan kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu

bahagian A mengandungi maklumat demografi seperti jantina, kaum, pengalaman

mengajar dan kelulusan akademik. Bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan

cabaran guru dalam PdPR. Setiap item dibina bagi mengukur tahap kesediaan guru

berdasarkan skala Likert lima mata. Secara keseluruhan, soal selidik ini mengandungi
14 soalan untuk mengkaji cabaran guru Matematik dalam melaksanakan PdPR

semasa pelaksanaan PKP.

Analisis Data

Data akan dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 25 bagi mengukur

nilai min, kekerapan peratusan dan/ atau sisihan piawai tahap peranan guru Matematik

dalam pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Tahap peranan

diukur menggunakan skala Likert 5 mata iaitu 1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak

Setuju, 3= Kurang Setuju, 4= Setuju dan 5= Sangat Setuju.

DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden

Jadual 1 di bawah menunjukkan demografi responden. Seramai 22 orang guru

Matematik telah terlibat dalam kajian yang dijalankan.

JADUAL 1 : Demografi responden kajian

Perincian Item

Kekerapan (F)

Peratus (%)

Jantina
Lelaki

11

50.0

Perempuan

11

50.0

Lokasi Sekolah

Bandar

18

81.8

Luar bandar

18.2

Opsyen

Matematik

20

90.9

Bukan Matematik

9.1

Kaum

Melayu

19
86.4

Cina

9.1

India

4.5

Pengalaman Mengajar

1-4 tahun

4.5

5-10 tahun

13

59.1

11-16 tahun

27.3

17 tahun ke atas

9.1

Tahap Pendidikan

Diploma atau setaraf

1
4.5

Ijazah Sarjana Muda atau setaraf

19

86.4

Ijazah Sarjana

4.5

Doktor Falsafah

4.5

Negeri Berkhidmat

Johor

13.6

Negeri Sembilan

4.5

Pahang

4.5

Perlis

4.5
Selangor

14

63.6

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

4.5

Wilayah Persekutuan (Putrajaya)

4.5

Berdasarkan Jadual 1, terdapat seramai 11 orang guru Matematik lelaki dan 11 orang

guru Matematik perempuan mengikuti kajian ini yang mewakili 7 buah negeri terlibat.

81.8 % sekolah merupakan sekolah yang berada di lokaliti bandar manakala

selebihnya iaitu 18.2 % adalah sekolah yang berada di lokaliti luar bandar. Sebanyak

86.4 % orang responden terdiri daripada kaum Melayu, 9.1 % terdiri daripada kaum

Cina dan 4.5 % adalah kaum India. Majoriti responden merupakan guru yang

mengajar selama 5 hingga 10 tahun iaitu sebanyak 59.1 %. Berdasarkan data

demografi ini juga, didapati 86.4 % guru merupakan pemegang ijazah sarjana muda,

4.5 % merupakan pemegang ijazah sarjana, 4.5 % merupakan pemegang doktor

falsafah dan 4.5 % adalah pemegang diploma. Secara keseluruhannya, majoriti

responden adalah guru-guru opsyen Matematik dan hanya 9.1 % sahaja merupakan

guru bukan opsyen matematik.


Cabaran Guru Matematik Melaksanakan PdPR

Cabaran guru adalah merujuk kepada halangan kepada guru dalam menjalankan dan

melaksanakan peranannya iaitu sebagai perancang, pengawal, pembimbing,

pendorong dan penilai sebagaimana yang digariskan melalui SKPMg2 Standard 4

(PdPc).

JADUAL 2 : Cabaran Guru Sebagai Perancang

Bil

Perincian Item

Min

Sisihan Piawai

Cabaran pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menyampaikan kelas

pendidikan pembelajaran secara maya.

22

4.68

0.477

Cabaran untuk memiliki akses internet yang stabil yang bertujuan untuk pendidikan

pembelajaran maya.

22

4.64
0.581

Cabaran dalam penggunaan telefon, komputer riba, dan tablet atau sebarang peranti

untuk pendidikan pembelajaran maya.

22

4.55

0.671

Cabaran untuk beralih secara tiba-tiba dari kelas bersemuka ke kelas dalam talian

22

4.64

0.492

Cabaran memenuhi tarikh akhir dan syarat yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.

22

4.64

0.581

Jadual 2 menunjukkan analisis item bagi cabaran guru sebagai perancang

pembelajaran. Didapati item pertama memperoleh nilai min tertinggi iaitu 4.68 dengan

sisihan piawai 0.477. Manakala item ketiga menunjukkan nilai min terendah iaitu 4.55

dengan sisihan piawai 0.671 namun masih boleh dikategorikan di dalam julat min yang
tinggi. Min keseluruhan bagi aspek ini adalah 4.63 (tinggi). Hal yang demikian

menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa aspek perancangan merupakan aspek yang

penting dalam menguruskan pembelajaran. Guru-guru juga bersetuju bahawa adanya

masalah dan cabaran melibatkan penggunaan peranti serta situasi pembelajaran

secara bersemuka yang berubah secara drastik kepada pembelajaran secara atas

talian. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh cara pengoperasian, pengendalian

serta akses internet yang stabil diperlukan bagi memastikan sesuatu sesi PdPR dapat

dilaksanakan dengan baik dan lancar supaya objektif pembelajaran yang digariskan

oleh guru dapat dicapai dan murid-murid memahami maklumat serta kemahiran yang

guru sampaikan dalam sesi pembelajaran tersebut. Perancangan PdPR meliputi aspek

yang luas dan bukan sahaja aspek pedagogi guru, bahkan juga merangkumi

persediaan aspek teknikal melibatkan peranti seperti laptop atau tablet, perisian yang

digunakan serta kaedah mendapatkan respon daripada murid. Rancangan Pengajaran

Harian yang disediakan guru juga perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk

bahan sokongan pembelajaran yang akan digunakan murid.

JADUAL 3 : Cabaran Guru Sebagai Pengawal

Bil

Perincian Item

Min

Sisihan Piawai

1
Cabaran terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning

Management System (LMS) seperti Google Classroom.

22

4.59

0.666

Cabaran penggunaan media sosial, e-mel, dan platform pendidikan atas talian yang

lain.

22

4.55

0.739

Cabaran menggalakkan penyertaan dan penggunaan kepelbagaian bahan dalam

kelas dalam talian.

22

4.68

0.477

Cabaran pengurusan masa dalam menjalankan kelas, pemantauan tindak balas,

ketersediaan murid, dan masalah kelas dalam talian yang lain.

22

4.68

0.568
Jadual 3 menunjukkan analisis bagi cabaran guru sebagai pengawal pembelajaran.

Item ketiga dan keempat mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.68 manakalan item

kedua mencatatkan nilai min terendah iaitu 4.55 namun masih berada dalam julat nilai

min yang tinggi. Hal yang demikian menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa

aspek penglibatan atau kehadiran murid dalam sesi PdPR merupakan realiti yang

berlaku semasa fasa PKP dan pelaksanaan PdPR berlangsung dengan isu

ketidakhadiran murid sewaktu kelas diadakan. Guru-guru berdepan dengan keadaan

murid yang tidak memasuki kelas secara online atau tidak memberikan respon

terhadap pertanyaan serta penyoalan guru menyebabkan kesukaran kepada guru

untuk mengenal pasti serta membimbing murid sesuai dengan tahap penerimaan

mereka. Isu kehadiran murid sewaktu sesi PdPR bukanlah satu perkara yang boleh

dibiarkan atau dipejam sebelah mata kerana berdasarkan kepada arahan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2021) sukatan pembelajaran murid telah dijajarkan

dan terdapat kandungan atau kemahiran yang digugurkan bagi membolehkan guru-

guru memberikan fokus kepada kemahiran asas yang diperlukan oleh murid

khususnya dalam subjek Matematik.

Guru-guru juga bersetuju bahawa aspek pemantauan serta kesediaan murid bagi

mengikuti kelas secara PdPR melalui kaedah online dan/ atau kaedah offline

merupakan satu cabaran yang besar buat guru-guru kerana guru-guru memahami

bahawa ada dalam kalangan keluarga murid yang terkesan disebabkan oleh PKP.
Guru-guru terpaksa mengimbangi antara keperluan murid untuk mengikuti

pembelajaran dengan keadaan keluarga murid yang tidak bersedia daripada aspek

penyediaan keperluan pembelajaran disebabkan oleh masalah kewangan serta

pengurusan masa oleh ibubapa. PKP telah menyebabkan ramai ibubapa yang

kehilangan sumber pendapatan serta menghadapi kekangan dalam menguruskan

masa keluarga.

Guru-guru turut menghadapi cabaran dalam menguruskan masa kerana situasi PdPR

merupakan sesuatu yang baharu serta guru-guru tidak mempunyai bimbingan khusus

bagi melaksanakan sesi pembelajaran secara dalam talian atau pengurusan

pendidikan jarak jauh sebegini. Hal yang demikian diakui memberikan kesan terhadap

aspek persediaan guru dalam menyediakan bahan pembelajaran, eviden serta bahan

sokongan pembelajaran bagi membantu murid.

JADUAL 4 : Cabaran Guru Sebagai Pengawal

Bil

Perincian Item

Min

Sisihan Piawai

Cabaran dalam mewujudkan komunikasi dengan murid saya.

22
4.59

0.590

Cabaran dalam mewujudkan jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti

ibu bapa untuk mendapatkan sokongan di rumah.

22

4.64

0.581

Jadual 4 di atas menunjukkan analisis bagi cabaran guru sebagai pembimbing.

Item kedua merekodkan nilai min tertinggi iaitu 4.64 dengan sisihan piawai

0.581(rendah) sementara itu item pertama merekodkan nilai min terendah dalam

aspek ini iaitu 4.59 namun masih lagi berada dalam julat nilai min yang tinggi.

Berdasarkan kepada analisis di atas, guru-guru didapati bersetuju adanya cabaran

dalam mewujudkan jaringan komunikasi bersama ibubapa yang berfungsi sebagai

agen sokongan pendidikan di rumah. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh

banyak faktor luaran lain melibatkan institusi keluarga murid khususnya yang

merencatkan usaha ini. Tidak dinafikan bahawa terdapat ibubapa yang proaktif dan

bertanyakan kepada guru perkembangan PdPR anak mereka, namun isu kewangan

serta pengurusan keluarga terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah

(B40) sangat memberikan kesan kepada perkembangan pendidikan anak pada waktu

ini.
Kekangan komunikasi juga wujud kerana medium perhubungan hanya dihadkan

kepada perhubungan menggunakan peranti seperti panggilan telefon, penggunaan

medium perhubungan melalui media sosial seperti aplikasi Whatsapp, Telegram,

Google Meet dan aplikasi atas talian yang lain.

JADUAL 5 : Cabaran Guru Sebagai Pendorong

Bil

Perincian Item

Min

Sisihan Piawai

Cabaran membina persekitaran positif melalui kelas dalam talian melalui sokongan

emosi dalam kalangan murid saya selain daripada pengajaran dan pembelajaran

berasaskan kandungan.

22

4.68

0.568

Jadual 5 menunjukkan analisis bagi cabaran guru sebagai pendorong. Nilai min

yang dicatatkan adalah 4.68 (tinggi) serta sisihan piawai 0.568. Hal yang demikian
jelas menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa adanya cabaran dalam usaha

membina sokongan emosi yang positif dalam kalangan murid. Aspek sokongan emosi

ini merupakan satu perkara yang penting bagi murid dalam menghadapi keadaan PKP

yang tidak menentu serta persekitaran mereka yang memberikan risiko terhadap

penyebaran dan jangkitan Covid-19.

Peranan Guru Sebagai Penilai

JADUAL 6 : Cabaran Guru Sebagai Penilai

Bil

Perincian Item

Min

Sisihan Piawai

Cabaran dalam memberi arahan pelaksanaan pentaksiran dan menjawab pertanyaan

melalui e-mel dan mesej.

22

4.55

0.596

Cabaran memeriksa dan menilai output murid dari e-mel atau sistem pengurusan

pembelajaran dalam talian.


22

4.64

0.492

Jadual 6 menunjukkan analisis item bagi cabaran guru sebagai penilai.

Berdasarkan dapatan di atas, item kedua mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.64

mengatasi item pertama yang memperoleh 4.55. Didapati guru-guru bersetuju bahawa

halangan terbesar adalah cabaran bagi memeriksa serta menilai hasil kerja murid

secara dalam talian. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh limitasi medium

perhubungan. Guru-guru dapat memeriksa hasil kerja murid yang dihantar dan boleh

disemak secara atas talian namun, bagi murid yang mempunyai kekangan khususnya

talian internet ataupun masalah peranti, semakan dan penilaian terhadap hasil kerja

murid tidak dapat dijalankan dengan optimum kerana linitasi tersebut.

Situasi ini juga boleh berlaku kerana guru kurang kemahiran ICT atau kurang

pengetahuan tentang kaedah penilaian secara atas talian seperti Kahoot, Google

Classroom atau Quizizz. Hal yang demikian adalah kerana guru-guru kurang

didedahkan dengan aplikasi serta kemahiran ini secara khusus melalui Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP) atau kursus-kursus peningkatan kompetensi lain yang dihadiri

oleh guru. Keadaan ini membawa kepada permasalahan guru dalam merekodkan

Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid. Isu yang berbangkit adalah elemen kesahan dan
kebolehpercayaan pentaksiran (PBD) yang direkodkan oleh guru bagi murid-murid

tersebut.

PERBINCANGAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti cabaran yang dihadapi

khususnya guru matapelajaran Matematik sekolah rendah dalam melaksanakan

tanggungjawab mereka semasa PdPR berdasarkan kepada Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Standard 4 (PdPc). Tanggungjawab

serta peranan guru-guru ini merangkumi pelbagai aspek termasuk merancang

pembelajaran, mengawal pembelajaran, membimbing murid, mendorong serta

membuat penilaian terhadap hasil pembelajaran murid. Kesemua aspek ini

dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dan ketika pandemik Covid-19 melanda

negara, tugas hakiki ini tetap dijalankan namun menggunakan pelantar atau medium

penyampaian yang berbeza khususnya perubahan kepada bentuk pembelajaran

berasaskan pelantar maya atau secara atas talian.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa secara demografinya mendapati

bahawa 95.5 % responden merupakan guru lepasan ijazah yang sewajarnya lebih

kompeten dalam memenuhi keperluan pengurusan pembelajaran murid. Menurut

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin mengatakan bahawa, respon

daripada pentadbir sekolah bermula 2015 hingga 2020 mendapati peratus markah

prestasi guru PISMP adalah pada tahap 92 % dan ke atas (Bernama, 2020). Hal yang
demikian menjadi indikator bahawa guru-guru ini telah mempunyai latar belakang

pendidikan dan profesionalisme yang cukup baik bagi menghadapi situasi baharu

seperti PdPR. Namun begitu, dapatan kajian mendapati bahawa guru-guru ini juga

mengalami kesukaran dalam menguruskan PdPR yang dijalankan sewaktu PKP.

Menurut Jeanne Allen, Leonie Rowan dan Parlo Singh (2020), perubahan kepada

pelantar dalam talian memberikan kesukaran yang besar kerana guru-guru berjuang

untuk menyesuaikan diri dengan apa yang mungkin menjadi "norma baharu" untuk

tempoh masa yang agak lama. Hal yang demikian membuktikan bahawa, perubahan

drastik medium penyampaian pembelajaran sememangnya akan memberikan

kesukaran serta mengambil masa untuk diadaptasi oleh guru kerana suasana yang

berbeza dan memerlukan set kemahiran yang berbeza.

Hasil dapatan kajian bagi cabaran guru sebagai perancang mendapati bahawa

cabaran pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menyampaikan kelas

pendidikan pembelajaran secara maya mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.68. Hal

yang demikian menunjukkan bahawa ruang lingkup penyampaian pembelajaran

secara atas talian atau secara maya menjadi satu cabaran serta halangan besar

kepada para guru. Jeanne Allen, Leonie Rowan dan Parlo Singh (2020) juga

mengatakan bahawa, situasi yang berlaku di Australia, apabila perubahan yang drastik

dan secara tiba-tiba mengubah mod penyampaian kepada dalam talian untuk

memastikan pelajar mengikuti pembelajaran- daripada peringkat awal kanak-kanak

hingga ke sektor pengajian tinggi- telah mewujudkan beban kerja yang sangat ketara

bagi pendidik kerana mereka bukan sahaja memindahkan bahan atau kandungan
pengajaran secara atas talian, bahkan juga perlu cukup mahir dalam menggunapakai

perisian yang diperlukan. Situasi ini dirasai secara global oleh semua guru. Beban

kerja yang meningkat disebabkan oleh PdP secara online benar-benar memberikan

kesan negatif kepada guru yang sehabis baik mencuba melaksanakan tanggungjawab

mereka. Mengulas tentang keadaan yang berlaku di Morocco, Amri et el. (2020)

menyatakan semasa pandemik Covid-19, antara perkara yang mencetuskan tekanan

kepada pendidik adalah kelemahan dalam teknologi maklumat serta kekurangan

peralatan untuk melaksanakan sesi pengajaran, beban kerja, sokongan sosial dan

juga konflik keluarga.

Dapatan kajian juga mendapati guru mempunyai cabaran dalam aspek akses internet

yang stabil bagi proses penyampaian pembelajaran secara maya, perubahan secara

tiba-tiba daripada situasi bersemuka kepada dalam talian dan cabaran memenuhi

tarikh akhir yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. Hal yang demikian menunjukkan

dengan jelas tentang isu capaian internet bagi proses PdP. Kajian yang dijalankan

oleh Nur Farhana dan Nurfaradilla (2022) mendapati responden menyatakan bahawa

“masalah utama PdPR adalah kami tidak mendapat capaian internet yang stabil.”.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa masalah semasa PdPR berlaku disebabkan

oleh faktor talian internet yang tidak stabil selain penggunaan peranti yang tidak

sesuai. Talaat et al. (2020), menukilkan halangan yang dihadapi oleh pelajar ialah

masalah berkaitan teknikal iaitu berkaitan gajet dan peralatan yang sesuai bagi

mengikuti pembelajaran secara atas talian. Keadaan ini meruncing melibatkan situasi

ekonomi keluarga berpendapatan rendah (B40). Berdasarkan kajian Abdul Rashid


Abdul Aziz et al. (2020) yang menyebut bahawa 55.1 % responden kajian beliau tidak

pernah menjalani pembelajaran atas talian sebelum bermulanya pandemik, justeru

ketika ibubapa perlu menyediakan peralatan peranti elektronik seperti telefon pintar

yang memakan belanja sekitar RM500.00, maka wang saraan mereka lebih

diutamakan bagi membeli makanan dan barangan keperluan dapur.

Hasil kajian bagi cabaran guru sebagai pengawal pula mendapati dua isu utama yang

diketengahkan iaitu cabaran menggalakkan penyertaan murid selain penggunaan

pelbagai bahan dan cabaran pemantauan tindak balas serta ketersediaan murid.

Kedua-dua aspek ini sangat berkait rapat dengan motivasi murid dalam mengikuti sesi

PdPR. Motivasi merupakan dorongan tingkah laku individu secara berterusan untuk

menjalankan aktiviti dengan rangsangan sesuatu insentif. Menurut Maryam (2016)

dalam kajiannya menyatakan bahawa motivasi adalah perubahan tenaga dalam diri

seseorang bersama dengan dorongan dari individu tersebut bagi mencapai sesuatu

objektif. Motivasi murid sangat berkait rapat dengan sokongan ibubapa mereka. Lo, M.

and M. Yasin, R. (2022) menyatakan berdasarkan kajian mereka bertajuk

“Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC

Sepanjang PdPR” menyatakan bahawa, aspek penglibatan ibu bapa dalam

pembelajaran di rumah mencatat skor min yang tertinggi (M=3.53). Penglibatan

ibubapa dalam aspek ini adalah bertepatan bagi menunjukkan sokongan kepada anak-

anak mereka dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi anak-anak selesa

mengikuti PdPR.
Penglibatan ibu bapa dari aspek ini amat bersesuaian dan bertepatan sekali

dengan tuntutan keadaan sepanjang pandemik kerana dapatan ini

menunjukkan bahawa ibu bapa terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

anak-anak di rumah sepanjang PdPR. Ibu bapa atau penjaga adalah individu

yang memainkan peranan penting dalam membantu, membimbing dan

menyediakan keperluan pembelajaran anak-anak di rumah. Ibu bapa telah

menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak agar selesa menjalani

pembelajaran di rumah. Persekitaran yang kondusif seperti ruang belajar yang bersih,

kemas dan senyap membantu murid-murid memberikan tumpuan yang lebih baik

ketika belajar. Isu penglibatan murid dalam PdPR ini turut dikupas oleh Rosli, M. F.,

Ahmad, A. R. and M. Nasir, M. K. (2022) yang menukilkan bahawa terdapat juga

pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan menghadiri kehadiran di kelas

secara atas talian walaupun guru-guru telah menyediakan pelbagai bahan dan

persiapan. Maka benarlah bahawa motivasi pelajar mempengaruhi penglibatan serta

komitmen mereka terhadap PdPR yang dijalankan oleh guru.

Kajian bagi cabaran guru sebagai pengawal mendapati terdapat halangan dalam

mewujudkan jaringan komunikasi dua hala khususnya melibatkan guru serta ibubapa

sebagai agen sokongan pendidikan di rumah. Hal yang demikian turut dinyatakan oleh

Amir Nordin dan Mohd Mokhtar (2022) yang menyatakan bahawa dapatan kajian

mereka menunjukkan bahawa ibu bapa kurang dihubungi dan kurang

berkomunikasi dengan pihak sekolah semasa PdPR di rumah. Hal yang demikian turut

dibuktikan apabila kolaborasi antara ibu bapa dan pihak sekolah sangat diperlukan
bagi mencapai sesebuah matlamat kerana ibu bapa merupakan guru pertama

bagi anak-anak yang akan mendidik anak-anak secara berterusan (Heather, 2009).

Faktor komunikasi antara guru dengan ibu bapa ini turut dikaitkan dengan aspek

sosioekonomi keluarga yang dipengaruhi oleh kesan pandemik Covid-19. Zarinah et

al. (2018) mengatakan bahawa ibu bapa daripada golongan B40 iaitu pendapatan

isi rumah kurang daripada RM3860.00 dan di bawah pendapatan garis kemiskinan

akan mengutamakan aspek kewangan berbanding pendidikan anak-anak. Justeru,

berlakunya pelbagai cabaran dalam kalangan ibu bapa sama ada cabaran

daripada aspek penglibatan atau persekitaran yang membawa kepada isu

ketidakhadiran murid dalam sesi PdPR.

Kajian melibatkan cabaran guru sebagai pendorong memperlihatkan nilai min yang

tinggi iaitu 4.68 bagi usaha guru membina persekitaran positif di dalam kelas atas

talian melalui sokongan emosi dalam kalangan murid. Isu berkaitan gangguan emosi

dalam kalangan murid sewaktu PdPR turut disentuh oleh Zainora (2021) yang

menyatakan bahawa tekanan emosi berlaku disebabkan oleh permasalahan

kewangan keluarga disamping tidak dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan

pembelajaran secara maya. Elmer, Mepham, & Stadtfeld (2020) menyebut bahawa

kekurangan sokongan emosi dan pengasingan fizikal boleh memberikan kesan

psikologi negatif kepada murid. Kementerian Kesihatan Malaysia turut mendedahkan

bahawa bermula 1 Januari 2021 hingga 18 Jun 2021 sebanyak 109, 806 panggilan

(89.4%) diterima melibatkan isu-isu psikologi kesan pelbagai masalah termasuk

penderaan emosi. Hal yang demikian turut diakui oleh Wai Cook & Misty So Sum
(2020) yang mengatakan bahawa guru di Singapura mempunyai tugas yang berat

serta perlu merancang, menyusun strategi, menguruskan kelas, bergelut dengan

kesukaran teknikal dan memberikan sokongan emosi utk murid mereka. Maka, guru

tidak selalu mungkin memberikan sokongan melangkau pelajaran utama.

Hasil kajian cabaran guru sebagai penilai pula menunjukkan halangan utama bagi

guru adalah berkaitan proses menilai hasil kerja murid melalui sistem pengurusan

pembelajaran dalam talian. Kajian daripada Ningsih, S. & Mulyono, H. (2019),

menunjukkan pandangan positif guru terhadap teknologi pentaksiran seperti aplikasi

Kahoot! dan ZipGrade namun beberapa isu timbul menyebabkan guru tidak

menggunakan aplikasi tersebut dengan meluas mentaksir murid. Antara isu yang

wujud adalah guru kurang pengetahuan tentang pengoperasian aplikasi di samping isu

liputan internet yang tidak stabil. Dapatan kajian tersebut menunjukkan Guru 3 tidak

menggunakan aplikasi pengukuran tersebut dengan kerap kerana liputan internet yang

tidak stabil dan lemah menyebabkan berlakunya ralat dalam aplikasi Kahoot!. Guru 14

pula menyebut bahawa penggunaan Bahasa Arab tidak dibenarkan di dalam Kahoot!

lantas beliau tidak menggunakan aplikasi tersebut walaupun pada laman web Kahoot!

ada menyatakan aplikasi tersebut membenarkan bahasa yang pelbagai (Ningsih, S. &

Mulyono, H., 2019). Hal yang demikian jelas menunjukkan isu guru kurang

pengetahuan dalam mengendalikan aplikasi pengukuran bagi mentaksir murid.

REFLEKSI KAJIAN
Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapati wujud halangan yang

pelbagai dalam usaha guru untuk menyampaikan pembelajaran secara atas talian

atau secara maya. Guru-guru juga memberikan indikator yang positif apabila

dipertanggungjawabkan melaksanakan PdPR. Hal yang demikian dibuktikan melalui

kajian Ventayin (2018) berkenaan kesediaan guru-guru terhadap pengajaran atas

talian walaupun mempunyai pengalaman yang terhad dalam pelaksanaan serta

pengurusannya. Situasi ini membuktikan kesungguhan dan iltizam guru dalam

melaksanakan amanah dengan dedikasi dan sikap penuh tanggungjawab.

Saya berpandangan bahawa dalam usaha mengoptimumkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara atas talian ini, terdapat dua faktor yang boleh diambil kira iaitu

faktor yang boleh dikawal meliputi kemahiran ICT guru dan pembangunan infrastruktur

jaringan internet yang stabil serta faktor di luar kawalan seperti masalah kewangan

keluarga dan isu taraf sosioekonomi murid.

Aspek kemahiran ICT guru merangkumi pendedahan serta pengoperasian peralatan

dan juga perisian atas talian khususnya melibatkan bahan sokongan pembelajaran

dalam bentuk video, audio, pembentangan serta bahan-bahan softcopy yang lain.

Guru-guru perlu dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan selaras dengan

peredaran dan perkembangan semasa ICT. Menurut Peter J. N. & Theo J. H. (2018),

Menteri Pendidikan Indonesia menegaskan tentang keputusan Training Needs

Analysis (TNA) mendedahkan bahawa jurang kompetensi guru di kawasan terpencil

boleh diatasi melalui latihan. Hal yang demikian membuktikan bahawa penguasaan
ICT dalam kalangan guru boleh dipertingkatkan melalui program Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP) yang berfokus dan memberikan fokus pada aspek teknikal

peranti serta perisian yang boleh digunakan guru bagi tujuan pentaksiran khususnya

melibatkan Pentaksiran Bilik Darjah PBD. Nik Md. Saiful Azizi et al.(2021) dalam

kajiannya menyebut tentang peranan kerajaan dalam menyediakan kemudahan

infrastruktur yang diperlukan bagi menyokong sesi pembelajaran secara maya ini.

Langkah drastik dan segera daripada pihak kerajaan Malaysia diperlukan bagi

menambah baik kemudahan dan infra seterusnya menjayakan hasrat digitalisasi

sektor pendidikan negara atau e-pendidikan.

Cadangan saya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat kepada isu

PdPR yang berlaku ini adalah dengan menggubal atau memperkenalkan satu bentuk

panduan kurikulum khas bagi digunakan sewaktu negara dan institusi pendidikan

menghadapi lockdown sepertimana yang diamalkan semasa Perintah Kawalan

Pergerakan. Keadaan ini memerlukan pihak kementerian pendidikan mengambil

inisiatif proaktif sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura dalam persediaan

mendepani pandemik Covid-19 ini. Emergency remote teaching atau juga disebut ERT

boleh dijadikan sebagai alternatif baharu pihak kerajaan dalam mengurangkan impak

negatif penutupan institusi pendidikan sewaktu pandemik ini melanda dunia. Kita

sewajarnya melihat situasi pandemik ini sebagai satu peluang untuk memperbaiki dan

menambah baik sistem penyampaian pendidikan dalam pelbagai aspek yang sebelum

ini tidak diterokai. Menurut Ferri F, Grifoni P & Guzzo T. (2020), yang memetik

pandangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu perubahan inklusif dalam


penyampaian pendidikan melalui pelaburan pendidikan dan pembaharuan di peringkat

tadbir urus adalah perlu. Pandemik ini boleh menjadi peluang dan latihan untuk

pengajaran dan pembelajaran jarak jauh lantas menilai cabaran yang timbul semasa

situasi kecemasan dan membangunkan strategi pendidikan dalam talian yang

tersusun untuk sebarang kecemasan atau bencana alam lain yang berpotensi berlaku

pada masa hadapan. Hasil kajian mereka dinukilkan dalam jurnal bertajuk Online

Learning and Emergency Remote Teaching:Opportunities and Challenges in

Emergency Situations telah menggariskan tiga cabaran utama yang perlu diberikan

perhatian oleh pemegang taruh pendidikan iaitu pertama; cabaran teknologi yang

berkaitan dengan akses kepada peranti serta capaian internet, kedua; cabaran

pedagogi yang merujuk kepada keperluan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia

yang bersifat interaktif (contohnya : imej, animasi,permainan pendidikan) bagi

mengekalkan penglibatan serta motivasi murid dan ketiga; cabaran sosial yang

menyentuh tentang kelemahan persekitaran pembelajaran di rumah yang sesuai serta

sokongan daripada ibubapa.

Menurut kajian itu lagi, cabaran utama sebegini lebih memberikan impak kepada

kumpulan keluarga yang kurang bernasib baik dan golongan keluarga kelas

pertengahan. Antara saranan dan usaha daripada anggota Kesatuan Eropah

(European Nation) bagi mengatasi masalah ini sebagai contoh, di Hungary, mereka

telah memulakan langkah mengumpulkan tawaran serta sumbangan syarikat ICT yang

menawarkan khidmat seperti pemasangan untuk menyediakan platform yang

digunakan selama “x” bulan, komputer bagi keluarga dan lain-lain (Ferri F, Grifoni P &
Guzzo T. , 2020). Usaha seperti ini boleh digiatkan di dalam negara seperti kerjasama

dalam bentuk Corporate Social Responsibility (CSR) antara Kementerian Pendidikan

Malaysia bersama syarikat-syarikat telekomunikasi khususnya usaha menambah baik

jaringan dan capaian internet yang lebih murah dan harga mampu milik bagi tujuan

pendidikan. Hasil kajian Khadijah (2021) mendapati, masalah kewangan timbul

semasa sesi PdP atas talian khususnya bagi pembelian data internet seterusnya

menjadi bebanan dan tekanan terhadap pelajar.

Secara kesimpulannya saya dapat merumuskan bahawa situasi pandemik ini perlu

dilihat daripada sudut yang positif khususnya melibatkan reformasi sistem

penyampaian pendidikan dalam negara. Kita tidak lagi boleh bertumpu kepada proses

pendidikan konvensional yang hanya berfokus di dalam bilik darjah dan diamalkan kini

tetapi perlu membuat pelan serta rancangan bagi berhadapan situasi sebegini pada

masa akan datang. Semua pihak perlu bekerjasama dan merancang penyelesaian

secara kolektif serta memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.

Kementerian Pendidikan Malaysia selaku teraju utama pendidikan perlu mewujudkan

kerangka dan Pelan Pendidikan Kontigensi khusus bagi menghadapi situasi sebegini

yang memuatkan kandungan kurikulum asas di samping mempersiapkan guru-guru

dengan latihan serta kemahiran pendidikan jarak jauh atau secara maya serta

memberikan latihan dan simulasi kepada pelajar-pelajar sekolah tentang

tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan semasa pembelajaran secara

maya atau atas talian dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan iaitu

proses PdPR dijalankan yang bertujuan mempersiapkan murid dengan kesediaan


serta memahami bentuk tindakan yang perlu dilakukan dalam tempoh pengajaran dan

pembelajaran di rumah seperti yang diamalkan oleh negara Singapura.

You might also like