You are on page 1of 11

HUBUNGAN ANTARA PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC )


DAN STRES GURU DI SEKOLAH RENDAH MIRI SARAWAK

PENGENALAN

ICT (Information and Communication Technology) telah mendatangkan satu perubahan yang
besar dalam bidang Pendidikan terutama sekali berkaitan dengan aspek Pengajaran dan
Pembelajaran (Rogayah & Mohd Aderi, 2016). Kualiti Pendidikan negara akan bertambah baik
jika teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan kerana ia boleh meningkatkan minat
dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar (Johari & Fazliana,
2011). Pelbagai keadah dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh pihak-pihak tertentu hasil
daripada ledakan teknologi internet dan perkembangkan komunikasi bagi memberi manfaat
kepada pendidik.

Kepentingan ICT dalam pendidikan dibuktikan lagi dengan pernyataan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang telah menggariskan “ memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia” dalam anjakan ke-7 yang terkandung dalam Pelan Pembangunaan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM)
juga telah menggariskan “pembelajaran dalam talian secara global” dalam lonjakan yang ke-8
(Pelan Pembangunaan Pendidikan Tinggi Malaysia 2013-2025) sebagai satu usaha dalam
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-
negara maju dunia. Anjakan ke-7 KPM dan juga lonjakan ke-8 KPTM jelas menunjukkan
bahawa dunia pendidikan pada masa kini sangat bergantung kepada ICT. Oleh itu, kementerian
telah berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian
pendidikan.

ICT sangat penting dalam membantu proses PdP menjadi semakin lebih menarik dan berkesan
(Rogayah & Mohd Aderi, 2016), mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
dapat meningkatkan kualiti pengajaran para guru ( Syuhada & Mohd Aderi, 2016). Di samping
dapat mempercepat penerimaan murid serta mampu menjana tahap pemikiran murid (
Thanabalan dan Thanabal, 2015 ; Abu Yazid Abu Bakar, 2016).
KEMUDAHAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali.
Pelbagai keadah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Sejak beberapa tahun lalu keadah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah
mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pembelajaran dan pemudacaraan
(PdPC) di sekolah.

Teknologi ditakrifkan sebagai barang-baramg yang direka manusia yang berfungsi untuk
memberi kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian (Salamadian, 2018). Menurut Joseph
Anjuman & Wan Rozali (2013) berpendapat bahawa teknologi merupakan penciptaan pelbagai
jenis peralatan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang ada serta boleh digunakan
bagi menyelesaikan pelbagai masalah disamping memberi kemudahan dan kelesaan pengguna.

Kamarul Azmi et.al. (2012) mencadangkan penggunaan alat bantu mengajar berteknologi tinggi
digunakan bagi menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik sesuai dengan
peredaran zaman yang serba moden. Penggunaan teknologi seperti media sosial yang
menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video dan teks mampu menjadikan sesuatu
pembelajaran itu lebih menarik, produktif dan kondusif (Mohd Noorhadi & Zurinah tahir, 2017).
Manakla Hasnuddin et.al. (2015) menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran menjadi satu budaya pada masa kini dan ianya juga dilihat dapat
menarik minat murid dalam mencari maklumat tambahan semasa pengajaran dan pembelajaran.

PUNCA-PUNCA STRES DALAM KALANGAN GURU

Menurut Ooi Chew Hong & Aziah Ismail (2015), lima faktor utama yang menyumbang kepada
stres dalam kalangan guru ialah faktor disiplin atau salah laku murid, bebanan tugas, kekangan
masa dan sumber, penghargaan dan hubungan interpersonal.

Ibrahim Jari & Chua Yan Piaw (2017) menyatakan bahawa peningkatan tahap tekanan dalam
kalangan para guru berpunca daripada masalah peribadi serta aspek pekerjaan itu sendiri seperti
bebanan tugas yang semakin mencabar dan tidak hanya terbatas kepada rutin tugas mengajar
sahaja.

Menurut Syed Kamaruzaman et.al.(2017) peningkatan tekanan kerja dalam kalangan guru
berpunca daripada aspek pengurusan pelajar, persekitaran kerja dan pengurusan masa.
Persekitaran kerja mempengaruhi para guru dalam menjalankan tugas harian contohnya
kemudahan alat bantu mengajar, keadaan kelas dan alat kelengkapan lain untuk memudahkan
perhubungan antara guru dan pelajar. Selain itu, para guru turut dibebankan dengan pelbagai
tugas pentadbiran yang akhirnya menjadi sebahagian daripada rutin pekerjaan mereka seperti
mengisi borang-borang, mengutip pelbagai jenis yuran, mengemas kini kedatangan pelajar,
menyediakan laporan prestasi dan pelbagai tugas pentadbiran yang lain.

Azreen Harina et.al.(2016) mengatakan bahawa beban tugas tenaga pengajar atau guru boleh
didefinisikan sebagai semua tugas yang dilakukan oleh mereka sama ada yang berkaitan dengan
PdPC ataupun di luar PdPC. Beban tugas iaitu tanggungjawab yang mesti dipikul oleh para guru
sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah dalam usaha
menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Norashid dan Hamzah (2014) dalam kajian mereka juga turut
membahagikan beban tugas guru kepada dua bahagian, iaitu beban tugas yang bersifat akademik
serta tugas bukan akademik.

Secara umumnya, beban tugas guru yang bersifat akademik adalah meliputi tiga bahagian, iaitu
mengajar, memberi tugasan kepada para pelajar dan juga mengendalikan ujian atau peperiksaan.
Berlawanan dengan beban tugas bukan akademik pula merujuk kepada tugas-tugas yang
berkaitan dengan pengurusan pentadbiran, hal ehwal murid dan pengurusan kokurikulum.

Secara kesimpulannya faktor bebanan tugas yang semakin meningkat adalah merupakan salah
satu punca yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan stres dalam kalangan guru di
Malaysia.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah tahap stres dalam kalangan guru-guru di negara
ini yang semakin menjadi-jadi dan membimbangkan terutamanya ekoran bebanan tugas yang
meningkat. Perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan telah mengakibatkan wujudnya
bebanan tugas yang keterlaluan. Masalah ini boleh menjurus kepada tekanan mental dan emosi
berbanding fizikal kija ianya tidak dibendung dengan segera.

Pada tahun 2017, kementerian telah menjalankan kajian berkaitan stres dalam kalangan guru
yang melibatkan 48,258 responden. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 4.4 peratus atau 2123
guru mengalami stres tahap sederhana tinggi. Hasil kajian ini stres disebabkan pelbagai faktor
antaranya isu keluarga, kewangan pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan,
kekurangan kemahiran dalam menjalankan tugas dan tidak terlatih untuk menangani stres.
Dalam Utusan Online (27 July 2018) Bekas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Prof.
Dr. Nor Zuraida Zainal berkata mendapati kira-kira 71.1 peratus guru di Kuala Lumpur dan
Selangor mengalami stes. Dalam Berita Harian (28 August 2018) Menteri Pendidikan Dr.
Maszlee Malik berkata, perbagai aktiviti akan diadakan bagi membantu guru mengalami stres
antara Program Pengurusan Konflik, Program Pengurusan Emosi dan Program Rakan
Perkhidmatan Awam (AKRAB). Beliau ujar lagi guru yang disahkan pakar perubatan
menghadapi masalah kesihatan mental akan ditempatkan dalam jawatan kumpulan (pool) bagi
memudahkan guru menerima rawatan. Dalam Kosmo Online (12 Februari 2018) Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak
berkata, Kementerian Pendidikan perlu menyegerakan cadangan pemeriksaan kesihatan mental
kepada warga pendidik kerana tahap tekanan yang dihadapi menjejaskan prestasi. Beliau berkata
lagi, guru-guru yang berkhidmat di sekolah yang mempunyai pelajar 2000 ke atas dicadangkan
menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mohd Faizul.et.al. (2016) mengkaji tentang hubungan iklim sekolah dan stres guru sekolah
menengah di dearah Kuala Nerus, Terengganu. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti
perbezaan hubungan di antara iklim sekolah dan stres guru di dearah Kuala Nerus mengikut
sekolah berlainan gred. Kategori gred sekolah yang dipilih adalah sekolah menengah gred A dan
sekolah gred B. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah,
tahap stres sekolah di samping meneliti perbezaan stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu
jantina. Kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunkan soal selidik. Kajian dijalankan ke
atas guru-guru mengajar di dearah Kuala Nerus. Dapatan kajian, terdapat hubungan negatif di
antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah. Bagaimanapun dapatan
menunjukkan terdapat perbezaan stres guru berdasarakan faktor jantina guru. Kesimpulannya
kajian ini menghasikan satu kerangka yang menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi
stres guru sekolah menengah.

Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2001) telah memberi fokus kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar
dan pedalaman, sekolah kurang guru dan Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan melaksanakan
inovasi ICT secara berterusan. ICT memainkan peranan penting dalam kalangan guru.
Penggunaan ICT dalam proses PdP dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP serta
memudahkan pelajar memahami pengajaran. (Abu Yazid Abu Bakar, 2016). Dengan
menggunakan ICT guru boleh membawa PdPC dengan lebih menarik seperti teks, audio, video,
grafik dan animasi yang mampu meningkatkan tahap kemahiran berfikir dan berkomunikasi bagi
menyelesaikan masalah. Dalam (Utusan Online, 01 Januari 2018) Pengarah Institut Pendidikan
Guru kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, “Amalan
pembelajaran hari ini memerlukan kreativiti dan teknologi untuk menarik minat murid. Dengan
menggunakan keadah pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi, amalan PdPC ini
menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21”. Dalam (My Metro Online, 22 Ogos, 2016 )
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Universiti Putra Malaysia, Dr. Nor Azura Husin berkata, kelestarian penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi secara terancang, bersesuaian dan berfikrah sangat perlu bagi
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdPC.

Melalui internet murid dapat mencari maklumat dalam bentuk teks, bergambar rajah, carta, audio
dan sebagainya. Melalui cara ini, murid lebih didedahkan kepada World Wide Web (WWW)
untuk mencari maklumat dikehendaki. Sebagai contoh murid tidak perlu ke perpustakaan kerana
mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka
mahukan dengan kadar segera. Sekiranya murid kurang menguasai ICT maka murid tidak boleh
melayari internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. ICT sebagai bahan bantu mengajar
(BBM) dalam proses PdP dapat merangsang potensi individu ke tahap maksimum (Abdul Rahim
dan Hayazi 2008). Selain itu, e-pembelajaran juga dapat membantu pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan e-pembelajaran juga dianggap sebagai BBM yang
sangat berkesan ( Shah Rulbani, Mohd Isa & khadijah, 2017). Subjek Matematik dan Sains boleh
diajar kepada golongan kanak-kanak. Pelajar mampu menjana pembinaan daya kreativiti dan
inovasi, selain cekap menggunakan teknologi untuk mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber menjajar perkembangan global berasaskan e-pembelajaran. Selain itu ICT memainkan
peranan penting dalam kalangan guru. Penggunaan ICT dalam proses PdP dapat meningkatkan
keberkesanan proses PdP serta memudahkan pelajar memahami pengajaran.(Abu Yazid Abu
Bakar, 2016). Dengan menggunakan ICT guru boleh membawa PdPC dengan lebih menarik
seperti teks, audio, video,grafik dan animasi yang mampu meningkatkan tahap kemahiran
berfikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.

Tinjauan literatur tentang Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah
Pendidikan Islam di kaji oleh Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa dan Khadijah (2017). Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah Pendidikan
Islam dan juga untuk mengenal pasti perbezaan penggunaan ICT berdasarkan pengalaman
mengajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Sampel
kajian ialah seramai 69 orang responden pensyarah Pendidikan Islam. Dari aspek penggunaan
ICT dalam kalangan pensyarah, didapati bahawa tahap penggunaan ICT dalam kalangan
pensyarah Pendidikan Islam adalah berada pada tahap tinggi. Ini memberi gambaran bahawa
pensyarah Pendidikan Islam mempunyai penggunaan ICT yang memuaskan dalam proses PdP.
Para pensyarah banyak menggunakan program Microsoft Power Point sebagai bahan bantu
mengajar dalam proses PdP. Selain itu, tahap penggunaan sistem CIDOS rendah kerana
kekangan masa pensyarah itu sendiri. Kajian ini juga menunjukkan pensyarah paling tinggi
menggunakan komputer atau laptop untuk menyediakan Rancangan Semester Kursus baharu
dalam Pendidikan Islam. Sementara tidak terdapat perbezaan penggunaan ICT berdasarkan
pengalaman mengajar. Secara keseluruhanya kajian ini menunjukkan tahap penggunaan ICT
tinggi dan ianya menggunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses PdP dalam kalangan
pensyarah Pendidikan Islam. Kajian ini dibataskan kepada pensyarah Pendidikan Islam sahaja.
Kajian ini juga diskopkan di politeknik zon selatan bagi tujuan memudahkan penyelidik
mendapatkan dan mengumpulkan data yang diperlukan dalam menjalankan kajian yang telah
dirancang.

Sememangnya kajian terhadap stres dan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak
dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Kebanyakkan kajian-kajian lepas hanya
mengkaji tahap stres dan punca-punca yang menyebabkan guru stres. Selain itu mengkaji
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pemudacaraan
(PdPC). Namun kajian ini bukan tahap stres tetapi ingin mengetahui hubungan antara
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC ) dan stres guru di sekolah rendah.

Justeru itu, kajian ingin melihat hubungkait antara penggunaan teknologi dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dengan stres guru. Namun begitu, perlu diingatkan juga
bahawa selain memberi manfaat kepada kehidupan seharian, penggunaan teknologi yang tidak
dikawal mampu memberi kesan yang buruk dan akhirnya boleh mengakibatkan kegagalan dalam
proses (PdPC) serta seterusnya meningkatkan lagi stres para guru.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dengan stres dalam kalangan guru

OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenalpasti hubungan antara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dengan stres guru.
II. Mengenalpasti sama ada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
dimanfaatkan oleh para guru dalam proses PdPC dan membantu para guru mengurangkan
stres guru
III. Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan guru

PERSOALAN KAJIAN

I. Apakah hubungan antara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


PdPC dengan stres guru?
II. Adakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi memberi manfaat dan
mengurangkan tahap stres dalam kalangan guru?
III. Apakah tahap stres dalam kalangan guru ?
RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasi. (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dearah Johor Bahru,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Yazid Abu Bakar. (2016). “Digital Classroom” : An Innovative Teaching and Learning
Technique for Gifted Learners Using ICT. Jurnal Creative Education. Vol 7, hlm 55-61.

Azreen Harina Azman, Norudin Mansor & Zuraida Mohamad.(2016). Impak Beban Kerja
Terhadap Prestasi Kerja Pensyarah : Kes Kajian Di Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin (PSMZA). Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Terengganu.

Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zaibal & Nor Azzarahton Binti
Ab.Karim.(2015). Keberkesanan Penggunaan ICT di Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala
Lumpur. International Conference on Information Technology & Society, Kuala
Lumpur.

Ibarahim Jari & Chua Yan Piaw. (2017). Pengaruh Perilaku Kepimpinan Pengetua ke Atas
Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah di Melaka. Educational Leader (Pemimpin
Pendidikan) 2017, 5, 59-74.

Joseph Anjuman &Wan Rozali Bin Wan Hussin.(2013). ICT dan Kelestarian Penggunaannya
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah
dan Geografi 2013, UMS.

Johari Hassan & Fazliana Rashina. 2011. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Di kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education,
4(December), 22-37
Mohd. Noorhadi Mohd Yusof & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and
Humanities, 12(3).

Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifukhair Omar & Fauzi Bin Hussin. (2016). Hubungan Iklim
Sekolah dan Stres Guru Sekolah Menengah di Dearah Kuala Nerus, Terengganu.
Proceeding of ICECRS, 1, 39-48. International Seminar on Generating Knowledge
Through Research, UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia.

Norashid Bin Othman & Hamzah Bin Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran
Guru di Sekolah Menengah Dearah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for
Educational Thinkers) Vol.5, 35-37.

Ooi Chew Hong & Aziah Ismail. (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap
Tekanan Kerja Guru di Sekolah Kebanggsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2 (2).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas


Menengah). 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia : Putrajaya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia. 2013-2025. Kementerian Pendidikan


Malaysia: Putrajaya.

Rogayah Mohd Zain & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Kesan Globalisasi Ke Atas Pendidikan
Islam Kini. Prosiding wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 (WPI11), Hlm 35-42.

Salamadian. (25 Februari 2018). Pengertian Teknologi: Sejarah, Perkembangan, Manfaat &
Contoh Teknologi Terbaru.

Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon
Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1), 29-41, Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Syuhada Md Samsudin. & Mohd Aderi Che Noh. 2016. Pembudayaan Penggunaan Teknologi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding wacana Pendidikan
Islam Siri Ke 11 (WPI11), Hlm 191-201.

Syed Kamaruzaman Syed Ali, Mohd Faital Haji Hassan & Habib Mat Som. (2017). Tekanan
dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Pendidikan Jasmani. Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(1), 122-135.

Thanabalan Muniandy & Thanabal Desen. 2015. Persepsi Terhadap Penggunaan ICT dalam
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam Kalangan Guru PJPK
di Kedah. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 2015. Hlm
511-522.

You might also like