You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

SEMESTER 1 (SESI 2022/2023)

TUGASAN 3:

10 ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN DAN COVID-19

PQI6002 SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. FONNY DAMEATY HUTAGALUNG

NAMA NO. MATRIK

NURUL ATIQAH AMIRAH BINTI MOHD NORDIN 17068178/2

NUR SUHADAH BINTI ZAID S2161935


Covid19 sangat memberi impak kepada pendidikan di Malaysia lebih-lebih lagi kepada
guru dan pelajar. Banyak perubahan yang telah berlaku kepada pendidikan sekarang setelah wabak
ini berlaku. Hal ini demikian kerana, pihak yang bertanggunggjawab iaitu Kementerian Pendidikan
Malaysia ingin memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa diteruskan dan rakyat masih dapat
menimba ilmu walau terdapat kesukaran yang berlaku. Pada awal penularan Covid19,
persekolahan secara bersemuka tidak dibenarkan dan sekolah terpaksa ditutup bagi mengelakkan
penularan wabak tersebut. Maka, pelajaran secara atas talian telah dilakukan sepanjang tempoh
tersebut dan guru menggunakan inisiatif serta kreativiti bagi memastikan pembelajaran diteruskan
mengikut silibus yang telah ditetapkan. Namun, terdapat pelbagai isu yang berlaku dalam
pendidikan bermula pada fasa ini kerana pelajar dan guru perlu mengadaptasi pendidikan norma
baharu persekolahan.

Kekangan sosial (social distancing) merupakan salah satu daripada isu yang dihadapi
dalam pendidikan semasa pandemik COVID-19. Perkara ini diperkenalkan untuk mengekang
penyebaran virus dengan mengurangkan interaksi sosial antara individu. Dalam konteks
pendidikan, kekangan sosial menyukarkan pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan guru
dan rakan sebaya. Pembelajaran berteraskan kerjasama dan interaksi sosial di antara pelajar
merupakan aspek penting dalam pendidikan. Interaksi sosial ini membantu dalam pembentukan
kemahiran sosial dan emosi yang penting bagi perkembangan individu. Kekangan sosial yang
dikenakan menyukarkan proses pembelajaran yang berteraskan kerjasama dan interaksi sosial. Ia
juga boleh menyebabkan masalah kesihatan mental dan emosi kepada pelajar, termasuk kesepian
dan perasaan terasing.

Seterusnya, pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai isu dalam pendidikan di


seluruh dunia, dan salah satunya ialah peningkatan kesedaran tentang kesihatan dan
keselamatan. Peningkatan kesedaran tentang kesihatan dan keselamatan semasa pandemik dalam
pendidikan merujuk kepada usaha-usaha yang diambil untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pelajar dan guru di sekolah. Contohnya, pembersihan dan sanitasi yang lebih kerap
merupakan salah satu usaha yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di sekolah.
Pembersihan yang kerap dan sanitasi di sekolah sangat penting untuk mengelakkan penyebaran
virus. Sekolah-sekolah telah meningkatkan pembersihan dan sanitasi dengan memperkenalkan
prosedur yang lebih ketat, seperti pembersihan yang kerap tangan dan permukaan, dan
pembersihan yang kerap bilik mandi dan ruang lain di sekolah. Tambahan, penggunaan masker di
dalam kelas juga menjadi penting untuk mengurangkan risiko penyebaran virus. Pelajar dan guru
diwajibkan mengenakan masker di dalam kelas. Ini juga diperlukan untuk mengelakkan interaksi
sosial yang berlebihan di kalangan pelajar dan guru. Peraturan keselamatan yang lebih ketat juga
diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk memastikan pematuhan SOP dan peraturan keselamatan
di sekolah. Ini termasuk pengawasan pematuhan SOP yang lebih ketat, termasuk pemeriksaan suhu
badan dan mengekalkan jarak sosial di sekolah.

Selain itu, isu semasa dalam pendidikan adalah masalah pencapaian internet untuk
kelangsungan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Terdapat ramai pelajar yang kurang
menguasai ilmu pembelajaran semasa pendemi. Ini kerana, kebanyakan murid tidak fokus ketika
sesi pembelajaran secara atas talian berlangsung dan terdapat juga kekangan dari segi internet
terutamanya pelajar yang berada di kawasan pedalaman yang agak sukar mendapatkan akses
internet. Oleh itu, mereka tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara berjadual dan tidak dapat
mengejar kaedah pembelajaran baru tersebut. Mereka juga perlu belajar secara kendiri kerana
sukar untuk mereka bertanya sesuatu pembelajaran berbanding jika berada di sekolah pertanyaan
secara terus jika tidak faham sesuatu perkara. Perkara ini, memberi tekanan kepada guru kerana
mereka perlu meneruskan pengajaran demi memastikan pelajar tidak tertinggal dalam dunia
pendidikan. Isu ini berlaku hampir keseluruh negara kerana corak perlaksanaan pembelajaran dan
pengajaran yang baru bagi guru serta pelajar. Perkara telah dibuktikan daripada kajian yang dibuat
oleh Sinar Harian (16 Jun 2021).

Isu semasa yang lain adalah kekurangan latihan dan bimbingan bagi guru dan ibu bapa
dalam pendidikan semasa pandemik COVID-19 merujuk kepada kesukaran yang dihadapi oleh
guru dan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Guru-guru yang tidak
mempunyai latihan yang cukup dalam teknologi dan pengajaran jarak jauh mungkin mengalami
kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan perubahan dalam cara pengajaran yang diperlukan
semasa pandemik. Mereka mungkin juga mengalami kesukaran dalam menyediakan bahan
pengajaran yang sesuai dan mengadaptasikan kurikulum untuk situasi yang berubah. Ibu bapa juga
mungkin mengalami kesukaran dalam mengajar anak-anak mereka sendiri di rumah tanpa latihan
yang cukup dan bimbingan. Mereka mungkin juga mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri
dengan perubahan dalam cara pembelajaran yang diperlukan semasa pandemik. Terbukrilah,
kekurangan latihan dan bimbingan bagi guru dan ibu bapa dalam pendidikan semasa pandemik
boleh menyebabkan kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

Tambahan lagi tentang isu semasa pendidikan semasa pedemik adalah isu perubahan
dalam cara ujian dan penilaian semasa pandemik COVID-19 merujuk kepada kesukaran dalam
mengatur dan menjalankan ujian dan penilaian secara selamat dan efektif dalam situasi pandemik.
Peraturan keselamatan seperti “social distancing” dan pembatasan pergerakan menyukarkan
pelajar untuk menghadiri ujian secara fizikal. Ini menyebabkan perlu untuk menjalankan ujian
secara dalam talian atau mengambil ujian yang berbeza daripada ujian fizikal yang dijalankan
dalam situasi biasa. Ini juga menyukarkan dalam menilai prestasi pelajar dengan baik. Guru dan
penilai harus mencari cara baru untuk menilai prestasi pelajar tanpa mengambil kira kehadiran
fizikal pelajar dalam ujian tambahan masalah akses teknologi yang dihadapi oleh pelajar di luar
bandar atau pelajar yang tidak mempunyai peralatan yang cukup boleh menyebabkan masalah
dalam menjalankan ujian secara dalam talian. Oleh itu, perubahan dalam cara ujian dan penilaian
semasa pandemik menimbulkan masalah yang menyukarkan dalam menilai prestasi pelajar.

Isu semasa seterusnya adalah penyesuaian kurikulum untuk situasi pandemik merujuk
kepada kesukaran dalam menyesuaikan kurikulum yang diajar untuk situasi pembelajaran
yang diperlukan dalam situasi pandemik. Pandemik COVID-19 menyebabkan sekolah-sekolah
untuk menghentikan pengajaran secara fizikal dan beralih kepada pembelajaran jarak jauh atau
belajar dari rumah (homeschooling). Ini menyebabkan kurikulum yang digunakan dalam
pengajaran fizikal tidak sesuai dengan pembelajaran jarak jauh atau homeschooling. Guru-guru
harus menyesuaikan kurikulum yang digunakan untuk situasi pandemik ini. Ini termasuk
mengubah cara pengajaran dan pembelajaran, menyesuaikan bahan pengajaran dan menyesuaikan
aktiviti pembelajaran. Oleh hal yang demkian, penyesuaian kurikulum untuk situasi pandemik
menimbulkan masalah yang menyukarkan dalam menyesuaikan kurikulum yang diajar untuk
situasi pembelajaran yang diperlukan dalam situasi pandemik.

Pada masa yang sama, sesi persekolahan juga telah berubah setelah kehadiran Covid19
juga menjadi isu dalam pendidikan di Malaysia. Jika sebelum ini, sesi persekolahan adalah
bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada tahun tersebut bagi setiap tahun, namun telah
berubah dan tidak menentu setelah Covid19 di mana sesi persekolahan kebanyakannya bermula
pada bulan 3 dan berakhir di tahun seterusnya untuk melengkapkan 190 hari wajib persekolahan.
Contohnya, sesi persekolahan bagi 2022 adalah bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12
Mac 2023 manakala sesi persekolahan bagi 2023 bermula 19 Mac 2022 hingga 9 Mac bagi
kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala Kumpulan B (semua negeri di
Malaysia selain Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) bermula pada 20 Mac 2023 hingga 10
Mac 2024. Perkara ini berlaku kerana pelajar mula bersekolah kembali secara bersemuka buat
pertama kali selepas Covid19 adalah pada bulan 3. Ini menyulitkan setiap pihak kerana pelajar
terpaksa mengikuti dua peringkat dalam satu tahun seperti berada di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
dalam satu tahun. Tarikh peperiksaan juga terpaksa di diubah mengikut sesi persekolahan baru
supaya silibus dapat dihabiskan sebelum menduduki peperiksaan. Sebagai contoh, calon
peperiksaan Sijil Peperiksaan Sekolah (SPM) tahun 2022 akan menduduki peperiksaan penting
tersebut pada bulan Februari hingga Mac 2023 berbanding dengan sebelum ini di mana SPM akan
dilaksanakan pada bulan November hingga Disember pada tahun yang sama iaitu Ketika pelajar
Tingkatan 5 berumur 17 tahun. Perkara ini menjadi isu dalam kalangan pelajar kerana mereka
terpaksa menamatkan waktu pengajian mereka lebih lambat iaitu pada umur 18 tahun. struktur
pendidikan ini juga menjadi perbahasan dan akan dikaji semula bagi menjadikan struktur
pendidikan ini kembali kepada asal.

Isu semasa yang kelapan adalah peningkatan pelajar yang tercicir dalam pendidikan
disebabkan pandemik COVID-19. Hal ini merujuk kepada pelajar yang mengalami kemerosotan
dalam prestasi akademik atau yang mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan dalam cara pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan dalam situasi pandemik. Pada
masa yang sama, masalah akses teknologi yang dihadapi oleh pelajar di luar bandar atau pelajar
yang tidak mempunyai peralatan yang cukup juga boleh menyebabkan kesukaran dalam
mengakses pembelajaran. Perubahan yang perlu diterima dalam situasi pandemik juga
menyebabkan pelajar tercicir.

Tambahan lagi, isu semasa yang kesembilan adalah Pandemik COVID-19 telah
menimbulkan masalah kesihatan, baik fizikal mahupun mental pelajar. Salah satu contoh
adalah tekanan dan kebimbangan. Pelajar mungkin merasa cemas mengenai kesihatan dan
keselamatan mereka sendiri dan keluarga mereka, serta masa depan akademik mereka. Isolasi
sosial juga merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar, kerana peraturan kerja dari rumah dan
pembatasan pergerakan menyebabkan kurangnya interaksi sosial yang diperlukan untuk
kebahagiaan dan kesejahteraan mental. Pada masa yang sama, kekurangan aktiviti fizikal juga
merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pembatasan pergerakan menyebabkan kurangnya
peluang untuk bergerak dan melakukan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan masalah kesihatan
fizikal dan mental. Oleh hal itu, pandemik COVID-19 telah menimbulkan isu masalah kesihatan
pelajar. Ibu bapa, guru dan pihak bertanggungjawab bekerja keras untuk membantu pelajar
mengatasi isu ini dan memberi mereka persekitaran belajar yang sesuai dan sokongan yang
diperlukan.

Isu semasa yang terakhir adalah pandemik COVID-19 telah meningkatkan guru yang
mempunyai masalah mental. Pendemik telah menimbulkan pelbagai bebanan kerja bagi guru,
baik dari segi fizikal maupun mental. Bebanan kerja yang tinggi juga merupakan masalah yang
dihadapi oleh guru. Guru mungkin merasa tertekan dengan jumlah tugas yang harus dilakukan,
seperti menyiapkan bahan pengajaran, memberikan bimbingan, mengevaluasi prestasi pelajar dan
memberikan laporan. Guru juga mungkin merasa tertekan dengan jumlah jam kerja yang lebih
lama dibandingkan dengan sebelum pandemik. Tambahan, peraturan kerja dari rumah dan
pembatasan pergerakan menyebabkan kurangnya interaksi sosial dengan rekan sekerja dan pelajar,
yang boleh menyebabkan kesepian dan kesan negatif pada kesejahteraan mental. Disebabkan ini,
pandemi COVID-19 telah menimbulkan pelbagai bebanan kerja bagi guru sehingga memberikan
impak masalah mental kepada guru.

Kesimpulannya, pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai isu dalam konteks


pendidikan, termasuk masalah kesihatan fizikal dan mental bagi pelajar dan guru, kesukaran dalam
menyediakan persekitaran belajar yang sesuai, bebanan kerja yang tinggi bagi guru, dan kesulitan
dalam menyesuaikan diri dengan perubahan dalam cara pengajaran. Isu ini menunjukkan
pentingnya pihak berkuasa, ibu bapa, guru, dan sekolah harus bekerja sama untuk memastikan
bahwa pelajar dan guru dapat belajar dan mengajar dengan selamat dan efektif selama dan setelah
pandemik. Perubahan dalam sistem pendidikan juga diharapkan kerajaan akan menambah baik
insfrastruktur dan memberikan pendidikan yang lebih baik bagi pelajar serta guru. Dengan ini,
penting juga untuk tetap mengikuti perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam konteks
pendidikan dan bersedia untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul di masa depan.
RUJUKAN

NURUL HIDAYAH HAMID. (2021, July 11). Capaian internet jadi isu, dikhuatiri beri kesan

kepada pelajar. Retrieved January 27, 2023, from Sinar Harian website:

https://www.sinarharian.com.my/article/149334/capaian-internet-jadi-isu-dikhuatiri-beri-

kesan-kepada-pelajar

You might also like