You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

TUTORIAL 2

● Nama Pelajar : Mandra Janep


● Angka Giliran : 2022032420011
● No. Kad Pengenalan : 910217-13-5989
● Kumpulan : PDPP PJMS 1
● Kod Kursus : EDUP2102
● Nama Kursus : Sosiologi Dalam Pendidikan
● Nama Pensyarah : Encik Mohd Fariq Ariffin bin Abdullah
TUTORIAL 2
Salah satu keunikan negara ini adalah berdasarkan kepelbagaian kaum dan
budaya. Senario ini memungkinkan pelbagai kesan stratifikasi sosial terhadap
pendidikan. Huraikan kesan-kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan yang
anda perhatikan dan contoh-contoh yang sesuai di tempat anda bertugas

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan
sosioekonomi. Kepelbagaian budaya dan latar belakang sosial sudah semestinya wujud di
dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh itu kesan stratifikasi sosial akan
wujud dalam pendidikan. Kesan tersebut boleh kita lihat dalam sistem persekolahan,
pendidikan pelajar dan juga pekerjaan.
Kesan stratifikasi dalam pendidikan dapat dilihat dalam sekolah-sekolah di negara
kita. Wujudnya ketidaksamaan dalam pendidikan dan latar belakang keluarga menjadi
penyebab kepada isu ini. Di sekolah tertentu seperti di pedalaman, fasiliti sekolah sangat
daif dan tidak mencukupi. Bangunan blok sekolah terhad untuk kegunaan akademik
menyebabkan nisbah murid dalam satu kelas sangat banyak. Ini akan menyukarkan proses
pembelajaran dan pengajaran oleh guru dan murid.
Selain itu, wujud pengkelasan sekolah seperti sekolah elit (sekolah berasrama
penuh), sekolah kluster, sekolah harian (bandar dan luar bandar) dan sekolah
antarabangsa. Berdasarkan sekolah-sekolah tersebut, faktor sosioekonomi menjadi
penyebabnya. Murid yang mempunyai taraf sosioekonomi yang tinggi selalunya akan
berpeluang menikmati fasiliti sekolah yang canggih dan mencukupi manakala murid yang
datang daripada taraf sosioekonomi yang rendah selalunya berada di sekolah pedalaman,
atau luar bandar.
Seterusnya, tahap pencapaian akademik pelajar juga disebabkan wujudnya
pengkelasan sosial. Murid yang mempunyai latar belakang yang cukup dari semua segi
akan menonjol berbanding dengan pelajar yang berlatar belakang biasa. Tahap ekonomi
yang berbeza juga mempengaruhi pencapaian murid. Murid yang datang dari keluarga yang
miskin tidak mendapat peluang pendidikan yang terbaik berbanding dengan pelajar yang
berada. Disamping itu, tahap perbezaan kesihatan boleh menyebabkan prestasi pencapaian
mereka terjejas. Apabila jatuh sakit, murid tidak dapat meneruskan pembelajaran dan
selalunya akan bercuti. Keluarga yang miskin mungkin tidak membiayai kos rawatan pesakit
jika dibandingkan dengan keluarga yang berada. Hal ini menyebabkan murid akan terlepas
pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru.
Kesimpulannya, faktor-faktor tersebut akan mempengaruhi tahap pencapaian murid
dalam pendidikan. Jurang pendidikan yang tinggi akan wujud, murid yang miskin akan
ketinggalan manakala murid yang berada akan berjaya kerana mempunyai peluang yang
baik, pendidikan yang terbaik, dan kemudahan akses alatan digital yang baik.

You might also like