You are on page 1of 4

Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada murid

yang menyertainya seperti memupuk daya kepemimpinan dalam kalangan murid, membantu para murid membentuk kesihatan yang baik dan otak yang cerdas melalui pelbagai aktiviti, memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid dan mengembangkan potensi seseorang murid .Dalam usaha memberi penekanan terhadap kedua-dua aspek iaitu akademik dan ko-kurikulum untuk membina generasi yang cerdas dan cergas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini dipercayai bahawa menyumbang dalam penyuburan fizikal ,mental,sosial dan juga emosi pelajar. Dalam usahausaha yang dicurahkan, pelbagai dugaan dan cabaran timbul sebagai penghalang. Cabaran yang utaman dalam merealisasikan pembelajaran ko-kurikulum ialah ketidaklengkapan kemudahan-kemudahan untuk penganjuran aktiviti ko-kurikulum.

Sesetengah sekolah khasnya yang terletak di daerah kecil dan kampung biasanya adalah bercorak kecil berdasarkan bilangan pelajar yang tidak banyak.Hal ini menyebabkan sekolahsekolah ini gagal mendapat perhatian dan bantuan kewangan kerajaan yang sewajarnya untuk membeli alat-alatan yang terbaru untuk penggunaan aktiviti seperti alatan sukan,set komputer dan alat muzik. Tanpa peralatan,adalah mustahil untuk mengadakan latihan untuk sesuatu kelab atau persatuan. Dalam mengatasi masalah tersebut, kerajaan seharusnya menguntukkan sebahagian dana untuk memajukan infrastruktur sekolah sama ada sekolah baru mahupun sekolah lestari yang terletak di kawasan pedalaman. Selain itu, pelajar-palajar saban hari kekurangan kesedaran tentang kepentingan kokurikulum. Kebanyakan orang berpendapatan bahawa pencapaian akademik lebih penting daripada kokurikulum tetapi sebenarnya tidak! Kerajaan sedang berusaha untuk melahirkan model insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dari segi kokurikulum. Contohnya, seorang yang yang berkelayakan tinggi adalah tidak mencukupi, seseorng mesti merangkumi kebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan atau teknik lain yang mampu bersaingan dengan individu lain. Tambahan pula,kebanyakan pelajar kurang berminat untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Ini kerana kegiatan ini biasanya diadakan pada waktu petang.Ini membebankan para pelajar terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberi kerjasama kepada pihak sekolah kerana kegiatan ini dianggap membazirkan masa. Sesetengah pelajar memberi alasan bahawa mereka sudah kehabisan tenaga untuk datang semula ke sekolah selepas waktu pembelajaran

manakala yang lain pula dikehendaki menghadiri kelas tuisyen hari minggu. Hal ini telah menghalang pihak kerajaan dalam merealisasikan harapan mereka. Guru-guru di sekolah selalunya tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mencukupi untuk menunjuk ajar murid-murid dalam bidang ko-kurikulum berkenaan. Terdapat ramai guru juga enggan melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah ini secara aktif terutamanya guru wanita yang sudah berumah tangga, tengah mengandung ataupun masih dalam pantang. Ini akan menyebabkan guru wanita mengalami masalah untuk menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Oleh demikian, aktiviti ko-kurikulum tidak dapat dijalankan secara lancar tanpa kehadiran guru penasihat. Kekangan-kekangan ini boleh menjejaskan kelancaran aktiviti ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar. Oleh itu, usahausaha melahirkan pelajar yang sihat, berdisiplin dan mempunyai sahsiah terpuji menjadi sukar untuk dicapai. Sesebuah sekolah yang mempunyai terlalu banyak persatuan, turut akan mempengaruhi pilihan seseorang pelajar. Semasa memilih persatuan atau badan beruniformnya, seseorang pelajar akan berasa keliru akan mana satu persatuan atau badan beruniform yang patut dipilih agar sesuai dengan minat mereka. Di samping itu, kekurangan pilihan merupakan salah satu cabaran untuk merealisasikan usaha ini. Jika terdapat terlalu kurang pilihan, maka ramai pelajar akan menyertai persatuan atau badan beruniform yang sama. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar diabaikan semasa aktiviti dijalankan kerana terlalu ramai ahli berada dalam persatuan atau badan beruniform yang sama. Lama-kelamaan, situasi ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk menyertai sebarang persatuan atau badan beruniform. Secara tidak langsung, inin akan menjejaskan proses merealisasikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan penjana Wawasan 2020.

Aktiviti

kokurikulum

yang

dijalankan

di

sekolah

adalah

amat

penting.Walau

bagaimanapun,kebanyakan pelajar lebih mementingkan prestasi akademik.Mereka tidak menyedari bahawa kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang diadakan di sekolah sebagai kegiatan tambahan.Mereka berpendapat bahawa pelajaran sekolah adalah lebih penting daripada kokurikulum.Tambahan pula,pelajar beranggap bahawa penyertaan kokurikulum akan mempengaruhi pelajaran mereka jika meluangkan terlalu banyak masa dalam aktiviti kokurikulum.Oleh demikian,mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya serta berasa penat dan sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru semasa pelajaran

dijalankan.Selain itu,sebahagian ibu bapa juga akan mengambil kesempatan ini untuk menbantah anak mereka menyertai kokurikulum yang melibatkan kegiatan di luar kawasan sekolah.

Secara tuntasnya, semua pihak perlu komited dalam mengatasi cabaran penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Guru-guru harus diberi latihan dalam bidang yang berkenaan agar guru-guru mempunyai kemahiran yang relevan untuk memimpin dan memberi khidmat nasihat kepada para pelajar dalam bidang tersebut. Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan dalam perjalanan kegiatan ko-kurikulum di sekolah secara langsung. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran perlu memberi peruntukan yang mencukupi agar pihak sekolah mampu menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang serba sempurna untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Selain itu, persepsi ibu bapa, anggota masyarakat dan barisan pendidik yang mementing pencapaian dalam akademik semata-mata harus diubah. Sebenarnya, para pelajar juga harus mempunyai inisiatif untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang penuh erti ini agar dapat berkembang dari segi fizikal, sosial, mahupun dari segi rohani dan intelek bagi menghadapi cabaran era globalisasi. Justeru, cabaran-cabaran penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum perlu diatasi untuk membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

1-MENYEDIAKAN

SATU

JADUAL

LEBIH

SISTEMATIK

-Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar. -Pelajar juga dapat mengunakan alatan sukan pada masa lapang mengikut jadual yang ditetapkan. -Hal ini juga dapat menggalakan pelajar bersukan dan dapat menghidari pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

2-PIHAK KERAJAAN PERLU MENJADIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB - Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum haruslah diambil kira dengan sistem sepuluh peratus dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) .

-Hal ini mampu meningkatkan kadar penyertaan pelajar secara mendadak walaupun pendekatan ini kelihatan bersifat paksaan. Dengan ini, pelajar dapat membuang sifat memandang rendah terhadap aktiviti kokurikulum

3-PENGENALAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM SISTEM PENDIDIKAN BAHARU -Sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik semata-mata

-Oleh itu,pelajar akan memberi tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. -contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum diambil kira semasa seseorang itu memohon untuk kemasukan ke universiti.

4-MASALAH KEWANGAN MENJADI ALASAN PELAJAR TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

- Peralatan dan pakaian seragam badan beruniform telah membebankan sebilangan pelajar yang kurang berkemampuan. Langkah yang paling sesuai bagi mengatasi masalah ini adalah melalui penyediaan insentif serta bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukannya. Pelajar yang aktif juga boleh diiktiraf melalui pemberian elaun tambahan dalam bentuk biasiswa bagi menarik minat pelajar.

You might also like