You are on page 1of 3

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

EDUP2102

INTERAKSI 4
KESAN POSITIF DAN NEGATIF MOBILITI
SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN

NAMA AHLI : AZNIEZZA BINTI LAMSIN


MOHTHAR MARZUKI

OPSYEN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN :

PENSYARAH : PN. REGINA WOON AI LENG

This study source was downloaded by 100000855962042 from CourseHero.com on 10-30-2022 02:55:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/77112636/kesan-mobiliti-sosialpdf/
Secara berkumpulan, bincangkan dengan kritis kesan-kesan positif dan negatif mobiliti
sosial terhadap pendidikan.

_________________________________________________________________________

Mobiliti bermaksud perihal mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain yang
merangkumi berpindah tempat, bertukar pekerjaan, dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi
Kedua, 1984). Manakala Sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat
(Kamus Dewan Edisi Kedua,1984). Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau
kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial masyarakat. Maka,
dapat difahami bahawa mobiliti sosial merupakan suatu gerakan perpindahan dari satu kelas
sosial ke kelas sosial lainnya atau status ke status lainnya.

Terdapat 2 jenis mobiliti sosial yang utama iaitu mobiliti mendatar dan mobiliti menegak.
Mobiliti mendatar ialah pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain
dalam status berbeza. Mobiliti mendatar ini terbahagi lagi kepada dua iaitu mobiliti
intragenerasi dan mobiliti intergenerasi. Manakala, mobiliti menegak pula bermaksud
pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang sama.

Mobiliti sosial berkembang dalam pendidikan. Perkembangan mobiliti sosial berlaku pada dua
era iaitu sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan, peranan
pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak adalah amat terhad. Ini kerana Dasar Pecah
Perintah Inggeris telah mengekalkan struktur masyarakat di mana anak-anak meneruskan
pekerjaan ibubapa mereka. Oleh itu, keseluruhannya mobiliti mendatar lebih banyak berlaku.
Selepas kemerdekaan, Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat.
Banyak peluang pekerjaan disediakan dan giliran rakyat tempatan mengambil alih peranan-
peranan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris. Perubahan ini berlaku
disebabkan faktor-faktor seperti pendidikan, pekerjaan, individu dan perkahwinan yang mana
ia memberi kesan positif dan negatif terhadap pendidikan.

Antara kesan positif mobiliti sosial ialah dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara
pelajar. Seseorang akan berusaha untuk meningkatkan prestasi untuk maju kerana adanya
peluang untuk berpindah strata. Peluang ini mendorong seseorang itu untuk bersaing, dan
bekerja keras agar dapat beralih ke strata atas. Contohnya, seorang anak miskin berusaha
belajar dengan gigih agar dapat kekayaan pada masa depan.

Selain itu, mobiliti sosial juga memberi kesan kepada peningkatan tahap akademik. Ekonomi
sangat berkait rapat dengan pendidikan. Seseorang yang mempunyai taraf hidup tinggi lebih
berpeluang untuk meningkatkan tahap akademik kerana kemampuan dari segi kewangan. Ibu
bapa yang berkemampuan biasanya mampu memberikan anak-anaknya pendidikan yang
sempurna dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen. Ini menyebabkan anak-anak dari
golongan atasan akan mendapat hasil pembelajaran atau ilmu yang lebih banyak selain
daripada pembelajaran di sekolah harian seterusnya dapat meningkatkan tahap akademiknya
dalam sesuatu mata pelajaran. Secara tidak langsung, anak-anak mereka dapat mengekalkan
status yang sama seperti ibu bapa mereka setelah dewasa kerana mudah mendapat
pekerjaan yang baik.

Begitu juga halnya dengan tahap pendidikan. Mobiliti sosial turut memberi impak positif
kepada tahap pendidikan yang mana ia dapat dipertingkatkan dengan lebih jitu dan berkualiti.

This study source was downloaded by 100000855962042 from CourseHero.com on 10-30-2022 02:55:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/77112636/kesan-mobiliti-sosialpdf/
Peluang pendidikan terbuka kepada semua lapisan strata masyarakat. Bagi anak yang kaya,
mungkin tiada masalah untuk mendapatkan pendidikan kerana lambakan institusi yang ada
sekarang tidak kira awam mahupun swasta. Anak yang kaya mampu melanjutkan pelajaran
tanpa halangan dari segi kewangan. Manakala, anak yang miskin pun masih mampu
melanjutkan pelajaran ke institusi lebih tinggi kerana wujudnya tajaan dan biasiswa. Oleh yang
demikian golongan kurang berkemampuan akan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran seterusnya dapat mengubah status diri pada masa
akan datang.

Sungguhpun begitu, mobiliti sosial turut memberi kesan negatif iaitu mewujudkan jurang
digital pelajar di bandar dan di luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan
peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar
dan luar bandar. Umumnya di bandar peluang mengakses lebih tinggi berbanding luar bandar
dan pedalaman. Ini kerana kemudahan teknologi serta capaian internet berkelajuan tinggi
tertumpu pada kawasan bandar sahaja. Sebagai contoh, di sekolah elit penggunaan ICT
secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan hasil pembelajaran. Oleh itu, pelajar di bandar mendapat kelebihan yang
lebih banyak dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran berbanding pelajar luar bandar.

Isu ketidaksamaan akibat perbezaan taraf sosial iaitu bahasa juga terjadi akibat mobiliti sosial.
Pelajar yang mempunyai status tinggi, bahasa yang digunakan berbeza dengan pelajar
berstatus rendah. Anak kaya ini dibiasakan dengan bahasa inggeris dari kecil menyebabkan
mereka petah berbahasa inggeris di sekolah. Oleh itu, pelajar yang mempunyai kelebihan dari
segi komunikasi berbahasa inggeris akan kelihatan lebih menyerlah berbanding pelajar biasa
yang lain.

Akhir sekali, mobiliti sosial mengakibatkan pertembungan keluarga dan sekolah dari aspek
nilai, aspirasi dan sikap. Apa yang dapat dilihat, pelajar kelas atasan tidak dibiasakan dengan
tugas-tugas am kelas contohnya menyapu dan membuang sampah. Mereka tidak biasa
membuat kerja-kerja pembersihan kerana di rumah mereka mempunyai pembantu atau orang
gaji. Akibatnya, ia dijadikan alasan untuk tidak membuat tugas tersebut di sekolah kerana
bercanggah dengan amalan keluarga di rumah.

Walaupun mobiliti sosial banyak memberi impak positif kepada pendidikan, namun realitinya
ia memberi sedikit sebanyak kesan negatif akibat kelas sosial dalam masyarakat yang
semakin berkembang. Ekoran kesan-kesan mobiliti sosial, ekonomi dan globalisasi, maka
pendidikan negara harus diubah agar murid tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Rujukan

https://www.slideshare.net/cikgutika/topik-6-stratifikasi-sosial-mobiliti-sosial.Dicapai pada
September 27, 2020

https://www.slideshare.net/parydave/mobiliti-sosial.Dicapai pada September 27, 2020

This study source was downloaded by 100000855962042 from CourseHero.com on 10-30-2022 02:55:40 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/77112636/kesan-mobiliti-sosialpdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like