You are on page 1of 5

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (INDIVIDU / 50 MARKAH)

Merujuk kepada bahan bacaan daripada pelbagai sumber yang sahih, anda dikehendaki
menulis sebuah penulisan ilmiah berkaitan kepentingan sekolah dan permuafakatan
komuniti dan cabaran yang bakal dihadapi pada abad ke-21 dan strategi bagi menangani
cabaran tersebut
1.0 PENGENALAN
Sekolah sebagai institusi pendidikan formal telah banyak mengalami perubahan dan
perkembangan. Pada masa kini, sekolah tidak lagi hanya berfungsi untuk menyampaikan
asas pedagogi yang menjadi sebab kewujudannya pada masa lepas. Tambahan pula,
sekolah juga bukan hanya berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi
melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia
yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawab dan amanahnya. Pengetua dan
guru-guru mestilah memberi tumpuan yang lebih dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat menghadapi persekitaran baru yang lebih mencabar. Dalam sistem pendidikan yang
berkembang pesat sekarang, tugas serta peranan pengetua sekolah amat komplikasi dan
mencabar sehingga mereka terlalu sibuk dan tidak berupaya untuk memikulnya dalam masa
yang amat terhad . Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan mempengaruhi gaya
pengurusan pengetua di mana pengetua perlu menyerahkan sebahagian daripada kuasa
tradisional kepada guru-guru dalam pengurusan sekolah. Strategi yang boleh dipraktikkan
dalam pengurusan sekolah bagi memastikan sekolah terus kompeten dalam menangani
pelbagai perubahan tuntutan baru ialah melalui pengupayaan.
2.0 KONSEP SEKOLAH DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI
Perkataan permuafakatan merupakan kata yang membawa maksud yang sama
ataupun sinonim kepada persepakatan, perundingan, persetujuan dan permesyuaratan.
Sekolah dapat didefinisikan sebagai tempat yang digunakan untuk belajar dan mengajar,
tempat menerima ilmu dan memberi pelajaran ( Kamus Dewan Edisi Baru ).
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru juga komuniti bermaksud sebuah kumpulan orang yang
tinggal di sesuatu daerah, wilayah atau Negara. Maka dapat dirumuskan bahawa
hubungan sekolah dengan komuniti ialah sesebuah kawasan yang didiami di
bawah satu pemerintahan dengan menjalankan tanggungjawab seperti mengajar dan
belajar serta wujudnya hubungan interaksi antara pihak sekolah dan warga komuniti.

3.0 KEPENTINGAN DAN CABARAN SEKOLAH DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI


MENJELANG ABAD 21 TERHADAP DUNIA PENDIDIKAN NEGARA
3.1 KEPENTINGAN SEKOLAH DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan
sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja tetapi juga
melibatkan komuniti. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti
setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Jadi, terdapat
beberapa kepentingan permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
Kepentingan yang amat dominan daripada permuafakatan ini ialah, dapat melahirkan
masyarakat yang berpengetahuan luas. Kebelakangan ini, kebanyakkan sekolah di negara
kita amat memberi penekanan kepada pencapaian peperiksaan. Secara tidak langsung,
wujudlah budaya yang hanya belajar untuk peperiksaan dan bukannya untuk menimba ilmu
dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat diubah melalui penganjuran aktiviti- aktiviti yang
bermanfaat kepada pelajar seperti kempen Cintailah Sungai, kempen Membasmi Dadah
dan sebagainya. Selain itu, pegawai Jabatan Pertanian juga boleh berkongsi pengetahuan
dalam pertanian. Dengan ini, aktiviti- aktiviti di luar kelas akan bertambah menyebabkan
pelajar rasa tidak bosan dan juga membantu pelajar untuk peka dalam semua bidang dan
bukan hanya pandai dalam bidang yang tertentu.
Selain itu, hubungan antara pihak sekolah dan pihak polis dapat mengurangkan
gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Kehadiran pihak polis yang kerap di
sekolah akan menyebabkan pelajar takut dan tidak berani untuk melakukan sesuatu
kesalahan. Pegawai- pegawai Polis dapat memberi pendekatan tentang hukuman-hukuman
yang akan dikenakan ke atas golongan yang terlibat dalam gejala sosial. Kesedarankesedaran haruslah disemaikan dalam diri para pelajar sejak kecil lagi. Bah kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, pihak-pihak seperti ini boleh menjadi
contoh yang baik kepada pelajar. Contohnya, kesegakan pegawai polis dan kehormatan
yang diberi kepadanya akan menarik minat para pelajar. Mereka akan berusaha untuk
belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi orang yang berpendidikan seperti yang
diminati oleh mereka.
Pihak ibu bapa juga merupakan salah satu pihak komuniti. Penubuhan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah adalah untuk mewujudkan permuafakatan antara
ibu bapa dan guru. PIBG memainkan peranan yang penting dalam peningkatan taraf
pendidikan pelajar. Persatuan ini membantu pihak sekolah dalam menyediakan keperluan
kegiatan para pelajar di sekolah. Dana yang dikutip oleh PIBG amat bermanfaat kepada
2

pelajar. Segala tanggungan kos boleh mereka mengambil alihnya. Ini secara langsungnya
meringkan beban sekolah. Tamsilnya, apabila pelajar mengadakan lawatan ke sesuatu
tempat mereka dapat menggunakan wang PIBG. Di samping itu, kerjasama antara ibu bapa
dan guru dapat mengatasi masalah yang dilakukan oleh pelajar dengan mudah.
3.2 CABARAN SEKOLAH DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI
Sudah terang lagi bersuluh hubungan antara sekolah dan komuniti amat signifikan
dalam meningkatkan tahap pendidikan dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan
berilmu. Namun, terdapat perkara yang menggusarkan hati iaitu cabaran- cabaran dalam
mewujudkam permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
`

Dasawarsa ini, dalam menempuh arus modenisasi masyarakat negara kita amat

sibuk dalam mencari pendapatan. Mereka memberi tumpuan yang lebih terhadap kerja
sampai mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pendidikan anak-anak mereka. Ibu
bapa juga mempunyai pendapat bahawa tanggungjawab mereka terhadap anak-anak
mereka ialah hanya memenuhi keperluan anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa langsung
tidak hadir untuk program- program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah
Majlis Mesyuarat Agong, Hari sukan, gotong-royong dan lain-lain.
Cabaran seterusnya ialah sikap masyarakat yang mementingkan diri. Masyarakat
tidak berprihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka
langsung tidak menghiraukan tentang sekolah. Mereka berasa mempunyai hubungan
dengan pihak sekolah adalah perkara yang membazirkan masa dan wang mereka. Komuniti
tidak sedar akan kepentingan permuafakatan ini. Pertubuhan- pertubuhan swata mahupun
kerajaan juga tidak mewujudkan permuafakatan dengan pihak sekolah. Hal ini kerana,
mereka tidak ada apa-apa keuntungan jika mereka mengadakan sesuatu aktiviti di sekolah.
Jika mereka melakukan aktiviti yang sama di tempat lain mereka akan dibayar. Jadi, jelaslah
bahawa perkara- perkara tersebut menjadi halangan dalam permuafakatan sekolah dan
komuniti.
Sekolah luar bandar menghadapi cabaran dalam mewujudkan permuafakatan
dengan komuniti disebabkan oleh jarak. Lokasi sekolah luar bandar amat jauh daripada
kawasan tempat tinggal. Faktor ini telah menyukarkan komuniti untuk melibatkan diri dalam
kegiatan-kegiatan sekolah. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak masih
mengalami masalah pengangkutan untuk pergi ke sekolah. Dalam keadaan sebegini
masyarakat tidak sanggup untuk mengorbankan masa mereka untuk pergi ke sekolah.

4.0 STRATEGI- STRATEGI UNTUK MENANGANI CABARAN


Cabaran-cabaran dan petualang yang serius yang telah tersenarai di atas perlulah
ditangani dengan beberapa strategi yang drastik dan efektif dengan segera sebelum
terlambat kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Strategi yang perdana ialah
Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah mewajibkan penglibatan ataupun pemberian
sumbangan kepada sekolah untuk semua masyarakat. Sebagai contoh, seorang wakil
daripada setiap keluarga yang tinggal di sekitar kawasan sekolah harus melibatkan diri
dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak sekolah.
Selain itu, pihak sekolah boleh mengedarkan berita-berita sekolah kepada komuniti.
Pihak sekolah boleh mencetak buletin yang mengandungi maklumat-maklumat semasa
yang berlaku di sekolah. Buletin tersebut kemudiannya harus diedarkan kepada seluruh
warga komuniti sebagai pemberitahuan maklumat semasa sekolah. Selain daripada itu,
pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif dengan memaklumkan terus berita- berita
sekolah kepada wakil atau ketua pemerintah di kawasan tersebut. Selepas itu, pihak
sekolah harus mendapatkan tindak balas tentangnya daripada komuniti dan cadangancadangan untuk meningkatkan taraf sekolah.
Taktik yang lain untuk mengatasi cabaran tersebut ialah pihak PIBG harus
mengadakan mesyuarat bersama komuniti sekali dalam sebulan. Dalam mesyuarat tersebut
setiap orang harus diberi kebebasan dan hak untuk bersuara. Semua orang termasuk pihak
sekolah harus sedia untuk menerima dan menghormati apa jua pujian, kritikan dan
cadangan. Dengan ini hubungan masyarakat sejagat dan pihak sekolah akan menjadi lebih
erat.
Sementelahan itu, ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang materialistik. Ibu
bapa haruslah tidak berivesif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anakanak. Mereka seharusnya meluangkan masa untuk berjumpa dengan guru untuk
mengetahui taraf anak-anak mereka dalam pencapaian akademik. Mereka juga harus
melahirkan hubungan silaturahim dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
5.0 KESIMPULAN
Secara konklusinya, kita mendapat tahu bahawa permuafakatan antara sekolah dan
komuniti amat penting. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu dalam usaha
mempertingkatkan taraf pendidikan sekolah dan melahirkan golongan remaja yang
berwibawa. Hal ini kerana, remaja masa kini merupakan bakal pemimpin negara pada masa
hadapan. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Strategi-

strategi untuk mewujudkan permuafakatan yang dinyatakan di atas tidak mudah kerana ia
memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua pihak kerana tepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi.

You might also like