You are on page 1of 16

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan perbincangan dan beberapa cadangan dapatan
kajian melalui kaedah Hermeneutik yang telah dijalankan. Perbincangan yang dikemukakan
adalah berdasarkan kepada dapatan serta analisis teks maklumat yang terdapat dalam bab 4.
Penyelidik akan membincangkan tentang pengaruh rakan sebaya dan pengasuhan ibu bapa
yang menyebabakan penglibatan murid dalam masalah vandalisme di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) dan cara-cara guru dapat membantu murid dalam menangani masalah
vandalisme murid-murid tahap 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) secara terperinci.

5.2 Perbincangan

Penyelidik mendapati masalah vandalisme murid-murid tahap 2 di Sekolah Jenis


Kebangsaan (Tamil) adalah hampir sama. Guru juga memberikan beberapa cadangan untuk
memperbaiki sikap tersebut. Seterusnya, guru turut memberi pelbagai cara yang dapat
membantu murid tahap dua dalam menangani masalah vandalisme di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil).

5.2.1 Sikap Murid Terhadap Masalah Vandalisme

Penyelidik mendapati salah satu masalah sikap negatif 9 responden iaitu murid tahap dua
di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ialah penglibatan mereka dalam masalah vandalisme.
Perubahan tingkah laku murid dalam menangani masalah vandalisme terletak di tangan mereka
sendiri. Murid perlu berusaha dengan gigih untuk memantapkan diri bagi mengubah sikap
negatif yang dimiliki. 9 responden memberi alasan bahawa mereka lebih berminat untuk
melibatkan diri dalam masalah vandalisme kerana mereka berasa bosan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Aktiviti yang diberikan oleh guru juga tidak
merangsangkan minat mereka. Semua responden juga menyatakan bahawa mereka berasa
tertekan dan keliru serta bosan, rasa malas untuk melakukan aktiviti, kecewa dan gementar dan
tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuh disebabkan oleh rasa kebosanan terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak dipuji atau
dimotivasi oleh guru semasa mereka hendak mencuba sesuatu yang baru pada waktu
pengajaran dan pembelajaran. Senario ini mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam
masalah vandalisme. Maka adalah penting untuk guru menjadikan diri mereka guru yang baik
dan mempunyai sikap yang positif terhadap murid-muridnya. Bagi meningkatkan tahap
disiplin, murid-murid perlu mendapatkan sesi daripada guru kaunseling di sekolah supaya
dapat mengikis sikap negatif dalam diri mereka.

9 responden yang dikaji pula menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya mendorong
mereka untuk melibatkan diri dalam masalah vandalisme. Seperti yang diketahui umum, rakan
sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri murid-murid.
Murid yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka
dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Daripada pandangan
responden, golongan murid biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku murid, lebih-lebih lagi
murid yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan murid yang
melakukan vandalisme merupakan murid dalam kumpulan, mereka tidak mempunyai tujuan
dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam
dan merosakkannya.

Menurut pandangan responden, ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif
kepada anak-anak mereka. Tanpa kita sedari, ibu bapa mampu mendorong kepada sifat
vandalisme dalam kalangan murid melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak
mereka. Sebagai contoh, tindakan ibu bapa membuang sampah di merata-rata tempat tanpa
mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut
kajian yang dijalankan, kebanyakan murid yang terlibat dengan gejala vandalisme lahir dalam
keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.
Murid-murid menyatakan bahawa ibu bapa dalam keluarga mereka yang terlibat dengan
masalah penceraian membuatkan mereka berasa tertekan dan ingin bebas daripada situasi ini.
Tekanan yang dialami membuatkan murid mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan
salah satu cara untuk melepaskan tekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu
vandalisme. Selain itu, murid-murid juga menyatakan bahawa kurangnya kawalan dan
bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa merupakan antara faktor utama mendorong murid
terjebak dalam gejala negatif ini.
5.2.2 Cara-Cara Menangani Masalah Vandalisme Dengan Bantuan Ibu Bapa.

Kesemua responden menyatakan bahawa pengasuhan daripada ibu bapa dapat membantu
mereka supaya tidak melibatkan diri dalam masalah vandalisme. Sebenarnya, golongan ibu
bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan
Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama
sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka
akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-
anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah
membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada
menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga
dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah
dan ibu.

Penyelidik mendapati sokongan ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada
golongan murid tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya
menerangkan kepada anak-anak mereka tentang pentingnya menganggap harta benda orang
lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan
falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan
kekosongan di hati mereka. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang
sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Selain itu, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah
vandalisme. Responden memberikan pendapat bahawa ibu bapa perlu memantau kegiatan
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja,
malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih
rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian
kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda
daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Pengkaji
berpendapat bahawa jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti
masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

Seterusnya, usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan
antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal
mendidik anak agar tidak terjerumus dalan penderaan sosial seperti gejala vandalisme ini. Ibu
bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak
menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi
bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat
susah diterima oleh para murid yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa
pula tidak bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan
melepaskan tanggungiawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian
yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi
tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.

Bukan itu sahaja, daripada pandangan pengkaji, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab
terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di
sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak
sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa
dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan
bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian
yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada
anak-anak mereka tidaklah bagai mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada
penawarnya. Masalah anaknya perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Ibu bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak
mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang
ringgit.
Selain daripada itu, menurut responden-responden kajian ini, ibu bapa haruslah menjadi
teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah
laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak
mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya,
ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti
merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya
merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar
perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang
kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Dengan ini, golongan murid tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan
seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial seperti vandalisme yang mampu menghancurkan
masa depan mereka.

5.2.3 Cara-Cara Menangani Masalah Vandalisme Dengan Bantuan Rakan Sebaya.

Penyelidik berpendapat sokongan rakan sebaya merupakan faktor yang sangat penting demi
mewujudkan murid yang berdisiplin dan menhindarkan diri daripada gejala sosial seperti
masalah vandalisme. Peranan perdana dalam mengurangkan masalah ini ialah murid perlu
bijak memilih rakan. Kajian mendapati bahawa masalah sosial banyak dipengaruhi oleh
pengaruh rakan sebaya. Murid-murid dikehendaki memiilih rakan yang mempunyai peribadi
yang baik, berjati diri yang kukuh dan berdisplin dalam semua aspek. Hal ini bagi memastikan
guru dapat menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan. Kata orang, kalau memilih untuk
berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena asapnya manakala kalau memilih untuk
berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terkena wanginya. Jadi, ‘tepuk tanya, tanya
selera’.

Selain itu, responden-responden berpendapat bahawa seseorang murid perlu menasihati


rakan, sama ada yang baru mahu terlibat atau yang telah terlibat dalam kancah sosial. Dalam
hal ini, murid-murid perlu berhati-hati umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak
putus, tepung tak berserak’ bagi mengelakkan ada rakan yang terguris hati. Murid perlu
menceritakan keburukan dan akibat jika terlibat dalam masalah sosial seperti menggelapkan
masa depan, terdedah dengan risiko tindakan tatatertib dan dicemuh oleh masyarakat. Jika
khuatir, bolehlah mengusulkan rakan untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan
nasihat dan panduan.

Di samping itu, responden juga menyatakan bahawa memanfaatkan masa senggang


dengan kegiatan yang berfaedah juga dapat mengurangkan murid-murid daripada terlibat
dalam kancah tersebut. Murid yang terlibat dalam masalah sosial ini sebenarnya tidak bijak
merencanakan masa dengan baik. Disarankan, mereka mendekatkan diri dengan aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, kenduri-kendara,
dan menyertai kem motivasi dan jati diri. Selain dapat mengelakkan diri daripada salah haluan,
mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan yang lain.

Bukan itu sahaja, penyelidik berpendapat bahawa murid-murid perlu senantiasa berfikiran
positif dan rasional dalam semua perkara. Kajian mendapati gejala seperti masalah vandalisme
berlaku apabila murid-murid terlalu mengikut nafsu dan keseronokan, iaitu ingin mendapat
kebebasan dan benci akan pelajaran. Untuk itu, murid-murid perlu merenung kembali tujuan
dihantar untuk belajar, iaitu bagi mencerahkan masa depan dan melahirkan modal insan kelas
pertama bagi menghadapi gelombang globalisasi dan cabaran alam pekerjaan. Oleh itu,
buangkan semua keseronokan sementara dan terimalah balasannya pada dewasa kelak.

5.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah


gejala sosial seperti masalah vandalisme memang merupakan salah satu masalah yang
meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan rakan
sebaya. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat
terhadap anak-anaknya. Anak-anak juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta
tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Di sekolah
pula, murid-murid perlu memilih rakan-rakan yang berfikiran positif, berdisiplin dan
bermotivasi tinggi untuk belajar supaya hala tuju mereka sentiasa menuju kearah mencapai
cita-cita mereka. Tegasnya, masalah vandalisme perlu ditangani daripada peringkat akar umbi
agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada
masyarakat.

5.4 Cadangan

Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan


beberapa cadangan untuk dijadikan panduan oleh mana-mana pihak yang terlibat. Antara
saranan-saranannya adalah seperti berikut:

5.4.1 Peranan Murid

Bahkan, para murid perlu menetapkan matlamat hidup dengan jelas. Sebenarnya, murid-murid
yang bermasalah tidak pernah tahu tujuan mereka hidup. Oleh sebab itu, mereka sewenang-
wenangnya menghabiskan masa dengan melibatkan diri dalam masalah vandalisme dan
sebagainya. Seandainya mereka ada tujuan yang tetap, sudah pasti kehidupan mereka tidak
disia-siakan kerana mereka tahu ‘masa itu emas’. Dengan cara ini juga, mereka akan belajar
bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diidam-idamkan.

5.4.2 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting bagi membantu mengatasi masalah
penglibatan anak mereka dalam masalah vandalisme . Mereka harus memotivasikan anak-anak
mereka untuk belajar supaya tumpuan mereka tidak terjejas dengan masalah- masalah sosial
yang lain. Ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak-anak mereka dan memberi
keprihatinan yang utama terhadap keperluan mereka.
Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak.
Ekoran daripada itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-
anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah
terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-
kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang
ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul.
Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama
keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan
kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang
harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu, setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa
harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-
anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa
untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami
tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa
membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota
keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti
keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya
mengeratkan silaturahim sekeluarga.

5.4.3 Peranan dan Sikap Guru-Guru

Seseorang guru harus mengenali pelajar-pelajarnya secara lebih dekat dengan penuh
kemesraan, banyak bersabar dan menjadi rakan pembimbing mereka yang sentiasa mempunyai
sifat keterbukaan dalam sebarang masalah. Mereka juga perlu meningkatkan keceriaan bilik
darjah dan mempelbagaikan proses pengajaran mereka sepaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik di bilik darjah dan menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu,
mereka juga perlu menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah, mewujudkan dan
mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau mengatasi
masalah ini.
5.4.4 Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak
mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang
berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting
memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi
nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.
Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau
dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak
memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

5.4.5 Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan
dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancangan yang tersiar atau
yang terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen
agar masyarakat faham dan menghayati kempen ‘Harta Awam Milik Bersama’ kerana dengan
adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.
5.4.6 Penguatkuasaan undang-undang

Langkah penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting. Tindakan disiplin


dan denda harus dikenakan kepada murid yang merosakkan harta benda awam di sekolah.
Tindakan ini wajar dilakukan kepada pesalah bagi memberi pengajaran kepada rakan-rakan
mereka yang lain. Pelaksanaan hukuman seperti kerja-keja khidmat masyarakat juga boleh
dilakukan. Melalui kegiatan ini murid yang bersalah akan dikerah untuk menjalankan kerja
sosial seperti mengutip sampah dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor di sekolah.
Ini secara tidak langsung mendidik murid-murid yang melibatkan diri dalam vandalime akan
menjaga kepentingan awam dengan baik.

5.4.7 Kempen-kempen pencegahan jenayah

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap


institusi termasuk sekolah-sekolah rendah.. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan
marnpu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para murid terutamanya peringkat sekolah
rendah. Hal ini demikian kerana murid pada masa ini banyak terdedah kepada kegiatan-
kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan
jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara
kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video,
pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk
hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu kempen
kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran murid yang sejak
kebelakangan ini amat membimbangkan. Melalui langkah ini, kegiatan vandalisme dapat
dikuarangkan.
5.5 Cadangan Lanjutan

Kajian ini hanya melibatkan 9 orang murid tahap 2 dan guru-guru dari sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) yang terletak di Pasir Gudang. Ini merupakan satu titik permulaan yang
menggunakan Kaedah Analisis Hermeneutik dalam mengkaji analisis penglibatan murid tahap
2 dalam masalah vandalisme di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Kajian berbentuk Analisis
Hermeneutik ini perlu diteruskan ke peringkat interpretasi seterusnya untuk mendapatkan
kejituan dan kesahan fakta bagi mendalami analisis dan cara-cara ibu bapa, guru-guru dan
rakan sebaya supaya membantu dalam menangani masalah vandalisma dalam kalangan murid
sekolah rendah.. Kajian yang dijalankan terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan
terutamanya berkaitan dengan kekangan masa dan bilangan responden.

Sampel kajian ini telah memfokuskan kepada murid-murid tahap 2 di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) yang terletak di daerah Pasir Gudang. Oleh itu, penyelidik mengharapkan
kajian seperti ini dapat dijalankan ke atas sampel yang lebih besar pada masa yang akan datang.
Selain itu, penyelidik berharap penyelidik yang akan datang dapat mengembangkan kajian
lanjutan ini ke daerah lain seperti daerah Johor Bahru dan daerah Ulu Tiram mahupun negeri-
negeri lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang penganalisisan dan cara-cara
guru, ibu bapa dan rakan sebaya membantu murid-murid dalam menangani masalah
vandalisme di seluruh Malaysia.

Kajian lanjutan disarankan dijalankan untuk melihat perbezaan analisis penglibatan murid
di antara Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Selain itu,
kajian lanjutan disarankan untuk menggunakan kaedah interpretasi teks asal yang berbentuk
temubual sebagai contohnya. Kajian lanjutan disarankan menggunakan pelbagai kaedah seperti
pemerhatian dan kajian kes. Penyelidik akan mendapat informasi yang lebih tepat dan luas
sekiranya menggunakan pelbagai kaedah.

Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan diharap akan dapat membantu menangani


masalah vandalisme dan menggerakkan lebih ramai penyelidik menjalankan kajian analisis dan
cara menangani masalah dalam bidang lain.
5.6 Rumusan

Dalam bab ini telah membincangkan mengenai perbincangan tentang dapatan kajian tentang
penglibatan murid tahap 2 dalam masalah vandalisme yang dilakukan dengan menggunakan
Kaedah Hermeneutik. Dalam perbincangan ini, fokus diberikan kepada peranan ibu bapa, guru-
guru dan rakan sebaya melalui analisis dan cara untuk memperbaiki tingkah laku negatif murid.
Cadangan-cadangan yang dikenal pasti melalui kajian ini ialah peranan masyarakat dan pihak
sekolah, peranan murid dan ibu bapa, kempen-kempen pencegahan jenayah, penguatkuasaan
undang-undang, peranan media massa memainkan peranan penting dalam menagani masalah
vandalisme murid. Selain itu, cadangan bagi kajian lanjutan juga dinyatakan oleh penyelidik
iaitu kajian dilakukan ke atas sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), bilangan sekolah ditambahkan dengan menggunakan
kaedah Hermeneutik supaya kejituan dan kesahan dapatan diperolehi kejituan dan kesahan
dapatan diperolehi.
RUJUKAN

1. Abdul Karim, Khairatul Ainal, 2010. “Vandalisme Kian Meruncing” dlm. Utusan
Malaysia. 13/07/2010.

2. Abdul Rahman Md. Aroff,1999. Pendidikan moral, teori, etika dan amalan moral.
Serdang.Penerbit Universiti Putra Malaysia.

3. Abdul Rahmat Abdul Aziz ,2002. Pemikiran Etika Hamka. Utusan Publication and
Distribution Sdn Bhd.

4. Abu bin Bakar.2003.Faktor-faktor yang mendorong kenakalan. Satu kajian di sebuah


sekolah akhlak di Wilayah Persekutuan.Diploma.Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

5. Abu Salim.2009.Vandalism di perumahan pelajar (asrama): Satu tinjauan di


perumahan mahasiswa di salah sebuah institute pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal
Personalia Pelajar.Jil.2: 13-20.

6. Ahmad, Baharudin,2007. Menjadi Survivor dalam Dunia Penuh Cabaran. Wangsa


Melawati, Kuala Lumpur: PTS Millennia sdn. bhd.

7. Al-Ghazali,1983. Timbangan amal menuju kebahagiaan akhirat .Terjemahan oleh M.


Ali Chasan Umar & A. Chumaidi Umar. Singapura: Pustaka Nasional.

8. Allberg, B. 2009. School vandalism : A nation dilemma. Men;o Park. California:


Stangord Research Institute

9. Amini, Z. M. (2006). Study of Self-regulation learning strategies and motivational


beliefs with academic achievement. New training ideas. 4, 134-123

10. Aron, B.M & Bisher, J.D. 2002. The equity-base model of vandalisme: Population &
Environment. Jil 3 : 82-100.

11. Azizi Yahaya et al ,2007. Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn
Bhd.

12. Berita Harian,2001. “Penjagaan Harta Awam Tugas Semua” dlm. Berita Harian,
hlm. 28. 04/26/2001.

13. Berita Harian, 2010. “Vandalisme Semakkan Mata” dlm. Berita Harian.
04/07/2010.

14. Berita Harian, 2011. “Bendung Kegiatan Vandalisme” dlm. Berita Harian,
hlm. 28. 03/02/2011.
15. Berrad, Z & Braham, M.V.2004. Three idelogical orientation in school vandalism
research. Review of Educational research. Jil 54. 263-292.

16. Bowels, J.K., The Residence hall vandalism problem: A model for examining
destruction behaviour: Journal of College and University Student Housing. 2008. Jil
12 (1), pp 15-19

17. Caplan,H.B.2005.Self attitude and deviant behaviour.California:Good Year Inc.

18. Cardinelli, C.F.2009. Another view: Lets get all the cause of youthful vandalism. The
American School Board Jurnal. Jil I: 68-69.

19. Cohen, S. 2002. The polotics of vandalism. New Society. Jil 12, pp.872-878.
Development in education. Jil. 4. 17-29.

20. Element, S.L.2005. School vandalism-causes and cures. National Association of


Secondary School Principals Bulletin: Jil 39(287). 27-31. 106

21. Eldhunsen, J.f.2008. Behaviour Problems in secondary school. Journal Or Research


and Chin Pek Lian, et al. ,15 Oktober 2005. Isu-isu masalah disiplin pelajar:
pendekatan dan penyelesaian. Seminar pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia

22. Gholami, E., Khoda Panahi, M. K., Rahimi Neghad, A. S. & Heidari, M. (2007).
Relationship of academic achievement and self-concept with academic achievement
thought wight grade students in science lessons based on analysis of results ‘Nymz-
R’. Journal of Iranian Psychologists. 7, 207-218.

23. Hemalatha A/P Segar ,2004. Persepsi Pelajar Tahun 4 SPH Terhadap Bidang
Usahawan Siswa . Universiti Teknologi Malaysia.

24. Jenkins, P. H. ,1997. School delinquency and school social bond. Journal Research in
Crime and Delinquency, Sage Publications, Inc.

25. Kamus Dewan,2005. Kamus Dewan. Edisi Keempat . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

26. Kamal Abd. Manaf, 1996. Manusia dan personaliti: Membentuk insan yang
sempurna. Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

27. Loganathan, K. (1992). Hermeneutic Analysis of Discourse. International School of


Dravidian Linguistics, India.

28. Moha Nasir Masroom, 2004. Persepsi Pelajar Terhadap Isu-Isu Sosial: Satu
Tinjauan Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.
29. Ragins, B. R., & Scandura, T. A. (1994). Gender Differences In Expected Outcomes
Of Mentoring Relationships. Academy of Management Journal, 37, 957 – 971.

30. Sharifi, H. P. (2006). Assessment of Internal and external motivation of achievement


and attitudes of students to educational issues. Journal of Educational Innovation. 18,
171-202.

31. Sidi Gazalba (1981). Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur.

32. Suppiah Nachiappan, (2017) Proses Kognisi dan Afeksi.

33. Suppiah, N. (2003). Proses kognitif dalam penulisan esei melalui analisis
hermeneutik. Minden: Universiti Sains Malaysia (Tesis PhD yang tidak diterbitkan).

34. Yahaya, Abdullah Sani,2006. Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional


Publishing Sdn Bhd.

35. http://svproject-vandalisme.blogspot.com/2011/03/gejala-vandalisme.html

36. https://www.slideshare.net/YAGHAVI/peranan-profesionalisme-guru-membendung-gejala-
sosial-remaja

37. http://cikguchee9909.blogspot.com/2015/08/peranan-guru-dalam-merealisasikan.html

38. http://asyikinmanan.blogspot.com/2015/12/rakan-sebaya.html

39. http://asyikinmanan.blogspot.com/2015/12/rakan-sebaya.html

40. https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/karangan-punca-gejala-sosial-
dalam.html#.W7OGS2gzbIU

41. file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/vendallizme.pdf

You might also like