You are on page 1of 24

BAB 2: Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

2.50 tengah malam pd tarikh 22/1/2013 ni sayo beraso rajin nok update blog......So apo lagi,
kalu rajin2 gi ni, baiklah sambung ke bab seterusnya dalam subjek EDU ni.....
Pembentang tajuk ni dio sekerat2 jah dan dibentangkan oleh Kelas Pemulihan Sem
3.......Mulo2 mace bosan dengar sep2 dio bentang....tapi, sebab nak dpt ilmu keno paksa diri,
mata dan batin untuk mendengar pembentangan......
A. Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif
Ianya bermaksud tempat murid untuk libatkan diri, mengambil bahagian dan tumpukan
perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran punyai keupayaan dalam merangsang minat dan
semangat murid untuk terus belajar dan iklim yang baik di dalam bilik darjah dapat
memotivasikan murid untuk mencapai objektif pembelajaran....Contohnyer, bilik yang bersih,
susun atur yang kemas dan menepati ciri2 bilik darjah yang sempurna, menjamin
pembelajaran yang sempurna.
Seterusnya, kita masuk pulak tajuk kecil dalam tajuk A ni:
I) Persekitaran Fizikal
Terbahagi kepada beberapa perkara pulak...iaitu:

Sumber bahan pembelajaran - murid perlulah punyai akses yg mudah kpd sumber
bahan pembelajaran. - memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan
menggunakannya. - memberi peluang kepada guru untuk mengajar murid cara
menyimpan bahan dengan tersusun. - bahan sepatutnya disimpan ditempat yang sama
sepanjang tahun bagi mengelakkan kekeliruan.

Ruang atau sudut pembelajaran - ruang khas boleh disediakan oleh guru untuk
aktiviti pembelajaran seperti mendengar guru bercerita. - membaca, melakukan
aktiviti pemulihan atau pengayaan. -Korang mesti pernah tengok satu sudut kecil di
belakang kelas...lebih kurang mcm tu la...budak2 yg lambat pickup ni, diletakkan di
belakang untuk aktiviti pengayaan.

Ruang pada dinding - ruang pd dinding boleh digunakan (kiri dan kanan). biasenyer cikgu letak jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi dan
lain2. - selain tu, boleh letak hasil kerja murid, like lukisan, tarikh lahir, aktiviti kelas
dan banyak lagi....

Pencahayaan, pengudaraan dan perabot - lampu and kipas benda wajib dalam
kelas di sekolh, so cikgu tu perlulah pastikan benda2 mcm tu berfungsi dgn baik. kalau murid2 silau, so guru perlu cari inisiatif untuk elakkan perkara tersebut. - paling
penting, pintu and tingkap always kena bukak, bior oksigen masuk.....kalu dok, lemas
la anok murid kito. - mejo and kerusi biarlah sesuai dengan peringkat usia....biasanya,
darjah 1 kerusi and meja lebih kecil and pendek b'banding dgn 2,3,4,5 and 6.

Kebersihan - bendo paling important dlm kelas ialah soal kebersihan, ni adalah
tanggungjawab cikgu and murid la. - cikgu kena pastikan kelas ade tong sampah,
penyapu sampah, pemadam papan hijau dan bulu ayam. - jadual bertugas jgan
dilupakan ye.....

Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah - susunan yang baik
menyenangkan guru untuk memantau murid dengan lebih mudah dan cepat. kedudukan guru perlulah dekat dengan murid. - kedudukan murid memudahkan untuk
mereka melihat sesi pengajaran secara langsung tanpa berdiri atau alihkan kerusi. cara susunan meja pulak bergantung pada pendekatan pengajaran dan aktiviti2 yang
dilaksanakan.

Susunan kerusi meja murid yang fleksibel - bergantung pada pendekatan


pengajaran (berpusatkan murid or guru) dan aktiviti2 yang bakal dilaksanakan. terdapat 3 jenis susunan kerusi meja murid iaitu (bilik darjah tradisional, kumpulan
kecil dan seminar). - bilik darjah tradisional ni lebih kepada berpusatkan guru...time
kita sekolah dlu tu la, meja cikgu kat depan. - kumpulan kecil ni ditekankan dalam
kurikulum KBSR, lebih berpusatkan murid, diorg ni boleh berkongsi bahan dan
bertukar2 pendapat, kelemahannyer murid2 mudah hilang tumpuan. - seminar pulok
lebih kepada susunan utk budak2 pengajian tinggi like me...ahaksss

II) Persekitaran Psikososial


Merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
Antara faktor persekitaran psikososial ialah:

Pendekatan pengajaran - guru perlu understand what their students need,


perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid. - Piaget cadangkan bahawa
murid2 dlm lingkungan 7-12 tahun perlukan pengetahuan dan aktiviti yang selaras
dengan kognitif mereka. Dengan kata lain budak2 dlm lingkungan darjah 1 hingga 3
ni perlukan pelbagai cara pembelajaran yang menarik seperti bermain sambil belajar,
experimen dan lain2 untuk memudahkan pengajaran dan pemahaman murid itu
sendiri.

Gaya pembelajaran - pemerhatian dan berbincangan dengan murid dapat


memberitahu guru gaya pembelajaran muridnya..Contoh: kebanyakkan murid tidak
faham jika guru hanya memberi penerangan sahaja, so guru perlu membuat perubahan
dalam pengajarannya dengan menyelitkan unsur aktiviti or permainan semasa
mengajar.

Kepimpinan guru - autokratik iaitu lebih kepada memberi arahan, membuat


keputusan sendiri dan tentukan hala tuju kelas (berpusatkan guru). - demokrasi iaitu
menjurus kepada perbincangan dengan murid, memberi peluang murid2 utk bersuara
dalam membuat keputusan. lazize-faire that is memberi pilihan kepada murid untuk
membuat keputusan sendiri.

Komunikasi - guru perlu bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid2nya.
- guru dapat sampaikan objektif pembelajaran dengan jelas.

Interaksi antara guru dengan murid - guru boleh merancang aktiviti untuk murid
bekerja dalam kumpulan dan melalui pemerhatian, guru dapat mengetahui tahap
interaksi sosial sesorang murid. Contohnya dalam matapelajaran sains, sya dlu2
pernah buat eksperiment kacang dengan kapas basah, dengan adenya projek
sedemikian interkasi guru dengan murid semakin baik malahan interaksi murid dan
murid juga turut berkembang.

III) Peraturan Bilik Darjah


Ape itu peraturan sahabat oi.......Jom kita dengar ape tokoh ini mendefiniskan peraturan....
"Kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah"
(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel 2008).
"Segala yang telah ditentukan {ditetapkan dsb}dan harus diturut atau dipatuhi (Kamus
Dewan edisi ke-4 2005)
a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
1. Pengurusan bilik drjah
2. Harapan guru
3. Objektif
4. Aktiviti
5. Peraturan
6. Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan tidak
berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan PDP, murid lebih fokus dan
mengurangkan tingkah laku disruktif.
b) Peranan Guru
1. Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is,
menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak
dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
2. Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga
kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid.
Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari
topik peraturan bilik darjah ok...
3. Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku
murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan
khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni
mengikut peraturan...
4. Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu
jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain
jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
5. Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah,
difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah
guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan
jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.
c) Prinsip Membentuk Peraturan

So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan pakat main buat je mak cik
deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu peraturan itu......
1. Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah
dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for
darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya
lebih kemas dan lain-lain..
2. Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
3. Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru
membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
4. Hadkan bilangan peraturan
5. Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
6. Selaras dengan peraturan sekolah...
d) Ape yang boleh dibuat oleh seorang guru tu dalam mempamerkan peraturan yang
dibuat???
Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan
pada bilik darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang untuk
murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.
e) Contoh Peraturan Bilik Darjah
1. Menepati masa....example...kena datang awal ke kelas...x leh masuk lewat after masa
rehat..
2. Angkat tangan dan tunggu kebenaran untuk bercakap....kalau ade yg x
faham...students needs to angkat tangan......kalau x nampak kurang ajar dooo...
3. Duduk di tempat sendiri kecuali mendapat keizinan untuk bergerak...
4. Ikut arahan dan hormati rakan2 serta guru...
IV) Rutin Bilik Darjah
Kebenda la rutin bilik darjah ni......saya pun x tahu....ayoyoyo...x dengar sgt time kumpulan
ni bentang...hikhikhik...
Daripada handout yg diberikan.....runtin bilik darjah ni dapat membentuk murid menjadi
lebih Bertanggungjawab dan Meningkatkan disiplin bilik darjah....
"Rutin Bilik Darjah" ialah prosedur or step2 yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti
spesifik di dalam bilik darjah...
"Rutin Bilik Darjah" merupakan set jangkaan yang diharapkan dapat menjimatkan masa serta
melancarkan fungsi bilik darjah....
rutin bilik darjah ni actually dibahagikan kepada beberapa iaitu:

1. rutin bukan akademik (rutin kelas) = contohnya pendaftaran murid, kutipan yuran,
skim pinjaman buku teks, susu percuma, pengurusan kebersihan bilik darjah,
pembentukan peraturan dan jadual kerja bilik darjah..
2. rutin pentadbiran = examplenye......urusan surat menyurat ibu bapa, laporan
kehadiran, laporan penilaian, takwim sekolah....
3. rutin akademik (rutin pembelajaran, rutin interaksi, rutin pergerakan murid
dan rutin pengurusan kerja) = ni korang cari sendiri la ye..malas saya nak
tulis....panjang sgt
B. Pengurusan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah
I) Konsep Pentaksiran
Before kite pergi jauh..ecehhh...ecehhh.....meh kita tengok dulu ape itu pentaksiran??
Utk pengetahuan u olls.....pentaksiran punya note banyak dalam subjek pendidikan khas and
pemulihan tau.......ade subjek khas lagi pasal pentaksiran ni...so sape2 yg ambik kos
pendidikan khas and pemulihan tu...thumb up la ye...diorg lebih ilmu sikit...
Pentaksiran ialah satu proses yang berterusan bertujuan untuk memahami dan menambahbaik
pembelajaran murid (Tom Angelo, 1995)....
Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber bertujuan
untuk membina kefahaman melalui proses pengajaran dan pembelajaran (Akhiar Pardi dan
Shamsina Shamsuddin, 2012)
"Rujukan utk kata2 daripada tokoh ni akan saya bagi k..senang utk buat rujukan assignment
korang"
II) Prosedur@Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan
Eh...eh..eh....ape sal pulak pasal penyediaan ujian and peperiksaan pulak nih??BTW, utk
pengetahuan korg.....ujian dan peperiksaan termasuk dalam pentaksiran tau.....

Ujian dan peperiksaan merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan
peperiksaan akhir tahun or pertengahan...

3 fasa yang perlu dipatuhi oleh guru dalam penyediaan ujian dan peperiksaan

Fasa 1 = perancangan (plan)

Fasa 2 = pembentukan item (shape)

Fasa 3 = semakan (check)

III) Perkara2 Yang Perlu Dirancang/Ditetapkan Dalam Proses Penyediaan


Ujian/Peperiksaan

kekerapan ujian/peperiksaan dalam satu penggal/semester...

tarikh ujian/peperiksaan....

tempoh masa setiap ujian/peperiksaan.....

IV) Perkara2 Yang Perlu Diberikan Perhatian Oleh Guru

ujian/peperiksaan perlulah adil...adil ok..jgn duk berat sebelah..

soalan2 ujian perlulah merangkumi tahap pemikiran...ermm....bior la sesuai dgn


murid2 tu..jgn duk wi soalan susoh2..

murid perlu dimaklumkan tarikh ujian/peperiksaan....giler ke ape kalau x bagi tau


tarikh exam.....

cuba biasakan murid dengan format ujian/peperiksaan.....ni time belajar, guru expose
sudent dengan soalan2...so time exam budak2 dok terkezut dengan apa yg akan
dijawab....hehehe

pastikan kertas soalan mencukupi...hehehe....

V) Pentakbiran Ujian dan Peperiksaan

persekitaran yang selesa = pastikan kerusi dan meja berada dalam keadaan baik,
sesuai utk tahap umur.....jgn la duk guna meja hok besar...students kecik jah...kesian
ko dio, pastikan juga kipas and lampu berfungsi. buka tingkap untuk pengudaraan
yang baik, jarak kerusi meja perlulah sesuai.....elakkan peniruan...

benarkan murid masuk awal = masuk 15 or 10 minutes awal dalam dewan or kelas
semasa ujian and peperiksaan tu perkara wajip k.....pastu.....guru perlu juga tulis
matapelajaran, tempoh@waktud dengan jelas pada papan puti...sediakan juga perlu
disediakan, letak di tempat yg dapat dilihat oleh semua orang.......kenapa pentingnya
jam tu??..penting coz murid dapat buat anggaran dalam menjawab soalan...

sebelum peperiksaan bermula

murid harus bersedia dan duduk di tempat masing2 10 minutes awal..

guru edarkan soalan peperiksaan mengikut angka giliran yg betul (ujian sumatif)...

10 minutes sebelum bermula ujian/peperiksaan, arahan peraturan tentang prosedur


ujian/peperiksaan haruslah diberikan oleh guru kepada murid....something like nama
matapelajaran, tempoh exam, peraturan semasa ujian, jgn bukak soalan sebelum
disuruh..tpi kalau saya memang bukak dulu la soalan tu...nanti senang nak discuss
ngan kwn2 terus...haha

semasa ujian/peperiksaan

guru mengawasi..ecehh....dan memberi perhatian kepada murid...time ni la..mata2


cikgu mcm mata penjenayah.....tengah check org meniru...pernah terkantoi meniru ke
awak??

guru peka terhadap keperluan murid.......cikgu nak kertas....cikgu nak tu..nak


ni.....students yg angkat tangan sebab nak extra paperlah org paling pysiko dlm dunia
ni.....ak jawab sikit je..die jawab banyak giler....

15 minutes before exam nak habis...guru kena umum....

beri arahan kepada murid untuk berhenti menulis dan mengumumkan masa tamat
menjawab peperiksaan.....

maklumkan kepada murid bahawa diorg x leh keluar lagi dari dewan or kelas sebelum
arahan daripada guru...

guru harus kira skrip jawapan dan membuat kompilasi berdasarkan pembahagian
kelas dan menyimpan kertas untuk disemak..

umum untuk murid bersurai...or berambus....kahkah..

PERATURAN BILIK DARJAH

Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di
dalam bilik darjah.
Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral muridmurid.
Antara penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa membentuk peraturan
ialah:
- Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas.
- Peraturan yang dibentuk mesti bermakna dan
dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah.
- Hadkan bilangan peraturan.Peraturan yang terlalu
banyak akan mengelirukan murid-murid.
- Peraturan yang dibina seharusnya adil dan bertujuan
membantu proses pembelajaran.
- Elakkan daripada menggunakan perkataan jangan.
- Peraturan bilik darjah mesti selaras denga peraturan
sekolah dan tidak bercanggah denganya.

CONTOH-CONTOH PERATURAN DI BILIK DARJAH

Untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jalan raya, wujudnya peraturan-peraturan


yang perlu dipatuhi oleh semua pemandu...tanpa peraturan? kita sendiri tahu apa akibatnya.
Justeru itu, pembinaan atau penetapan peraturan dan rutin bilik darjah amat penting bagi
mewujudkan kelas yang berdisiplin dan terurus

PENGURUSAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN LITERATUR RINGKAS.

2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam aspek
pengurusan bilik darjah yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah banyak kajian
yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang menyambung pelajaran di
bawah Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa.
2.3 Konsep Bilik Darjah
Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik
darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang
akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah
gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang
yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:
(a) Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan,
atau
(b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan
atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian
daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik
darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk
darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan
murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.

2.4 Konsep Pengurusan Bilik Darjah


Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah
dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada
timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek
yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi
guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah.
(laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).
Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan
ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya
pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti pengorkestraan kehidupan dalam
bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur
persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka
kemungkinan masalah. (Lemlech, 1988).
Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989)
ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti
pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan
pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen.
2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana
bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu
mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah.
Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi
tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati
murid-muridnya.
a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik
darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu
mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka.

Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan
kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia
sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga
dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah
susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi
keberkesanan pengajaran guru.
Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin
kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal
bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan
buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman
Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala
aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak
akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
c) Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya,
seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran
serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan
dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga
merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau
pun projek.
d) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas
apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya
tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid
sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas
sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
e) Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang
telah mereka

jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya
hasilnya benarbenar menepati objektif yang telah ditetapkan.
2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah
2.5.1 Merancang
Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru
akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran
dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah
yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang
tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti
menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh
menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran
atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat
oleh seseorang guru.
2.5.2 Mengurus
Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan
keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk pembelajaran. Sebagai
pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan dan
mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.
Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi
murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah
dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan
interaksi antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.
Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa
memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya
supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya

berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai
pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di kalangan murid-muridnya.
Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.
2.5.3 Mengelola
Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai
pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
1- Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
2- Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
3- Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.
4- Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan
seperti sesi buzz dan sumbangsaran.
5- Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar.
6- Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta
boleh dipercayai.
Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin
pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
2.5.4 Mengarah
Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan.
Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi
memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar
memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut
beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi
yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan
kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.
2.5.5 Mengawal
Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar
dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru
untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak

kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar
kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada
berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan
mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif
pembelajaran.
Guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan,
mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru
harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat
tercapai.
2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan
bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di
dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan
penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang
mesra.
Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya
yang akan dibincangkan ialah:
2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku
Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan)
mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru
mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku
positif.
Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan
mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut
jadual yang telah ditetapkan.

2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter


Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru
menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting
kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan
kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah.
Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik
darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk
pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan
dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif.
Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:
Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.

guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru
perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan
di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan
peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu
mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.
2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu
mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk mendapatkan
kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara keseluruhannya, murid dan
guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar
amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:


mendapatkan perhatian

mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku


berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
2.6.4 Terapi Realiti Glasser
Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950-an.
Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan
disiplin. Buku pertama beliau bertajuk Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry
yang memperkatakan tentang terapi realiti.
Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu
berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di
dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di
dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi
keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
a) kasih sayang
b) mempunyai kuasa dan kawalan
c) kebebasan
d) keseronokan

Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu
meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat
perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui terapi realiti,
guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid.
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku.
- bertindak sebagai pembimbing murid.
Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan
mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti


akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang
memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid
untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.
Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan
seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p

menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan


menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan
baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan guru murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau
mengancam murid apabila timbul masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan
2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970)
Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru
yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi
yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang
baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam
kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih
penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.
Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan
teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah masalah
di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada
pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ripple effect. Ripple effect
ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan
mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang
menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah.
Teori Kounin :

2.6.5.1 Kesedaran dan kepekaan (Withitness)


Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah.
guru bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas.
guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid.
( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan)
Guru perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan).
2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping)
Menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindihan).
Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa.
Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian dan
jangan bercakap.

2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness)


Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat
berkenaan dengan pengajaran.
Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan.
Guru sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar
jika diperlukan.
2.6.5.4 Momentum
Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir
pengajaran dengan berkesan.
Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar.
Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham.
2.6.5.5 Kepekaan Kelompok/Kumpulan

Perhatian kumpulan(Group alerting) :

Pelajar lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan.

Menggalakkan akauntabiliti(Encouraging accountability) :

Memberitahu pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai.

Format penyertaan tinggi(High participation format)

Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara
langsung.
2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid
diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah
akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan
pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya
dalam pelajaran.
Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan
bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu terdapat beberapa
faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu
bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan
murid dan salah laku yang tidak dijangka.
Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat disruptif seperti tidak
memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam kelas, keluar
dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak membawa buku latihan/teks,
menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak, berlari, menjerit di
koridor. Termasuk juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalah masalah kekemasan
diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan
pelajar lelaki berambut panjang.
Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan
halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa jua
tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi
psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan

seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada
arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar bercakap, menganggu rakan,
membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah, kurang sopan,
mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agrasif. Manakala tingkah laku
distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau geng.
Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku
mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar
pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu
subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek
tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran
terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains
mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga
menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah
kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami
bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya.
Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat
masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh
berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru
berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar
berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer.
Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak
berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan
bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut
sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan
pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif
dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang
selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak
berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak
berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh

sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini
memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong
kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik
apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap
kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima
apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas
tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar
Samuel)
2.8 Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti
pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti
pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah
bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang
maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik
darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke
dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek,
Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang
ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba
melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke
arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas
dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah
persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu
guru untuk membuat kajian lanjut.
RUJUKAN
Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the
future.Englewood.

Thursday, 16 June 2011


Amalan Tindakan Reflektif Dalam Pengajaran
Pada pendapat anda mengapakah proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah
bilik darjah itu berjalan lancar tanpa gangguan disiplin? Para pelajar sangat berminat dan
khusyuk mengikuti pengajaran guru dan guru pula begitu komited dan bersungguh-sungguh
menyampaikan ilmu yang diajar. Bagaimanakah guru tersebut dapat mengemudi kelasnya
dengan begitu berkesan?

Bukan mudah bagi seseorang guru untuk mempastikan pengajarannya menarik dan
berjalan lancar.Apakah petuannya? Semuanya bermula bila seseorang guru itu
mengamalkan sikap sedar/peka terhadap apa yang berlaku semasa proses pengajarannya
di dalam bilik darjah. Seorang guru yang sedar/peka merupakan seorang yang sensitif
terhadap apa yang berlaku, sentiasa menyoal diri dan akan mengambil tindakan segera
untuk membaiki kelemahan sekiranya hasil yang dingini tidak sama dengan apa yang
diharap atau dirancangkan. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkan tindakan reflektif
iaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap amalan yang dilakukan, di mana guru
menjadi lebih sedar terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis terhadap
amalan tersebut dan bersedia untuk membuat perubahan.

Bila guru responsif terhadap perlakuan pelajar, ini bermakna guru mengambil berat terhadap
pelajar. Keinginan untuk dihargai dan diberi perhatian merupakan fitrah semulajadi manusia.
Mengikut Nel Noddings (1992) " keinginan untuk mendapat perhatian merupakan ciri-ciri
umum manusia".

Sementara itu, mengikut Abraham Maslow proses pembelajaran akan berlaku dengan
berkesan sekiranya setiap individu berjaya memenuhi keperluan-keperluan dalam Hairaki
Keperluan Manusia . Sekiranya keperluan kepada makanan, pakaian, tempat perlindungan
dan kasih sayang dipenuhi maka individu itu akan bermotivasi untuk mencapai keperluan
yang lebih tinggi iaitu keperluan penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Sekiranya
satu keperluan dalam hairaki tidak dapat dipenuhi maka individu tersebut akan menghadapi
masalah kekurangan dan akan menganggu proses pembelajarannya.

Apa yang berlaku pada setiap awal tahun para pelajar sudah pasti mengharapkan guru yang
akan mengajar mereka ialah seorang yang sentiasa memberi dorongan ke arah
kecemerlangan, sentiasa mengambil berat dan sedia mendengar sebarang masalah yang
dihadapi, sentiasa memberi perhatian dan menghargai kebolehan mereka. Pelajar yang
mendapat perhatian dan bimbingan daripada guru akan merasa dirinya dihargai dan
kesannya pelajar merasa selesa dan berminat untuk mengikuti pengajaran guru.
Oleh itu, guru yang dapat mempamerkan sikap keprihatinan yang tinggi dan berkeupayaan
untuk memberi perhatian kepada lebih daripada satu perkara pada satu masa merupakan
pengurus bilik darjah yang berkesan. Guru yang prihatin tahu apa yang berlaku dalam bilik
darjahnya pada setiap masa. Mereka berkeupayaan untuk melaksanakan pengajaran dan
pada masa yang sama memantau disiplin para pelajar. Dengan kata lain, mereka sanggup
dan berupaya mengubahsuai pengajaran yang sedang berlaku sekiranya mereka mendapati
para pelajar menunjukkan sikap bosan atau kurang selesa. Dan sekiranya guru mendapati
ada dalam kalangan pelajar melakukan masalah disiplin ketika beliau sedang mengajar,
guru akan bertindak segara membetulkan tingkah laku tersebut. Perhatian segara diberikan
kepada tingkah laku pelajar ini akan menyebabkan pelajar merasa diri mereka diberi
perhatian. Kadang-kadang para pelajar sengaja melakukan masalah disiplin semasa guru
sedang mengajar hanya untuk menarik perhatian guru. Mereka dahagakan kasih sayang
seperti
yang
dinyatakan
dalam
Teori
Keperluan
Maslow
di
atas.
Sikap guru yang ambil tahu, menggunakan "eye-contact", ekspresi muka, jarak guru-pelajar,
gerak isyarat dan tindakan guru akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
selesa dan kondusif. Oleh itu, amalan tindakan reflektif guru dalam pengajaran akan
mewujudkan satu pengurusan bilik darjah yang terancang dan terkawal yang sudah pasti
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

You might also like