You are on page 1of 1

Laporan semasa Program Melestarikan IPG

Pada hari terakhir, kami sekelas PISMP Matematik Semester 6 telah berkumpul di
nursery IPGKTAA pada pukul 4.30 petang. Pengerusi persatuan telah memastikan
kehadiran semua ahli sebelum memulakan taklimat ringkas. Beliau memberitahu serba
sedikit tentang agenda yang akan dilaksanakan pada hari ini. Hari ini merupakan hari
terakhir bagi program melestarikan IPG, maka kami harus menyiapkan semua kerja yang
tertinggal.
Kerja-kerja yang kami harus menyiapkan pada hari ini ialah menyusun pokok-pokok
mengikut kategori, menyiram dan membersihkan kawasan. Naib pengerusi mengagihkan
kerja mengikut kumpulan. Kumpulan satu dan dua dikehendaki menyusun pokok mengikut
kategori manakala kumpulan tiga dan empat akan membersihkan kawasan sekeliling.
Pengerusi memastikan setiap kumpulan melaksanakan tugas yang diamanahakan dengan
baik. Setiap kumpulan telah memyiapkan amanah yang diberi dengan betul dan tanpa
perselisihan. Kumpulan yang telah menyiapkan kerja dengan awal telah membantu
kumpulan lain. Selepas kerja-kerja disiap, kami telah menyiram pokok-pokoknya.
Pada pukul 6.00 pm pengerusi meminta semua ahli menyiakan kerja-kerja terakhir
dan mengumpul di hadapan nursery. Pengerusi memberi sedikit ucapan dan menamatkan
program melestarikan IPG. Pada pukul 6.15 pm semua ahli balik ke bilik masing-masing.
Barang-barang yang telah digunakan sepanjang program ini telah dipulangkan kepada
pemilik.

You might also like